Header image

Faridrashidi.Com Membuka Cawangan!

Posted by Farid Rashidi in Pemberitahuan

Jangan salah faham. Membuka cawangan di sini bukan bermaksud yang bukan-bukan.

Pertama sekali ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog yang tidak putus-putus hadir, malah sentiasa stabil kehadirannya walaupun sesekali ada ketikanya traffik mendadak tinggi.

Justeru, oleh kerana entri saya yang bertajuk Bawa Bersama Khasiat Habbatus Sauda’ seringkali ditanya orang – diemailkan. Maka saya mengambil inisiatif baru untuk membuka blog serpihan daripada blog utama Faridrashidi.Com (FRC) untuk tujuan pengiklanan.

Di sana, InshaAllah saya akan menempatkan beberapa iklan yang dirasakan perlu dari semasa ke semasa. Pada hemat saya, dengan adanya blog itu, ia tampak lebih kemas dan tidak bercampur baur antara penulisan berbentuk ilmiah dan terlalu ringkas serta santai.

BEBERAPA TUJUAN

Tujuan utama saya membikin blog itu adalah kerana ingin menambah dana, terutamanya untuk menampung kos pembayaran blog serta menambah kewangan saya untuk meneruskan pengajian.

Selain itu, ia juga dibina untuk mempromosikan apa jua produk yang baik serta mengiklankan beberapa perkara mustahak melibatkan sesiapa sahaja.

Oleh itu, saya menjemput kalian untuk ke sana. Hanya 1 KLIK di sini!

Soalan Kuiz (3): Sebutkan 3 makna atau sifat al-Quran?

3:34AM, 23 April 2010,
Siberbay, Tanta.


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

10 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge