Header image

Penawar Merawat Kesedihan

Posted by Farid Rashidi in Motivasi | Tazkirah

“Malam adalah masa untuk bersedih..” Tulisan ini membuatkan saya terfikir.

Adakah hari-hari kita harus dilalui bersama perasaan sedih berpanjangan? Apakah takdir ini terbeban ke atas kita sepanjang masa?

Saya yakin, setiap insan di dunia ini pasti pernah merasainya. Kita sedih kerana diperlakukan sesuatu tanpa kerelaan, ditengking, dimarahi, diejek dan dikeji, dihinakan, atau mendapat sesuatu musibah tak dijangka misalnya kematian, kesusahan, kegagalan hidup,  sukar mendapat jodoh, kesakitan serta pelbagai rona-rona rasa yang lainnya. Semangat terus lumpuh ke tahap terkebawah.

Ketika saat itu juga, hati kita menjadi rawan berpanjangan, emosi meruntun hiba, sedih bersangatan. Lalu termenung sendiri sambil menyeka air mata yang berjujuran. Air yang dihirup tidak lagi dirasa lazat, tetapi umpama duri-duri yang bercerucuk di kerongkongan. Diri lantas dipersalahkan, bahkan rasa sesal menjadi manusia bermain-main di kotak minda.

Sedangkan Allah SWT telah berfirman:

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”

“Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)

Bagi yang tidak kuat pegangan agamanya, lemah imannya, maka jalan terakhir ialah dengan cara bunuh diri. Nauzubillahhi minzalik. Pada hematnya, cara ini mampu mengurangkan tekanan yang dialami.

Tidak! Kenyataan ini tidak benar sama sekali. Bukan caranya kita bersedih lalu berusaha menjauh diri dari Ilahi atau menempah pintu-pintu neraka.

ADA PENAWARNYA

Setiap penyakit ada penawarnya, kecuali bila ajal mula mendekati – tiada penawar lagi. Justeru, indahnya Islam kerana di sana letaknya tegahan tetapi ada suruhan (bimbingan), adanya penyakit turut bersamanya penawar.

Kerana itu sahabat Baginda apabila merasa runsing dan bersedih hati, mereka langsung mendapatkan motivasi dari Rasulullah SAW agar pencerahan kembara Ilahi jelas tanpa was-was. Mereka segera kembali kepada jalan al-Quran dan Sunnah bukan mengikut telunjuk hati yang rawan ataupun syaitan yang membisikkan kenistaan.

Ayuh! Usahlah terus bersedih, bangkitlah.. jangan jadi orang ‘kalah’ lagi. Hamparkan sejadah, lalu bertawajuh dan menadahkan tangan memohon bantuan dari-Nya. Engkau tidak keseorangan.

Di bawah ini saya selitkan doa merawat kesedihan, cubalah baca dan amalkan.

Terdapat di dalam musnad Imam Ahmad dan sohih Ibnu Hibban, daripada  Abdullah Ibnu Mas’ud r.a bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

“Tidaklah sama sekali berkata mana-mana hamba apabila dia dilanda kebimbangan (tentang perkara akan datang) atau kesedihan (merujuk perkara yang telah berlalu); (dengan cara berdoa sebagaimana berikut):

Maksud doa: “Ya Allah! Sesungguhnya aku hamba-Mu, juga anak hamba lelaki-Mu (ayahku) dan anak hamba perempuan-Mu (ibuku). Dahiku berada di tangan-Mu (Engkau bebas mengawal dan menentukan arahnya; kebaikan atau keburukan yang ditujunya). Sudah berlalu pada diriku keputusan-Mu. Sememangnya adil buat diriku (apa jua) ketentuan-Mu.

(Justeru), aku memohon kepada-Mu dengan semua nama yang selayaknya buat-Mu; yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau yang Engkau turunkannya dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkannya kepada salah seorang daripada makhluk-Mu (Nabi Muhammad SAW) atau yang Engkau (sengaja) sembunyikan tentangnya di alam ghaib di sisi-Mu..

Supaya Engkau jadikan al-Quran sebagai musim bunga (berasa tenteram dalam) hatiku, cahaya di dadaku, keluar daripada (belenggu) kesedihan, dan penghilang kebimbanganku.”

Sambungan hadis Baginda SAW:

“Melainkan pasti Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung menghilangkan kebimbangannya dan menggantikan buatnya tempat kesedihan tersebut dengan kegembiraan.”

Mereka (para sahabat r.a) berkata: “Wahai Rasulullah! Semestinya ke atas kami mempelajari bilah-bilah kata ini.”

Nabi menegaskan: “Benar! (Bukan setakat kamu; bahkan) semestinya kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya perlu mempelajarinya.”

Janganlah bersedih wahai jiwa, sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT, percaya kepada ketentuan qada’ dan qadarnya – hikmah tersembunyi. Jangalah bersedih wahai jiwa yang tenang, kerana bersangatan sedih itu membuatkan dirimu dinodai Syaitan. Janganlah bersedih wahai jiwa yang lara, kerana bersama engkau ialah Tuhan Yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya.

Ingatlah, Allah Yang Satu itulah yang mengobarkan kemenangan insan terdahulu, yang mengatur urusan manusia sebelum-sebelumnya. Malah ada urusan mereka lebih sulit dari kita. Selalulah bersyukur dan mengingati Allah SWT.

La tansa zikrullah.

Nah, lekas hilangkan airmata dukamu beriringan penawar tersedia!

10.00AM, 16 April 2010,
Siberbay, Tanta.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

84 Responses

  • Huda says:

    Tak tahu nak komen apa tapi nak letak jejak jugak sebab terasa. :)

    Sedih itu nikmat, kerana dengan sedih rasa gembira selepasnya lebih hebat. Allah tidak menguji sesuatu yang kita tidak pernah mampu!

    :)
    .-= Huda´s last blog ..Simbolik =-.

      (Quote)

  • Guajuganakcakap says:

    Sebenarnya sedih bermaksud ada sesuatu yang tidak lengkap

      (Quote)

  • insyirah says:

    Assalamu’alaikum ustaz :)

    Jazakallah khairan atas titipan entri kali ini, terasa seperti DIA sedang berbicara kepada ana dengan perantaraan dari insan sekeliling.

    Iya, tidak perlu bersedih dan melayan rawan di hati sebaliknya selalu membasahi hati dengan zikrullah. Selawat atas nabi dan positif menghadapi ujian, insya Allah.

    Syukran atas titipan entri ini, ana bakal menghadapi terapi dalam masa terdekat. Doakan ana ya :D
    .-= insyirah´s last blog ..Sahabat Tercinta =-.

      (Quote)

    • Wa’alaikummussalam,

      Alhamdulillah, saya kagum. Kamu begitu cekal menahan ujian. Semoga Allah mengangkat darjat dan meredhai ukhti.

      Insha’Allah, moga dipermudahkan segala-galanya.

      Jangan lupa baca doa di atas, nanti saya selitkan yang versi arabic.

        (Quote)

  • atulasca says:

    syukran atas perkongsian ini ya akhi…sangat membantu diri ini dikala ini…
    .-= atulasca´s last blog ..Quick update! ~i`ll fly =-.

      (Quote)

  • erma says:

    salam ya akhi

    kesedihan itu datang jika cinta padaNya belum sempurna.Mengapa harus bersedih pada dunia?

    Kesedihan pada dunia itu sia-sia.
    KEPADA sahabat-sahabat yang diatas..mengapa harus kalian bersedih?

    fitrah..tapi berusahalah mencari ubat yang trbaik.ubat yang terbaik adalah dengan zikrullah.

    banyak kali kite dengar orang nasihat..berzikirlah..berzikirlah..pernah kita ambil berat tentang nasihat itu?berzikir kejap2 dan bile dah stabil,kembali ke kondisi asal?pernah rasa x antum berzikir tetapi tiada kesan???

    maka,carilah kebenaran yang tersembunyi…

    pengalaman:zikir adalah ubat yang terbaik kepada diri ana yang sangat hina dan kotor dahulunya.MashaAllah…
    .-= erma´s last blog ..Ubat Rindu =-.

      (Quote)

    • Wa’alaikummussalam,

      Zikir tanpa kesan kerana kita tahu apa tujuan dan ke mana hala tujuan untuk berzikir. Ada manusia zikirnya kerna riak ataupun ikut-ikutan. Sebaiknya jadilah yang mukhlisin.

      Zikir yang berkesan mampu menerbitkan getaran pada hati-hati. Sedihnya bukan lagi kerna dunia, tetapi kerna Allah Ta’ala.

      Teruskan, semoga Allah memadamkan kekotoranmu yang lalu.

        (Quote)

  • Cikgu Roha says:

    Salam Ustaz.
    Duka……
    cepatlah kau berlalu pergi
    ku tak ingin bertemankan mu wahai duka lara
    tapi…..
    kehadiranmu silih berganti dalam hidup manusia
    ops! terpuisi la pulak.
    Motivasi untuk insan yang berdukacita.
    Sungguh terkesan dan bermakna.
    Boleh copy paste tak???? Minta izin dulu nih
    Semoga ustaz dirahmati Allah swt sentiasa.
    .-= Cikgu Roha´s last blog ..Strategi penampilan diri =-.

      (Quote)

  • Terima kasih Ustaz Farid…..atas entry..

    Dulu dulu, ada juga rasa sedih, bila fikir pasal jodoh..tapi sekarang, sejak dah matang dan berilmu sikit ni,erkk…bila fikir betapa besarnya rahmat Allah di sebalik pencarian jodoh ni, dah tak sedih dah..

    Alhamdulillah…

      (Quote)

  • salam membuat kunjungan.
    erm.. tjuk entri yg hmpir sama teah kulalui tempoh hari..

    sedih.. ats sbb byk perkara.
    yg pasti.. S.E.D.i.H ats asbab DIA menyentuh taman H.A.T.i … lalu tindkn susulan akan menyusuri jalan sepi..sunyi.. sayu itu..

    dont b sad sokmo. sometime xpe deh..hehehe..
    live must go on!!

    go..go. caiyok =D
    .-= simple_shida´s last blog ..Mendung tak selamanya..cerah tak selalu ;) =-.

      (Quote)

  • “Malam adalah masa untuk bersedih..”

    macam kenal ayat ni…

    sedih amat bagus untuk kesihatan dan lebih rasa taqarub padaNya…
    .-= Bintu Cumil´s last blog ..~Takde tajuk~ =-.

      (Quote)

  • salam alaik
    .-= al-faqir ilaa Ghofarullah´s last blog ..MAZHAB SALAF DAN KHALAF =-.

      (Quote)

  • Abd Razak says:

    Salam.. :)

    Bersedih itu hanya akan memadamkan kobaran api semangat, meredakan tekad, dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat penyakit demam yang membuat tubuh menjadi lemas tak berdaya.

    Ya Allah, kami berlindung kepada-Mu dari rasa sedih dan duka cita.
    .-= Abd Razak´s last blog ..Hulurlah seikhlasnya.. =-.

      (Quote)

  • Cikgu Roha says:

    Salam Ustaz.

    Terima kasih kerana sudi membenarkan artikel ini dilampirkan di blog saya. Semoga ustaz dirahmati dan diberkati serta sihat walafiat sentiasa.

    Wassalam.

      (Quote)

  • Cikgu Roha says:

    Salam.

    Kesedihan mematikan semangat diri.
    Justeru itu, keluarlah dari gua kesedihan dan usah diselubungi mendung yang berpanjangan. Terima kasih ustaz kerana membenarkan artikel ini dilampirkan di blog saya.
    Semoga ustaz diberkati Allah swt dan sentiasa sihat walafiat.

      (Quote)

  • MaizaC'Joe says:

    Assalamualaikum

    perasaan sedih sememangnya normal dalam kehidupan. Tapi jangan terlalu bersedih, buruk akibatnya nanti.. tak pasal-pasal sakit kemurungan pula.. Apa-apa pun bersyukur atas tiap kesedihan yang di berikan, dugaan mengajar erti kehidupan. Cuma apabila merasa sedih dan terasa sesaknya dada, ketenangan jiwa tercabut sementara.. dekatkan diri hanya padaNya.. moga beroleh ketenangan, kenyamanan tidak terhingga.. Alhamdulillah.. Setiap ujian yang di turunkan pasti ada hikmah di sebaliknya.. Insha’Allah.. itu tandanya Allah kasihkan umatnya.. Jadi mengapa perlu keterlaluan bersedih hati… pokok pangkalnya perlu bersabar.. kerana Allah sangat suka pada golongan yang senantiasa bersabar dengan musibah.. iya.. kekadang sedikit lalai apabila terlalu melayan sedih.. Alhamdulillah.. mudah terjaga dari di buai kesedihan yang tiada penghujung…. t.kasih ya atas n3 :-) bermanafaat membuka minda juga mata hati.. Insha’Allah mudah-mudahan sentiasa dalam lindunganNya… Amen..
    .-= MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Jadi terbaik?? ~*~ =-.

      (Quote)

  • abuyon says:

    salam ya ustaz.

    Sungguh, kesedihan itu adalah ujian yang diberi Tuhan untuk menilai para hamba-Nya. Nyatanya, apabila diuji dengan kesedihan, kita telah dipaksa Allah untuk mengingati-Nya kembali, setelah lagha dan lalai beberapa lama. Sebab itulah ditarik nikmat sehingga timbul kesedihan. Dan dengan kesedihan itulah, kita mengingati-Nya. Bersyukurlah kepada sesiapa yang diberi Allah, ujian berupa kesedihan!
    .-= abuyon´s last blog ..Gerak Perjuangan =-.

      (Quote)

  • nur_syahadah says:

    salam…semoga terus tabah..terima kasih ya ustaz

      (Quote)

  • damai says:

    salam…lama tak menulis di sini…masih ingat lagi atau tidak agaknya pada sejadahijau :)

    setiap tali yang regang akan putus jua…

    alhamdulillah,damai rasa makin matang dalam menghadapi setiap ujian yang datang…sememangnya kesedihan,dugaan dan semua musibah yang datang memberi pengalaman dan mendekatkan lagi diri damai pada Allah yang Maha Penyayang…

    ~~sesungguhnya dengan hadirnya ujian atau kesedihan,kita akan lebih dekat dengan-Nya~~
    .-= damai´s last blog ..hanya pada-Mu =-.

      (Quote)

  • mujahidah says:

    Assalamua’laikum.. subhanallah, maha suci ALLAH yang menciptakan segalaNYA. ALLAH tak pernah menzalimi makhluqNYA, tapi makhluq jarang bersyukur dengan pemberianNYA.. moga kita jadi hambaNYA yang bersyukur.. (^_~)
    .-= mujahidah´s last blog ..Ingat ALLAH =-.

      (Quote)

  • insyirah says:

    Salam ustaz,
    ada versi arab tak? :D

    (tuntut semula kata-kata ust)
    .-= insyirah´s last blog ..Bintang-Bintang Ke Syurga =-.

      (Quote)

  • fatimah says:

    setenang jiwa yng bersedih,
    namun usah meratap padanya,
    anggp lah ia dosa semalm yng menjadi pembersih,
    sebagai tanda cinta Allah kepada hambanya

      (Quote)

    • Taubatlah berkali-kali sehingga engkau merasa letih.

        (Quote)

      • naz says:

        kalanya kita kena berpuisi (bagi yang berminatlah).

        Silakan cikgu, tak ada sesuatu yang mampu menghalangi saya berkata “Ya” selain Allah. Semoga Allah memb

        salam…ustz.
        saya sedang bersedih.. 9 thun sseorang hadir dalam taman hati, namun ketentuan Allah kita tdk boleh mnghlng, sekarang org itu telah dirisik dan saya terlepas,saya ingin melupakannya, dan skrg sengattan sedih tlh bermain dalam hati saya, fikiran saya sentiasa berfikir ttgnya.
        saya berusaha dgn sembahyang, zikir dan doa namun amlan saya umpama tidak sempurna lagi.
        saya memerlukkan nasihat dari utz…dan sesiapa yg boleh membantu.

        dan jikalau tdk keberatan tolongllah doakan saya…

          (Quote)

  • Pingback: Lupuskanlah Duka Semalam! - Faridrashidi.Com

  • ertihidup. says:

    ya Allah..tetapkan hati ku ke jln mu..
    jgn kau pesongkan hati ku..sesunguhnya hanya pada Mu aku bersujud..

      (Quote)

  • adilla says:

    saya pernah menghadapi sat peristiwa yang saya anggap trauma.hinggakan sekarang bila saya tarik nafas, bersedu di hujungnya.saya tidak melayan perasaan tersebut dan bagaimana hendak menghilangkannya.

      (Quote)

  • zana says:

    Allah sedang mengujiku.Keadaan ibuku membuatkan aku sentiasa keluh kesah.Ku tahu ajalnya kian hampir ..sesekali ku redha dgn ketentuan Allah tapi hatiku..perasaanku,sentiasa menangis mengenankan keadaan ibu yang semakin …..
    Tolong ustaz nytakan cara utk ku memperoleh ketenangan dan bisa ku hadapi kenyataan yang ibuku itu hanya pinjaman dari Allah…

      (Quote)

  • jingga says:

    kesedihan aku telah sampai ke puncaknya. Kini aku sedang
    mengambil rawatan untuk hi-depression yang aku hidapi. Aku sebenarnya kecewa dengan rumahtangga ku, malah kehidupanku. Dugaan yang Allah sediakan untukku sangat berat. Aku tidak mampu menghadapinya.

    Ya Allah,
    Ampunkan lah dosa-dosaku. Janganlah Engkau berpaling rahmatMu
    kepada ku, hambamu yang hina dan penuh dosa ini.
    Permudahkanlah hidupku sepertimana Kau mudahkan lahirku.
    Permudahkanlah matiku sepertimana Kau mudahkan rohku di jasad ini.

    Ya Allah,
    Hilangkanlah kesengsaraanku ini
    Aku memohon kepadaMu dengan sepenuh hatiku
    Ya Allah
    Sayangilah aku…

      (Quote)

  • lia says:

    assalamualaikum ustaz…

    bagaimana nak menghilangkan kesedihan yang sudah sebati dengan diri?

    sehingga saya merasakan saya suka berasa sedih. tapi kesedihan menyebabkan saya hilang semangat, tiada perasaan, tidak peka dengan keadaan sekeliling dan susah berfikir. saya membesar dalam suasana yang penuh dengan pertengkaran dan tiada kegembiraan. dan kini saya merasakan tak ada kegembiraan dalam hidup saya.

    saya mohon bantuan ustaz beri solusi terhadap masalah saya ni. terima kasih.

      (Quote)

  • lyn says:

    mlm ni mmg sy sdih sgt mnangis smpai 1jam tnpa henti n mjerit seorg diri dlm blik cm org sparuh gile.. tp alhamdulillah sy kuatkn smangat n bkak lman web yg sdiakn doa utk tnangkn ati sy, doa ni mujarat gak.. mlm ni adlh titik pmulaan hdup sy utk brubah.. tq

      (Quote)

  • bunga^lawang says:

    askum…..
    alhamdulillah telah ku temui doa bagi menghilangkan kesedihan ku….air mata yg mengalir hanya seketika tetapi kekuatan yg Allah berikan akan kekal selamanya….alhamdulillah syukur pada Mu tuhan..

      (Quote)

  • seri miez says:

    kepada jingga …saya turut menghadapi situasi yang sama dengan anda….sehingga kini ujian berterusan….semkain tidak mampu untuk menghadapinya,,,,

      (Quote)

  • izan says:

    Alhamdulillah….kini saya perlahan2 berusaha merawat kesedihan setelah kematian suami pd 10/10/10. Saya berazam utk bangkit dr kesedihan dan mendidik ank2 yatim yg di tinggalkan. Moga Allah memberi kekuatan dlm menempuhi cabaran mendidik ank2 yatim yg belum mengerti apa2.

      (Quote)

  • anak murid says:

    ana sedang dalam kesedihan.setelah baca coretan kwn2 mampu sedikit hilang kesedihan itu…mugkin tuhan nak uji ana dan membalas dosa yang telah ana lakukan sebelum ni….”Ya Allah andai ujian ini kau beri sebagai balasan dosa-dosaku aku redha Ya Allah dengan ujianmu..Beri aku kekuatan dan ampun segala dosa-dosa ku…Amin”

      (Quote)

  • sahabatmu,, says:

    kadangkala hidup ni xseindah yang kita harapkan,,,aku sudah cuba yang terbaik untuk berbuat baik terhadap rakan2ku,,tapi mereka menganggapnya satu kejahatan,,,aku sedih,,,tp aku yakin tuhan ada,,,mulai dari sekarang,,aku sudah malas nk cakap apa2,,,lebih baik aku diam sahaja,,,,kalau mereka perlukan bantuan,,aku akan bantu,,,lau mereka perlukan kegembiraan aku hanya mampu tersenyum,,,tp kalu mereka dlm kesedihan aku akan cuba mendengar luahan mereka,,,

      (Quote)

  • salbiah says:

    salam ustaz,
    bolehkah bantu sy.apakah doa yg terbaik jika kita mengalami kesedihan dalam hidup berumahtangga.t.kasih ustaz.

      (Quote)

  • pau says:

    assalam…
    mintak share ye ustz…
    pau´s last [type] ..Twenty-7

      (Quote)

  • miss says:

    assalam…

    doa merawat kesedihan tu drp surah ape dan ayat keberapa? mohon ustz

      (Quote)

  • nor hashimah says:

    salam ustaz
    mintak share kata2 dalam gambar tuh
    kata2 yang memberi semangat. :)
    thanks

      (Quote)

  • wan says:

    assalamualaikum ustaz…. diwaktu sekarang, sy betul2 bersedih diatas ujian yg diberikan kepada sy…. sy betul2 kecewa disebabkan kecurangan yg dilakukan oleh pasangan sy… sy cuba bersabar, namun hati tetap sakit… sy cuba melupakan namun tetap kuat mengingati… seolah2 sy hilang kepercayaan seumur hidup terhadap pasangan sy ini…. bagaimana caranya sy hendak mengatasi masalah ini ustaz… sy cuba dekatkan diri dgn Allah.S.W.T… namun sy belum dpat memaafkan dia…. dlm hatinya masih ada org lain selain sy…

      (Quote)

  • yea ..smmg nye mmg hidup nie x slalunya indah..tuhan sgja mgji kite dgn plbagai dugaan..ttp mnusia sring kali upe bhwa ada hikmah disebalik semua itu..

      (Quote)

  • qimi says:

    assalamualikum….

    saye ad stu soalan…..soalan ini sdh bertahun saye x dapat mcr jawapanyer…
    “adakah saye di lahirkan sebagai saorang manusia yng sentiase di hina dan sentiasa bersedih??”

      (Quote)

  • mia says:

    saat diuji kesakitan dr Yg Maha Esa….

    saya melihat kembali hikmah ketentuan allah….
    Dia tahu saya mampu untuk meneruskannya..
    Allah sentiasa meringankan beban…ketika sy melaksankan amanah pd anak bangsa, allah seolah2x permudahkan kerjaya saya….hakikat itu menjadikan saya kembali pd reality ketentuan allah untuk sy bertapak dlm kerjaya sbg guru pemulihan kini….

    betul kata GB saya….

    “jgn pts asa cikgu,anak2x kecil itu ibarta syurga…mereka akan mendoakan cikgu2x……allah tu sentiasa permudahkan jalan ,”

    wp terkdg ada air mata meski tanpa tersyg, sy percaya jk 1 ari nanti org2x tersayang kan meninggalkan sy,nyatanya hanya allah tempat sy mengadu & kekal selamanya…….

    allahuakbar….betapa agungnya kuasamu..
    hamba-mu ini sentiasa ada khilaf..semoga tiap detik kesakitan menyembuh dosa2xku

      (Quote)

  • zalina says:

    salam ustaz.. terima kasih utk n3 di atas. n3 di atas menguatkan jiwa saya dan saya redha dengan ujianNYA. ALLAH Maha Mengetahui di atas segala rencanaNYA.

      (Quote)

  • ina says:

    Salam ustaz…membaca artikel ini cukup membuatkan sy merasa tidak keseorangan. Menempuhi pelbagai cabaran hidup kadangkala buat sy tersungkur. Tapi sy teruskan jua demi anak2 tersayang. Dalam dilema hidup bersendirian kadangkala ada yg mengambil kesempatan. Betapa nilai manusia hari ini membuat sy keliru dan sedih. Apakah sy takkan bertemu lagi insan sebaik arwah yang telah pergi. Cuma doa sebagai senjata sy dalam mengharungi hidup ini. Namun begitu, kesedihan kadangkala datang bertandang. Bagaimana nk sy usir agar hidup sy tidak lagi dibayangi kisah lama?

      (Quote)

  • fyza says:

    sy terlalu sedih sbp sy byk masalah..sy selalu dipulaukan oleh kawan-kawan sy..diorang hanya berbuat baik dengan sy apabila mereka nk mntak tlg..hati sy sentiasa terguris dgn sikap diorg..tlg lh sy..

      (Quote)

  • dahlia says:

    Assalamualaikum…
    Membaca artiket ini serba sedikit mengubati duka hati yang telah sebati dalam diri sepanjang hampir 20 tahun.. Bahagia yang di cari tidak pernah kunjung tiba, puas mencermin diri mencari kekurangan dan memperbaiki kesilapan dan kelemahan namun tiada tanda tanda akan hadirnya bahagia.. Diri tidak pernah dihargai apatah lagi dikasihi dan dihormati.. Hari hari yang berlalu penuh dengan pelbagai hinaan dan kutukan…Saya tidak pernah meminta apa apa kecuali kasih suci dan ikhlas yang selayaknya dimiliki oleh wanita bergelar suri…

    Jika memang ditakdirkan saya tidak layak merasai bahagi di dunia ini, saya redha.. kerana ketika mati kelak saya tidak mungkin membawa apa apa melainkan amalan saya… Wahai hati.. bersyukurlah di atas segala nikmat tuhan,,, perbanyakkan amal dan bekalan untuk kesana… dunia hanyalah tempat persinggahan …. segalanya bersifat sementara… Bersyukurlah sentiasa.. Anggaplah segala kutukan, hinaan dan apa sahaja perkara yang berlaku sebagai penguat semangat untuk lebih mendekati Allah… Wahai hati.. Bahagia ada di Syurga… perbanyakkan amal untuk kesana… Ubati luka duniamu dengan zikrullah, luka dunia itu hanya sementara… kejarlah yang kekal…

      (Quote)

  • izan says:

    Perasaan sedih, sunyi…. hampa dan kecewa selalu membayangi hidup saya….. sampai satu ketika saya rasa bebanan ni terlalu berat untuk dipikul… tak tertanggung rasanya

      (Quote)

  • Syamel says:

    is it OK to be in sad all the time if i feel that only that feeling that get me close to Allah?

      (Quote)

  • Hajah Ainnur says:

    Salam….
    Terkadang kita rasa terlalu kecewa dan sedih bila rasa tak mampu nak menghadapi ujian Illahi yang datang mencurah. Cuba jg pujuk hati, biarlah hilang cinta suami tapi masih ada Rasul dan Illahi yang sentiasa mencintai umat dan hambaNya. Semoga kita sentiasa dalam redhaNya….Amin..

      (Quote)

  • fatehah says:

    sedihnya wahai hati… tp saya tidak bersendirian.. ALLAH sentiasa bersama saya…
    terima kasih ye ustaz ats entry ini.. membuat saya semakin bersemangat untuk mulakan hdp baru.. =)
    fatehah´s last [type] ..saya kuatlah ! tak cengeng sikit pon ok ! yeahhh

      (Quote)

  • dya says:

    Alahmdulilh…jika Allah uji maksudnya dia syg….

      (Quote)

  • dya says:

    oh ya…nak post kat fb ble x?utk perkongsian bersama….tp cmna ek?

      (Quote)

  • sy selalu rasa rendah diri.lantaran itu saya sentiasa sedih.sy lihat tubuh sy x secantik wanita lain.orang yang hampir dengan sya selalu mengecewakan sy.sy rasa orang yang ingin sy hubungi pun x mahu berhubungan dengan sy …hai entahlah ..uztaz berilah sy kekuatan……

      (Quote)

  • Mai says:

    Kesedihan itu memakan diri, bkn setahun dua malah berbelas tahun lamanya. Kadang rasa tak tertanggung lagi. Begitu peritnya meneruskan kehidupan, merindui dia yg telah pergi. Wahai hati…. aku tak berdaya menanggungnya lagi.

      (Quote)

  • nur liyana says:

    terima kasih, terima kasih dan terima kasih atas perkongsian yg sgt bermakna buat diri ini..

      (Quote)

  • hamba yg dilanda sedih says:

    assalamualaikum ustaz….
    saya dr smka di negeri sembilan…
    saya pelajar di tingkatan 4….
    saya sedih lah ustaz sebab ramai kawan2 saya nak pindah…
    byk kenangan saya ngan dyeowg….
    kiteowg duduk di asrama…
    slama hmpir 4 taun duk 1 bumbung…
    tibe2 ramai yg nk pindh…
    tp salah sowg dye adlh kwn rapat saya….
    dye kawan yg pling saya rapat…
    tolong saya ustaz…
    sedih sgt…
    :(

      (Quote)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge