Pengajian tafsir al-Quran dijalankan sebagaimana biasa. Syeikh Abdullah Syazili tenang membacakan surah al-Baqarah dalam bab yang menceritakan kisah Talut dan Jalut. Sesekali bicaranya tampak tegas, sekali-sekala ada tawa di hujung kata.
Di belakang halaqah kami, kelihatan beberapa orang lelaki yang menunaikan solat berjemaah. Sedikit terlewat dari waktu biasa. Ada juga di kalangan lelaki Mesir ikut serta bertalaqqi bersama kelompok pelajar Malaysia. Sedang khusyuk mendengar penerangannya. Tiba-tiba kecoh suara di belakang.
Bebelannya kurang jelas didengari. Saya hanya menelinga kata-kata seorang lelaki di belakang kami. Lelaki itu tidak terlalu tua dan muda. Suaranya yang kuat itu menyebabkan kami mengelih ke belakang serentak.
Pengajian tergencat seketika. Sejenak khali tanpa suara guru.
“Ya ustazz! Usqut! Usqut!” (Diam, diam) Seorang lelaki tua yang bersama mengikuti pengajian kami memberikan arahan supaya lelaki itu segera diam. Gegerannya menganggu konsentrasi pengajian kami bersama Syeikh.
“Usqut eh?! Usqut ehh?!” (Diam apa?!) Tanya lelaki itu bernada marah. Matanya melilau sekitar pojok masjid. Dia tepat berada di tengah-tengah pintu utama.
Syeikh diam sambil matanya memandang tepat pada lelaki itu. Riak wajahnya sedikit pun tidak memberi kesan untuk bangkit bertindak balas. Tenang sekali. Mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Kedengarannya seperti sedang berselawat kepada junjungan mulia Rasulullah SAW.
Rupa-rupanya lelaki yang muncul dan bersuara itu marah kerana pengajian ilmu yang sedang dijalankan menganggu jemaah di belakang bersolat. Pada hematnya, solat jemaah itu lebih patut dihormati dan tidak boleh diganggu dengan pelbagai suara. Hatta ianya sebuah pengajian ilmu sekalipun.
Lazimnya lelaki arab ini pantang dicabar. Asalkan ada suara tinggi di hadapannya, pasti dia bingkas bangun melawan. Tetapi kelakuan itu tidak berlaku kepada Syeikh Abdullah. Saya jadi kagum pada watak lelaki tua berjubah putih dan berkopiah persis Syeikh Mutawali Sya’rawi itu. Allahhu Akbar!
MENJAWAB DENGAN TENANG
“Ya shabab..” (Wahai pemuda) Syeikh bersuara lembut setelah kelibat lelaki itu menghilang dari pandangan.
“Apa yang kamu semua perkatakan tentangnya?” Pertanyaan itu diulangi dua kali. Kami diam membisu. Menanti kalau-kalau ada mutiara ilmu terpacul bersama bicaranya.
“Kamu semua pelajar syariah dan usuludin..” Saya seperti dapat menebak maksudnya.
“Menuntut ilmu diwajibkan kepada setiap muslim.. Ianya adalah fardhu ain, wajib.” Kata-kata beliau berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah SAW berbunyi:
Maksudnya: Daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Menuntut ilmu diwajibkan kepada setiap muslim.” (Riwayat Ibnu Majah)
“Menuntut ilmu adalah wajib dan hukum solat berjemaah pula adalah sunnat muakkad (sunnat yang menghampiri wajib, tapi bukan wajib).”
“Sedangkan dia datang lewat, (lewat untuk bersolat di awal waktu).” Penerangan Syeikh membuatkan saya lebih jelas menghadam. Benar, lelaki itu terlewat untuk menunaikan solat berjemaah, dan pada ketika itu pengajian ilmu sudah pun berlangsung. Jadi sepatutnya dia lebih tahu menghormati pengajian yang berlangsung.
“Solat adalah fardhu, solat jemaah ialah sunnat muakkad.”
“Membenarkan IMAN adalah dengan AMAL, mensahihkan AMAL ialah dengan ILMU. Dia (lelaki itu) tak faham.” Tegas beliau bersama untaian yang berharga. Saya terus mencatatkan kata-katanya.
Saidina Ali r.a berkata: “Memadai dengan ilmu seseorang itu akan mendapat kemuliaan dan kegembiraan apabila ia digelarkan sebagai seorang yang berilmu. Memadai dengan kejahilanm seseorang itu mendapat kecelaan dan kemurkaan. Berusahalah menjauhi orang-orang yang jahil.”
Lihatlah, apabila ilmu itu memenuhi diri seseorang individu, secara tidak langsung darjatnya dipandang tinggi oleh Allah SWT dan manusia. Dengan ilmu dia tidak gentar berkata-kata, dengan ilmu dia mampu menukarkan kegelapan menjadi sinaran. Bahkan terpancar cahaya ketenangan diraut wajahnya.
Apabila kejahilan menjarah di dalam diri, nescaya tindakkannya selalu saja tidak kena. Malah memudharatkan pula kepada manusia yang berada di sekelilingnya.
MARAH TIDAK BERTEMPAT
“Ponn!! Ponn!!”
Bunyi hon bas tiba-tiba memekak. Saya terkesiap sebentar.
Tiba-tiba pemandu van (tramco) yang saya naiki segera membuka pintu dan turun. Sedangkan van itu letaknya betul-betul berdekatan simpang tiga Kubri menuju ke Murasyahah (tempat perhentian kenderaan sewa) dan Kaherah. Bas yang berada di belakang van seperti tersepit di tengah jalan.
Barangkali sebab itulah pemandunya menekan hon berkali-kali.
Pemandu van muda itu bergegas menuju ke hadapan bas dengan gaya langkah bengis. Tepat bersetentang mata dengan pemandu bas. Dia terus memaki dan menghamburkan kata-kata pedas tanpa henti.
Pemandu bas itu bangun menuju ke pintu, tetapi gerakkannya dihalang orang ramai. Secepat kilat, orang ramai terus memegang kedua-dua pemandu yang sedang bersangatan marah itu. Pertelingkahan berjaya disuraikan beberapa minit kemudian.
Bunyi hon daripada kenderaan lain bertali arus tanpa henti. Tidak semena-mena laluan sibuk itu mengalami kesesakan teruk – hanya kerana mereka berdua!
Menggeleng dibuatnya.
API VS AIR
Apabila api sedang marak, bukan caranya untuk terus menyimbah minyak atau menyembur api yang lebih besar. Kerana api yang membakar itu hendaklah disembur air sederas mungkin. Itu lawannya.
Begitu juga jika kita berhadapan dengan manusia yang tengah memuncak kemarahannya. Tidak wajar untuk kita bangkit melawan dengan api kemarahan juga. Kemungkinan besar pertelingkahan menjadi bertambah parah dan mengundang dendam kesumat. Bahkan memungkin berlaku pertumpahan darah!
Bertenanglah atau diamlah. Ia lebih baik daripada mengikut hawa nafsu amarah. Tidak rugi untuk kita terus bertenang. Biarkan berlalu amarahnya, agar sebuah penyelesaian akan terlaksana.
Bertenanglah dengan ilmu, bukan marah dengan kejahilan.
12.32AM, 11 April 2010.
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.



salam,
berdiam bukan bererti kalah malah ia lebih baik bagi menenangkan keadaan..
.-= Bb Hussain´s last blog ..Spaghetti Bolognese & Sambal Gulai Tempoyak =-.
Bb Hussain(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Diamlah pada tempatnya.
Farid Rashidi(Quote)
silence is golden
.-= muhammad fakhruddin´s last blog ..Sinergi Untuk April Fool =-.
muhammad fakhruddin(Quote)
salam..
suka ayat ini:
“Bertenanglah atau diamlah. Ia lebih baik daripada mengikut hawa nafsu amarah. Tidak rugi untuk kita terus bertenang. Biarkan berlalu amarahnya, agar sebuah penyelesaian akan terlaksana.”
lebih-lebih lagi kalau ada pertelingkahan dalam facebook. isu yang asalnya kecil, boleh jadi besar.
.-= pencinta bahasa´s last blog ..Tercari-cari Manisnya Iman?? =-.
pencinta bahasa(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Dalam Facebook itu abaikan saja jika tak bawa manfaat, jika bawa manfaat kita boleh perjelaskan tanpa menimbulkan emosi yang memudharatkan.
Jawab dengan tenang Insha’Allah bakal menghasilkan hikmah.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ya akhi..
Tegasnya, ketiadaan sifat marah dalam diri adalah tercela. Tetapi yang baiknya adalah sifat marah yang terpimpin oleh pertimbangan akal dan perintah agama.
Adakalanya marah itu perlu dan adakala penyantun pula yang perlu, tetapi sebaik-baiknya mengendalikan kedua-dua sifat marah dan penyantun itu menurut batas pertengahan, kalau marah jangan berlebih-lebihan, dan kalau penyantun pun jangan sampai melampaui batas.
.-= Abd Razak´s last blog ..Ibadah yang makin terabai… =-.
Abd Razak(Quote)
Wa’alaikummussalam ya rijali,
Benar, artikel ini lebih ditujukan kepada sikap marah yang tidak bertempat. Tetapi jika kita marah kerana agama kita dipijak, itu tidak mengapa. Kerana wajib kita mempertahankannya – menggunakan ilmu juga.
Ya, perlu keseimbangan antara kedua-duanya. Masing-masing biar kena pada tempat, bukan salah tempat. Bimbang berlalu zalim pula.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ustaz Farid. membaca cerita kisah pemandu van(tramco), teringat pula saya kisah sewaktu di Mekah, waktu tu, kami menaiki salah satu van sewa ni untuk ke Tanaim bagi niat umrah. MasyaAllah lelaki arab ni memang betul-betul kasar dan tidak sabar. Ada van di hadapan yang menghalang perjalanan beliau, lantas terus di hon berkali-kali sambil berkata2 dalam nada marah-marah dalam bahasa arab pasar yang saya sendiri tidak tahu makna. Dan dia pun sibuk nak berlalu dari situ, hasilnya van dia terlanggar van dihadapan…..itu la kalau api lawan dengan api..
WaAllahualam
Afida Anuar(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Dengar khabarnya, di mekah dan jordon ramai arab Mesir yang bekerja di sana. Sikap arab Mesir sedikit kasar dan bengis berbanding arab lain.
Jadi penumpangnya bagaimana? Kesudahannya?
Farid Rashidi(Quote)
Kesudahannya?hehe.. nasib baik la van tu terlanggar sedikit je. Lepas menunggu 10 minit kut untuk keluar dari kesesakan, barulah vab kami boleh jalan…alhamdulillah. Lagipun pemandangan biasa di kota mekah melihat kenderaan yang kemek2..walaupun kereta mewah2!
penumpang2nya? mak saya memang la mengucap panjang sepanjang kejadian tu berlaku. Mungkin bimbang sesuatu yang buruk berlaku. Ayah maintain tenang. Saya sekadar menikmati perangai orang arab… hehe
Afida Anuar(Quote)
Assalamualaikum…
kebetulan n3 kali ini memang kena pada kehidupan hari ini… Hari yang kurang seronok.. Terlalu menahan marah sudah sampai ke kemuncak.. Namun berkeras untuk bersabar.. sabar memohon moga ada hikmah.. Allah.. begitu lantangnya suara yang di lontarkan pada yang tidak tahu apa-apa.. hujung pangkal.. bergegar anggota.. degupan jantung begitu pantas.. menahan sehingga mata hampir berair.. di sebabkan kata2 jg perbuatan buat hati terhiris dan terluka.. sangat2 kecewa.. Allah semoga di beri kekuatan juga kesabaran… Amen..
t.kasih atas n3 ini..
MaizaC’Joe(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Tabahlah dan sabar selalu. Sesungguhnya orang yang dizalimi doanya mudah dimakbulkan.
Bersangatan marah menyebabkan syaitan senang menginap di dalam tubuh kita. Justeru, tenanglah – zikir.
Suara siapa yang lantang itu?
Farid Rashidi(Quote)
emm.. si menuduh yang lantang bersuara sambil menuding-nuding jari kepada ” si mangsa keadaan” tanpa usul periksa. Jatuh air muka, maruah diri tercela.. “si mangsa” diam seribu bahasa melihat keadaan begitu memalukan.. kecewa tidak dapat di gambarkan.. di aibkan di hadapan ramai.. Allah.. fikiran berkecamuk, hati tidak tenang, otak berpinar.. melayang-layang.. letih bagaikan memikul satu tanggungjawab amat berat.. Hanya mampu memohon supaya dapat terus bersabar..
MaizaC’Joe(Quote)
Bila sebut tang ilmu ni… hmm.. kak tie baru teringat.
Kak tie ni memang tak faham bahasa arab. Banyak perkataan2 dan ungkapan yang Ustat guna (juga blogger lain) yang buatkan kak tie blur je…
Boleh tak tulis dalam kurungan ( dalam BM) supaya kak tie dan teman2 yang senasib (entah ada ke ?) boleh faham dengan mudah.
Ataupun tulis kat sidebar (macam kamus kecik)…..
.-= Tie´s last blog ..Sekeras kerak nasi =-.
Tie(Quote)
Boleh bagitau dekat mana yg Kak Tie tak faham?
Alhamdulillah, saya dah cuba letakkan maksudnya dalam kurungan. Cubalah tengok.
Jangan pula sebab ini sampai Kak Tie tak sanggup nak baca lagi ya.
Farid Rashidi(Quote)
Syeikh tersebut telah berjaya lari dari keterbiasaan, berdasarkan ilmu dan kematangan.
.-= hadjie´s last blog ..Program Semanis Harapan Iman Segugus Kasih Prihatin =-.
hadjie(Quote)
Alhamdulillah, syukur kerana kami berpeluang bersamanya.
Bukan senang nak jumpa Syeikh yang berjaya lari dari keterbiasaan. Kata-katanya tegas, tapi ada sindiran pedas bersama senyuman mesra.
Semoga saya, dan sesiapa yang membaca artikel ini samaada yang silent reader ataupun tidak dapat kutip pengajarannya.
Farid Rashidi(Quote)
besar pengajaran artikel ni…
hidup di bumi mesir ini, sangat menguji kesabaran..
.-= sinar´s last blog ..Nak Chipsmore! =-.
sinar(Quote)
Alhamdulillah, perhatikanlah persekitaran anda. Ada pengajaran terselit di celahnya.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum..
Trm kasih akhi Farid, sedikit sebanyak apa yang dinyatakan mmg inilah realiti kehidupan di Mesir.
Sbg tambahan, kebiasaannya masyarakat Arab di Mesir(pengalaman).. apabila berlaku sebarang masalah antara kita dgn dia, cthnya tuan rumah..baba or mama..amat perlu kita berjumpa segera dgnnya dan berbincang scr mendalam..mgkin kdg2 berlaku perdebatan panas(biasa la, normal) tetapi ia bukn melahirkan bibit permusuhan cuma masing2 mempertahankan hujah. Kemudian tiba hari esok, kita carilah peluang untuk berjumpa dgn mama or baba semula..kmudian bila dh brtemu, pohonlah maaf..insyaAllah..kita akan lbih disayangi sbb org Arab suka kita berterus-terang, jgn simpan apa2 masalah jika melibtkan dia.
Teruskan usaha ya akhi..
.-= JIhbIz´s last blog ..Israel memiliki antara 100-300 peledak nuklear =-.
JIhbIz(Quote)
Wa’alaikummussalam ya sahabat seperjuangan,
Sama-sama, ana gembira bila enta masuk dan bagi pandangan di blog ana. Bukan senang nak dapat komentar dan Pengarah Mini Pavillon PMRAM ni kan.. hehe. Syukran.
Ya, ana setuju. Satu ketika ana dengan pak syeikh zahran pergi ke Alex. Kami berbincang harga tramco sewa. Tiba-tiba pemandu arab naikkan harga dan kami tak ittifak betul-betul.
Apa lagi berbalahlah. Pak syeikh zahran kuatkan suara, tapi dia lagi bertambah kuat. Last, kami berlembut. Baru selesai masalah.
Kadang-kadang lucu juga arab Mesir ni.
Teruskan usaha untuk menyebarkan berita Palestin. Jemput sahabat sahabiah sekalian ke blognya untuk mengetahui perkembangan Palestin terkini!
Farid Rashidi(Quote)
salam ya ustaz.
Pelajaran yang paling ampuh ialah melalui role model, sebagaimana para sahabat belajar melalui akhlak Rasulullah SAW. Justeru, berdampinglah sokmo dengan syeikh yang demikian. Melihatnya saja, beroleh barakah apatahlah lagi mengikuti pelajaran dan akhlaknya.
Moga-moga mengalir sokmo barakah dari bumi Mesir ini, Insya-Allah
.-= abuyon´s last blog ..Tak Tahu Nama =-.
abuyon(Quote)
Salam’alayk.
Lucu sekali kerenah arab mesir, arab yang dikatakan paling kasar berbanding arab lain… wallahua’lam.
tenang sekali tika bersama para ulama’… secebis nasihatnya memenuhi rongga-rongga dada hingga sukar sekali melepaskan titisan mutiara dari mereka.
Moga Allah redha pada penuntut ilmu yang berjuang untuk menuntut ilmu. Insya Allah.
.-= insyirah´s last blog ..Macammana Ada Baby? =-.
insyirah(Quote)
sy suke ayat terakhir di entry ini….ia benar2x memberi pengajaran bahwa dlm pe jua kemarahan situasinya kte perlu bertenang…marah tu sifat syaitan…tima ksh atas peringatn
.-= mia´s last blog ..SEKILAS PANDUAN DIET ………… =-.
mia(Quote)
kadang2 bosan dengan hon yg tak putus2 di mesir ni..tp..apakan daya bende tu dah jadi kebiasaan..lama kelamaan ok la..ape2 pun jgn cepat melatah dan hadapilah ia dengan tenang…
.-= Bintu Cumil´s last blog ..~Takde tajuk~ =-.
Bintu Cumil(Quote)