Kesempurnaan Islam Merangkumi Sebuah Ideologi (2)
Posted by in Isu Semasa | Kasus Politik | Wacana IlmiahIdeologi
Secara literalnya ideologi (mabda’) ialah; Fahaman (ajaran) yang dipakai atau yang dicita-citakan untuk dasar pemerintahan (berdasarkan makna kamu dewan edisi keempat). Mabda’ pula bermakna; Dasar ataupun prinsip.
Manakala secara konseptual, ideologi adalah hasil gabungan dua makna; Idea atau fikrah (fikiran) dan methodologi atau thoriqah (cara, aturan, sistem).
Sebagai sebuah agama dan ideologi (mabda’), Islam adalah ajaran yang mengandungi aqidah dan sistem (nizom), ataupun dengan erti kata lain ia mengandungi aqidah dan syariah.
Justeru, idea atau pemikiran (fikrah) dan methodologi (thoriqah) ini adalah terkandung di bawah agama Islam itu sendiri. Kita tidak boleh mengasingkan fikrah dan thoriqah Islam daripada agama Islam kerana ianya adalah tercakup dibawah dasar agama Islam.
Jika kita mengasingkan idea atau fikrah, bererti kita telah menghilangkan fikrah Islam yang disampaikan oleh Jibrail melalui wahyu Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Jika kita menghilangkan method atau thoriqah, bererti kita membuang jalan dan cara yang diajarkan Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah.
Ideologi ataupun mabda’ ini hanyalah istilah. Istilah ideologi ini baru dipopularkan oleh pihak barat, walhal ia sudahpun terangkum di bawah dasar agama Islam itu sendiri. Jika tidak wujud perkataan ideologi sekalipun, Islam tetap mempunyai fikrah dan thoriqahnya sendiri. Membaca takrifan definasi yang diciptakan barat adalah terkeluar daripada kefahaman yang tertera di dalam agama Islam. (Terutama definasi terhasil daripada sumber internet umum yang banyak dimonopoli oleh barat)
Fikrah Islam tidak dapat tidak mesti disampaikan melalui thoriqah Islam. Ini yang membezakan antara agama Islam dengan agama dan ideologi kuffar lain. Fikrah Islam adalah mengandungi aqidah Islam, Syariah Islam dan Akhlaq (tasawuf). Ia terangkum dibawah sebuah fikrah, pemikiran, idea (thought).
Apa itu thoriqah ataupun method?
Manakala thoriqah ataupun method adalah suatu cara ataupun jalan untuk menyebarkan fikrah Islam tersebut. Method ialah kaedah bagaimana mahu menerapkan Islam, mempertahankan Islam dan menyebarkan Islam. Lihat gambarajah untuk lebih jelas.
Thoriqah (method) juga adalah termasuk untuk merealisasikan perkara seperti di bawah:
(1) Penguatkuasaan Hukum Syarak; sebagai contoh Islam melarang seseorang melakukan zina. Maka sekiranya ada individu yang berzina akan dikenakan hukuman 100 kali sebatan untuk yang belum berkahwin. Hukuman sebatan ini menjadi aspek utama untuk penguatkuasaan hukum zina. Islam juga membenarkan pemilikan peribadi, tetapi tanpa penguatkuasaan, ianya tinggal sebagai sebuah ajaran yang tidak ada method/kaedah. Maka, Islam menguatkuasakannya dengan hukuman pemotongan tangan kepada pencuri.
(2) Memelihara aqidah Islam agar bertahan dalam arena kehidupan, Islam amat serius dalam menjaga akidah penganutnya yang mana method menjaganya adalah dengan dilaksanakan hukuman bunuh kepada golongan murtad.
(3) Membawa aqidah Islam kepada mereka yang belum meyakininya dengan method jihad sebagai penghilang halangan fizikal dari pihak negara kepada negara yang lain.
Tatacara untuk melaksanakan mabda’ ini ialah dengan menerapkannya di dalam wadah Negara Islam (Khilafah). Dalam melaksanakan mabda’ tersebut, Negara berpegang kepada 3 prinsip:
(1) Ketaqwaan seorang muslim memegang ajaran Islam
(2) Masyarakat yang sentiasa prihatin dengan amalan Amar Makruf Nahi Mungkar
(3) Penguatkuasaan undang-undang Islam dan seluruh hukumannya.
Sesuaikah Islam diklasifikasi sebagai ideologi? Bukankah ideologi berasal dari pemikiran semata-mata? Wahyu bagaimana?
Seperti yang saya jelaskan di atas, di bawah Islam adalah ideologi. Definasi mengenai ideologi sudah saya jelaskan secara terperinci. Ia terangkum dalam erti kata fikrah dan thoriqah. Mengatakan bahawa mabda’ Islam adalah semata-mata pemikiran merupakan suatu definasi yang salah bahkan tercemar dengan makna yang dibawakan barat. Fikrah ataupun idea Islam itu sendiri adalah daripada wahyu Allah SWT, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibril.
Oleh itu, untuk melaksanakan fikrah Islam – memerlukan kepada sebuah cara dan aturan yang dipanggil method ataupun thoriqah. Ramai yang tersalah tafsir makna idea itu adalah semata-mata idea dari manusia. Idea jika dilihat dari perspektif barat tentu sekali tidak akan menjumpai makna fikrah sebagaimana Islam tetapkan!
FIKRAH ISLAM ADALAH WAHYU
Dalam memiliki pemikiran yang konkrit dan kritis, kita perlu faham bahawa subjek yang dibincangkan adalah Ideologi dan Islam. Namun dengan meletakkan ‘Islam adalah Ideologi’ sebagai objek sedari awal merupakan bias di dalam kajian pemikiran sehingga membuatkan kita lupa mengkaji dasar, sejarah dan makna sebenar Ideologi itu sendiri.
Perkara ini bukanlah bias dalam kajian pemikiran, kerana mabda’ sememangnya terkandung di dalam makna Islam. Nah, jika kita katakan bahawa Islam adalah bukan berdasarkan fikrah Islam, ia mengisyaratkan Islam tidak syumul. Apakah wahyu itu bukan fikrah Islam? Wahyu itu sendiri adalah fikrah Islam yang sebenar-benarnya.
Makna sebenar ideologi adalah merupakan sebuah istilah. Apa jua istilah yang diguna pakai perlu dilihat pada dasarnya. Bukan pada gambaran makna zahir istilah. Sebab kata akar sesebuah istilah boleh berubah makna – tidak selamanya kata akar bermakna sama. Misalnya:
“Jama’a” dengan “Jima’” jelas maknanya berbeza. “Jama’a” ertinya mengumpulkan, sedangkan “Jima’” ertinya ialah bersetubuh. Walhal kedua-duanya adalah satu akar yang sama dan mengikut wazan yang sama.
IDEOLOGI LAIN DI DUNIA
Kapitalisme dan Sosialisme adalah ideologi yang lahir kerana kezaliman manusia. Ideologi ini lahir setelah terjadinya penindasan Gereja pada abad pertengahan, hasil dari menolak agama sama sekali atau menerima dengan syarat. Bermula dari sinilah sejarah Kapitalisme dan Sosialisme sebagai ideologi dikembangkan.
Sumber ajaran ideologi masing-masing adalah semata-mata berdasarkan akal. Akallah yang menentukan segala-galanya samaada berkaitan aqidah ataupun sistemnya. Aqidah Kapitalisme berasaskan pemisahan antara agama dan kehidupan (fashlu ad-Din ‘an al-Hayat) atau popular digelar ‘Sekularisme’.
Kapitalisme dan Sosialisme atau Komunisme pada dasar pembawakannya hanyalah mengatur urusan dunia mereka sahaja. Seandainya pengamal Kapitalisme dan Sosialisme menginginkan aspek rohani (an-Nahiyah ar-Ruhiyyah) mereka terpaksa mencari agama dan ideologi selain daripada apa yang mereka anuti.
Begitu juga halnya dengan agama Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha, Confucious dan sebagainya – hanya mengatur urusan akhirat dan spiritual sahaja, sedangkan masalah hal pengikutnya diserahkan kepada mereka sendiri. Akibatnya, ada dikalangan mereka cenderung mengambil Kapitalisme dan Sosialisme sebagai aturan hidup. Bahkan ada yang menjadi ateis (tidak percaya Tuhan). Hakikat inilah yang berlaku kepada agama dan ideologi selain Islam.
Menggerakkan Islam hanya berdasarkan ideologi dengan mengenepikan nilai tradisi dan elemen penting yang lain, kesannya dilihat tidak lebih sebagai suatu ideologi (mengikut tafsiran) sahaja, dan tidak jauh berbeza dengan gagasan ideologi yang separuh separuh itu. Antara golongan separuh yang saya maksudkan yang hanya suka bermain dengan ideologi semata adalah golongan ateis.
Persoalan ini sudah terjawab sebagaimana seperti yang telah saya jelaskan di atas. Pemahaman makna mabda’ yang merangkumi fikrah dan thoriqah menafikan bahawa Islam adalah agama separuh-separuh. Malah Islam mengandungi segala aspek bermula aqidah, syariat dan akhlaq (tasawuf).
Itulah yang dinamakan kaffah. Menyeluruh ke segenap segi dan aspek tanpa meninggalkan sesuatu. Justeru, kesempurnaan Islam adalah turut merangkumi sebuah mabda’.
Rujukan:
Islam: Politik dan Spiritual, Dr. Samih Athif az-Zein.
An-Nizamul Siyasah fil Islam, Dr. Abdul Aziz ‘Izzat al-Khayyat.
Al-Mu’jam al-Arabi al-Asasi.
1:04AM, 30 Mac 2010
Siberbaya, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.



Pingback: Faridrashidi.Com » Blog Archive » Kesempurnaan Islam Merangkumi Sebuah Ideologi (1)
‘Berat’ tajuk ni
. Tak pandai nak komen sangat..heheh..
Tapi, dengan perincian secara berstruktur dalam artikel ni memudahkan untuk kefahaman. Rasanya, k kin faham sedikit sebanyak. Kekeliruan yg banyak berlaku di kalangan org ramai mungkin disebabkan definisi ‘ideologi’ itu sendiri yang didefinisikan dari kacamata orientalis Barat.
Kak Kin(Quote)
Memang berat, saya menulisnya juga terasa berat.
Alhamdulillah, walaupun berat kak berjaya membaca dan mengutipnya walau sebutir dua kata. Itu adalah lebih baik dari membaca dan tak tahu apa-apa, atau membaca dan BUAT-BUAT TAK TAHU kerana semata-mata MAHU PERTAHANKAN EGO.
Syukran.
Farid Rashidi(Quote)
Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya..
Baru baca ringkasan buku Negara Islam oleh TG Hj Hadi Awang. Kehidupan Muslim seharusnya terdiri dari ibadat (solat, menuntut ilmu, bekerja, dll), amanah (sbg khalifah diatas mukabumi) – menjalankan hukum2 Allah seperti yang disyariatkan.
Adapun ideologi2 lain itu boleh diterimapakai sekiranya bertepatan dengan fikrah Islam. Ajaran Islam itu sangat lengkap, sekiranya digali ilmu2 Islam akan mampu menolak ideologi2 barat yg byk menindas, ketidakadilan, kepincangan, dll.
.-= nohas´s last blog ..Bukan Sekadar Novel =-.
nohas(Quote)
Islam bukan setakat menjalankan hukum hudud, malah merangkumi bermacam aspek. Ada yang memahami bahawa Islam ialah semata-mata melaksanakan hukum hudud, lalu ada yang menempelak saya katanya.
“Jangan suka menghukum.”
Timbul kata-kata ini kerana salah faham tentang Islam. Islam bukan menghukum, tetapi mencegah dan mengajak manusia ke arah yang diredhai Allah. Jadi syariat ini umpama pembari bagi meluruskan laluan.
Tiada ideologi lain yang menyamai Islam di dunia ini. Dan sama sekali tidak lengkap sebagaimana Islam.
Farid Rashidi(Quote)
erm..dah baca..tmbahkan ilmu..tapi xtau nak komen..hehe
nur_syahadah(Quote)
Tak apa, bacalah dan fikirkannya.
Bukan apa, bimbang apabila kita silap faham ia menjejaskan cara fikir kita. Bila rosak cara fikir, maka bagaimana mahu menerima fikrah Islam bukan.
Farid Rashidi(Quote)
Begitulah indahnya Islam, tiada satu agama pun yang boleh menyangkal.
Siap ada mind map lagi ni, terima kasih farid, atas perkongsian ni, dan syabas kerana tidak lelah berusaha menyebarkan tentang Islam, moga-moga ada insan yang terpikat.. ada yang mengambil pengajaran..
Afida Anuar(Quote)
Tujuan peta minda supaya nampak lebih jelas kesamaran. Biar TERANG, JELAS lagi MENYULUH kegelapan itu.
Cahaya Islam takkan menerobos masuk jika gelap menghantui fikiran kita.
Ameen Ya Rabb!!
Farid Rashidi(Quote)