Header image

Kartun (1): Dahulu Melukis Kini Menulis

Posted by Farid Rashidi in Diari Penulis | Karya Kreatif

Tiada siapa menjangka bahawa saya akan terjebak ke lapangan menulis – kini menulis blog, sedikit masa lagi akan terhasil karya penulisan. Saya sendiri tidak menabak akan hal ini suatu ketika dahulu.

Jari jemari ini dahulu ligat mengukir sesuatu pada hamparan putih. Pantang melihat ada ruang, di situlah juga akan ada contengan. Samaada kartun itu dilukis dengan gaya ala-ala blues, ataupun jenaka ala kartunis di majalah Ujang. Acapkali membaca majalah kartun lawak itu sehingga badan bergetar-getar menahan gelak.

Pernah diperkenalkan majalah lawak gila-gila suatu masa dahulu oleh Pak Long. Zaman-zaman mudanya mengajar saya untuk mengenali dunia kartun. Selain menonton kartun di televisyen (termasuklah Suria Perkasa Hitam, Gaban, Marksman dan Ultraman) saya membelek-belek majalah kartun khazanah tinggalannya.

Lalu minda mengindeks segala lawak yang terhadam tanpa sekatan. Berbekal pen dakwat hitam cair dibeli di pekan Kupang, saya terus melakarkan sesuatu. Idea-idea yang dikutip semuanya berlandaskan apa yang dilihat. Akhirnya terhasil kartun amatur yang berbingkai-bingkai!

Tak cukup dengan bingkai-bingkai kartun, saya kerap kali meminjam water colour abang sulung untuk menambah warna-warni lakaran pada kertas lukisan. Hasilnya, pemandangan air terjun siap dipamerkan. Malah, karya itu masih tergantung di penjuru rumah saya kini di kampung. Kenangan terindah!

MENJUAL LUKISAN

Bukan sahaja saya seorang menggemari lukisan. Abang saya juga turut mendominasikan karya kreatif lukisan ini di perkampungan keluarga. Barangkali watak ayah yang sukakan seni mengalir di dalam tubuh kami anak-anak lelakinya. Pernah suatu ketika, saya menjual lukisan-lukisan kartun abang di Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya, Sungai Petani.

Selesai melakarkan watak kartun Ultraman dan Ninja Turtle, kami mengayuh basikal menuju ke pekan Taman Keladi, Sungai Petani, semata-mata untuk mencetak seberapa banyak lukisan. Usai mencetak, keesokannya saya membawa lukisannya lalu dijualkan kepada rakan-rakan kelas (darjah satu). Hasil itulah sedikit sebanyak memberikan perbelanjaan lebih buat membeli nasi lemak dan mee di kantin.

Sudah diajar untuk tidak terlalu mengharap pada perbelanjaan yang diberi ibu bapa (ketika itu ayah bekerja sebagai pekerja kilang kayu, ibu – suri rumah). Bekalan wang saku ke sekolah hanya 10 sen dan 20 sen. Tiada bantahan rasmi dilontarkan.

KARYA PERTAMA

“Kartun perut hijau..” Kata Fakhruz Hadfi.

Kami gelak bersama apabila teringatkan kisah silam itu. Kisah di mana karya pertama saya melalui himpunan kartun berjaya disatukan. Lalu terhasillah majalah kartun versi fotokopi yang kelakar. Majalah itu kemudiannya dibeli kawan dengan harga beberapa Ringgit Malaysia.

Selain itu, karya saya juga sering dijadikan hadiah kepada teman-teman sepersekolahan. Kartun lelaki blues bersandar di tepi kad menjadi taruhan. Itu zaman remaja yang belum kenal erti kehidupan. Bicaranya hanya suka-suka tanpa berisi tauladan.

TRANSISI BERLAKU

Ketika itu rakan saya, Fakhruz Hadfi begitu sibuk menyusun ayat-ayat indah lalu disusun atur menjadi sebuah kisah cinta – novelnya (tak kesampaian untuk dipublishkan). Walhal saya tidak langsung berminat untuk menghadami karya penulisan sebegitu walaupun peperiksaan Bahasa Melayu agak memuaskan.

Masa mengejar masa. Sehingga ia terhenti pada suatu tanggal. Tanggal yang menghantar saya ke dimensi lain. Kejauhan. Lalu, setitis bekal itu saya gagahi untuk merakamkan perjalanan hidup dari hari ke hari. Saya keseorangan. Dunia penulisan menjadi teman istimewa. Keakraban kami mengisi masa-masa sunyi.

Diari harian saya adalah sebuah penulisan. Semuanya tercatit. Tanggal 2007 itulah yang menjadi tarikh keramat pertemuan saya dengan dunia penulisan global. Simbolik luahan hati tak bertepi. Bisu tetapi bernada. Diam tetapi berirama. Lagu sendu dan tawa.

Tetapi, tahun 2008 sekali lagi saya cuba-cuba melakarkan sesuatu (telah termuat di Majalah Suara Kampus SAK-T 2008/09). Yakni melukis. Mahu lihat? Nah, saya tunjukkan khas untuk pembaca FRC – tiada yuran dikenakan.

Kalau kau tak suka sesuatu,
ubahlah ia,
kalau kau tak mampu mengubahnya,
ubahlah cara kau berfikir,
tentangnya,

-tanpanama-

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

43 Responses

  • Bintu says:

    salam…

    jom tidoo..huhu..lawak punya katon..punyela semangat..hurm…bagus2..teruskan 2 bakat anda melukis dan menulis..best2,,

    merenung dan mentafsir~
    .-= Bintu´s last blog ..Cintaku berbunga di hari ketiga^__^ =-.

      (Quote)

    • Itulah, agak mengecewakanlah jika mahasiswa/wi Azhar tak membeli majalah Suara Kampus Tanta. Masih banyak bertimbun di Markaz kami. Modal besar, untungnya?

      Sebenarnya ada lagi karya-karya saya yang tersiar di Suara Kampus. Nanti saya siarkan ya. Lepas ini, katakan pada ahli KPT. Belilah barangan buatan Tanta juga! :)

        (Quote)

  • alqasam says:

    Askum

    Ustaz,

    Apapun jua, bakat itu telah ditransaksikan kepada satu lapangan yang memberi manfaat pada ramai orang (menulis). Either one, ia tetap memberi nafahat. InshALLAH.
    .-= alqasam´s last blog ..Nafahat Melimpah =-.

      (Quote)

    • Wa’alaikummussalam ya Ustazah Qasam,

      Pada hemat saya yang faqer dan haqer ini, blog saya sudah dilupai Ustazah sekian lamanya. Tetapi, kehadiran pada kali ini menyahkan pemahaman saya.

      Alfu syukran atas nasihat membina.

        (Quote)

  • liyana says:

    tak sangka ustaz pandai melukis ya :)
    keep up the good work!
    .-= liyana´s last blog ..jelas =-.

      (Quote)

    • Bakat yang sudah lama malap dan semakin terpadam. Kartunnya juga tidak nampak hidup. Mungkin jari jemari semakin kekok melakar.

      Bakat itu sudah ditransisikan kepada kedua adik kembar saya. Mereka sekarang dalam jurusan Designer and Grafik Computer. Alhamdulillah, pointer mereka juga hampir 4.0!

        (Quote)

  • maiyah says:

    wah.. sy dlu pun suka melukis.. tp skrg jari dah gigil sket..
    .-= maiyah´s last blog ..Aku ter.. pikir#%#!!!—)(///???……. =-.

      (Quote)

  • aisehmen says:

    owh, suka melukis..bgus2,:)

      (Quote)

  • Balqis says:

    oooo ustaz, tak sangka juga. Saya rasa ustaz melukis lagi best dari ustaz menulis. Betul. Orang yang menulis ramai, yang melukis kurang. Justeru ustaz, lukislah banyak-banyak kartun begini. Kembangkan. Siapa tahukan, terus boleh buat animasi Islami. Atau barangkali boleh buka syarikat penerbitan Islami. Wah, fikir jauh, fikir jauh, ustaz! Apa-apa pun lukisan ini mantap! Bakat baik begini jangan dikuburkan. Sayang sungguh, ish.
    .-= Balqis´s last blog ..Sepele: tentang sarapan dan sejarah =-.

      (Quote)

    • Balqis: Saya rasa ustaz melukis lagi best dari ustaz menulis. Betul. Orang yang menulis ramai, yang melukis kurang.

      Saya terkedu. Diam sejenak bila membaca kenyataan ini.

      Apakah ini boleh mematikan langkah saya untuk menulis? Tidak!

      Andainya matlamat dakwah itu hanya semata-mata best, alangkah ruginya. Saya menulis bukan hanya untuk mengenggam anugerah best, dan bukan juga untuk dikagumi mata-mata manusia.

      Kalaulah tidak ada sesuatu khilaf yang merunsingkan di sana, sudah pasti saya menjadi pelukis kartun lawak sekarang.

      Pada saya, mahu menulis dan menulis baru melukis kerna dulu sudah puas melukis. Biarlah bertatih ~

        (Quote)

      • Balqis says:

        Aduh, ustaz! Janganlah tersalah faham. Bicara tentang best, bukanlah ustaz terus berhenti menulis dan tumpukan melukis. Aduh! Cuma saya kagum dengan bakat ustaz melukis melebihi kagum dengan bakat ustaz menulis.

        Dan maksud saya ‘orang yang menulis ramai dan melukis kurang’ adalah orang yang menulis mengajak kepada kebaikan sudah ramai, Alhamdulillah. Bagus. Cuma, tidak semua orang suka membaca penulisan, ada yang suka kepada bentuk lukisan. Jadi, orang yang melukis mengajak kepada kebaikan seperti kartun ustaz itu, kurang. Contohnya adik-adik kecil sangat suka kepada bentuk penyampaian kartun. Tidak semestinya harus membuat lawak. Apa, andai bicara melukis kartun, harus membuat lawak, ya? Pengajaran Fiqh pun bisa disampaikan dalam bentuk kartun andai kena gayanya. Kan banyak cara medium dakwah.

        Bukanlah ustaz berhenti menulis. Ustaz boleh terus menulis, subhanallah. Tetapi andai ustaz punya bakat melukis begini subhanallah, lebih terbaikkan kedua-duanya; menulis ditambah boleh melukis. Sumbangan yang besar kelihatan di situ kepada ummah. Contoh – Asuh, Ana Muslim etc. Andai ada rezeki, perkembangkan terus kepada animasi Islami – kita kekurangan penyumbang dalam bidang ini. Sekadar cadangan, wallahua’lam. Pun begitu, menulis jangan pernah ditinggalkan. ^^

        (Barangkali komentar saya selalu perlu diberi penerangan ya, tidak boleh tulis pendek-pendek. Ustaz ingat tidak, lihat gelas separuh penuh, bukan separuh kosong. Wallahua’lam. Maaf andai tersalah bicara. Khilaf saya juga terlalu semangat memberi komentar. Tihihi).
        .-= Balqis´s last blog ..Sepele: tentang sarapan dan sejarah =-.

          (Quote)

        • Oh, saya pula sudah tersalah faham dan terlajak kata.

          Ya, ya mengerti maksudmu. Insya’Allah seperti kata Nurhuda itu, biar seiring. Tetapi saya kini seperti kurang menghasilkan karya-karya kartun. Entah. Kekangan masa barangkali.

          Hanya melukis di Suara Kampus (Ada artikel pasal Ukrine yang ditulis oleh penuntut di sana juga).

          Sebenarnya melukis lebih sukar berbanding menulis. Melukis perlukan idea, karektor watak, tempat dan imaginasi yang terlalu tinggi.

          Apapu, saya masih ingat perihal gelas itu. Syukran atas penjelasan yang baik. Barakallahu fik.

            (Quote)

          • Balqis says:

            Farid Rashidi: Sebenarnya melukis lebih sukar berbanding menulis. Melukis perlukan idea, karektor watak, tempat dan imaginasi yang terlalu tinggi.

            Betul. Justeru sebab itu saya kagum dengan orang yang pandai melukis, sebab saya tak reti melukis. Orang lidi sahaja bolehlah. Huhu.

            Apa pun ustaz, menulis ka, melukis ka – teruskan usaha!

            Bila dapat baca Suara Kampus, ya?
            .-= Balqis´s last blog ..Sepele: tentang sarapan dan sejarah =-.

              (Quote)

  • Subhanallah…….beautiful Post
    kami kagum dengan blog sahabat, jika berkenan bergabunglah di aggeregasi web kami, caranya cukup memasang banner kami insya Allah setiap posting terbaru dari blog sahabat akan muncul di web kami…..kami tunggu
    .-= Pesona Muslim´s last blog ..Tiga Pelajaran Dari Satu Pengajian‏ =-.

      (Quote)

  • zuhaida says:

    ^_^ peluang dah ada kat atas tu..org dah bg tawaran, cubalah.

    (Pembetulan sikit eh…Maskman)

      (Quote)

  • assalamualaikum..

    Ya akhie…rupanya hebat juga dalam melukis…boleh teruskan kedua-duanya, melukis dan menulis..:)
    .-= nurhuda_cahayapetunjuk´s last blog ..Mengapa Aku Dihidupkan Dunia Ini? =-.

      (Quote)

  • Abd Razak says:

    Salam ya ustaz,

    Bakat jangan biarkan terpendam, teruskan usaha :)
    .-= Abd Razak´s last blog ..Ibadah dari harta… =-.

      (Quote)

  • Salam..

    Woww…tak sangka Farid pun ada bakat dalam lukisan.. Ingatkan dalam bidang penulisan semata-mata. Kalau saya nak lukis orang lidi pandai la.hehe…

    Keep up the good work Farid! Bakat yang dianugerahkan oleh Allah jangan disiakan…

      (Quote)

  • MaizaC'Joe says:

    Assalamualaikum

    best pulak tengok kartun tue.. :-) ada bakat bagusnya.. teruskan ya.. mai minat membaca.. tapi melukis?? hu… nak lukis lain.. takut jadi lain pula.. atas perkongsian hasil penulisan farid.. memang best la.. sejak kenal blog nie kalau ada masa atau terperasan sendiri blog nie ada n3 baru pasti akan singgah.. Jangan sia-siakan anugerah Allah.. teruskan.. melukis.. menulis seiringan… kalau tension apa-apa ka.. datang ke blog nie.. tengok kartun2.. mesti boleh gelak.. betul..

    ha.. kan dah ramai tue.. kalau macam tue.. n3 berselang seli dengan sedikit kartun.. menambah.. lagi menarik.. bukan maksud sebelum ini tak menarik.. tapi lagi.. lagi menarik…

    Teruskan Ya.. Rabbuna yusahhil! ma’annajah ( itu ja antara yg ingat)

    p/s tak sabar tunggu Travelog siap

      (Quote)

  • Tirana says:

    Memang serba boleh Farid ni…melukis boleh, menulis boleh, mengaji boleh, berniaga boleh hatta memasak pun boleh… Cepat sapa nak buat menantu..hehehehe

      (Quote)

  • sinar says:

    Tak sangka pula ustaz pandai melukis…
    tapi biasa la kan… ustaz orang seni… :)
    Moga terus thabat..dan terus maju mengorak langkah…
    Teruskan menyebar risalah Islam pada semua…
    Biar semua orang tahu, akhirnya mencetus mahu dan mampu melaksanakan nilai yang Islam anjurkan…
    .-= sinar´s last blog ..Buku Oh Buku… =-.

      (Quote)

  • kak zu says:

    menarik N3 kali ni….
    ade disertakan lukisan sbgi media penceritaan tentang diri penulisnya…
    harus dikekalkan anugerah Allah ini sebagai
    medium dakwah yg nk disampikan kpd pembaca…
    boleh jd daya tarikan pd pembaca…
    idea yg sngt menarik dn positif….
    teruskan farid

      (Quote)

  • salam,

    ustaz melukis kat atas tu mcamana? mcam guna komputer je lukisan tu?? ajar? hihihi ….
    .-= Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last blog ..Bunga Apa? =-.

      (Quote)

    • Wa’alaikummussalam,

      Alhamdulillah, lukis guna tangan, jari, pensil, pen, pemadam dan kertas. Maka terhasillah karya di atas. Lalu discan dan diadobekan agar lebih menyerlah.

      Cubalah try!

      Tapi ada syarat, jangan lukis penuh-penuh ya orangnya. Sebab fiqh ada membahasakan hukumnya. Tahu?

        (Quote)

      • salam…

        oooo… scan rupanya. Ingatkan guna komputer terus. hehhe :)

        saya tak tau melukis gambar orang sangat,tapi kalau melukis pemandangan atau objek lain selain manusia/haiwan,kira bolehlah nampak jelasnya. huh, kebetulan hukum pun ada sebut pasal lukisan ni…

        jadinya, gambar manusia tu apa pula hukumnya? bukan ke sama dengan lukisan(gambar), cuma dalam lukisan tu guna cat, dalam gambar photo guna ink… mmmm
        .-= Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last blog ..Bunga Apa? =-.

          (Quote)

        • Guna komputer terus jika ada touch screen lebih memudakan. Kalau sekadar guna mouse, agak kekok.

          Baguslah jika ianya pemandangan.

          Okey, ulama’ khilafah masalah lukisan ini. Tapi kartun di atas kalau siapa perasaan nampak ada sesuatu perbezaan. Lihat dan cari perbezaan itu. Dah jumpa beritahu ya! :)

            (Quote)

  • nur_syahadah says:

    salam..wah laku ek entri ust..banyak dapat kata2 dorongan :-) …bagus ek ust..jgn lupa teruskan usaha ya.. pe2 pun bakat yang ada jangan sia2 kan..teruskan menulis.. ramai dah pemint blog…

    p/s: xsabar nak tgok ust buat kartun banyak2..say suka baca kartun untuk kembalikan mood (time sedihla..hehe)

      (Quote)

  • abuyon says:

    Salam ya ustaz, minat kita sama rupanya. Ana pun minat melukis, tetapi tidak pernah serius. Dulu, waktu sekolah menengah, selalu beli komik cina di kedai cina sampaikan tokey cina tu tanya, “Lu pandai ke baca cina?”

    Anak-anak pun minat melukis. Habis dinding rumah jadi kertas lukisan, grafiti. Macam juga ayahnya waktu kecil dulu.
    .-= abuyon´s last blog ..Denyutnya Jantung Kita =-.

      (Quote)

  • assalamualaikum…
    1st time datang sini.. missz cari kat google guna keyword karya kreatif… missz nak jemput join segmen kreatif lucky draw missz.. nak mnecari insan yg kreatif.. hehe… nanti join yer.. sebbelum 13 april ni.. tengok kat sticky post blog missz.. hadiahnyer, leh bagi pada yg tersayang…
    MiSsZ GaRdEN´s last [type] ..Mai JOIN Pengkomen TerHEBAT di MiSsZ GaRdEN

      (Quote)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge