Header image

Apabila Persona Elegance Dirasmikan

Posted by Farid Rashidi in Bicara Semasa | Diari Penulis

“Ayah kamu pakai kereta apa?” Tanya Ahmad ketika berjalan kaki dari Restoran Kusyari menuju ke hadapan pintu gerbang Ma’arad kitab.

“Ayah tak, abang saya pakai kereta.” Jawab saya.

“Kereta jenis apa?” Soalnya kembali.

Kami terus mempercepatkan langkah dan melewati sebuah jejambat di kota Kaherah. Kesibukan kota seakan mustahil untuk disenyapkan, apa lagi jika ingin menghilangkan bunyi-bunyi hon di jalan raya Mesir.

Mustahil. Ajaib jika ada yang mampu!

“Kerata proton.” Jawab saya. Sempat lagi saya menjeling ke arah beberapa buah kerata buah Perancis yang tersadai di bahu jalan raya. Memang Mesir banyak mengimport kereta dari luar, lebih-lebih lagi kereta buatan negara Perancis. Sebuah empayar yang pernah menjajah tanah Mesir suatu ketika dahulu.

“Kereta proton tak bagus, saya pernah naik dulu.” Balasnya tanpa berselindung. Terus  terang.

Terkisama mendengarnya. Tiada hujjah konkrit untuk membuktikan dakwaan itu. Sementelahan, saya pernah juga menonton rancangan ‘Kritik kereta’ – Top Gear. Lebih-lebih lagi saya tidak memiliki kereta buatan Proton, jadi tidak boleh berkomentar lebih-lebih samaada ianya negatif ataupun positif. Hanya sekadar pernah memandu (baca: pinjam) beberapa jenis kereta keluaran Proton antaranya, Proton Wira, Proton Saga dan Proton Iswara.

PROTON DAN PERODUA ADA DI MESIR

“Cuba tengok kat depan tu.. ada kereta Persona.” Husni menunjukkan isyarat agar memandang ke hadapan kereta. Ketika itu kami dalam perjalanan dari Zaqaziq menaiki kereta penumpang jenis peugout menuju ke Mansurah.

Saya cuba memanjangkan leher melihat-lihat kereta yang dimaksudkan. Kelihatan sebuah Proton Persona berwarna merah di hadapan kami. Samar dan berbalam-balam dibayangi senja petang yang semakin menghampiri.

Ya, sememangnya Mesir mengimport kereta buatan Malaysia. Samaada produk buatan Proton, seperti Proton Wira, Persona dan Gen2 ataupun kereta buatan Perodua. Lihat saja di sekitar jalan raya kota Kaherah, pasti akan ditemui kereta Perodua Kancil yang kemik sana-sini.

Sumber gambar

“Agaknya tak sesuai kereta kancil kat Mesir, habis remuk dan kemik. Maklumlah arab bertubuh besar dan kasar.” Monolog sendiri.

PERSONA ELEGANCE

Sekilas pandang, kelihatannya seperti kereta Gen2 yang bergabung dengan seni reka Persona. Tetapi saya menyukai reka bentuk bahagian hadapannya yang kelihatan lebih sporty dan mengancam. Bahagian belakang kelihatan seperti Proton Persona asal. Enjin dalaman? Reka bentuk keseluruhan? Wallahu a’lam.


Mungkin para penggemar kereta Proton dan para pengguna kereta Proton boleh menilainya sendiri?

Dipersilakan.

5:33PM, 19 Mac 2010,
Siberbay, Tanta.


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

32 Responses

  • Bb Hussain says:

    emm..mmg kereta-kereta malaysia banyak kekurangan..tp disebabkan harga yg rendah berbanding kereta lain..itulah yang mampu digunakan..
    .-= Bb Hussain´s last blog ..Arissa loves the camera =-.

      (Quote)

    • Harga rendah?

      Saya rasa tidaklah terlalu rendah, tambahan pula pinjaman bank turut disediakan kepada para pembeli kereta samaada kereta import atau tidak.

      Tetapi kalau kereta proton second-hand mungkin murah.

      Ada juga pendapat mengatakan kereta proton yang diimport kualitinya lebih berbanding yang dijual di Malaysia.

        (Quote)

  • nur_syahadah says:

    salam..pernah dulu kawan cakap kereta proton ni mudah kemek..tp ignore je,sbb ingatkan proton saga baru tu..nampak reka bentuk cam ringan je..tapi saya lebh berminat ngn produa..

    p/s: persona elegance ni lebih elegance kan..sesuai ngn nama :-)

      (Quote)

    • Wa’alaikummussalam,

      Ikhlas saya katakan, Proton Saga New Begin itu kelihatannya seperti kereta separa siap. Bentuknya seakan-akan terlalu simple. Dan terdapat kereta buatan negara lain yang lama persis Saga baru di Malaysia.

      Adakah ini suatu kebetulan?

      Harganya pun sesuai juga dengan namanya bukan? :)

        (Quote)

  • Abd Razak says:

    Salam ya akhi :)

    Rupa bentuk tidak menjadi ukuran, saya melihat kepada performance injinnya yang mampu bertahan lama, penjimatan minyak, tidak banyak menyumbang kepada pencemaran udara & tidak mendatangkan masalah yang banyak. Kereta hybrid boleh jadi pilihan
    .-= Abd Razak´s last blog ..Ibadah dari harta… =-.

      (Quote)

    • Wa’alaikummussalam ya sohabi,

      Benar, itu juga kata abang saya. Dia telah mempertingkatkan performance keretanya. Malah cuba melakukan sesuatu sehingga jimat minyak.

      Kata orang, Proton Waja apabila berlaku excident akan automatik terkunci empat tayar. Betulkah wahai saudara?

      Begitu juga kata orang, Myvi mudah terbakar?

      Sekarang Toyota juga mengalami krisis – US komplen kereta mereka banyak mengalami kemalangan.

        (Quote)

  • Cikgu Roha says:

    Salam.
    First car saya ialah Ford. Second car, proton.
    Not too bad! Tepuk dada tanya selera…..tanya minat, tanya hati, tanya diri, tanya..tanya…tanya dan banyak tanya. Kereta buatan Malaysia….hidup Malaysia bersama Islam.
    .-= Cikgu Roha´s last blog ..Positif Dan Negatif Malu =-.

      (Quote)

    • Wa’alaikummussalam,

      Banyak betul kena tanya ya cikgu. :)

      Apapun, dulu ayah saya punya sebuah kereta. Namanya Nissan Langlei. Saya selalu pinjam dan pandu ke mana-mana. Tetapi kini telah menjadi besi buruk. Kenangan lama. Kereta itulah yang mengajar saya menjadi seorang pemandu.

      Proton apa? Ada masalah?

        (Quote)

  • Tirana says:

    Kak Tirana pernah memandu lima jenis (brand) kereta iaitu kancil, proton iswara, honda city, volvo dan bmw. Memang banyak perbezaan di antara kereta2 tersebut. Memang tidak dapat dinafikan bmw dan volvo memang sedap dipandu. Honda pun ok tapi kancil dan iswara memang ringan dan mudah kemek.

      (Quote)

    • Saya ingin mengangkat empat jari dan tabik pada Kak Tirana!

      Entah pekerjaan apa yang dibuat sehingga mampu memiliki kereta hebat seperti BMW itu ya. Pada saya, mungkin hanya mampu menyentuh bodynya sahaja. Memandu? Sila pejamkan mata dan berangan.

      Entah mengapa, saya begitu meminati kereta luar. BMW series itu juga selalu saya intai! Mesti hebat bukan?

        (Quote)

    • personaowner says:

      betul ke kancil dan iswara mudah kemek.. mungkin jugakan… tak macam BMW dan Volvo, ketuk pun x kemek..boleh saya ketuk BMW Tirana… Harga kancil dengan BMW sama je kn.. dua-dua pun mahal… tapi kualiti lebih baik lagi BMW. Kenapa perodua tidak buat Kancil macam BMW?

        (Quote)

  • MaizaC'Joe says:

    Assalamualaikum…

    pernah memandu pelbagai jenis (brand). memang tidak di nafikan ada juga keluaran proton yang kurang. Iya la.. tengok pada pada harganya. Kalau mahal mesti la kualiti lebih lagi kan. Tapi apa salahnya menyokong kereta buatan malaysia. Kalau gaji kecil macam mai nie pakai apa yg mampu ja.. Persona ok jg.. cantik.. sporty harga berpatutan…

      (Quote)

    • Wa’alaikummussalam,

      Boleh nyatakan brand keretanya?

      Gaji kecil tapi sudah memiliki sebuah kereta bukan? Saya ini – pinjam meminjam saja yang mampu. Entah bila akan merasai kereta sendiri.

      Harganya berapa?

        (Quote)

      • MaizaC'Joe says:

        ha.. mana la ada kereta sendiri lagi.. bukan Farid ja pinjam… mai nie – pinjam juga.. ayahda punya.. maklum la gaji kecil :-) sekarang nie tengah usaha simpan duit nak beli kereta.. entah bila boleh dapat.. tak apa usaha-usaha..

        best juga BMW.. lagi lama la kena simpan duit.. silap2 berangan ja la.. suami sis Tirana.. xsalah mai.. doktor orangnya…

        nanti Farid dh start kerja.. InsyaAllah dapat la pakai kereta sendiri….

        harga apa.. Persona? kalau tak salah RM 50 ribu lbh..

          (Quote)

  • Bintu says:

    Ya akhi~

    lebih berminat naik kereta sorong…mase kecik2 abang tolakkan naik kete sorong..yg penting jimat ..xpayah guna minyak,..(teringat zaman kecik2)
    .-= Bintu´s last blog ..Cintaku berbunga di hari ketiga^__^ =-.

      (Quote)

    • Dalam banyak-banyak komentar. Komentar inilah yang paling ajaib dan sedikit pelik. :) Mahu tergelak saya. Tak apa, masih mampu control.

      Saya masa kecik-kecik naik kereta upih dan kereta kotak. Gelongsor dari atas bukit turun ke bawah. Tahu upih?

        (Quote)

  • Bintu says:

    upih tu macam upin ipinkan??hoho~..kenal la upih..pelepah kelapa kan?kiranya zaman us xmoden lagi la..zaman sy kecik dah moden sikit..ngee~:P
    .-= Bintu´s last blog ..Cintaku berbunga di hari ketiga^__^ =-.

      (Quote)

  • kak an says:

    Salam ziarah.

    Bagi saya nak pakai kereta ni, biarlah ukur baju dibadan sendiri. Bagi anak2 saya yg menuntut di Universiti, saya hanya mampu belikan kancil je. sampai juga kan? Ape2 pun saya bangga dengan Malaysia.

      (Quote)

  • amat says:

    salam. semalam dh pergi usha2 elegance tu..ada sikit kelainan dari yang lama. dah berkenan habis kalau nak dibandingkan dgn myvi se, lagipun harga lebih kurang sama. insyaALLAH minggu dpn dh bleh booking..

      (Quote)

  • karmila says:

    salam.. bagi sy kereta apa pun ok asalkan ada kenderaan utk dinaiki..janji pandu hati2 untk kslmtn

      (Quote)

  • karmila says:

    walau apapun sy sgt minat dgn persona elegance. lebih cantik

      (Quote)

  • Al-Falah says:

    Salam… Saya baru di sini dan sgt tertarik dgn blog saudara…

    Ibu bapa saya belikan sy kereta Perodua Kenari Secondhand sebelum sy menjalani latihan praktikal (untuk kemudahan). Kirenya kereta tu dah berusia 5 tahun (paling kurang) dan kondisinya masih agak elok. Cuma kena pastikan rajin bawak servis, tukar minyak hitam, benda2 biasa…

    Pada pendapat sy yang bawak kereta tempatan ni, takdela senang penyok sana sini asalkan hati2 masa bawak kereta. BMW ke Ford ke Toyota ke, kalau bergesel masih “luka” jugak cat dia. Kenari pun sama… Kalau pandu dengan hati2, ade renyuk2 dan penyok2 ke? Hmm… Kesimpulannya, hati2 di jalan raya. Kalau hati2, insyaALLAH, bawa kereta sorong pun tak penyok~

    Ayah saya juga (sebelum bertukar kepada Toyota Avanza) memandu Proton Saga (kereta keluaran pertama Malaysia) selama lebih 15 tahun. Saya akui adalah pengalaman tolak kereta sekali dua. Tapi tengok harga pun tau yang kereta proton saga tu serba serbi kurang. Tapi sampai sekarang, kereta yang dah pun dibeli oleh orang lain tu masih boleh berjalan lagi. Kadang2 berselisih di jalan raya =) Rindunya… Dan, kata ayah saya, kalaulah Proton Exora dah keluar masa beliau nak beli kereta beberapa tahun lalu, mesti Exora yang jadi pilihan sebab lebih murah dan besar… Tentang ciri2 keselamatan, saya rasa tak perlu komen sebab saya rasa pemanduan yang berhati-hati itu lebih penting. BMW pun boleh “accident” jugak kalau dah nak jadi…

    Hanya pandangan ikhlas saya sebagai penggemar kereta tempatan (dan Toyota Avanza milik ayah saya)

      (Quote)

    • Tentang ciri2 keselamatan, saya rasa tak perlu komen sebab saya rasa pemanduan yang berhati-hati itu lebih penting. BMW pun boleh “accident” jugak kalau dah nak jadi…

      Memang BMW boleh kemalangan, dan mana-mana kereta lain juga boleh kemalangan. Tetapi risiko untuk remuk dan rosak teruk lebih rendah berbanding kereta Proton.

        (Quote)

  • adiepro says:

    Bukan nak kata kereta import itu bagus tetapi kenapa kereta Malaysia masih mahal walaupun kita buat sendiri.

    Pembuat kereta nasional patut pentingkan kualiti & keselamatan pengguna, bukan hanya nak kaut keuntungan sahaja. Buatlah kereta Malaysia sama taraf dgn kereta luar negara walaupun mahal orang akan beli.

    Lagi satu, berbaloikah wang kita jika kita beli kereta yg kurang kualiti & murah pastu ikat sampai 9 tahun. bila nak jual balik dah tak ada harga.

      (Quote)

  • ZaHiD4WoRLd says:

    Proton mengeluarkan kereta mudah kemek supaya dapat menyerap hentakan apabila berlakunya kemalangan. Tapi sekiranya kemalangan berlaku berpunca daripda orang yang tidak bertanggungjawab misalnya membawa dengan laju, merekalah punca nya konsep kereta mudah kemek tidak boleh dipakai. Timbulah ura-ura kereta proton tidak selamat. Padahal semua berpunca daripda diri kita sendiri. Terdapat info yang saya dapat mengatakan sekiranya Proton mengeluarkan kereta setanding dengan kereta luar negara, harga nya pun lebih kurang dengan harga kereta luar negara tersebut. Secara konklusinya, sekiranya Proton mengeluarkan kereta dengan kualiti dan daya ketahanan yang tinggi, harga sudah semestinya akan tinggi. Kerana bahan yang digunakan berkualiti tinggi. Jadi adakah rakyat Malaysia yang kebanyakannya hidup bersederhana mampu memilikinya?

      (Quote)

    • Pada saya, berkenaan idea mudah kemek – adalah untuk menyerap hentakan – agak kurang menarik. Ini kerana ia melibatkan ciri-ciri keselamatan sesebuah kereta. Lihat statistik kemalangan Malaysia, bukannya sedikit. Malah sentiasa bertambah. Kereta Proton yang mengalami kemalangan bukan hanya kemek untuk menyerap hentakan, malah hancur lebur bersama tuan kereta!

      Sewajarnya, pembuat kereta memikirkan juga soal keselamatan. Biar selamat dan minimumkan kos mengeluarkan kereta.

      Kereta luar sebenarnya tidaklah terlalu mahal, tetapi oleh kerana cukai yang begitu tinggi dikenakan kerajaan Malaysia, maka harganya meningkat berganda-ganda!

        (Quote)

  • nur says:

    BMW, BMW la..kepakaran dorang xd lg kt malaysia..nk beli technology dorang mahal tu sbb kancil n BMW jauh beza..mungkin 20 -30 thn akan dtg kita ad la keta mcm BMW tp BMW akan lg jauh terkehadapan..so sama je mcm skg..melainkan kita sndiri jd pakar..boleh berdiri sama tinggi
    nur´s last [type] ..Crocheted Hat For muslim

      (Quote)

    • Sebenarnya pada pandangan saya, saya melihat dari sudut jenama. Maksudnya begini, BMW, Merc dll sudah lama membina jenama di arena permotoran dunia. Jadi, apabila mereka mengeluarkan apa-apa jenis kenderaan sekalipun, orang ramai akan tetap memandang tinggi pada produk mereka.

      Berbanding Proton, masyarakat Malaysia sudah setkan bahawa kereta Proton adalah murah dan kurang kualiti, biarpun Proton sudah berjaya menghasilkan Inspira – hasil gabungan teknologi Mitsubishi.

        (Quote)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge