“Ana aiz sudani begenih.. (saya mahu kacang LE1)” Pinta saya kepada seorang lelaki penjual kuaci dan kekacang. Kedainya terletak di jalan menuju ke Mahattah Siberbay.
“Sudani Melezi wala Misri.. (Kacang Malaysia atau Mesir?)?” Soal lelaki itu kembali sambil tersenyum. Seingat saya, kedainya baru berusia setahun lebih. Sebelum ini sekitar jalan itu hanya terdapat sebuah kedai menjual kuaci dan kekacang.
Tidak lama selepas itu, muncul kedainya dan kedai ketiga yang juga berada di jalan yang sama.
Saya ketawa bila mendengar jawapannya.
“Sudani Misr, Insya’Allah..” Lantas beliau membungkuskan kacang bersalut garam itu dengan kantung yang siap tersedia.
Selepas membeli, saya mengucapkan salam dan terus beredar. Penjual itu turut membalas salam setiap kali selesai bermuamalat. Pantang memuji, pasti akan dibalas pujian juga. Itulah sikap masyarakat arab Mesir. Peramah.
Jika terus menelusuri jalan-jalan sekitar Said Nawi, di sana lebih banyak pilihan untuk menikmati kuaci dan kekacang segar. Di pinggir jalan Said Nawi, tempat berhentinya bas berjalur biru terdapat dua buah kedai kuaci yang agak besar. Selalu saja dikerumuni masyarakat tempatan hingga seolah-olah kelihatan seperti sebuah kedai menjual roti.
Seberang jalan menuju pulang ke Ma’rad terdapat juga sebuah kedai menjual kuaci dan kekacang. Agak besar. Murah dan berbaloi dengan kualiti kuacinya. Rangup dan rasa lemak-lemak di anak tekak.
KEDAI KEKACANG DAN KUACI
Pernah kali menjejakkan kaki ke bumi Mesir, pasti akan merasa pelik melihat kedai-kedainya. Jika kedai itu menjual asir (air jus buah), jangan dicari sepinggan makarona bil lahmi (makaroni goreng bersama daging) di situ. Kedai runcit semata-mata kedai runcit. Begitu juga kedai menjual kekacang dan kuaci, takkan terjumpa ada barangan lain bersama dijual.
Terdapat amat banyak kedai menjual kekacang dan kuaci di mana-mana Bandar dan daerah Mesir. Walhal pendapatan menjual kuaci berapalah sangat jika mahu dibandingkan keuntungan mereka menjual roti ataupun makanan berat lain.
Tetapi ia tak menjadi suatu yang mustahil, memandangkan hampir keseluruhan masyarakat arab Mesir acapkali menguyah kuaci dan kekacang.
Habis satu tramco (van pengangkutan awam) diselubungi bau kuaci. Walapun kurang gemar dan terpaksa menahan bau kuaci (sejenis kuaci kuning yang agak kuat berbau) jika mahu ke destinasi. Saya hanya gemar membeli kuaci putih (tidak berbau) dan sudani bi malah (kacang bersama garam) sahaja. Malah, sejak menjejakkan kaki ke bumi Mesir inilah saya gemar mengunyah kacang dan mengenalinya dengan lebih dekat.
Kedai menjual kuaci dan kekacang itu tidaklah memerlukan ruang yang besar dan luas. Hanya sekadar beberapa kaki persegi dan mampu memuatkan mesin pemutar untuk memasak kuaci dan rak-rak balang tempat simpanan kuaci dan kekacang.
Mesir pemutar besar itu tidak pernah seumur hidup saya melihatnya di Malaysia. Barangkali masyarakat Mesir sahaja yang mereka cipta dan memilikinya. Takjub!
Melihat besarnya mesin, sudah tahu betapa gemarnya mereka mengunyah kuaci. Siang ataupun malam bukan lagi penghalang.
Apa yang pasti, anda hanya sekadar menghulurkan LE0.50 Qurusy (Nus genih) ataupun LE1.00 sudah mampu bersantai sambil mengunyah kuaci segar dan panas. Hilang derita jiwa sesaat!
KACANG BUKAN SEBARANG KACANG
Pernah beberapa kali saya memikirkan akan hal ini. Mengapa mereka begitu gemar memakan kuaci dan kekacang. Hampir kesemua makanannya berasaskan kepada kekacang. Roti E’ish dicicah bersama kuah kacang ful, firakh masywi dicicah bersama kuah bijan, ramuan asas kusyari juga ditabur kekacang (misalnya seperti kacang kuda) di atasnya.
Itu belum dihitung penggunaan kacang dalam proses pembuatan roti. Bermacam jenis kacang digunakan sebagai penambah rasa masakan.
Rahsia apakah yang diperolehi dari memakan kekacang ini?
Menurut kajian, sememangnya kacang mempunyai khasiat tersendiri untuk meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal. Beberapa jenis kacang yang dipercayai mempunyai khasiat tersebut ialah gajus, berangan, kacang soya, pistachio (kacang cerdik), buah badam, kacang kuda, kacang tanah dan beberapa jenis kacang lain.
Contohnya kacang seperti pistachio, adalah merupakan sejenis makanan para genius dahulu dan kini. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi untuk tumbesaran tubuh badan.
Tidak mustahillah di kalangan mereka kedapatan sangat banyak para hafiz dan hafizah sedari kecil lagi!
Jadi, mari kita memulakan kunyahan sambil menikmati rasa syukur pada Allah SWT. Mulakan dengan ucapan Bismillahhir Rahmani Rahim.
Ingat, kacang bukan sebarang kacang ya!
5:55PM, 17 Mac 2010,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.





Salam ya akhi..
Maaf sudah banyak entri anta dibaca tapi tidak ditinggalkan jejak…
Saya memang gemar makan kacang..:)
.-= Abd Razak´s last blog ..Ibadah dari harta… =-.
Abd Razak(Quote)
Wa’alaikumussalam,
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak. Sebenarnya apa yang saya harapkan dari komentar ialah suatu buah bicara dan pandangan hasil dari pembacaan artikel.
Mungkin ada kritikan, pandangan, pertanyaan maka boleh dikongsikan bersama.
Dan saya tidak memaksa sesiapa untuk berkomentar. Bimbang menjadi suatu beban pula buat para pembaca. Jika sudi, alhamdulillah.. silakan dengan keikhlasan. Semoga perbincangan kita diberkati Allah semuanya.
Apa yang menakutkan saya, jika artikel tak sampai maksud. Itu saja.
Terima kasih ya sahabat atas support!
Farid Rashidi(Quote)
salam…sedapnya kacang pistachios..saya suka..mahal je kat sini..msti rkyat mesir suka menyungah kan?sbb kacang kan dimakan utk santai2..tapi ramai je takut ngn kacang..sbb bimbang jerawat berlumba2 tumbuh plak..alhamdulilah saya tiada alahan pada kacang… ust?
p/s:selamat menikmati kacang2 mesir
nur_syahadah(Quote)
Wa’alaikumussalam,
Ya, agak mahal harganya berbanding kacang-kacang yang lain. Selalu orang panggil kacang cerdikkan?
Arab mungkin mereka makan, tetapi biasanya rakyat bawahan makan hanya makan yang murah-murah saja.
Maksudnya akan ditumbuhi jerawat? Alhamdulillah, kami di sini jarang ditumbuhi jerawat. Mungkin kerana faktor cuaca ataupun debunya. Debu yang seperti bedak.
Syukran. Baru saja menikmatinya.
Farid Rashidi(Quote)
Kuaci panas.. tentu sedap..tapi nak makan kuaci di khalayak ramai, hee..segan rasanya..
nohas(Quote)
Panas sebab baru diputarkan dan dimasak menggunakan mesin pemutar gergasi.
Mungkin bagi kita sedikit aib, bagi mereka perkara biasa.
Farid Rashidi(Quote)
masih terigt seorg ustazah baru balik dr mesir mmbawa pulang byk buah tangan berupa kacang bersalut coklat, pistachio, dan mcm2 kacang yg xdikenali namanya..
gantikan mengunyah gula2 getah kpd mngunyah kekacang =)
Awrapurnama(Quote)
Oh, baru saya ingat.. satu kacang yang tertinggal disebut ialah kacang bersalut coklat. Banyak di sini.
Ustazah balik habis?
Cadangan yang baik. Silakanlah praktikkan.
Farid Rashidi(Quote)
ssh nk dipraktik, kacangnya xda..
ustazah balik habis?
yg tepatnya zaujah ustaz sy di sekolah dulu, bwk balik kekacang, alhamd, ank murid dia pun dapat jgk..=)
Awrapurnama(Quote)
Ada rasanya, cuba beli kacang tanya.. dan praktikkan secara berjemaah. Kan di ceramah-ceramah banyak jual kacang kuda?
Oh, ingatkan ustazah baru selesai pengajian sini dan balik. Nanti anak muridnya pula datang ke sini ya.
Perlu diingat, lulusan STAM sukar untuk ke Mesir sekarang sebab ada imtihan Qabul. Ready!
Farid Rashidi(Quote)
aha, syukran ats prigtn awl! dgrnya skrg mumtaz n jayid jiddan ja layk ke sana.
dgr2 lg, mulai thn dpn stam nk disetrf ngn stpm, klu dlu sthn, thn dpn jd 2 thn. allahu’alam.
klu 2 thn, pas spm trus g sana, tp mcm trlalu awl ja. =D
Awrapurnama(Quote)
aha, syukran ats prigtn awl! dgrnya skrg mumtaz n jayid jiddan ja layk ke sana.
dgr2 lg, mulai thn dpn stam nk disetrf ngn stpm, klu dlu sthn, thn dpn jd 2 thn. allahu’alam.
klu 2 thn, pas spm trus g sana, tp mcm trlalu awl ja. =D
time cermh sure ad yg jual kacang kuda. kacang kuda n ceramah mmg xdpt dpisahkn mgkin.. =D
Awrapurnama(Quote)
Lulusan STAM yang datang ke Mesir mesti mengambil imtihan Qabul, jika tak lulus kena masuk kursus dulu setahun baru boleh masuk al-Azhar.
Sangat menyukarkan. Karenah birokrasi yang sama sekali tak adil!
Farid Rashidi(Quote)
Owhh alhamdulillah..baru lepas kunyah kacang cerdik yang dibawa balik dari Madinah..hehe…
di samping kedai kekacang, kedai2 yang jual kurma pun berjujuk2 kat mekah dan madinah…kurma pun banyak khasiat.
PS: Alhamdulillah selamat kembali..pi sana rasa mcm takmo balik mesia dah…. tp terpaksa balik. Sekarang barulah saya faham kenapa orang yang pi sana, nak pegi dan pegi dan pergi lagi..
Afida Anuar(Quote)
Alhamdulillah, dah balik rupanya.
Tentu banyak juga pengalaman berharga yang dibawa pulang bersamakan? Sampaikan tak mahu balik pula. Mungkin boleh dikongsikan bersama para pembaca yang lain. Atau dibuat cerpen-cerpen seperti blog suaraminda?
Ada beza antara kurma Mesir dan kurma Madinah.
Farid Rashidi(Quote)
sedap jgk kunyah kekacang ni..
tp kalau terlampau banyak..
rahang pun blh terasa lenguh..:)
gambar mesin pemutar gergasi tu tak snap ke?
.-= murnihati´s last blog ..Mouse merajuk,ilusi optik, =-.
murnihati(Quote)
Lenguh itukan bagus. Senaman mulut menggantikan gula-gula getah. Kadang-kadang gula getah pun ada diletak minyak babi.
Ada snap sebenarnya, tapi puasa saya geledah hardisk, tak jumpa pula di mana letak.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum
suka juga makan kacang.. sentiasa ada kacang dalam laci meja.. kat pejabat.. tinggi dng protein jadi kalau tak sempat makan nasi.. ok jg ganti kacang
tak kisah la kacang apa.. terutama kacang cerdik.. harganya mahal tapi sebab suka beli juga.. Alhamdulillah.. mujur tak tumbuh jerawat..
MaizaC’Joe(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Oh, ini dah macam hobi ya siap ada kacang dalam meja. Ingat lagi dulu masa kecil-kecil saya jual kacang kuda pedas kat dalam kelas (sekolah rendah). Mak tiap-tiap malam masak kacang kuda dan bungkuskan. Lepas tu tak dibenarkan meniaga lagi.
Tetapi cikgu berikan peluang nak meniaga waktu rehat saja. Kenangan.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum…
Membaca entri ini sambil terbayang-bayang sedapnya kuaci putih (saya peminat kuaci itu),esok nak pi kedai cari kuaci putih hehehhehe..:) Apabila mengunyah kuaci putih pasti tak akan berhenti selagi belum habis..:)
Alhamdulillah bagusnya akhie dapat tengok bagaimana mesin pemutar utk memasak kuaci, membacanya sudah teruja apatah lagi apabila melihatnya…
.-= nurhuda_cahayapetunjuk´s last blog ..Mengapa Aku Dihidupkan Dunia Ini? =-.
nurhuda_cahayapetunjuk(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Saya baru lepas mengunyah kuaci putih. Ketagih dibuatnya.
Gambarnya nanti saya cuba cari. Kalau tak jumpa nampaknya kena snap lagilah dekat kedai kuaci.
Farid Rashidi(Quote)
assalamua’laikum…
mmm… kacang bukan sebarang kacang..
tibatiba rasa lapar pula… kalau balik kampung, bawak balik ke U bukannya kacang tapi kerepek ubi..heehe meratah sampai tak ingat dunia.
Saya pun bukannya minat kacang atau kerepek sebenarnya, tetapi makan pun merasa alang-alang berada depan mata. heheh..
Nampaknya, orang arab ni fokus bila berniaga,maksudnya menjual satu barang sampai berjaya…
.-= Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last blog ..Bunga Apa? =-.
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Dengar kacang pun boleh lapar ya?
Kamu telah mengingatkan saya kepada kampung halaman. Baru-baru ni mak saya ada kirimkan kerepek pisang dari Malaysia. Dah habis.
Memang kami mengusahakan makanan ringan (kerepek pisang) secara kecil-kecilan. Itu adalah salah satu cabang sebagai menambah pendapatan harian.
Kerepek ubi yang sedap ialah yang pedas.
Ya, fokus satu-satu perkara sahaja. Tak ada dengki mendengki pula.
Farid Rashidi(Quote)
kalau mcm tu…akak kenalah mkn kacang bnyak2….
sebab akak dah mula susah nk mengingati…terutama nama2 sesuatu itu….mungkin boleh mengembalikan memori lama tu…
kak zu(Quote)
Makan badam dan kacang cerdik. Insya’Allah ada khasiatnya.
Nanti kalau nak kirim kacang dari sini pun boleh
Memori apa tu kak?
Farid Rashidi(Quote)
kacang paling best adlh kacang gajus…dan lg best kurma de kcg kt dlm..teringt plk wat balik balah billuz kat mak..mak ingt bijik..semangt dia mkn kurma saje..yg kcg dia buh dlm pinggan..pastu tny “bakpe mok buang kacang”,,,balas mak “lakk..kacang ke??mok ingt butir ye..haha..lawak2,,,rindu mak plak..adeiii…
.-= Bintu´s last blog ..Cintaku berbunga di hari ketiga^__^ =-.
Bintu(Quote)
Oh, mengimbau nostalgia ya?
Haa, jangan tersilap pula. Nanti yang betul dikatanya kacang lalu telan susah pula.
Katakanlah, siapa yang tak rindu pada Bondanya di dunia ini? Janggal!
Farid Rashidi(Quote)
salam ..saya tingin nak masak koshary..dh tanya resepi kat mak angkat di mesir..tapi tak tau rupa kacang yg digunakan dlm koshary tu..kacang tu ada ke kat malaysia?
nor(Quote)
Salam sejahtera!
Dahulu, semasa kecil di kampong di Singapura, ramai yang memetik buah gajus dan membakar biji nya beralaskan tin minyak tanah yang di lobang lobangkan.Memang lemak biji gajus tadi tetapi biasa nya hancur berderai semasa hendak mengupas nya dengan mengetok pakai batu.Tetapi sekarang zaman modern biji gajus berserak di serata tempat siap untuk kemulut. Sekarang dah tua,kampong di Singapura tak ada lagi semua nya flat mencakar langit. Masa yang lalu tak akan di temukan kembali.Sekarang, gigi dah tak berahang lagi,jika hendak sangat makan kacang gajus,terpaksa di kisar sampai halus.rasa nya tetap sama cuma tak perlu banyak menguyah! Banyak makan kacang,banyak pula udara ” harum semerbak ” yang di pantolkan dari pintu sulit rahsia.
Ism.(Quote)