“Apa erti cinta?” Soal pengerusi Majlis. Slot bicara Bait Muslim pada malam itu dipengerusikan oleh Zahratul Amani Naseer, salah seorang pelajar perubatan Universiti Tanta.
Soalan itu lalu dijawab juga oleh salah seorang pelajar perubatan, Zulkifli Muhammad. Mujur microfone agak jauh ketika itu, tergerak hati mahu menjawab soalan yang dilontarkan.
Tajuk forum pada malam itu ‘Born To Love’. Suatu tajuk yang membuatkan dewan penuh dan gerai bazar jualan licin disambar orang. Sepanjang pemerhatian, forum yang dianjurkan Bait Muslim tidak pernah didengari oleh dua atau tiga orang pendengar. Sambutannya begitu menggalakkan.
Alhamdulillah, petanda yang baik.
DILAHIRKAN UNTUK MENYINTAI DAN DICINTAI
Benarkah kenyataan ini? Benarkan kejadian manusia dibangkitkan untuk menyintai? Jika tidak benar, mengapa harus ada cinta? Mengapa Allah Subhanahu Wata’ala membekali manusia dengan naluri untuk bercinta?
Sesungguhnya, Allah adalah Tuhan Yang Maha Menyintai – sifat ar-Rahman dan ar-Rahim sudah cukup membuktikan hakikat ini. Hakikat bahawa Allah menyintai hamba-hambaNya, malah sangat menyintai hamba-hambaNya yang taat, patuh dan menyintai Allah Subhanahu Wata’ala dan RasulNya.
Buah bicara cinta ini telah dituturkan Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam:
Riwayat Mu’adz dari Nabi Sallallahhu Alaihi Wa Sallam ia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam bersabda: “Allah Azza Wajalla berfirman: Orang-orang yang saling mencintai kerana kebesaranku, mereka mempunyai mimbar dari cahaya, di mana para Nabi dan para syuhada’ merasa iri kepada mereka.” (HR. Tirmidzi)
Maka tidak hairanlah Allah Yang Maha Cinta mengurniakan rasa kecintaan yang hebat itu kepada hamba-hambaNya yang beriman. Rasa cinta yang begitu sulit untuk dituturkan oleh lidah yang berbicara. Sukar untuk dititipkan pada warkah kusam.
Pernah Abu Hurairah meriwayatkan hadis dari Nabi Muhammad Solallahhu Alaihi Wassalam bahawa ada seorang lelaki yang ingin mengunjungi saudaranya di desa lain. Lalu Allah SWT mengutuskan malaikat untuk menghadangnya di jalan.
Setelah bertemu, malaikat itu berkata: “Kemanakah kamu mahu pergi?”
“Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini.” Jawab lelaki itu.
“Apakah engkau mempunyai kepentingan terhadapnya?”
Lalu ia berkata. “Tidak, hanya kerana aku menyintainya kerana Allah SWT.”
Malaikat berkata: “Aku adalah utusan Allah kepadamu, bahawa Allah telah menyintaimu sebagaimana engkau menyintai saudaramu.” (HR. Muslim)
Allah Subhanahu Wata’ala berhak memberi rasa cinta agungnya kepada sesiapa yang tidak melupai hakikat rasa cinta pada Ilahi. Melupai Allah bererti cintanya bukan lagi suci. Tidak lagi sejernih cinta agung yang menjadi idaman hati-hati para pencinta. Rasa cinta tanpa adanya Pencipta – mampu bergoyah dan berkecai, hancur lebur tiada kesan yang mengesankan.
Cintailah kamu kepada siapa saja – Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam, Ibu bapa, kekasih hatimu (suami/isteri), sahabat dan teman-temanmu, tetapi ikatkan tali cinta itu pada yang SATU, tiada dua dan tiga. Pasti pahit hempedu menjadi manis persis madu, panasnya bara api menjadi sejuk sesegar air dipergunungan, peritnya hidup menjadi semudah lidah bertutur mesra.
Kerana kita sememangnya dilahirkan untuk menyintai dan dicintai.
Tertarik pada bicara hikmah malam itu yang mengisahkan perihal cintanya isteri Baginda Sallallahhu Alaihi Wa Sallam yang pertama – Saidatina Khadijah r.anha. Bagaimana bermula pertemuan dan hasilnya membenihkan kuntuman cinta mekar mewangi selama-lamanya. Hatta wafatnya Saidatina Khadijah r.anha, Baginda Sallallahhu Alaihi Wa Sallam tetap saja mengingati dan menangisi kesan cinta isteri pertamanya itu.
“Saidatina Khadijah r.anha seorang yang menjaga kesucian dirinya.” Kata Ustaz Abdul Aziz selaku ahli panel pertama pada malam itu.
“Beliau jarang sakit, sebab jaga kesihatan.. antara surah yang kerapkali dibacanya ialah surah Yusof.. beliau meninggal sebab dipulaukan oleh kaum Quraisy sehingga menyebabkan beliau tidak lalu makan dan meninggal dunia.” Sambung penceramah lagi.
Perwatakan dan akhlak (agama) Saidatina Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin ‘Abdil ‘Uzza bin Qushay Al-Qurasyiyah Al-Asadiyah radhiyallahu’anha (bahasa Arab: خديجة بنت خويلد) (555 M – 619 M) itulah antara kunci terikatnya rasa cinta agung antara dua insan. Malah beliau digelarkan sebagai digelar Al-Afifah Tohirah yang berdasarkan akhlak dan bukannya berdasarkan harta walaupun Saidatina Khadijah r.ah adalah seorang bangsawan dan tokoh masyarakat yang disegani.
“Memberi cinta pada suami adalah atas dasar akhlak, agama.. Cinta Saidatina Khadijah atas dasar iman.. Dia memberikan harta dan perlindungan kepada Nabi Muhammad Sallallahhu Alaihi Wa Sallam sebelum orang lain lakukan..” Ustaz Abdul Aziz meneruskan bicaranya. Suasana dewan senyap seketika. Para pendengar kelihatan khusyuk mendengar butir bicara yang disampaikan.
RASA CINTA DAN DICINTAI
Atas dasar cintanya Saidatina Khadijah pada Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam dan pada perjuangan Islam itu sendiri, maka Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam begitu menyayanginya. Bahkan isteri pertama Baginda Sallallahhu Alaihi Wa Sallam tidak pernah dimadukan sehingga akhir hayat.
“Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang mendustakanku. Dan dia membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika semua orang menahan hartanya dariku dan Allah telah mengurniakan beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain”. [HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar]
Justeru, beliau terkategori sebagai wanita syurga yang dijanjikan Allah SWT:
- Saidatina Khadijah
- Saidatina Fatimah az-Zahra’
- Maryam
- Asiah (isteri Fira’un)
Saidatina Khadijah r.anh bukan menyintai Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam kerana harta atau rupa paras. Tapi hatinya terpana tatkala berita tentang kejujuran, amanah, dan kebaikan akhlak seorang pemuda Quraisy dikhabarkan melalui Maisarah kepada beliau. Lalu tersimpan hasrat keinginan hatinya untuk mendapatkan kebaikan itu. Kebaikan yang amat janggal di celah keripuhan masyarakat Jahiliyyah yang meraja.
Lantas beliau mengutuskan seseorang untuk menemui Rasululllah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam dan menyampaikan hasratnya. Beliau menawarkan dirinya untuk dipersunting Muhammad Sallallahhu Alaihi Wa Sallam, seorang pemuda yang saat itu berusia baru berusia 25 tahun. Bahkan miskin dan yatim piatu – tidak punya harta. Akan tetapi kaya dengan nilai akhlak mulia dan tersohor luhur peribadinya.
Gambaran rasa cinta Saidatina Khadijah r.anh amat banyak dikhabarkan melalui kisah-kisah sejarah dan periwayatan hadis. Saat bergetar rasa takut bersangatan akibat penurunan wahyu pertama berwasilahkan malaikat Jibril a.s, beliaulah yang mengubati duka lara itu.
Baginda Sallallahhu Alaihi Wa Sallam lalu berkata: “Aku khuatir akan terjadi sesuatu pada diriku”. Beliau kemudiannya menyelimuti tubuh baginda dengan penuh belaian mesra demi memberi kekuatan jiwa dan menghadirkan rasa ketenangan.
Lantas, beliau menuturkan bicara hikmah yang membiaskan rasa tenang pada diri Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam. Menenangkan rasa gelora ombak di dada dan menyejukkan perasaan sebening air dikali.
“Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana.”
“Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat yang diriku di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini.”
Sewaktu Rasululllah Sallallahhu Alaihi Wa Sallam berulang-alik ke gua hira’, beliau tidak pernah melarang ataupun menyakiti hati Baginda SAW, walaupun sering ditinggalkan. Sifat redha pada suami yang berjuang di jalan Allah SWT itulah tanda bahawa beliau mengikat cintanya pada suami dengan kecintaan yang kuat pada Jalla Wa’ala.
Biarlah secebis kisah sejarah yang dipaparkan ini mampu memberi rasa faham erti cinta sebenar yang didambakan. Akuilah, kita sememangnya dilahirkan untuk menyintai – Born To LOVE.
Ingin ku kutip kuntuman cinta itu,
yang berserakan,
Dan diukirkan pada bait-bait rasa,
yang tulus setia,
Tertadah pada dulang keredhaan,
Yang ESA,
Agar, jalinan itu mampu membawa ke syurga,
Abadi.
12:00AM, 17 Mac 20010,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.



salam..setiap kali baca kecintaan saidina khadijah terbit keinsafan dan keinginan utk menjadi seperti beliau.. menyintai Allah dan suaminya tanpa berbelah bagi..sungguh mulia pekertinya.. semoga kita mencontohi…
cinta itu cahaya sanubari,
kurniaan Tuhan fitrah insani,
dab di mana terciptanya cinta,
di situ rindu bermula…
cinta itu tidak pernah meminta,
tetapi memberi sepenuh rela,
rasa bahgia biarpun sengsara,
berkorban segala-gala….
nur_syahadah(Quote)
Wa’alaikummussalam ya ukhti,
Amat mustahil kita mampu menjadi sepertinya secara keseluruhan.. tetapi boleh diambil suri tauladan buat pengajaran dalam kehidupan.
Kita semua tak sempurna, tetapi menuju kesempurnaan itu adalah sebaiknya.
Terima kasih lirik lagunya. Boleh juga dengar lagu Siti Khadijah – Inteam.
Farid Rashidi(Quote)
Salam…
“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”
Renung2kan…
.-= Permata´s last blog ..~ KeBaikaN YaNG TerSemBuNyi ~ =-.
Permata(Quote)
Alfu syukran atas kata-kata yang bermanfaat. Barakallahhu fik.
Farid Rashidi(Quote)
salam…sentiasa memperbaiki diri untuk mencintai & dicintai!
.-= sonata anak kancil´s last blog ..Tara kucha – kucha – cha – cha….. =-.
sonata anak kancil(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Teruskan cikgu.. semoga tercapai cita-cita!
Farid Rashidi(Quote)
salam Ust, mencintai Allah & Rasul memudahkan kita menyintai yg lain….kan? By the way, very informative article…syukran
nahmy(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Sudah pasti! Apabila kita mengenal siapa diri dan apakah itu agama Islam.. ia memudahkan lorong untuk kita menuju ke jalan lurus.. cinta hakiki.
Sudah berapa orang cahayamata ya encik?
Farid Rashidi(Quote)
saya umur 42, cahayamata baru masuk 3 ustaz, yg kecil sekali (setakat inilah) baru 9 bulan. kahwin lambat…..
nahmy(Quote)
Alhamdulillah, rezeki.
Anak-anak itu adalah amanah paling bernilai. Semoga kelak mereka membantu ayahnya menuju ke syurga.
Mungkin tahun ini akan lahir anak keempat? Insya’Allah.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum..
Berbicara berkaintan Saidatina Khadijah r.anh..tiada tolok bandingnya..
Semoga beliau menjadi tauladan kepada kita semua dalam mencari yang terbaik di sisi Allah..Tahniah akhie perkongsian yang menarik..teruskan dgn penulisan yang berguna..:)
.-= nurhuda_cahayapetunjuk´s last blog ..Mengapa Aku Dihidupkan Dunia Ini? =-.
nurhuda_cahayapetunjuk(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Semoga Allah memberikan petunjuk dan tauladan untuk para muslimah semuanya.
Ya.. masih ada lagi.
Farid Rashidi(Quote)
Afifah Sholehah..itulah gelaran buat Siti Khadijah.
Setiap kali membaca cerita tentang Khadijah,hati ingin menjadi sepertinya.
pernah bertindak seperti beliau apabila berdepan dengan fitrah cinta.Mencari Nafisah sebagai perutusan.Lantas perutusan disalah tafsirkan kerana cinta bertepuk sebelah tangan.
Benar,Allah telah memberi petunjuk yang tidak pernah berbelah bagi.
Jawapan telah ditemui di sebalik musibah yang melanda
MOga kekal dalam Hidayah Allah:)
.-= erma´s last blog ..Tuduhan Mereka =-.
erma(Quote)
Insya’Allah, kegagalan yang pertama bukan bererti kita akan terus gagal. Cuma masa yang membezakan. Masa dihadirkan sebagai ujian untuk menguji sejauh mana kita menghadapi kegagalan itu.
Saya doakan, kamu akan menggapainya kelak.
P/S: Semoga ada jawapan tetang pertanyaan saya. Sila emelkan.
Farid Rashidi(Quote)
kite senantiasa mencintai tapi kite tak pasti adakah kite dicintai?
CikLilyPutih(Quote)
Mengapa kita tidak pasti adakah kita dicintai? Itu tandanya kita tidak mengenal siapa yang kita cintai itu.
Farid Rashidi(Quote)
Salam, tanpa cinta kelak huru harala dunia. sume org memerlukan cinta. cinta tu suci, anugerah Ilahi. Tapi manusia seringkali mengotorkan cinta tersebut.
Perasaan, rasa cinta tu indah sangat. hebatnya Allah yg menciptakan rasa cinta ini.
Semoga kita sume sntiasa dlm cinta Ilahi & smoga bertemu dgn cinta Manusia yg bersandarkan pd Ilahi. Ameen…
Terima Kasih kpd Allah swt di atas segala Cinta
ALhamdulillah
.-= Evi LoLyta´s last blog ..The Best Browsers* =-.
Evi LoLyta(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Apabila manusia mengotorkan cinta, itulah tandanya dia tak menghargai cinta dan tak memahami hakikat cinta.
Lantas, atas alasan apakah dia bercinta?
Farid Rashidi(Quote)
Divert rindu2 dan cinta anda kepada Allah..insya Allah, laen2 jenis cinta settle..
Semuanya kerana Allah..
.-= kak yong´s last blog ..Bertudung labuh..busuk?? =-.
kak yong(Quote)
Lain-lain jenis cinta? Dalam maksudnya tu kak.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum
“Di lahirkan untuk menyintai dan di cintai”
perasaan itu pasti tidak dapat di gambarkan.. cinta itu ada dan senantiasa ada.. tapi.. begitu sukar untuk di luah.. bicarakan…
“Jika di takdirkan jatuh cinta, Cintakan pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada ilahi”
semoga di permudahkan..
MaizaC’Joe(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Tiada apa yang mahu saya katakan selain.. “Ammen”
Semoga termakbul doanya.
Farid Rashidi(Quote)
salam~
bagus entry ini~
mengingatkan sy~
.-= ayu´s last blog ..nenek tua~ =-.
ayu(Quote)
Mengingatkan tentang apa?
Farid Rashidi(Quote)
cinta nabi pada umatnya sehinggakan akhir ajalnya tak lekang menyebut ummati~ummati~ummati~…namun sejauh manakh kecintaan kita pda baginda??
Allahumma solliy ‘ala sayyidina Muhammad!
.-= Bintu´s last blog ..Cintaku berbunga di hari ketiga^__^ =-.
Bintu(Quote)
Sejauh mana perlaksanaannya, sejauh itulah cinta kita semua. Mahu lihat kecintaan itu mekar mewangi? Praktikkan apa yang diajari.
Farid Rashidi(Quote)