Hikmah Kadar Hujan Di ‘Tanah Hitam’
Posted by in Diari Penulis | Fakta Umum | Jejak Kembara | Permata Al-Quran“Hujan rahmat..” Ungkapan yang selalu diperkatakan orang kebanyakan orang.
Sewajarnya kita tidak perlulah bersusah menyangkal dakwaan ini. Ini kerana ungkapan hujan rahmat adalah bertepatan dengan konsep penurunan rezeki dari Allah Subhanahu Wata’ala.
Sungguh, hujan itu membawa kebaikan, kemanfaatan, kenikmatan yang amat-amat besar kepada umat Islam seluruh alam raya. Tak terhitung betapa besarnya nikmat ini seiring nikmat-nikmat Allah Subhanahu Wata’ala.
Katakanlah. Alhamdulillah, berkali-kali sehingga lidah-lidah kita senantiasa mencintai kalimat itu dengan keikhlasan hati. Lakukanlah beserta hati yang jernih dan bening.
HUJAN DI ‘TANAH HITAM’
“Andainya hujan di Mesir ini turun dengan lebat, barangkali runtuh habis bangunan-bangunan..” Perbualan yang biasa saya tuturkan dan bincangkan bersama rakan-rakan.
Seronok bila melihat sesuatu, lalu dibentangkan pada halaman hiwar untuk dibicarakan bersama rakan dan sahabat. Bukan untuk menghabiskan air liur, tetapi menggerakkan minda-minda agar mampu menghasilkan suatu perbualan yang mengandungi ilmu. Tidak banyak, sedikit pun sudah memadai.
“Di Mesir, hujannya sikit sahaja.. ianya turun beberapa kali dalam setahun. Biasanya hujan akan turun pada musim sejuk.” Cerita saya pada keluarga di kampung melalui saluran internet.
Mengapa tanah hitam?
Menurut sumber teks sejarah yang mengisahkan tentang asal usul Mesir, orang Qibthi (Mesir kuno) menggelarkan Mesir dengan istilah Kemy dan Takemy yang membawa maksud ‘hitam’ atau dengan maksud ‘tanah yang hitam’ . Istilah ini diangkat sebagai simbolik kepada kesuburan tanah.
Perkara ini saya akui, melalui pengamatan dan penglihatan selama di sini. Sememangnya kawasan tanah yang menjadi tumpuan penduduk masyarakat Edbawey adalah di sepanjang sungai Nil. Kawasan tanah di sepanjang sungai Nil ini adalah berwarna hitam kebiasaannya, berbanding di kawasan-kawasan pergunungan Sinai, gurun sahara Giza, El-Fayyoum, Siwa dan beberapa tempat lain yang lebih berwarna kuning keemasan panoramanya.
Kata teks sejarah lagi menguatkan bukti sedia ada – Menurut istilah yang digunapakai era pemerintahan Fir’aun (Pharaonic) ialah Tawey yang membawa maksud dua tanah. Jika dilihat menurut kacamata ilmu geografi, tanah Mesir ini terbahagi kepada dua iaitu:
1. Tasyma’o (Dataran tinggi atau dalam bahasa arab ia disebut ardh sha’id)
2. Tasameho (Permukaan laut atau dalam bahasa arab ia disebut ardh wajh al-Bahr)
Kelebihan tanah hitam ini telah mengilhamkan kepada salah seorang penuntut Thailand di sini untuk menanam sayur-sayuran asia tenggara. Beliau telah menyewa tanah di Giza dan mengusahakan tanaman serai secara besar-besaran lalu dijual kepada seluruh Mahasiswa dan Mahasiswi khususnya di Kaherah!
HIKMAH KADAR HUJAN
Atas dasar itu jugalah setiap kali hujan di musim sejuk, pasti akan menyebabkan tanah hitam menjadi becak seperti petak-petak sawah, walhal hujannya hanyalah pada kadar rintik-rintik gerimis.
Diandaikan ianya lebat seperti Negara Malaysia bermusim khatulistiwa, sudah tentu tanah hitam itu menyukarkan pergerakan lalu lintas dan memungkinkan runtuhnya bangunan batu-bata di seluruh pelusuk Mesir. Ini kerana di Mesir, bangunan-bangunannya tidak terpacak besi konkrit yang banyak bercabang, hanya sekadar menguatkan binaan simen dalaman. Dinding-dinding bangunan juga kebanyakkannya tidak menggunakan tiang – hanya disusun bata merah berserta simen semata.
“Masa ana dekat Kaherah, hujan batu turun.” Beritahu Muadwiz suatu ketika.
“Ana pun pernah lihat hujan batu, masa itu ana dalam perjalanan nak pergi ke Mansurah.. Tiba-tiba hujan batu besar-besar menghempap bumbung peugot (sejenis kereta wolksagen penumpang).” Saya menyambung ceritanya dengan kisah yang berlaku kepada saya pula.
Mari kita renungi firman Allah Ta’ala yang terakam di dalam surah al-Mukminun:
18. Dan Kami turunkan hujan dari langit Dengan sukatan Yang tertentu, serta Kami tempatkan Dia tersimpan di bumi; dan Sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.
19. Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu Dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. kamu beroleh Dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan Yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
Demi Allah yang menjadikan bumi dan langit! Lihatlah bagaimana keajaiban ini berlaku.
Menurut kitab Tafsir Munir yang ditulis oleh Dr.Wahbah Zuhaili, turunnya hujan daripada awan dengan kadar keperluan dan kecukupan untuk dijadikan air minuman dan pengairan – tidak terlalu banyak sehingga merosakkan tanah, bangunan-bangunan di kota dan tidak terlalu sedikit untuk tujuan pertanian dan penanaman.
Sesungguhnya, Allah menciptakan sesuatu itu bukan untuk dibuat kerosakan atau kekacauan, tetapi Allah berikan kita alam ini dengan hikmah. Hikmah yang agung untuk difikirkan.
Kajilah hikmah itu, nescaya akan menemui hakikat kehidupan dan penciptaan. Subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, Allahhu Akbar!
Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmonyLet’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way.. Allah..
Guide us every single day.. Allah..Open Your Eyes
Maher Zain.
Sumber rujukan:
Panduan Ke Mesir dan al-Azhar, Keluarga Mahasiswa Aceh – Mesir, m/s 8.
9:39AM, 14 Mac 2010,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.




Assalamu’alaikum
Alhamdulillah, itulah… OPEN YOUR EYES, setiap yang DIA ciptakan PASTI sarat dengan hikmah, hanya perlu memandang dengan mata hati bukan hati yang mati. Wallahua’lam.
.-= insyirah´s last blog ..14 Hari =-.
insyirah(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Moga kita terhindar dari kerosakan mata hati. Hati yang rosak menyebabkan terpadamnya cahaya Allah.
Itu sangat menakutkan. Nauzubillah.
P/S: Maher Zain adakan konsert di Mesir.
Farid Rashidi(Quote)
Teringat pula, di negera Arab rumah-rumahnya seperti KOTAK! Tinggi-tinggi, jarang nampak rumah teres, selalunya rumah flat/apartment. Umpama jenaka seorang teman.
“Kalau rumah setingkat, maksudnya isterinya satu. Kalau rumah dua tingkat, isterinya dua. Kalau rumah tiga tingkat, isterinya tiga. Kalau rumah empat tingkat, isterinya empat. Kalau rumah lima tingkat, apa agaknya maksud tersebut?” Jawapnya… “Itu hotel.”
Allah, Maher Zain di Mesir…
Dengarnya lagu-lagu beliau menjadi ‘fenomena’ di Dubai, itulah… penampilannya biasa tetapi bilah-bilah kalam yang terlontar darinya luar biasa, sangat ramai yang menyukai.
Lagu ‘Insya ALLAH’ juga bisa meruntun jiwa
.-= insyirah´s last blog ..14 Hari =-.
insyirah(Quote)
Biasanya kalau ada rumah sebuah-sebuah seperti banglo, mesti pemiliknya si kaya.
Sebagai tambahan, jika rumahnya lima tingkat.. itu tandanya pemilik imarah. Tuan rumah yang mempunyai rumah yang bertingkat-tingkat. Tiap-tiap bulan ketuk pintu lalu berkata:
“Ana aiz ugrah ya melezi”
“Mumkin bukrah, asyan wahid sodiqi mush maugud dilwakti..” Jawab penyewa pula.
Pernah ke Dubaikah?
Alhamdulillah, peluang untuk ke konsertnya sedikit cerah. Moga dapat mendengar lagunya secara live.
Farid Rashidi(Quote)
salam. bgusnya entry kali ni. br tau ttg tanah hitam & bangunan yg di bina x kukuh. cte la lg psal kt sna
.-= Evi LoLyta´s last blog ..Mahram ke Muhrim ? =-.
Evi LoLyta(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Saya selalu bercerita pasal Mesir..
Di Malaysia pula, selalu tanah runtuh. Salah tanahkah, atau salah manusia?
Farid Rashidi(Quote)
salam…sebut tentang hujan,cuaca kat tempat saya sekarang panas sangat..gelap nak hujan rupanya taak..apa pun hujan itu rahmat, yang boleh membuatkan tumbuhan girang, haiwan riang (kecuali kambing la..hehe) dan manusia tersenyum sayang…
nur_syahadah(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Oh, di Malaysia masih panaskah cuaca? Dengar khabar musim kemarau dan panas bersangatan.
Bila hujan turun, bumi tersenyum menyambutnya.
Kambing? Patutlah bila hujan kambing menyorok di bawah dangau ya.
Farid Rashidi(Quote)
erm..ust taux kenapa kambing takut air?..(er dah lari dr tajuk..xpekann..hehe)
nur_syahadah(Quote)
Agaknya sebab nak mengekalkan istilah ‘hamis macam kambing’ kot.
Farid Rashidi(Quote)
err..saya tercari2 fakta kenapalah kambing takut air..sebab sesuatu kejadiaan msti da reason kan..rupanya kambing ni bulunya susah nak kering kalo terkena air..utk kering cuma harapkan suhu bumi semata2 (panas)..kalola musim hujan mesti xde cahaya mataharikan..kambing yang basah mungkin boleh mati disebabkan bulunya yang basah (da nama penyakit,tapi saya xingat)..sebab tu la kambing takut kalo terkena air..
nur_syahadah(Quote)
Oh begitu kisahnya, terima kasih ya sebab sudi berkongsi infonya.
Jikalau ada info berguna lagi, dipersilakan untuk berkongsi ya!
Farid Rashidi(Quote)
salam…serai???ana beli serai tuh..tp xsewangi serai malaysia..alhamdulillah jugak walau ape pon….bila sebut hujan batu tu teringat sahabta mansurah cerita..org2 arab kutip buh dalam peti pasai pa mereka duk buat obat..ape2 pun alhamdulillah..mesir bumi barakah..walau dindingnya hanya tautan batu2 dan semin tp kekuasaan Allahmengukuhkannya amat azim..Allah3..Maha suci Allah~lepas ni us lah pulak juai serai..serai laris di mesir..satu lagi cili padi..hehe
.-= Bintu´s last blog ..~GEMPAK MUJAHIDAH~ =-.
Bintu(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Memang agak berlainan, serai di sini kasar-kasar dan tebal kulitnya. Wangi? Entahlah, tapi menyelerakan juga kalau makan.
Tak pernah tengok pula mereka kutip masukkan dalam peti ais. Tapi pernah tengok ketulan hujan – memang besar. Seperti batu. Agaknya kalau kena kucing boleh meninggal serta merta.
Ish, ana nak balik Malaysialah.. ganti orang lain ya.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum
Ya, hujan rahmat. kat sini Alhamdulillah dah mula hujan . tanah gersang, pepohon layu ketandusan air.. setiap yang di ciptakan juga di tentukan ada hikmah di sebaliknya. Sesungguhnya Allah memberi apa yang di perlukan..
pernah tengok juga hujan batu, tapi kat TV ja (dokumentari) besar juga saiz hujan batu tue..
MaizaC’Joe(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Memang besar. Sekali hempap atap kereta bunyi macam kena rejam. Menakutkan.
Lihatlah bagaimana di Malaysia, hujan tak turun seminggu tanah dah kering, pokok menguning dan akhirnya layu. Besar rahmatNyakan!
Farid Rashidi(Quote)
salam
sebut pasal hujan, cuaca kat kl sangat panas, around 40 degree kot.
hujan pun cuma kadang2, itupun tidak sangat melegakan kepanasa yg dirasa.
oh ya, saya link kamu ye…..
faizal(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Dah macam musim panas negara arab ya KL.. bala, bala.
Silakan. Boleh saja akhi.
Farid Rashidi(Quote)
Minta hantarkan maklumat ilmiah kalau ada maklumat tentang mengapa kambing takutkan air, atau hujan. TQ
AHMAD SIDQI(Quote)