Biasanya apabila saya tinggalkan blog tanpa sebarang tulisan, pasti akan diberitahu sebab dan asbabnya mengapa menghilangkan diri. Namun untuk kali ini, saya tak berkesempatan melakukan sedemikian rupa.
Memandangkan selama 4-5 hari kebelakang beberapa masalah dan kesibukkan menghimpit saya. Ketiadaan internet akibat masalah teknikal dari admin (kawan arab) menyukarkan saya untuk mengaktifkan blog FRC dengan kadar segera. Hanya beberapa pengunjung sahaja yang sempat saya khabarkan mengenai hal ini.
“Tak meniagake?” Soal rakan seperjuangan.
“Ana meniaga tapi tumpang menu dekat gerai UBM (Unit Bait Muslim), nak ambil tender dah habis. Terlewat.” Balas saya sedikit hampa.
Pada asalnya seperti hilang selera untuk berniaga di bazar program EMINENT ’10, tetapi akhirnya berubah fikiran selepas diberitahu saudara Fadhil Nor bahawa masih mempunyai satu menu kosong. Kesempatan itu saya gunakan untuk menjual resepi masakan Ayam goreng berempah – ditukarkan menu kepada Nasi kerabu ayam berempah atas sebab-sebab tertentu.
Alhamdulillah, keuntungan mengatasi modal. Tak menang tangan hingga kepenatan. Malah menerima gerai terbaik hasil pemerhatian juri-juri rahsia. Saya tak mengharapkan sebarang kemenangan. Cukuplah rezeki dari Allah Subhanahu wata’ala sebagai hadiah istimewa setiap hari yang dilalui.
MERAKAMKAN DETIK ITU
“Ustaz, ana minta tolong ustaz tolong rakamkan pentomen.. hari jumaat ni..” Pinta Efizi bersungguh-sungguh. Masuk tahun ini sudah 3 kali saya bekerja dengannya selaku jururakam suara dan edit muzik pentomen.
Niat awal, hanya sekadar mahu menjadi penonton pada tahun ini. Tetapi atas dasar kebajikan, detik-detik berharga itu tak sepatutnya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Mana tahu, sekulimat kebajikan yang kita lakukan di dunia, di timbang pada mizan Jalla Wa’ala sebagai extra mendapat redhaNya. Segalanya mungkin berlalu, tanpa ada sedetik rasa mustahil.
Pasti!
Jika seseorang ingin meminta pertolongan anda, hulurkanlah. Anggaplah perasaan yang dia alami itu adalah sebagaimana kita alami. Tidak rugi sama sekali. Kelak hari kita akan senasib harinya.
Sabda Baginda SAW: “Kasihkanlah kepada manusia sesuatu yang kamu kasihkan untuk diri kamu, kamu akan menjadi muslim.” (Riwayat Imam Tirmizi)
Alhamdulillah, walaupun rakaman yang dilakukan itu tidaklah begitu memuaskan, tetapi ianya tetap menjadi memori indah yang takkan dilupakan sepanjang hayat – bersama krew yang terlibat (Pelajar pengajian Islam dan Perubatan). Barakallahhu lakum!
Tidak juga saya sangka bahawa lirik lagu ‘Langkah Perjuangan’ yang saya tuliskan setahun yang lalu menjadi lagu persembahan bagi kumpulan nasyid Tanta – al-Irsyad. Sungguh, walaupun tarafnya amatur – ia sudah cukup mengembirakan hati kerdil ini. Tak mampu untuk saya hulurkan segunung emas untuk perjuangan yang panjang buat kalian, tetapi memadai dengan usaha kecil ini sebagai anjakan dalam mentransisikan fikrah dan saham akhirat.
Semoga ianya dikira amal ibadah untuk kita semua. Jazakallahhu khairan buat semua lapisan gerak kerja yang terlibat!
Rasulullah SAW pernah bersabda dengan maksud:
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam berkasih sayang, kecintaan dan lemah lembut mereka seperti satu badan. Apabila satu anggota badan mengadu kesakitan, maka seluruh anggota turut menanggung kesakitan dan sama-sama berjaga malam.” (Hadis ini telah dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)
“Enta ambillah nasi ni, ana dah kenyang..” Kata Syed, salah seorang Exco DPMT apabila melihat saya tidak sempat merasa nasi di akhir program Malam Kebudayaan dan Kesenian Islam (MANIS). Sememangnya seharian suntuk saya menahan lapar kerana tidak menjamah nasi.
Allah, Allah, Allah! Harumnya ukhuwwah itu.
3:29AM, 14 Mac 2010,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.





Assalamualaikum ustaz,
ukhuwah memang manis…sekali pun lelah,sanggup berkorban dek gamitan ukhuwah =)
.-= muhammad fakhruddin´s last blog ..Dahaga Cinta,Kuteguk Ilmu-Nya =-.
muhammad fakhruddin(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Lebih manis dari madu dan gula!
Farid Rashidi(Quote)
assalamualaikum…
alhamdulillah masih berkesempatan ke sini setelah lama menyepi…wahh dapat berniaga dengan jayanya ya..nasi kerabu ayam berempah…enak tu…:)
.-= nurhuda_cahayapetunjuk´s last blog ..Mengapa Aku Dihidupkan Dunia Ini? =-.
nurhuda_cahayapetunjuk(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Enak? Biasa saja. Dalam proses untuk belajar.
Farid Rashidi(Quote)
salam..betul ust.. manisss sunggguhh ukhwah…
pandainya ust masak nasi kerabu..saya sendiri pun xpandai nak wat..makan je tauu… pe2 pun tahniah ust ats kejayaan yang ust lalui semua.. manisnya kenangan…
p/s: untung zaujah nanti ye.. ust pandai msk cam2..hehe
nur_syahadah(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Manis yang tak dapat dirasai.
Err, sebenarnya saudara Amin dari Kelantan yang ajarkan resepinya. Dan terima kasih juga buat saudara Amilin juga dari Kelantan yang memberikan resepinya.
Ha, nanti kenalah belajar cikgu. Memasak ini walau simple, tetapi ianya berguna untuk masa depan.
Ish, biasa-biasa saja. Tak ada apa-apa.. seperti juga lelaki lain. Apapun, jakallahhu khairan kasira.
Farid Rashidi(Quote)
salam. bestnya nasi kerabu aym berempah~ pndai akh masak~~
.-= Evi LoLyta´s last blog ..Mahram ke Muhrim ? =-.
Evi LoLyta(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Best? Sudah tentu.. sebab masakan inikan famous dikalangan warga pantai timur.
Saya rasa masih tak sama rasanya seperti yang sebenar. Buat bijok aje.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum Farid.
Sibuk ya. Samalah kita. Masing-masing punya kesibukan duniawi yang juga berkait dengan pencarian bekalan untuk ukhrawi.
Nampaknya murah rezeki Farid berniaga nasi. Jadi usahawan makanan macam watak Abdullah Khairul Azzam dalam novel Ketika Cinta Bertasbih gitu.
Ukhuwwah kerana Allah, memang banyak kemanisannya apatah lagi semasa alam pelajar. Diingat sampai bila-bila.
.-= kakchik´s last blog ..Mengapa suami saya tidak mahu berbual dengan saya? =-.
kakchik(Quote)
Wa’alaikummussalam Kakchik,
Apa yang pasti, sibuk itu jangan hingga melupakan kesibukan pada Allah.
Ish, ke situ pula kak. Berniaga – suatu perkara yang saya suka dan sudah ceburi semenjak kecil lagi. Di didik oleh ayah sebegitu.
Selama-lamanya.
Farid Rashidi(Quote)
Salam
satu sahaja ucapan yang keluar
“SANGAT SEDAP”
tahniah ustaz,tahun depan jangan terlepas ambil tender ya!
.-= NourelHousna´s last blog ..Perkembangan terbaru =-.
NourelHousna(Quote)
Wa’alaikummussalam bakal Dr,
Alhamdulillah. Kamu beli juga ye?
Tahun depan? Tak tahulah, saya harapkan moga tahun ini dapat pulang ke Malaysia. Selesai.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ya akhi,
Indahnya ukhuwah, semangat persaudaraan yang dibina atas dasar keimanan kepada Allah Yang Maha Esa, Tuhan sekalian alam. Itulah ukhuwah yang sejati!
.-= Abd Razak´s last blog ..Doa dan anugerah… =-.
Abd Razak(Quote)
Wa’alaikummussalam saudara,
Ikatan yang terbina tanpa rasa ukhuwwahfillah, percayalah takkan ke mana. Akan selesai bila segala manfaat diperolehi. Tetapi jika dibina kerana Allah, Insya’Allah akan ke syurga.
Farid Rashidi(Quote)
salam…
xsempat nak join eminent taun nih atas kesibukan yg melanda..walau ape pon tahniah pada ustaz atas usaha yg memberansangkan..apa2 pon letakkan niat kita betul pada tujuannya…jgn mudah potos ase..taun depan xdapat dah nak merasa eminent..apa2 pon..try the best..moga2 najah taun ni..amin,,doakan ana sekali..:D
.-= Bintu´s last blog ..~GEMPAK MUJAHIDAH~ =-.
Bintu(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Biasalah, musim-musim begini boleh dikatakan semua muhafazah, DPM dan BKAN adakah program mega dan bazar. Jadi tak mengapa kalau tak sempat. Atau mungkin mahu datang tahun depan?
Ameen Ya Rabb!
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum
Alhamdulillah rezeki, Tahniah.. beruntung ya pandai masak.. untung orang.. apa-apa pun selamat berjaya semoga rezeki bertambah-tambah InsyaAllah.. moga sihat dan ceria selalu..
MaizaC’Joe(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Alah, biasa-biasa saja. Tidak dapat tidak mesti tahu memasak.. siapa lagi nak masakkan untuk kita. Berdikari itu sikap yang baik.
Terima kasih.
P/S: Nak jadi suri rumahtangga juga perlu tahu memasakkan?
Farid Rashidi(Quote)
wawawa~~xmo dah taub depn..mau balik dh….
insy taun2 akan datang jika diizinkan smbung masterr di sini…manala tau bertemu jodoh di tanta~
.-= Bintu´s last blog ..Cintaku berbunga di hari ketiga^__^ =-.
Bintu(Quote)
Umur masih mudakan?
Apa salahnya melibatkan diri dalam pembelajaran secara konsisten. Lainlah saya.
Ustaz Tanta ramai yang masih bujang, silakan jumpa Ustaz Fadhil Nor (Pengerusi UBM Tanta) untuk urusan taqdim. Atau saya tolong carikan?
Farid Rashidi(Quote)
erkkk…UBM??ehem2…xpe la..xpayah susah2…mekasih..:)..
.-= Bintu´s last blog ..Cintaku berbunga di hari ketiga^__^ =-.
Bintu(Quote)