Merentasi Dua Benua
Berdebar. Sedih. Suka. Pelbagai perasaan menghantui jiwa.
Bukanlah kerana takut untuk menaiki kapal terbang – memandangkan semasa berusia 8 tahun sudah pernah terbang bersama keluarga ke Sabah, tetapi takut dan berdebar disebabkan oleh jauhnya jarak masa dan perjalanan kali ini.
Destinasi yang ditujui bukan berpuluh kilometer, tetapi ribuan kilometer sehingga melintasi benua asia, timur tengah dan afrika. Jika dahulu ketika menuntut di KUSZA (UDM), paling lama berpisah dengan keluarga lebih kurang memakan masa dua bulan. Dua bulan itu sudah dirasa segalanya berubah apabila pulang bercuti ke kampung.
Penat dan letih masih belum hilang. Suasana kelam kabut sekejap tadi di Lapangan Terbang Alor Setar galak bermain di geluk minda. Betapa berdebarnya saya dan keluarga apabila diberitahu timbangan kargo hanya dibenarkan lebih kurang 20 Kilogram. Sedangkan bersama saya ialah muatan kargo sebanyak 40 Kilogram!
Kegelisahan itu jelas terpancar pada gerak-gerik ayah, mak, pak su, mak ngah dan mak teh. Mereka bertungkus lumus memindahkan barangan kargo untuk dijadikan carry bag agar timbangan dapat dikurangkan.
Jika tidak, pasti melayang ratusan ringgit Malaysia di situ. Tambahan pula, saya sudah menghabiskan ratusan wang semata-mata membeli barangan keperluan untuk dibawa bersama. Andaikan semua barang tersebut dibuang, alangkah sedihnya hati. Sudahlah mahu terbang jauh meninggalkan keluarga tercinta.
Hati saya tidak tenteram. Bertubi-tubi hati berdoa kepada Jalla Wa’ala agar dipermudahkan urusan.
Entah berapa kali juga saya membuat panggilan kepada abang sulung, Mohd Fakhruddin. Fakhruz Hadfi, sahabat seperjuangan di sekolah menengah dahulu dan sedang belajar di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) ketika itu pergi menjemput abang sulung diperhentian bas Shahab Perdana, Alor Setar.
Saya sudah resah gelisah. Barangkali tidak sempat berjumpa dengannya memandangkan waktu untuk berlepas sudah semakin hampir.
Kargo dan carry bag berjaya melepasi pemeriksaan dan timbangan tanpa sebarang bayaran walaupun sepatutnya saya dikenakan denda lebih kurang RM40. Terlepas! Alhamdulillah. Pada hemat saya, mungkin pegawai MAS yang bertugas kasihan melihat betapa kelam kabutnya kami sekeluarga ketika itu. Sementelahan, waktu berlepas juga hampir mengekori.
Kesuntukkan masa!
Saya bersalaman mesra, berpelukkan erat bersama ayah, emak dan sanak saudara. Rasa sedih bersangatan cuba diselindungkan. Biarkan rasa kesedihan itu ditelan ke lubuk paling dalam agar tak menjejaskan emosi mak dan ayah serta sanak saudara. Saya tak mahu biarkan mereka bersedih kerana permusafiran itu.
Ayah sempat membisikkan pesanan. “Nanti baca surah Qulhuwallahhu Ahad dan hembuskan jikalau mengalami kesukaran.” Saya simpan kemas pesanan itu.
Lantas saya terus memeluk erat mak. Wajahnya berkerut menahan sedih. Matanya merah berair. Tak mampu saya tatapi lagi wajahnya. Terus mengalihkan pandangan ke hadapan. Sekilas pandang, lambaian dilontarkan.
Ibunda,
Pemergianku bukan mencari kebencian Allah,
Bukan jua ingin menghirup madu dunia yang fana,
Tetapi mahu kita mengecapi – erti redha Allah Ta’ala,
Mahu menadah titisan ILMU yang tiris dari wasilahNya,
Agar secebis bahagia, dunia dan akhirat menguntum mesra,
Untuk hari ini, dan kelak.Ayahanda,
Aku pergi bukan kerana menjauhkan keakraban,
Bukan juga kerana ingin menjadi insan tak mengenal diri,
Tetapi ingin meneruskan perjuanganmu,
Bukankah itu pesanmu wahai ayahanda yang dikasihi?
Agar perjuanganmu dan daku, diberkati Ilahi.
Adik bongsu yang begitu manja dengan saya sempat berlari menjenguk di sebalik pintu utama untuk check-in – melihat saya diimbas bersama kargo kali kedua. Saya melambaikan tangan kembali kepadanya.
Beban perasaan waktu itu hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Seberat carry bag yang digalas. Malah mungkin lebih berat.
Sebelum berangkat, sempat saya menghubungi abang sulung dan Fakhruz Hadfi. Mereka tidak sempat berjumpa dengan saya. Mereka sampai ke Lapangan Terbang Alor Setar setelah saya berada dilangit tinggi.
“Kalau sempat jumpa, mesti bertambah sedih lagila.. mesti menangis.” Gurau Fakhruz Hadfi diakhir perbualan dengan nada sedih. Saya memahami rasa hatinya. Salah seorang sahabat yang begitu akrab semenjak berada di zaman remaja lagi.
Terima kasih Yusoff, Mansur, Fakhruz Hadfi dan rakan-rakan lain yang sanggup datang menghantar kami di Lapangan Tebang.
Kata sebuah syair arab:
“Jika malam-malam itu memutuskan kami berpisah..
Namun tetap menjada kami dari jauh setelah (menjaga dari) dekat..
Maka dirimu masih menjadi sahabat setia di mataku..
Dan ingatan terhadapmu masih menjadi penghibur hatiku..”
“Semoga berjumpa kembali abang Fakhruddin..” Terdetik rasa hati. Insya’Allah, dengan izin Allah Ta’ala yang Maha Mengatur segala-galanya.
Kapal terbang terus laju membelah awan kelam dan zulmat. Saya cepat-cepat membuang rasa sedih yang bermain di fikiran. Tidak mahu emosi menenggelamkan cita-cita yang diimpikan.
Mahu berjuang, perlu bersedia menghadapi semua rintangan dan dugaan. Tekad dan nekad!
Cuba menarik nafas lalu menyandar di kerusi empuk pesawat MAS. Sengaja berbual dengan rakan sebelah bagi menghilangkan perasaan berkecamuk. Wajah rakan-rakan yang pertama kali menaiki pesawat kelihatan pucat berdebar.
MENJEJAKI UJIAN PERTAMA DAN SETERUSNYA
Setelah merasai detik-detik berpisahnya bersama keluarga, tepat jam 3:45 AM waktu Malaysia perjalanan kami membelah awan nan tinggi itu diteruskan. Pesawat Qatar Airways berlepas daripada Lapangan Kapal Terbang KLIA menuju ke persinggahan sementara di Lapangan Terbang Doha, Qatar.
Selama tujuh jam berada di atas pesawat membuatkan badan terasa begitu letih dan lenguh-lenguh. Pertama kali terbang dengan jarak masa yang begitu lama membuatkan rasa bosan menjengah. Sekejap tidur, sekejap bangun – sehingga dikejutkan oleh pramugari ketika makanan mahu dihidangkan.
Kami tiba di Lapangan Terbang Doha, Qatar pada jam 6.00AM dengan wajah sugul dan kelihatan penat bersangatan. Biasan rasa sedih masih menyelubungi diri di saat itu. Perut pula mula rancak berkeroncong. Bukan kerana pesawat tidak menyediakan makanan, tetapi makanan yang diberikan serasa ganjil dan janggal untuk dihadam. Sedangkan perut saya masih belum bersedia menerima makanan selain masakan tradisi melayu.
Terus bersabar.
Setelah hampir dua belas jam merasai panasnya hawa Qatar, kami terus berlepas ke Mesir. Segala puji bagi Allah SWT yang Maha Mendengar bisikan hati hamba-hambaNya, pesawat kali ini menyediakan nasi bersama lauk iras-iras Malaysia. Cukup sebagai alas perut dan mengisi selera masakan melayu.
Jam menunjukkan angka 4 petang. Kami tiba di perlembahan Nil, bumi Kinanah yang menyimpan 1001 khazanah silam dan turut ditercatit di suhuf Kalamullah. Pertama kali menjejakkan kaki dan merasai kelainan iklim hawa. Debu-debu Kota Seribu Menara yang bertebaran dihembus angin sahara mula membedaki wajah-wajah kami.
Maka saat itu, bermulalah pengembaraan seterusnya demi mengukir sebuah episod perjuangan yang panjang!
11.28AM, 6 Februari 2010,
Siberbay, Tanta.



sungguh, hati ini teringin sekali untuk ke sana
.
.
.
.
.
.
tapi bila difikirkan harganya ialah meninggalkan keluarga di sini, niat itu kukuburkan.
sepi qdeeni(Quote)
Mahu mendapatkan kesenangan, kebahagiaan.. perlu kepada sebuah pengorbanan. Ianyakan lahir dari keikhlasan. Farid Rashidi(Quote)
ni mesti kes rindu mak ayah ..
ikan emas(Quote)
ikan emas´s last blog ..Aku si Ikan Emas…
Kerinduan itu sudah semestinya wajib ada pada kedua ibu bapa kita. Siapalah kita berbanding mereka di sisi Allah. Hatta setinggi mana sekalipun darjat kita, seharusnya kita menoleh ke belakang melihat wajah tua ibu dan ayah kita yang tersenyum meraikan kejayaan kita.
Saya tulis entri ini untuk dimuatkan ke dalam buku. Farid Rashidi(Quote)
Kebetulan nama abang ustaz mirip nama saya…
Post ala-ala ‘Rindu Bau Pohon Tin’ versi Ustaz Farid Rashidi,terbaik!
p/s:ustaz tak berhajat menulis buku macam Ustaz Hasrizal?
muhammad fakhruddin(Quote)
muhammad fakhruddin´s last blog ..Renungan:3 Mac Yang Berlalu
Mirip ya.. akhi bin apa?
Jawapan itu akan saya jawab pada waktu lain, Insya’Allah. Farid Rashidi(Quote)
Jawapannya di sini
http://tanya-ustaz.blogspot.com/2009/02/mari-bertaaruf.html
muhammad fakhruddin(Quote)
muhammad fakhruddin´s last blog ..Arabic 101:What and Why Arabic?
salam… imbas kembali 4 tahun lepas ek ust…sedih btol saat berpisah ngn kuarga kan..terasa je…
apa pun semoga ust terus tabah dan cepat2 selesaikan pengajian…ramai orang sedang merindui di m’sia kan?
p/s: xnak buat entri pasal perjalanan hidup semasa bercuti di m’sia dulu ke ust?
nur_syahadah(Quote)
Salam,
Mengimbau kenangan lampau untuk disisipkan menjadi memori sepanjang zaman Insya’Allah. Kalau dibiarkan, jadi berhabuk pula. Baik segarkan kembali.
Siapa yang tak rindu orang yang berjauhan bukan? Saya juga begitu.
Di Malaysia pengalamannya agak terhad. Sebab keadaan sekeliling yang ramai orang dah tahu berbanding di sini. Nanti saya cuba ya. Terima kasih atas cadangan. Farid Rashidi(Quote)
Salam ya sahabat..
Sesekali fikiran tu melayang ke kampong ya!
Abd Razak(Quote)
Abd Razak´s last blog ..Menahan marah…
Wa’alaikummussalam ya sodiq,
Biasalah.. selagi adanya jarak yang memisahkan, selagi itu kita punya masa untuk berfikir hal itu.
Saya baru dapat kembali aktifkan blog – masalah ketiadaan internet. Farid Rashidi(Quote)
salam…
ustaz,
entri ni ustaz siapkan pada 6 Februari atau march 2010?…
Ya, perjalanan yang jauh dan amat jauh…. kekuatan diri juga akan tergugat dengan jauhnya orang-orang yang memberi kekuatan… tapi, semuanya dan masing-masing ada perjuangan yang mesti dipenuhi…
teruskan perjuangan kita….
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)(Quote)
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last blog ..Hati
Wa’alaikummussalam ya akhi,
Terima kasih atas pemberitahuan ya. Saya tersilap tulis pula. Rasa macam masih di bulan Februari. Begitu cepat masa berlalukan.
Ya, penuhilah ruang-ruang perjuangan yang kosong itu. Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum
perjalanan yg di tempuh sememangnya jauh.. dan dah tak lama dah.. bersabarlah moga tabah.. iyalah kerinduan pada keluarga tak dapat di tahan.. semuanya terbayang saja di fikiran..
nasihat org bkn main lagi mai nie.. padahal.. tak boleh jauh dari keluarga.. asyik hari2 nak peluk mak ayah adik2 ja..
apa-apa pun Rabbuna yusahhil!
ma’annajah (err.. betul ka ejaan tue) MaizaC’Joe(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Oh, begitu ya. Agaknya kalau berjauhan ribuan batu bagaimana ya?
Betul. Allahyu khallik. Farid Rashidi(Quote)
salam,selamat meneruskan perjuangan nta
semoga sentiasa tabah dan kuat dengan izinNya..
Alhamdulillah dengan segala nikmat dan rezeki mahupun ujian demi mentarbiyyah diri juga..
– siapa kata gagal itu,kegagalan?
gagal itu adalah pengajaran.
apakah gagal yg sebenar?
BERPUTUS ASA, itulah kegagalan yang sebenar..
Bagaimana kamu, wahai manusia yang ingin menjadikan dirimu hebat Aumuni Umniah(Quote)
Salam,
Terima kasih atas kata-kata motivasi yang baik itu. Farid Rashidi(Quote)
salam ust…
sambungan kembali…
teringat saya kepada seorang teman yang tunangnye juga sedang menuntut di mesir..dia biasanya excited kalau cerita pasal mesir ni.. selalu bercerita untuk ke sana..mlawat tempat2 bersejarah para anbia katanya..semoga impiannya tercapai…
saya pun teringin utk ke sana…jika berpeluang mungkin satu hari nanti.. nur_syahadah(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Wah siap ada sambungan ya. Macam menulis entri pula
Tak mengapa, khabarkan pada temanmu itu.. disebalik pengorbanan itukan pasti terselit kemanisan nanti.
Cikgu juga boleh ke mana sahaja, jika diizinkan Allah Subhanahu wata’la. Pohonlah apa-apa saja dariNya untuk memudahkan urusan kita sehari-hari.
Itulah yang terbaik buat hamba beriman. Farid Rashidi(Quote)
Seronoknyer baca entri drpd ustaz kali ni.. Terbit perasaan cemburu sedikit.. Dpt keluar dari M’sia utk menuntut ilmu.. nur-azi(Quote)
Erm… seronok ye? Saya ingatkan orang akan sedih sebagaimana perasaan saya menulis entri ni. Rupanya seronok pula
Kenapa cemburu? Farid Rashidi(Quote)
salam. indahnya pengalaman ni.
Evi LoLyta(Quote)
Evi LoLyta´s last blog ..Work group
Wa’alaikummussalam,
Indah?
Saya menulis sambil menahan sedih. Farid Rashidi(Quote)
Kalau ‘group checking’ boleh lepas walaupun terlebih muatan.
Nostalgia, memang sedih nak tinggalkan keluarga. Tapi zaman sekarang, medium komunikasi terbuka luas & pantas, tak macam dulu. Hanya telefon ‘fixed line’, snail mail, postcard, telegram, aeromail, very limited.
Semoga tabah di perantauan, tak lama lagi je..Insya Allah. Atau nak sambung ke master, phD?
nohas(Quote)
nohas´s last blog ..Hayati Akhlak Mulia
Masa tu masih tak mengenal apa itu group checkin lagi. Tapi sekarang kalau di Airport Cairo mereka tak bagi buat group. Mesti sendiri-sendiri. Balik cuti baru ni bawa muatan 60kg tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Alhamdulillah sebab berada di zaman ini.
Insya’Allah akan menyambung M.A. Doakan ya! Farid Rashidi(Quote)
Kalau saya berada di tempat ustaz & postkn entri mcm tu, mybe saya pun akan sedih sbb teringatkan keluarga, ingat mak, ayah, adik-beradik dgn shbt rapat.. Saya berasa seronok baca entri ni sbb ia membuatkan saya bersemangat utk belajar rajin2 & dpt peluang utk belajar di luar negara, kalau ada rezeki.. Kalau tak dpt sambung belajar pun, dpt melancong ngan keluarga kat luar negara pun takpe.. Nak sangat bawa mak, ayah gi Mekah.. Tgk kaabah..
Cemburu sbb ustaz dpt merasai pengalaman baru tatkala berada di negara orang.. Cemburu saya, cemburu yg positif, bkn negatif.. Ustaz jgn salah faham ye..
(Maaf, panjang pulak komen ni) nur-azi(Quote)
Terima kasih.
Tidak saya salah faham. Insya’Allah. Cemburu yang dibenarkan ialah yang punya batas-batasnya. Dua cemburu yang dibenarkan, cemburu pada ilmu dan harta.
Saya doakan semoga termakbul doa baik anda. Farid Rashidi(Quote)
sayu hati akak baca catatan farid…
gambaran sedihnya farid masa mula2 meninggalkan keluarga…
akhirnya tak lama lagi akn pulang ke tanahair dng penuh ilmu didada..
dan akan meneruskan perjuangan ayahanda…
semoga dipermudahkanNya….aminn kak zu(Quote)
Hanya Allah sahaja yang Maha Tahu bagaimana hati ini merasa detik-detik itu.
Terima kasih atas rasa itu. Ibu pasti lebih memahami bagaimana rasa itu bukan.
Ameen. Farid Rashidi(Quote)
Salam ustaz..memang untuk mencapai sesuatu..pengorbanan itu perlu..moge terus tabah dan sentiasa dalam rahmat Allah jua..ameen hafizmd(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Sangat perlu.
Ameen, Rabbuna yubarik fik. Farid Rashidi(Quote)
Ass-salam
Salam Ziarah.
Semuga semua niat dan hajat serta cita tercapai dan dimakbulkan allah.
Semuga tabah di perantauan. Hazeleyed lady(Quote)
Dipersilakan ziarah.
Ambillah apa-apa yang dirasakan manfaat, tinggalkanlah apa-apa yang tidak baik.
Ameen, syukran ya. Farid Rashidi(Quote)