Header image

Menyulam Mujahadah

Posted by Farid Rashidi in Karya Kreatif

Bumi masih diselimuti mimpi
Putih – sejuk mendamaikan

Nun jauh di sana
Meliuk-liuk bilahan gandum
Didakap sunyi embun pagi
Yang luas saujana memandang

Berzikir sendu tiada henti
Sujud menanti fajar Dhuha
Mendamba cinta
Pada Pencipta

Pepohon kurma tua di perbatasan
Yang setia tegak berdiri
Di saat alam memukul
Bergantian saifi dan syita’
Tanpa jemu

Ku susur jalan itu
Memeluk sendiri
Walau tanpa fajar menyinar
Walau diselaputi kelam malam

Meratib jaluran mujahadah
Menyulam siratnya istiqamah
Ku pohon padaNya
Kurniakanlah, kurniakanlah
Nikmat itu.

3:01AM,
Pagi 16 Rabi’ul Awal 1431H,
Siberbay, Tanta.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

16 Responses

  • assalamua’laikum…

    wah…. indah ye gambaran dalam puisi tu….
    teringat ketika zaman sekolah apabila,setiap cuti…saya selalu keluar rumah pagi untuk menunggu matahari terbit untuk merasai keindahan pagi itu dengan sejuk pagi..hmm… malam pula,melihat bintang dan kelawar keluar….mahu melihat matahari terbenam sukar sekali sebab tempt matahari terbenam tu dilindungi pokok kurang strategik…

    bila dan ketika itu,terasa tenang dan kuat dalam jiwa…. walaupun ia hanya sementara untuk dinikmati…esok pula,belum tentu ada….
    .-= Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last blog ..Aku =-.

      (Quote)

    • Wa’alaikummussalam,

      Gambaran puisi itu mempunyai dua makna sebenarnya, walaupun ada pokok kurma dan gandum bersama.

      Di mana tu ya tempat akhi tengok matahari terbenam?

      Saya pernah lihat matahari terbit di pantai Terengganu dan melihat matahari terbenam di paya bakau Kuala Kedah. Indah! Walau berbeza geografi.

        (Quote)

  • Salam!… wahhh sungguh puitis!

    Moga Farid sentiasa istiqamah dan mujahadah dalam menyulam Ilmu!

      (Quote)

  • eiza says:

    cantiknya puisi ni….saya harap dapat buat puisi cam ni…tapi x berbakat la. dapat baca pun dah kira ok.cantik sangat…puitis sungguh.

      (Quote)

  • nohas says:

    Sangat puitis….

    ‘Bergantian saifi dan syita’, apakah maksudnya?
    .-= nohas´s last blog ..Menunggu Yang Ketiga =-.

      (Quote)

  • MaizaC'Joe says:

    Assalamualaikum…

    Tatkala mendakap tubuh erat
    tatkala bilangan tasbih semakin memanjang
    di amati satu persatu
    tatkala berzikir sendu
    wujudlah sesuatu di sulami keajaiban kalbu
    mudah-mudahan..
    termeterai impian dan keinginan
    ketabahan ketenangan juga kekuatan..

    Bukan mudah melukis di langit yang tertinggi,
    Pelangi yg indah senantiasa di perhati..
    tanpa hadir gerimis dan sinar mentari
    senantiasa tetap mengiringi..

    Bukan mudah memiliki mutiara abadi..
    tanpa disulami lubuk hati nurani..
    Hanya bila benar sedar dan mengerti
    bahawa tak punya hayati setiap hari
    dengan sepenuhnya hidup dalam hati..

    ingin berlari
    ingin sekali amati
    ingin mendamba cinta maha pencipta
    ingin terbang sebebasnya
    Di langit luas tanpa batas

    Walau antartika tak berujung
    ingin sekali bersenandung
    Sabda hati nurani
    Yang Maha Agung

    Ya Allah kurniakanlah
    ketabahan hati dan kesabaran lalui
    susuri jalan yg di tetapkan..
    moga hati tenang abadi..
    Amen Ya Robbal’alamin….

      (Quote)

    • SubahanALLAH!

      Ada bakat rupanya. Menarik juga. Apapun, teruskan berkarya jika agar penulisan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Saya ada baca satu kata-kata yang bermakna.

      Aku minta kepada Allah setangkai bunga segar,
      Ia beri kaktus berduri,
      Aku minta kupu-kupu,
      Diberi ulat berbulu,

      AKU SEDIH DAN KECEWA,
      Namun kemudian kaktus berbunga,
      Indah sekali,
      Dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang indah..
      ITULAH JALAN TUHAN
      INDAH PADA MASANYA

      Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan,
      Tetapi Dia memberi apa yang kita kita perlukan,
      Kadang-kadang kita sedih dan kecewa , terluka.
      Tetapi jauh diatas segala Dia telah mengaturkan yang terbaik untuk kita.

        (Quote)

  • salam alaik..aiwah.. best puisi ni.. mabruk!!
    ana nk titipkn juge.. tjuk hmpir sama.. tapi mmg lain..ehhe..sekadar share n sharing.. ;)

    `TawAsuL MUjahidah`

    Rintik hujan yang membasahi bumi
    Deruan angin nan persis menusuk ke tulang sum-sum
    Panahan kalam herdikan tohmahan
    Bertalu-talu menghentam serikandi itu..

    Namun, serikandi tetap tegar dalam derapan langkahnya
    Terus mantap membawa panji wasilah ISLAm
    Menghayunkan langkah mara ke hadapan
    Menepis segala ranjau yang bersimpang-siur

    Allahu Akhbar,
    Ku kagum dengan semangat jihadmu
    Walaupun terpaksa menempuh rintangan ranjauNYA
    Bersilang bersegi disalut derita Gumaman puji-pujian terus meniti di bibirmu
    Disulam dengan taqwa peneman setia
    menjahit ketabahan hati

    Serikandiku
    Ku takjub dan terpana dengan pendirianmu
    Mendokong amar ma’ruf nahi mungkar
    Penyelamat bagi yang lemas dengan lumpur jahiliyah
    Dek bergelumang dosa dan hasutan syaitan
    ‘tiada kesusahan jika dipermudahkan Allah
    tiada kegelisahan bila mengingati Allah
    tiada tekanan bila Allah di sisi tiada kesunyian bila Allah di hati
    tiada kekurangan bila Allah sentiasa mencukupkan’

    “Ya Allah, berikan kepada kami rasa takut kepada-Mu
    yang akan menghalang kami derhaka
    kepadaMu. Dan anugerahkan kepada kami ketaatan yang akan menyampaikan kami kepada syurgaMu
    dan keyakinan yang akan menjadikan kami merasa musibah dunia menjadi sangat ringan

    Moga tabah hati tak berbelah bagi, sehati sejiwa dulu, kini dan selamanya.. Istiqomah di jalanMU … InsyaAllah

    >>> iLhaM ciPtA
    :: siMpLe-sHiDa ::

    14 november 2007
    .-= simple_shida´s last blog ..audition NISA’ -sO u think u can sing? =-.

      (Quote)

  • Abd Razak says:

    Salam ya akhi.. :)

    Menyelami alam indahnya ciptaan Tuhan,
    Betapa bijaksana dan hebatnya Maha Pencipta.
    Rugilah mereka yang menikmati keindahan alam tetapi tidak beriman kerana telah mensia-siakan akal dan masa hidupnya.
    .-= Abd Razak´s last blog ..Fitnah dan umpat… =-.

      (Quote)

  • nur_syahadah says:

    salam..ust reka sendiri ek..baguss..da bakat..teruskan usaha…haa..kire boleh masuk pertandingan nie kan?hehe..
    saya suka bace tapi take time sikit la nak faham sbb bukan orang bahasa…org sains, straight to the point je…

    p/s: teruskan menulis ust..rmai dah peminat blog ni.. :-)

      (Quote)

    • Wa’alaikummussalam,

      Alhamdulillah, cuba berimaginasi dengan suasana alam sekitar lalu tercetusnya idea untuk menulis puisi ini.

      Ada juga orang tawarkan untuk menyertai pertandingan. Insya’Allah akan cuba sertai. Sokongan kalian memungkinkan saya untuk terus berkarya. Terima kasih ya!

      Ramaike? :)

        (Quote)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge