“Itu nama ‘Mohd’?” Tanya Syeikh Ahmad sewaktu melihat saya memakai jaket yang tertulis nama di sebelah kanan.
“Ya, tulis ‘Mohd’ tapi asalnya kalimah ‘Muhammad’.. mungkin dahulu orang tidak tahu tentang ini.” Jawab saya.
“Yakni nama yang disingkatkan dari ‘Muhammad’.” Tambah Mazwan pula. Rakan seperjuangan yang bersama hampir setiap pagi bertalaqqi di rumah Syeikh Ahmad.
“Bagaimana kalau seperti di dalam kitab tertulis nama Nabi Muhammad ‘SAW’?” Tanya saya kepada Syeikh Ahmad bagi mendapatkan kepastian. Sememangnya di dalam sesetengah kitab dan buku berbahasa melayu tulisan Salallahu Alaihi Wasallam disingkatkan menjadi ‘SAW’. Ini termasuklah sebarang artikel yang tertulis di sini (FRC).
“Sebaiknya sebutan penuh.”
Perkara ini juga pernah disentuh oleh al-Fadhil Syeikh Ahmad ketika kuliah pengajian di suatu petang.
“Jika tulisan SAW itu ditulis kemudian kitab itu dibuang ke merata, jadi tidak boleh seperti itu.” Begitulah serba ringkas kata-katanya membahaskan tentang penggunaan tanda selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Perkara ini juga menjadi persoalan dalam ruangan komentar artikel sebelum ini, ‘Rahsia Kalimah Muhammad SAW’.
SELAWAT KETIKA BERSOLAT
“Bagaimana dengan bacaan surah Alam Nasyrah ketika solat?” Soal saudara Aswan.
“Soal ini baik.” Puji Syeikh kepadanya kerana bertanyakan soalan itu. Lalu ketika di rakaat yang kedua solat isya’ selepas kuliah, Syeikh Ahmad terus membacakan surah tersebut. Teori seharusnya dipraktikkan.
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk)? 2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) 3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)? 4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? 5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, 6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. 7. Kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain), 8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).
Jika dilihat pada makna dan penafsiran surah ini, ia sememangnya menceritakan tentang Rasulullah SAW. Justeru, seandainya Imam ketika solat membacakan surah yang menyebut tentang Nabi Muhammad SAW, maka makmum hendaklah menjawab dengan perlahan “Sollallahu alaihi wasallam”. Hatta surah-surah yang lain juga begitu.
Sejurus sahaja selesai kuliah. Lantas saya membincangkan perkara ini dengan salah seorang sahabat di sebelah saya. Saudara Firdaus. Salah seorang pelajar Malaysia tunggal yang mengambil matapelajaran Syariah Wal Qanun di Universiti al-Azhar Tanta.
“Macam syeikh kata tadi, kalaulah dalam solat itu ada surah-surah yang menyebut tentang Nabi Muhammad SAW, maka kita kena berselawat ke atasnya.” Komentar Firdaus.
“Nampaknya kena fahamlah setiap bacaan yang dibaca Imam.” Saya membalas seiring sekuntum senyuman.
HAKIKAT SINGKATAN, ADALAH MAKNA YANG PANJANG
Begitu juga sekiranya singkatan itu menjadi ‘Mohd’, ‘Muhd’, ‘SAW’, ‘SWT’ dan lain kalimah yang disingkatkan. Pada pandangan mata kasarnya ia adalah sebuah singkatan yang terkadang jika manusia jahil pasti membaca secara zahiriyah makna.
Namun begitu, sekiranya bertemu dengan singkatan kalimat begini, sewajarnya kita yang tahu menyambutnya dengan “Sollallu Alaihi Wasallam”.
Sollu Alan Nabi!
Bagi kalimah ‘Mohd’ atau ‘Muhd’ pula, pada pandangan saya jika sebaik-baiknya menggunakan secara sempurna menjadi ‘Muhammad’. Bukankah itu lebih manis bicaranya?
Selesai.
Nama sudah indah, tetapi bagaimana pula dengan praktikal sunnah? Mari kita sedaya upaya menyempurnakannya – praktikkan sunnah, tanda CINTA Allah dan SAYANG RasulNYA.
7:18AM, 28 Februari 2010,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.




salam…dapat penjelasan & manfaat baca N3 ni..TK
.-= sonata anak kancil´s last blog ..Jom kita bersushi……….bukan Chu Chi Tunnel =-.
sonata anak kancil(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Ya, agar lebih jelas dan terang. Jika ada yang tak memahami, jangan segan untuk bertanya.
Farid Rashidi(Quote)
Alhamdulillah..
Dah faham apabila membaca entri ustaz kali ni berkaitan dgn soalan saya pada entri sebelum ni..
Terima kasih ya, ustaz..
nur-azi(Quote)
Syukurlah.
Sama-sama, semoga ianya sedikit membantu.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum..
Terima kasih atas perkongsian..
MaizaC’Joe(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Afwan. Semoga beroleh apa yang tidak diketahui ya.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ya akhi..
Berwaspada selalu hendaknya akan celaan, keburukan dan kejahatan kepada sesiapa jua yang tidak mengendahkan selawat dan meremehkannya.
.-= Abd Razak´s last blog ..Mengingatimu… =-.
Abd Razak(Quote)
Wa’alaikumsalam ya sodiqi,
Sungguh, tak rugi kita berselawat. Kadangkala mulut selalu mencela, mengkeji, mengumpat sehingga berjam-jam lamanya. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Bila bab zikir dan selawat, bukan main liat.
Saya tertarik pada setiap lorong-lorong laluan di Mesir pasti ada tertulis – La Tansa Zikrullah.
Farid Rashidi(Quote)
sunnah yg sebegini hendaklah rajin2 ringankn mulut menyebutnya….lama2…insyallah akn jadi kebiasaan.
.tp ade juga yg buat tak endah jer…jawab dalam hati kot…(baiksangkalah….)
kak zu(Quote)
Itulah, kadang-kadang yang paling ringan itulah menjadi berat. Perkara ringan, seolah-olah markah free untuk dapat pahal juga kita malas menyebutnya.
Jangankan mahu berbicara hal sunnah yang lain. Ya, kita perlu berbaik sangka.
Farid Rashidi(Quote)
Salam…
Alhamdulillah… terima kasih dengan penjelasan ini….
.-= Atikah´s last blog ..Salam Maulidur Rasul… =-.
Atikah(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Sama-sama atas pembacaannya.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualikum ustaz..
terimakasih sentiasa berkongsi ilmu pengetahuan yg sgt berguna..
idalara(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Sama-sama. Mari kita manfaatkan bersama.
Farid Rashidi(Quote)
InsyaAllah,sok sok bila kalau nak letak nama anak, pasti eja penuh…Muhammad…
WaAllahualam.
Afida Anuar(Quote)
Baguslah, moga-moga anak itu mendapat berkat dunia akhirat.
Err, dah jumpa ayahnya belum?
Farid Rashidi(Quote)
Ayahnya..erkk….hehe
Sudah berusaha dan sedang berusaha….mungkin bukan jodoh dan belum sampai masa lagi:D
Afida Anuar(Quote)
Assalamu’alaikum
Peringatan juga, kena ambil tahu makna bacaan dalam al-Quran
Allahummarhamna bil Quran, allahumma ameen!
insyirah(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Tepat. Itu antara maksud kedua isi entri ini. Syukran kerana faham.
Farid Rashidi(Quote)
Salam,
maaf keluar topik, satu persoalan dari saya. Boleh ke di jawab salam dengan wa’alaikumsalam, sedangkan mengikut sunnah adalah wa’alaikumussalam. Saya confuse bila ustaz sering menjawab salam dengan lafaz ‘wa’alaikumsalam’. Harap dapat penjelasan dari ustaz. Syukran
Ros(Quote)
Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Sebenarnya SALAM itu sendiri adalah perkataan ringkas memberi salam. Jadi kita faham ianya adalah salam. Begitu juga yang saya jawabkan. Adalah ringkasannya.
Apa yang pasti, saya menjawab salam kalian semua dengan lafaz ‘Wa’alaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh’.
Farid Rashidi(Quote)
Salam.
Ustaz, blh kah kita jawab Sallahu alaihi wasallam ketika sembahyang.
Bukankah ada hadis yang mengatakan bahawa solat hanyalah untuk memuji ALLAH SWT.
Maaf saya tak ingat hadis tersebut.
Mohon penjelasan.
Jzkk.
Affan(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Cuba enta tengok waktu tahiyyat awal dan akhir, bacaannya bagaimana?
Itu adalah sunat. Jadi jawabnya cukuplah secara diam-diam, tidak perlu menjaharkan sehingga menganggu bacaan Imam.
Yang membatalkan solat ialah apabila berkata-kata seperti perbualan dll.
Farid Rashidi(Quote)
Jzkk.
Terima kasih atas penjelasan tersebut.
*maaf tertanya dua kali, saya tak perasan masuk dalam spam inbox.
Affan(Quote)
Salam akh….
Erm…mmg digalakkan untuk memahami makna bacaan solat supaya menambah kekhusyukkan dalam solat.(Selalu dipesan oleh ustaz n ustazah semasa di bangku sekolah). Pernah diuji oleh pengetua makna surah dalam bacaan ketika lapor diri sebagai guru ganti. Nasib la ana ingat…
Ana kira ini agaknya yang difikirkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara kerana anak-anak buah ana semua kena gunakan ejaan penuh Muhammad..singkatan seperti Muhd or Mohd sudah tidak boleh digunapakai.Memang nampak indah dan sempurna nama Muhammad.
Nurana(Quote)
Wa’alaikummussalam,
Terima kasih atas info. Kalau begitulah gamaknya, saya setuju 100%.
Farid Rashidi(Quote)
Salam. Ustaz, soalan saya di atas tu belum terjawab.
Mohon dijawab jika ada kesempatan.
Semoga ustaz terus thabat.
Affan(Quote)
Alhamdulillah, sudah jawab. Setiap komentar kalian, saya hargai dan saya akan membacanya walau sedikit terlewat.
Farid Rashidi(Quote)
salam… namapknya komentar saya dulu tak termasuk..tersepit dlm talian agaknya ..:-)
pe2 pun terima kasih atas perkongsiaan..adik2 saya semua da muhammad,bezanya yang terdahulu hanya ditulis ‘mohd’ dan yang terkemudian ni barulah dieja ‘muhammad’…
p/s: insyaallah akan dipraktikkan untuk anak2 kelak…
nur_syahadah(Quote)
salam, mmg betul SAW itu sebaiknya ditulis penoh,
=-.
sy sebagai mahasiswa dr negara anbiyak, doctor pensyrah sy ramai komen, pelajar msia selalu buat SAW atau huruf SOD (ص) sahaja.
kebanyakan orang arab sini mmg tulis full ntuk SAW tu.
solallahualaihi wassalam.
.-= sha-na.szied´s last blog ..Tahniah adik-adikku
sha-na.szied(Quote)