Rahsia Kalimah Muhammad SAW
Posted by in Fakta UmumSetiap detik dan ketika, pasti ada yang menyebut dan mengingatimu.
Pada setiap solat yang didirikan, namamu jua tak lekang meniti di bibir-bibir para umat seluruhnya.
Jutaan menara-menara masjid seluruh dunia tak lupa mengalunkan namamu, Ya Rasulullah Wahai Kekasih Allah SWT.
Itulah seorang insan terpilih – Saidina Muhammad Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Nama yang begitu sinonim dengan masyarakat Islam seluruhnya. Melangkaui seribu tahun, namanya tetap mahsyur serata alam buana. Makhluk bumi dan langit sentiasa berselawat padanya tak mengira waktu berlabuh senja atau mentari mengukir mesra.
Ya Rabbi, biarkanlah limpahan awan rahmat mencurahkan selawat dan salamnya pada kekasihMU, izinkanlah agar ianya terus menyubur serta menghadirkan cambahan benih-benih kecintaan itu.
Ya Allah, biarkanlah nadi-nadi yang beraliran darah berulang-alik ke jantung itu selalu mengucapkan selawat padanya, biarkanlah bibir kami basah mengukir salam kepadanya selepas zikir padaMU. Ku merindui syafaat dia, agar pertemuan kami nanti seiring redhaMU Ilahi.
Ameen.
Sollu Alan Nabi!
RAHSIA NAMANYA
Sedang saya membelek kitab Syamail Muhammadiyyah, kelihatan seekor labah-labah kecil menari-nari di sekitar kulit buku dan isinya. Ia seperti cuba mengakrabi kitab itu. Saya biarkan saja. Lantas terkenangkan sirah nabawi di era penghijrahan Baginda SAW. Seekor labah-labah yang membantu perjalanan Baginda SAW dan Saidina Abu Bakr as-Siddiq.
Kitab kedua mengenai sirah Baginda SAW – Asar Rasulullahhi Sollallahu Alaihi Wassalam saya capai dan tekuni.
Tertarik pada perenggan menerangkan makna nama Muhammad Rasulullah. Sedarkah kita, nama Muhammad begitu popular di kalangan umat Islam dahulu sehingga kini? Tentu tak terhitung kiraannya. Malah pangkal pertama nama saya juga adalah Muhammad. Alhamdullillah. Terima kasih Ayahanda Md Rashidi Abas atas nama agung itu.
Sollu Alan Nabi!
Nabi Muhammad pesuruh Allah. Ramai yang sedar akan keperihalan ini, namun ramai juga yang langsung tidak mengendahkan atau sengaja untuk tidah tahu akan hakikat ini. Tahukah anda rahsianya?
Disebutkan di dalam hadis al-Qudsi “Aku (Allah) bersumpah bahawa tidak akan masuk neraka orang yang bernama Ahmad dan Muhammad.” (Hadis riwayat al-Hafiz ad-Dhailami r.a di dalam al-Firdaus)
Telah diriwayatkan pula daripada al-Imam al-Azhar as-Syarif Syeikh Soleh al-Azhari di dalam kitabnya bahawa kalimah محمد menurut bahasa arab sebenarnya ada lima huruf iaitu ‘mim’ yang ditasydidkan. Dan lima huruf yang ada dalam kalimah محمد itu sebenarnya adalah ganjil, rahsia dan ada maknanya tanpa manusia sedari. Ianya memberi manfaat kepada sesiapa yang menyebutnya.
Bertutur al-Imam Busairi r.a:
Kerana bagiku ada satu jaminan apabila namaku juga Muhammad dan Baginda itu adalah makhluk yang paling menyempurnakan janji.
Mari kita lihat rahsia disebalik nama Baginda:
1. Kalimah محمد bermakna Rukun Islam yang lima – wajib ke atas umat Islam menurutinya.
- Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SAW dan bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh Allah SWT.
- Diwajibkan solat lima waktu.
- Menunaikan puasa selama sebulan di bulan Ramadhan.
- Mengeluarkan zakat.
- Melaksanakan ibadah haji.
2. Ia mengisyaratkan kepada lima pancaindera yang dimiliki setiap manusia agar mampu memahami dan menghadami ilmu al-Quran, al-Hadis dan segala macam ilmu-ilmu Islam yang lain.
- Penglihatan melalui mata.
- Pendengaran melalui dua telinga.
- Merasai.
- Menyentuh.
- Menghidu melalui deria hidung.
3. Nama Baginda محمد menjadi simbolik kepada Khalifah ar-Rasyidin yang lima.
- Saidina Abu Bakr as-Siddiq.
- Saidina Umar al-Khattab.
- Saidina Usman Affan.
- Saidina Ali Abu Talib.
- Saidina Hasan Ali.
4. Membawa makna kepada sesuatu perkara yang tidah diketahui Baginda SAW sendiri (ghaib) melainkan Allah SWT. Ini kerana perkara itu terangkum dalam ilmu Allah SWT yang Maha Luas melainkan diizinNYA. Perkara tersebut ialah:
- Berlakunya Hari Qiamat.
- Kandungan dalam rahim ibu.
- Turunnya hujan.
- Perkara yang berlaku pada hari esok.
- Hari kematian seseorang.
5. Kalimah محمد membawa makna kepada anak-anak Saiyyidah Fatimah az-Zahra’ r.anha.
- Saidina Hasan r.a.
- Saidina Husain r.a.
- Sayyidah Zainab r.anha.
- Sayyidah Ruqayah r.anha.
- Sayyidah Ummu Kalthum r.anha.
6. Ia membawa maksud kepada lima peristiwa besar yang melibatkan sahabat-sahabat Baginda SAW dan tercatit di dalam sejarah Islam.
- Ahli Badar.
- Ahli Uhud.
- Ahli Baiatur Ridwan.
- Muhajirin.
- Ansar.
7. Bahkan kalimah محمد turut membawa makna kepada lima keadaan dan kehidupan Rasulullah SAW.
- Di era sebelum Rasulullah SAW diangkat menjadi Rasul.
- Zaman selepas secara rasminya dilantik menjadi Rasulullah.
- Keadaan Rasulullah SAW menghadapi jihad dalam peperangan.
- Kehidupan Rasulullah SAW selepas pembukaan Mekah.
- Kehidupan Rasulullah SAW di alam Barzakh.
8. Makna nama Baginda SAW menggambarkan lima keadaan ketika Rasulullah SAW menerima wahyu dari Allah SWT.
- Datangnya malaikat menyerupai manusia.
- Mendengar deringan bunyi loceng.
- Melalui mimpi.
- Melalui ilham.
- Mikraj tanpa wujudnya perantaraan.
9. Seterusnya makna lima nama Rasulullah SAW ialah Baginda SAW terpelihara daripada melakukan perkara-perkara keji dan boleh menyebabkan Baginda SAW difitnah dan dicemar.
- Akhlak Rasulullah SAW terpelihara sebelum menjadi Rasul.
- Terpelihara kehidupannya daripada budaya orang Arab jahiliyah ketika zaman itu.
- Dijaga namanya dalam al-Quran.
- Dijaga namanya dalam al-Hadis.
- Terpelihara kehidupannya melalui hukum-hukum Islam.
10. Kalimah محمد membawa kepada lima makna selepas kewafatan Baginda SAW, iaitu perpindahan ke alam lain.
- Hidupnya Baginda SAW di alam barzakh seperti ruh-ruh para syuhada.
- Mendengar selawat dan salam dari umatnya.
- Menjawab salam dari umatnya.
- Mengetahui siapa di kalangan umatnya yang memberi selawat dan salam.
- Maqamnya dijadikan taman-taman syurga sehingga ke Hari Qiamat.
11. Ia membawa kepada lima makna akan syafaat Baginda SAW.
- Memberi syafaat di dunia – umat Muhammad SAW tidak diazab seperti umat-umat sekalian nabi a.s yang terdahulu kerana adanya Nabi Muhammad SAW. Ini berdasarkan firman Allah SWT: “Dan tidaklah Allah SWT akan mengazab mereka selagi engkau (Muhammad SAW) berada di antara mereka.”
- Memberi syafaat di akhirat.
- Syafaat untuk umatnya yang mempunyai kedudukan disisi Allah SWT seperti ulama’-ulama’, syuhada’, ahli ilmu.
- Syafaat bagi sesiapa yang menziarahi Baginda SAW.
- Syafaat daripada Allah Jalla Wa’ala.
12. Dan akhirnya, kalimah محمد membawa makna kepada alam ini.
- Alam manusia.
- Alam malaikat.
- Alam jin.
- Alam tumbuh-tumbuhan.
- Alam haiwan.
Mari kita hamparkan wangian selawat ke atas junjungan Rasulullah SAW. Moga menguntum syafaat dan maghfirah Allah Ta’ala. Sollu Alan Nabi!
Wallahhil Azim, sangat bersyukur dikurniakan nama ‘Muhammad’!
Rujukan:
Asar Rasulullahhi Sallahu Alaihi Wassalam, Ahmad Lutfi Ibn Abdul Wahab al-Linggi.
9:16PM, 26 Februari 2010,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.



MasyaAllah…sungguh saya tidak tahu makna di sebalik nama Muhammad tu. Terima kasih farid. Moga bertambah kecintaan kita kepada Baginda Rasulullah saw.
Afida Anuar(Quote)
Alhamdulillah jika sudah mengetahuinya.
Sama-sama sebab masih bertandang ke sini. Ya, semoga kerinduan membuak-buak.
Farid Rashidi(Quote)
InsyaAllah dalam seminggu lagi saya akan berangkat ke Mekah dan Madinah. Tak sabar rasa hati nak melawat Makam Baginda Rasulullah saw! Nak berjumpa Baginda…Seribu satu perasaan wujud dalam hati saya sekarang bila mengingatkan saya akan ke sana buat pertama kali.. Rindu pada Baginda Rasulullah mmg tak pernah padam..insyaAllah. Doakan saya moga diberi kesempatan dan dipanjangkan umur untuk ke sana ya!
Afida Anuar(Quote)
Oh, tahniah buat saudari. Mohon kirim salam dengan lafaz ‘Assalamualaikum’ dan doakan semoga saya berjaya ya.
Jangan lupa, sebelum menjejakkan kaki ke sana – banyakkan bertaubat dahulu, bimbang berlaku perkara tak diingini nanti. Pohon moga Allah memudahkan urusan.
Berapa lama kat sana?
Farid Rashidi(Quote)
InsyaAllah, saya akan sampaikan salam Farid kepada Baginda Rasulullah saw dan mendoakan kejayaan Farid dunia akhirat.InsyaAllah…
Sedang mempersiapkan diri dan jiwa juga untuk ke sana. Moga-moga Allah menerima segala taubat saya dan dimudahkan segala urusan.
InsyaAllah 11hari 9 malam di sana. Teruja,berdebar,gembira semua bercampur baur ni…
Afida Anuar(Quote)
Terima kasih atas jasa baik. Saya juga jika kesempatan mahu ke sana tahun ini. Itupun kalau ada rezekilah, sumber kewangan tak stabil lagi. Doa semoga saya dapat ke sana juga ya. Teringin sangat.
Erm, ke sana berapa orang? Dengan siapa? Sebenarnya dalam Islam ada juga perbincangan ulama’ mengenai safar mar’ah (perempuan musafir seorang diri dan hukumnya)
Farid Rashidi(Quote)
InsyaAllah, moga Farid juga dapat ke sana nanti. Saya doakan. InsyaAllah saya akan ke sana bersama mak dan ayah saya, kami bertiga. Saya tidak keseorangan farid:D Jangan risau ya!
Afida Anuar(Quote)
Oh, baguslah. Itulah yang paling terbaik sekali. Bersama mahram.
Oh ya, tak datang ziarah Mesir?
Farid Rashidi(Quote)
Sayang,tiada dalam perancangan utk ziarah Mesir. InsyaAllah lain kali kalau diizinkan dan dipanjangkan umur..
Afida Anuar(Quote)
Tak mengapa, nanti buat travel khusus untuk ke sini. Rakan saya ada juga buat travel untuk pelancong yang datang dari Malaysia.
Agak menjimatkan.
Farid Rashidi(Quote)
Salam sdraku..
Terpegun bila membacanya…
.-= Abd Razak´s last blog ..Mengingatimu… =-.
Abd Razak(Quote)
Wa’alaikumsalam ya akhi kareem,
Begitulah penciptaan Allah SWT ke atas kekasihNYA. Punya keistimewaan tersendiri. Kita patut bersyukur sebagai umat Muhammad SAW.
Farid Rashidi(Quote)
salam Maulidur Rasul..
syukran atas info, semoga kita semua beroleh syafa’atnya kelak. yg paling saya susah nak baca berkenaan sirah Rasulullulah ialah di mana kisah hujung hayat Rasulullah…
nahmy(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Ameen.
Susah part mana tu?
Farid Rashidi(Quote)
Allahumma solli ala saidina Muhammad wa alihi wa ashabihi ajmain
muhammad fakhruddin(Quote)
Aiwah, ahsanta ya akhi. La budda taqul daiman abadan.
Farid Rashidi(Quote)
susah bab sedih menyayat hati….alam menjadi suram tanpa cahaya petunjuk sepanjang zaman. namun alhamdulillah adanya sunnah yg ditinggalkan…
nahmy(Quote)
Allah Allah.. enta munawwar minni!
Semoga Allah menerangi hati yang suram itu. Saya tak boleh dengar lirik lagu tentang pemergiaan Nabi Muhammad SAW. Rasa sedih.
Farid Rashidi(Quote)
Salam,
Terima kasih dengan perkongsian ini… sebelum nie tak tahu pulak rahsianya…. Alhamdulillah…
minta izin copy artikel nie…
.-= Atikah´s last blog ..Salam Maulidur Rasul… =-.
Atikah(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Sama-sama. Beruntunglah jika sudah tahu.
Sampaikan pada teman-teman yang tidak tahu ye.
Farid Rashidi(Quote)
syukur…
bnyak ilmu dr penerangan farid….
klau dpt diperincikan..alangkah baiknya…
alhamdulillah..nama suami,anak2 ade muhammad ..
kak zu(Quote)
Alhamdulillah wasyukurillah,
Bagaimana keadaan hari ini? Semoga okay. Perincikan bahagian mana? Kalau panjang-panjang ada ke yang mahu membacanya?
Farid Rashidi(Quote)
salam…
ya, segalanya telah tertulis untuk kita amalkan dan fahami…
semuanya itu memiliki kelebihan dan kekuatan yang terpendam untuk dimiliki…
dan tidak semuanya itu akan sampai ke dalam hati setiap insan… kerana jarak,masa,kedegilan dan alasan yang mungkin difikirkan logik dan tidak..
Dialah pilihan Tuhan yang mengajar segalanya dengan sempurna sehingga kesempurnaan Islam terserlah.
Amalkan sunnah rasulullah dan sebarkanlah…
.-= Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last blog ..Aku =-.
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Jarak, masa, kedegilan, alasan dan yang paling mustahak untuk diperhatikan ialah ‘kemalasan’. Ini bagi saya sangat-sangat membantutkan sesuatu perkara.
Bayangkan jika niat mahu membuat kebaikan terhalang dek kemalasan, oh serasa sesal di hati tak berkesudahan.
Tetapi itulah manusia – hidup perlu berTuhankan ALLAH.
Mari jelajah artikel seterusnya.
Farid Rashidi(Quote)
Salam.
Alangkah beruntungnya kita semua ni sebab menjadi umat Rasulullah SAW.
Tapi, ustaz, apa bezanya nama ‘Muhammad’ dgn ‘Mohd’?
Nama pangkal ayah & abg2 saya adalah ‘Mohd’ bukannya ‘Muhammad’.
nur-azi(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Jawapan itu sudah saya jawabkan di artikel ini. Mari ke sana ya!
http://www.faridrashidi.com/2010/02/28/jika-singkatan-rasululullah-saw-digunakan/
Farid Rashidi(Quote)
salam farid. selepas membaca tulisan ini kakchik dah berazam, kalau ada anak lelaki, namanya pasti ada Muhammad. begitu besar makna si sebalik nama tersebut tambahan pula ia nama Nabi kesayangan kita.
.-= KakChik´s last blog ..Ketika Cinta Bertasbih 2 =-.
KakChik(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Alhamdulillah. Letakkan di awalnya Muhammad ya.
Sebelum-sebelum ini nama anak lelaki KakChik apa ya?
Farid Rashidi(Quote)
Salam..
Subhanallah…
Tiada kata yang didpt digmbrkn…
kagum dan terkedu sebentar…
Sollu ‘alannabi..
.-= Permata´s last blog ..~ SubHanallaH, MuLianya PeriBadi mu Ya RasuluLLaH ~ =-.
Permata(Quote)
Wa’alaikumsalam.
Maha suci Allah yang menciptakan rahsia tentang sesuatu.
Farid Rashidi(Quote)
Salam…Sollu Alan Nabi.
Rahsia yang mengandungi ilmu yang bermanfaat…syukran ya akhie.
nohas(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Allahhumma solli ala saidina muhammad wa’ala alihi wasohbihi ajmain.
Ilmu itu sendiri adalah rahsia yang perlu dirungkaikan.
Farid Rashidi(Quote)
masyaAllah.. subhanallah..
bguss intipati ni. syukran ats sebaran ni ust !
harapan dan doa agar kita smua senantiasa melazimi sunnah baginda.. titip dan terapkn dlm tiap urusan harian kita.. insyaallah!!
.-= simple-shida´s last blog ..“NAQIBAH KREATIF REMAJA PROGRESIF” =-.
simple-shida(Quote)
Afwan atas kunjungannya.
Semoga begitu. Ramai yang melihat sunnah kecil-kecil sahaja, tetapi sunnah besar sering dilupai. Saya tak mahu kata pada mana-mana jemaah.
Tetapi hakikat ini perlu disedari oleh semua pihak.
Farid Rashidi(Quote)
salam…erm..nampaknya komen saya sebelum ni tak kuar ek ust…tersekat kat mane2 mungkin..
info yang sangat berguna..banyak yang saya tak tahu rupanya.. apa pun insyallah nama agung ‘muhammad’ akan diturunkan pada anak2 kelak..
p/s:ust pun camtu kan?
nur_syahadah(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Komen tersekat? Komen dalam entri inikah? Tak ada pula. Sebab biasanya kalau tersekat mesti ada di bahagian SPAM.
Insya’Allah. Pasti awal nama akan disebut Muhammad juga.
Farid Rashidi(Quote)
Pingback: Faridrashidi.Com » Blog Archive » Jika Singkatan Rasululullah ‘SAW’ Digunakan
Assalamualaikum
Syukur Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian bermanafaat.. sebelum ini hanya tahu sikit-sikit sahaja makna di sebalik Rahsia kalimah Muhammad SWT.. itupun dari seseorang yang selaluku berkongsikan pada anak cucu sendiri.. Sungguh segan nak bertanya lebih-lebih padanya… n3 ini sungguh menakjubkan terpegun bila membaca….
begitu lambat singgah sini….
MaizaC’Joe(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Sebelum ini tahu maknanya sebagai apa?
Ya, sudah tentu atoknya bukan? Bekas mufti kedah? Bagaimana keadaannya sekarang?
Farid Rashidi(Quote)
Alhamdulillah sihat.. cuma setiap 6 bulan perlu jalani rawatan susulan… T.kasih sudi bertanyakan khabar
MaizaC’Joe(Quote)
Salam
maaf tersalah taip…. nak perbetulkan… (Muhammad SWT).. —> Muhammad SAW
diri dan jari terleka…
MaizaC’Joe(Quote)
saya ingin bertanya adakah orang islam kita boleh beli duit amerika untuk simpan
ezamal(Quote)