“Jangan kamu bertabarruj seperti orang-orang Jahiliyyah.” Begitulah bunyi status yang saya pamerkan beberapa hari yang lepas. Kata-kata ini saya petik dari ayat al-Quran berbunyi:
“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyyah zaman dahulu.” (al-Ahzab: 33)
Pada sangkaan saya perkara ini sudah ramai yang mengerti dan faham akan maksud ‘tabarruj’ (berhias-hias). Rupa-rupanya tindak balas berlaku adalah sebaliknya. Kekeliruan ini menyebabkan ada di kalangan mereka menginginkan agar saya menulis artikel mengenai tabarruj.
“Bagaimana yang dikatakan sehingga ‘bertabarruj’ seperti orang jahiliyyah.. mohon penjelasan ya ustaz?” Tanya seseorang komentator.
Perkara ini bukan perkara baru. Sewaktu era 60-an 70-an kaum hawa di dalam masyarakat Islam Malaysia ketika itu kebanyakkannya tidak mengenakan tudung di kepala. Namun begitu, trend ini beransur hilang bila menginjak ke tahun 80-an dan 90-an. Alhamdulillah, perkembangan positif ini menunjukkan kesedaran Islam semakin menular dengan cergasnya.
Apabila gaya muslimah bertudung ini mendapat tempat dihati-hati wanita Islam Malaysia, muncul pula revolusi baru hasil ledakan budaya hedonisme, feminisme dan kesan globalisasi. Imej bertudung tidak lagi disesuaikan dengan baju kurung atau jubah, tetapi ianya diubah suai kepada trend yang lebih mengejutkan.
GAYA YANG DIKATAKAN MODEN
Saya tidak tahu apakah trend ini kesan dari budaya Bollywood yang gemar memakai baju ketat dan sendat dipadankan dengan skirt singkat atau kerana penangan Hollywood yang rata-rata para artisnya gemar berbogel.
Realitinya, memang perkara ini dirancangkan. Artis-artis sengaja dibiarkan berbogel, kerana ini adalah jarum suntikan paling mujarab untuk mengikis tatacara pemakaian islamik dikalangan muslimin dan muslimah. Buktinya, kita boleh melihat bagaimana trend anak muda remaja kerapkali meniru gaya artis.
Jika artis itu berambut perang, mereka juga sama, jika artis itu melakukan ini dan itu, serta merta ianya menjadi role-model. Tanpa halangan.
Era-era 90-an menyaksikan perubahan mendadak itu. Pemakaian tudung bersama baju sendat menampakkan bentuk tubuh, nipis, singkat lengan sehingga menampakkan bahu, terjojol pusat, menampakkan lurah yang tidak sepatutnya pantas diamalkan.
“Kami dah menutup aurat, kami dah bertudung.” Itu kata mereka.
Benarkah pengakuan berani itu?
Tidak. Bertudung tetapi di bawahnya terbuka bukanlah dikatakan menutup aurat. Mari lihat pembahagiannya:
- Aurat muslimah dengan lelaki (lelaki yang berakal dan merdeka walaupun lelaki tua yang tak mampu bersetubuh dan ponda) bukan mahram adalah seluruh tubuh muslimah itu samaada telah baligh ataupun belum baligh (kanak-kanak yang boleh merangsang syahwat walaupun belum baligh) adalah termasuk aurat kecuali tapak tangan.
- Aurat muslimah dengan lelaki yang mahram adalah bahagian antara pusat dan lutut (dengan syarat aman dari fitnah).
Ini berdasarkan dalil daripada firman Allah SWT bermaksud:
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”
Maksud ayat di atas yang menyebut “yang zahir daripadanya” adalah bererti muka dan tapak tangan. Ini bersesuaian dengan hadis darpada Saidatina Aisyah r.a bermaksud:
“Sesungguhnya Asma’ telah memasuki (rumah) Rasulullah SAW dan pada badannya, pakaian nipis, maka baginda memalingkan mukanya daripadanya, kemudian bersabda: “Wanita yang sudah mencapai haid (baligh), tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil (Rasulullah SAW) menunjukkan kepada wajahnya dan kedua belah tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud.)
Rumusannya begini:
- Menutup kawasan aurat (selain muka dan tapak tangan).
- Tidak menampakkan kulit bermula dari kawasan pergelangan tangan sehinggalah ke hujung kaki.
- Tidak menampakkan bentuk tubuh (berpakaian ketat dan nipis).
Setelah jelas di manakah sempadan penutupan aurat, barulah perbahasan boleh dilanjutkan kepada kefahaman mengenai tabarruj. Kerana maksud tabarruj itu mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan masalah aurat. Pemahaman daerah aurat akan memudahkan kefahaman kita mengenai definisi tabarruj.
DEFINASI TABARRUJ
Sebelum ini telah saya jelaskan apa yang dimaksudkan dengan tabarruj. Namun begitu, suka untuk saya bawakan kembali definasi tersebut bagi melengkapkan penulisan artikel ini. Perbahasan ini saya kutip daripada bedah buku ‘Dosa Berhias (Tabarruj): Bagaimana Mengenalinya dan Menghindarinya”.
- Menampakkan kecantikkannya pada lelaki bukan mahram.
- Menampakkan kecantikan termasuk mempamerkan keelokan bahagian-bahagian tubuh mengghairahkan spt pinggul, lengan, betis, dada, leher dan wajah.
- Menampakkan kecantikan dan menonjolkan keelokan wajah dan tubuh badan dan fitnah kedua-duanya.
Imam Bukhari mengatakan tabarruj adalah mempertontonkan seorang wanita akan kecantikannya.
Konsep tabarruj ialah melibatkan segala bentuk benda untuk bertujuan perhiasan. Ia terbahagi kepada dua:
- Perhiasan semulajadi. Ianya merangkumi segala kecantikan semulajadi – hidung mancung, kulit putih gebu, rambut ikal mayang dan bentuk badan yang menarik.
- Perhiasan buatan. Ia termasuklah pakaian yang mendedah aurat, mewarna rambut dan kuku, berwangi-wangian, mengenakan celak dan solekan, bertatu, bertindik, menggunakan barang-barang kemas asli dan tiruan (termasuk dosa riak dan takabbur), menggunakan alat palsu seperti rmbut palsu dan kuku palsu, mencukur dan melukis kening.
Kesemua perbuatan di atas adalah menyerupai perbuatan golongan kafir yang sengaja dipopularkan oleh media tempatan dan barat. Ianya mengandungi senjata yang berbahaya dan fitnah tidak kurang hebatnya samaada terkena atas wanita itu sendiri mahupun manusia yang melihat gelagatnya. Malah akan menyuburkan gejala zina berterusan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Perumpamaan perempuan yang memperagakan perhiasannya kepada bukan ahli keluarganya adalah seperti kegelapan Hari Kiamat, tidak ada cahaya baginya.”
Manakala dalam riwayat lain pula Rasulullah SAW bersabda:
“Mana-mana perempuan yang memakai wangi-wangian, kemudian dia keluar menemui kaumnya (sekumpulan orang) dengan maksud supaya mereka dapat mencium bau wanginya, maka perempuan tersebut adalah penzina.”
Jelasnya, bertabarruj dan berhias berdasarkan pendapat Abul A’la al-Maududi, seandainya ia melibatkan lelaki bukan mahram bersama maka hukumnya adalah HARAM menurut al-Quran, Hadis dan Ijma’ Ulama’. Dengan kata lain, apa jua alasannya lelaki bukan mahram tidak boleh melihat rambut, tubuh badan dan perhiasannya.
Saya tertarik pada suatu komentar berbunyi begini:
“Sekarang ini banyak pakaian yang menggunakan tagline ‘busana muslimah’ tetapi masih menampakkan bentuk badan seperti pinggang dan dada, bertali pinggang, dengan warna-warna menarik, jika jubah-jubah – bersulaman, manik-manik dan batu-batuan pula. Ada pula wanita berpendapat, pakaian-pakaian sebegini dan mekap pada wajah bukan bertujuan menarik perhatian lelaki, tetapi sekadar memberi confident pada diri sendiri dan kelihatan professional apabila berhadapan dengan orang ramai dalam kerjaya-kerjaya tertentu mereka. Antara hujah mereka, ‘jangan sampai agama lain memandang muslimah itu berimej muram, selekeh, tak bergaya dan sebagainya, kerana itu akan memburukkan imej Islam juga’. Boleh ustaz berikan pendapat?”
Perkara ini adalah salah satu hujjah membenarkan tabarruj dilakukan. Masalah bergaya kerana takut dipandang hina oleh non-muslim seringkali digunapakai golongan yang memperjuangkan feminisme dan orientalis barat. Pernah suatu ketika Mustafa Kamal Attartuk juga mengguna pakai hujjah yang sama. Umat Islam hendaklah membuang pakaian Islam dan wajib mengenakan pakaian yang terdedah aurat seiring barat agar lebih maju ke hadapan.
Natijahnya, seluruh umat Islam mengutuk kerana perbuatan mensekularkan daulah Uthmaniyyah itu. Gelaran ‘laknatullah’ tetap saja terpundak ke atasnya sehingga kini. Bahkan bumi pula tidak menerima jasadnya! Nauzubillahhiminzalik.
Mengikut logik akal juga, adalah pelik mereka mengatakan itu pakaian moden. Walhal telah nyata bahawa al-Quran menyebut bahawa perilaku dan berpakaian seperti itu adalah seperti golongan Jahiliyyah. Nah, Islamkan hadir selepas berlakunya era kegelapan di zaman Jahiliyyah?
Lihat juga bagaimana masyarakat pra-sejarah yang primitif mengamalkan kehidupan liar dan ganas, malah memakan pula sesama manusia (cannibal). Justeru, kita akan dapati bahaya corak pemakaian mereka adalah sama sebagaimana yang diamalkan masyarakat moden kini. Gemar berbogel dan mengamalkan seks bebas. Apakah ciri-ciri ini yang mahu muslimah ikuti dan teladani?
Tamadun barat dan Islam itu sendiri sudah membezakan perlakuan ini. Di barat masyarakatnya menganggap bahawa bertelanjang itu adalah suatu kesenian. Kesenian yang langsung tak masuk akal dan bersalahan dengan kesenian Islam.
FAEDAH DITOLAK KE TEPI, RUGI YANG DICARI
“Enta tengok laki arab, kalau nampak saja perempuan arab yang seksi dan cantik tengah bawa kereta pun boleh hilang kawalan..” Kata saya kepada Lokman di suatu malam. Lokman hanya tersenyum mendengarnya.
Bahaya dan tersangat bahaya. Itulah yang mampu saya katakan. Bahaya itu bukan sahaja di dunia, bahkan merentasi ke sempadan alam lain pula. Mahukah kita merana selama-lamanya kerana sedetik perlakuan yang merugikan itu?
Sebelum mengakhiri penulisan ini, saya mahu bawakan secebis kata-kata yang dipetik daripada kisah benar. Ianya dialami oleh seorang model, pelakon, pelatih fitness (kesihatan) bernama Sara Bokker. Hidupnya ketika itu penuh dengan kemewahan dan glamor tetapi akhirnya dibukakan pintu hidayah lalu melafazkan kalimah syahadah. Ikuti kisahnya:
“Selepas memeluk Islam, Sara terus menukar penampilannya secara holistik. Semalam beliau melalui kawansan perumahannya dengan berpakaian menjolok mata dan elegan, hari ini Sara melalui jalan yang sama dengan berbusana Muslimah. Menurutnya, dia merasakan dirinya benar-benar seorang wanita dengan berbusana Muslimah dan dia juga merasa bebas kerana tidak perlu berbelanja besar menghias diri. Bahkan bukan sahaja berbusana lengkap sebagai Muslimah, dia juga mengenakan niqab walaupun tahu pemakaian niqab tidak wajib.” Petikan Majalah Solusi 12
Subhanallah! Allah, Allah, Allah!
Rujukan:
Tabarruj Dosa Berhias: Bagaimana Mengenalinya dan Menghindarinya, Hj Mohd Hanif Hj Ismail. Terbitan PMRAM.
10.33AM, 24 Februari 2010,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.



akhamdulillah.. trimas.. blh nmpk n gmbarkn ap yg nk dismpaikn.. yg indah itu bersederhana.. =)
cantik itu pd akhlak, inshaAllah..
Awrapurnama(Quote)
Mungkin typing error. Sepatutnya ‘Alhamdulillah’.
Akhlak itu sesungguhnya bunga diri. Bunga itu tidak dapat tidak adalah cantik.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum Ustaz,
sekarang ni memang kena dijelaskan beza tudung dengan aurat.Bertudung tak semestinya dah sempurna menutup aurat.
muhammad fakhruddin(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Tayyib. Itu yang cuba saya jelaskan dalam entri ini. Dan kadang-kadang bertudung tetapi bertelanjang. Fahamkan bagaimana keadaannya?
Farid Rashidi(Quote)
Salam..
membungkus aurat dan menutup aurat sungguh lah jauh bezanya..
konsep menutup aurat yang sebenar harus benar2 difahami..
tudung yang dipakai adalah panji bagi muslimah, bayangkan sekiranya panji negara kita di injak2 dikaki?apakah perasaan kita?tudung itu bukan sekadar tudung, lebih dari itu!
Wallahu a’lam bish-showab
Iman Aisyah(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Membungkus aurat? Boleh huraikan sedikit apa yang saudari maksudkan.
Tudung dan aurat itu sendiri adalah mahkota muslimah – tiada mahkota bererti rendahlah nilai. Nilai sebuah harga diri dan keimanan.
Farid Rashidi(Quote)
kalau prempuan blakon bleh x??
dpan orng ramai..
duwe(Quote)
Itu dalam masalah lain, tetapi yang nyatanya kebanyakkan pelakon adalah membuka aurat dan bertabarruj. Maka hukumnya seperti yang saya jelaskan di atas. Wallahua’lam.
Farid Rashidi(Quote)
salam..
terima kasih atas penerangan yang jelas tentang topik ini. tak silap saya, akhi sendiri pernah menerangkan tentang tabarruj secara ringkas kepada saya sebelum ini.
“Perhiasan semulajadi. Ianya merangkumi segala kecantikan semulajadi – hidung mancung, kulit putih gebu, rambut ikal mayang dan bentuk badan yang menarik.”
macam mana seseorang itu boleh bertabarruj dgn menggunakan kelebihan seperti hidung mancung dan kulit outih gebu dalam keadaan dia menutup aurat dengan baik??
pencinta bahasa(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Ya, bab ini sudah saya terangkan hampir beberapa kali dalam blog ini. Namun begitu masih ada yang belum jelas. Jadi mungkin ini adalah peringatan yang kedua untuk kamu.
Apabila dia sengaja memperhiaskan diri dan gemar menayangkan kecantikannya pada lelaki bukan mahram sehingga berahi.
Tabarruj ini adalah berkaitan sengaja berhias untuk dipertontonkan sehingga menimbulkan syahwat – apa jua kaedahnya adalah termasuk.
Kadangkala ada yang menutup aurat cukup sempurna, tetapi mekap di muka kalah artis. Ini juga terkategori.
Faham?
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum…
Terima kasih perkongsian artikel yg bermanafaat. Tertunggu-tunggu juga n3 nie.. sememangnya mahu tahu lebih lanjut lagi. Alhamdulillah dah mengerti dan faham. Walaupun sudah menutup aurat tapi di sebabkan tak tahu, tak ambil peduli, terleka sedikit terlalu mengambil mudah. Kadang ada juga menganggap hal remeh temeh tapi sebenarnya amat penting dan perlu wajib di ketahui dalam kehidupan. Alhamdulillah kurang suka bermakeup
Terima kasih sekali lagi ya…
MaizaC’Joe(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Sama-sama. Itu antara faktornya – malas, mengambil mudah.
Dalam hal ibadah ada yang bermalasan, tetapi di dalam hal bermake-up 2,3 jam ada yang rajin. Kadang-kadang kesian tengok, duit gaji habis beli make-up saja.
Apapun, tahniah kerana memahami dan cuba perbaiki dari semasa ke semasa ya.
Farid Rashidi(Quote)
salam. uish terasa jgk~ huhu
Evi LoLyta(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Jika terasa, pasti ada yang tak kena.
Farid Rashidi(Quote)
Jazakallah ustaz…
masih banyak yang kami kaum wanita perlu perbaiki..
.-= sinar´s last blog ..Hanya Tiga, Tapi Itulah Selamanya =-.
sinar(Quote)
Afwan,
Insya’Allah, penuhi ruang-ruang kosong yang ada sebelum dimasuki syaitan durjana.
Semoga rakan-rakan perubatan kamu juga tahu tentang ini
Farid Rashidi(Quote)
Salam ya akhi..
Rasulullah s.a.w mengajar kita menutup aurat sesempurnanya ketika solat maknanya aurat itu wajib dijaga pada sebilangan masa seperti mana kita sedang bersolat.
.-= Abd Razak´s last blog ..Rindu padamu… =-.
Abd Razak(Quote)
Wa’alaikumsalam sahabat,
Waktu solat tahu pula menurut aurat, lepas solat kembali telanjang seperti sediakala.
Oh, apakah ini masih belum menyedarkan mereka?
Farid Rashidi(Quote)
Assalamu’alaikum warahmatuLLAH
Alhamdulillah, pengisian yang sangat baik! Satu lagi, ana nak sambung sedikit tentang tabarruj, selain dengan wangi-wangian dan ‘busana muslimah’ elakkanlah memakai gelang kaki kerana setiap langkahnya berbunyi apabila gelang kaki diletakkan loceng. Itu juga mengundang perhatian. Kasut tumit tinggi juga sama, bila berjalan ia berdetak detuk bahkan kasut tumit tinggi ni tak bagus untuk tulang belakang/lutut. Muda mungkin masih OK tapi bila dah berusia nanti akan mula merasa natijahnya. Wallahua’lam.
Teringat akan kisah Pengasas Sendayu Tinggi yang mana beliau kini berniqab, alhamdulillah. Tetapi ramai pula yang memberi tohmahan bahawa mukanya ROSAK, asaghfirullah hal azhim. Bahkan ada pula yang kata, niqab utk mengelak H1N1.
Ingat! Yang menjatuhkan seorang muslimah itu bukannya non-muslim (bahkan ramai non-muslim yang sangat menghormati muslimah!) tetapi muslimah/muslimin itu sendiri!
(Moga dijauhkan dr sifat riak dan mazmumah hati)…
Pengalaman ana sebagai seorang muslimah, walaupun berniqab tetapi non-muslim tak pula memperlekehkan bahkan mereka sangat seronok dan teruja bila melihat muslimah memakai niqab. Pernah ana terserempak dengan satu keluarga cina, sangat ramah bertanya pelbagai soalan. Awalnya anaknya agak takut-takut melihat ana, tapi bila ana cuba bersahaja dan buat “peace” malah dia pula yang semakin excited. Tersenyum lebar dan mula beramah.
Tetapi situasi sebaliknya bila berjumpa dengan muslim di masjid/surau… selepas solat, pakai niqab orang pandang semacam dan selalunya budak-budak tak takut pun tetapi ‘ditakutkan’ oleh si ibu. Allah!
Astaghfirullah hal azhim.
Astaghfirullah hal azhim.
Ini hanya sebuah perkongsian, ana sebagai muslimah dalam mempertahankan hak ana sebagai muslimah.
insyirah(Quote)
Sedikit lagi penambahan
Kalau nak tahu aurat itu sudah ‘lengkap ditutup’ maka solat saja dengan pakaian tersebut TANPA memakai telekung. Kalau was-was, maka… ada la yang masih tidak beres. Wallahua’lam.
.-= insyirah´s last blog ..10 Tahun : Latihan Iman =-.
insyirah(Quote)
Suatu perbandingan yang menarik. Alhamdulillah. Benar
Farid Rashidi(Quote)
Terimakasih ats penerangan yg jelas tntng tabarruj…
dan akan diberi perhatian…dimana selama ni…
terlalu diambil perkara ni sambil lewa jer…
kak zu(Quote)
Semoga Allah SWT mengampun dosa-dosa kita yang lalu. Masih punya kesempatan dan ruang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Insya’Allah.
Farid Rashidi(Quote)
Salam,
entri ni buat IE tersindir..
kadang-kadang jemu juga pakai baju kurung saja..
…IE mengaku masih pakai jeans n t-shirt/blouse.
Harap-harap lepas ni sedar
.-= ikan emas´s last blog ..Betul ke perempuan tak suka bekerja dengan perempuan ? =-.
ikan emas(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Saya tidak terniat mahu menyakitkan hati sesiapa. Sekadar menjawab persoalan dan memberi peringatan untuk diri dan sekalian.
Semoga tidak memadamkan rasa untuk mendapatkan kebenaran ya.
Kadangkala manusia tidak langsung merasa jemu hatta berpuluh-puluh tahun mengikuti peraturan yang dibuat manusia. Tetapi bila peraturan Allah, hanya beberapa ketika sudah merasa jemu.
Yang jemu itulah sebenarnya sebesar-besar ganjaran.
Mari kita renung dan muhasabah.
Farid Rashidi(Quote)
entri yang sangat berkesan bagi diri saya dalam melakukan perubahan terhadap diri ini..
.-= Bb Hussain´s last blog ..Asam Pedas Melaka =-.
Bb Hussain(Quote)
Semoga tahun hijrah kali ini menghadirkan sesuatu yang tak diduga.
Farid Rashidi(Quote)
Entri yang sangat bagus,,,teruskan menulis…
.-= Bintu´s last blog ..Maafkanku..aku tidak tahu.. =-.
Bintu(Quote)
Biasa-biasa saja. Sekadar memberi peringatan yang sedia ada.
Syukran sebab kali pertama menitipkan komentar.
Farid Rashidi(Quote)
Barokallahu fiik…
mg sedikit sebanyak mampu mnyumbang ke arah kesedaran terutamanya wanita..
Ya Allah selamatkanlah kami dari menjadi fitnah atau difitnah…walaupun hakikatnya pada diri wanita itu sendiri sudah ada fitnah.
Ibtihaj(Quote)
Allahhu yubarik fik,
Insya’Allah akan terselamat sekiranya mengikuti apa yang disarankan al-Quran dan al-Hadis. Insya’Allah.
Ahlan wasahlan. Jika mahu join link, sila klik Sahabat FRC di atas.
Farid Rashidi(Quote)
salam…
… teruskan dengan artikal/entri begini, menjawab soalan yang masih tertanya-teranya di kotak fikiran setiap insan…
…. semoga ramai yang akan menyedari dan diberi kekuatan mengamalkan segala kebenaran..
.-= Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last blog ..Satu Usaha =-.
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Ya, persoalan itu akan saya huraikan satu persatu sekadar termampu. Selebihnya, hanya Allah yang tahu.
Itu yang sangat diharapkan. Begitu juga lelaki. Lelaki yang berhias-hias (seperti pondan) adalah dilaknat. Begitu juga gigolo yang berhias menarik perhatian wanita (untuk zina) juga haram.
Farid Rashidi(Quote)
Allahuakbar..
Syukran ustaz utk artikel yg sungguh memberi faedah bagi mereka2 yg mahu berfikir..
Memang begitu suasananya sekarang, bertudung dan berbaju tapi sebenarnye bertelanjang, baju ketat, nipis, jarang..
p/s – iklan langsing di media juge makin berani, sebelum makan ubat, nampak sopan saje gaye pakaian, dah kurus sikit, sudah terbuka dan tertayang ape yang perlu ditutup..wana’uzubillahiminzalik..
hafizmd(Quote)
Tidak ada yang lebih besar melainkan Allah SWT.
Entah berapa ramai wanita sekarang bertelanjang, sedangkan mereka tidak menyedarinya.
Iklan wanita – antara prinsip kapitalis ialah asal ada keuntungan, halal haram disepak ke tepi. Walhal mahu iklankan benda lain, benda lain pula yang ditayangkan.
Farid Rashidi(Quote)
salam.alhamdulillah. mklumat yg amt berguna utk dibca oleh kaum muslimat.
actually i m doing thesis in Tabarruj.. so sedikit sebyak mklumat anta mmbantu ana dalam gathering information.
sememangnye gejala tabaruj ni dah terlalu ketara di malaysia. dan setegah dripada kaum muslimat sendiri tdk tahu ape yg dimaksudkan dgn konsep tabaruj.. sedih.. dan menyedihkan.
keep on bagi nasihat utk saudara2 seagama… selamatkan kaum muslimah dari belenggu neraka….
HUMAIRA(Quote)
salam,,,,, alhamdulillah syukur..mklumat d ats benar2 mnegur dri sy..trima ksh… insya allh sy akn cba m’perbaiki dr sedikit dmi sedikit..mudah2an tlindung dr segala bncana n bahaya ftnah..
zaman skrg ni,bnar2 mncabar..
“ya allh, slamatkn lah kami di dunia n akhirat ..” amin…
nurul(Quote)
http://www.facebook.com/note.php?note_id=144578185590288&id=107775115929439&ref=nf
musyikil…………… link kat atas
BiLa Kita Boleh Menjadi TUNANGAN orang tanpa sedar~Harus baca!.by in a relationship with on Sunday, November 14, 2010 at 2:09am.Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:
Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.
Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.
Situasi yang dianggap pinangan:
“Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku”
“Kahwinlah dengan kita bila2″
Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.
Contoh:
“lelaki sebut dalam telefon, “I nak jadikan u isteri I lah”
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.
Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.
Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.
Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.
Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.
Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.
madi(Quote)
http://www.facebook.com/note.php?note_id=144578185590288&id=107775115929439&ref=nf
musyikil…………… link kat atas
madi(Quote)
assalamualaikum ustaz, saya nak jemput ustaz tulis buku dengan publisher kami GRUP BUKU KARANGKRAF, KARYA BESTARI, bila saya baca blog ustaz ni nampak ada gaya penulisan yg baik.. sekiranya ustaz nak menulis buku boleh terus hubungi saya di email: nadirah.ahmad@karangkraf atau nadi.1987@yahoo.com
cadangan kalau ustaz buat buku siri soal jawab pun bagus tentang isu2 aurat ni..
nadirah(Quote)
assalamualaikum.
jdi..jeans dan t-shirt sptutnya dielakkan ke ustaz?
nura(Quote)