“Al-ilmu laisa fil haya’ (Ilmu tidak boleh malu)” Kata Syeikh Ahmad Muhammad al-Hussaini Ahmad al-Maddah lewat pengajian talaqqi yang diadakan di Masjid Mustafa. Pengajian talaqqi yang dijalankan hampir setiap hari seusai solat maghrib sehingga isya’ itu merangkumi pelbagai kitab dan subjek. Terisi juga waktu-waktu lapang cuti fasal kuliah.
Daripada Aisyah r.anha berkata: “Sebaik-baik wanita ialah wanita Ansar kerana perasaan malu tidak menegah mereka untuk mendalamu (bertanyakan hal-hal yang berkaitan) ilmu agama.”
Antara kitab-kitab yang diajarkan kepada kami ialah kitab Sirah Syifa’, Tafsir Jami’ liahkam, Fathul Bari Bisyarah Sohih Imam Abi Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Fiqh Wadih, Kitab Tasawuf Munqiz Minaddalal dan Kitab Hadis Sahih Muslim Syarah Imam Nawawi.
Laksana mencurah-curahnya hujan dari langit mendung ke hamparan bumi gersang. Air segar itu memadamkan debu-debu yang berterbangan semusim berlalu. Menghilangkan bau-bau tanah yang merindui simbahan gemawan. Lantas mengipuk semaian serta menumbuhkan lapangan menghijau.
Segar. Menenangkan. Menghidupkan kandil jiwa yang kian malap.
Begitulah yang dialami bila kenikmatan ilmu itu meresapi dan memenuhi segenap jihat kegelapan. Seolah-olah sedang bermusafir merentasi sahara yang luas lalu kehabisan bekalan air. Tatkala itu bukan lagi emas yang dicari, tetapi seteguk air penghilang dahaga.
Allahhu Rabbi. Allah Ya Latiff. Segala puji bagi Allah SWT yang menggerakkan lidah dengan titipan hikmah, menghiasi sanubari dengan hiasan makrifah, menyinarkan nur dengan teladan dan sunnah.
DIA AHLI BAIT
Entah berapa ramai ahli bait bersalasilah keturunan Rasulullah SAW yang mendiami bumi zaitun ini, bumi yang masyhur dengan istilah ardul kinanah. Semenjak ianya dibuka panglima Amru bin Asr, kemasukan sahabat-sahabat dan silsilah ahli bait berseliwaran dan bertebaran ke segenap pelusuk daerah Mesir.
Bahkan ada yang masih bernafas sehingga ke saat ini dan ramai juga yang sudah mengadap Ilahi. Antara ulama’ dan masyaikh berketurunan Rasulullah SAW yang masih hidup dan terus menerus mencurahkan ilmu Allah SWT dan Sunnah Rasul Mustafa ialah Syeikh Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’as al-Husaini al-Kittani as-Sakandari.
Saidina Umar r.a berkata: “Mati seribu orang yang beribadat kepada Allah SWT lebih mudah daripada mati seorang alim yang mengetahui halal dan haram.”
Beliau adalah merupakan guru kepada Syeikh Ahmad Muhammad al-Hussaini Ahmad al-Maddah juga adalah salah seorang pengajar berketurunan Rasulullah SAW. Pernah juga beberapa kali saya bertandang ke Iskandariah bersama-sama mendengar pengajian hadis yang disampakian oleh Syeikh Muhammad bin Ibrahim.
Tetapi disebabkan kekangan masa dan jarak yang agak jauh – dari Tanta ke Iskandariah, membuatkan pengajian bersamanya tertangguh.
Namun begitu, kehadiran salah seorang murid Syeikh iaitu Syeikh Ahmad Muhammad al-Hussaini Ahmad al-Maddah yang ikhlas memberikan pengajian kepada kami membuatkan masa-masa yang berdetik begitu berharga. Walaupun hanya sekitar sejam setengah pengajiannya, sudah cukup meruntuhkan keegoan dan kemalasan mengkhatami kitab-kitab muktabar.
“Kita boleh tengok macammana orang tu alim, dia akan sentiasa belajar walaupun dia dah tahu.. Bukan berlagak tahu sehingga malas nak bertalaqqi lagi..” Kata saya kepada Ibrahim. Kami terus bersiap-siap ke kelas Syeikh petang itu.
Mujahid berkata: “Tidak mendapat ilmu mereka yang malu dan takabbur.”
Saya sukakan pengajarannya. Cara penyampaiannya tetap jelas dan terang menggunakan susun atur bahasa arab fushah walaupun terkadang terbit beberapa patah kata ammiyyah. Akan diulang-ulang penerangan sehingga kami mengangguk faham. Wajahnya yang putih bersinar seakan kilauan neon yang tak jemu untuk dipandang.
Sungguh, saya merasa jatuh cinta pada ilmunya. Moga Allah mengekalkan rasa itu dalam sanubari ini selama-lamanya. Insya’Allah.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Daripada Anas r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila kamu bersama (sama-sama menikmati, makan dan minum di dalamnya), lalu sahabat bertanya: Wahai Rasulullah SAW, apakah dia taman-taman syurga? Baginda bersabda: Majlis-majlis ilmu.”
SELAWAT DAN SALAM
“Ya Rasulullahhi ajirna, al-ghausa Rasulallah..” Lantunan suara merdu bergema memenuhi ruang Masjid. Kami sama-sama menuruti madah itu.
Allah, Allah, gameel awi!
Bukan sahaja berkebolehan menyampaikan ilmu dengan baik, bahkan suara Syeikh Ahmad juga begitu asyik dan mempersonakan apabila beliau membaca al-Quran mahupun mengalunkan selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW.
Wajahnya pasti ceria apabila selawat ke atas nenek moyangnya itu dialunkan berkali-kali. Beliau selalu menyarankan agar selawat senantiasa menuturkan selawat dan salam. Oleh kerana itulah beliau akan mengadakan majlis berselawat burdah usai solat Isya’.
Sabda Baginda SAW: “Sesungguhnya manusia yang paling hampir denganku pada hari qiamat nanti adalah mereka yang lebih banyak berselawat padaku.” (Hadis riwayat an-Nasaie dan Ibnu Hibban)
Setiap kali diakhir pertemuan majlis tafaquf fiddin itu kami tak terlepas untuk bersalaman bersama. Balasannya, pasti pipi kami dikucup mesra olehnya.
Tanda sebuah keakraban ukhuwwahfillah. Insya’Allah, Abadan abada!
1:21AM, 21 Februari 2010,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.



syukran ziarah blog ana. Mohon tunjuk ajar.
aeisyulillah(Quote)
Afwan, sekadar termampu bolehlah.
Datang lagi ya.
Farid Rashidi(Quote)
Salam sdraku,
Sungguh ilmu itu menyinari hati hingga menjadi terang dan tenteram, hingga boleh memperolehi kekhusyukan dalam kita beribadah kepada Allah.
Masih mencari..
.-= Abd Razak´s last blog ..Rindu padamu… =-.
Abd Razak(Quote)
Wa’alaikumsalam Ya Rijal,
Tidak dapat tidak itulah yang bakal dialami dan sedang dialami.
Teruskan mencari wahai sahabat, kerana ilmu takkan bergolek di depan pintu rumah kita.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum ustaz,
Allahu Allah…rindunya hendak bertandang+menuntut (walaupun saya pelajar aliran sains) di ardul kinanah.Insya Allah panjang umur murah rezeki dimudahkan Allah
muhammad fakhruddin(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Oh, pelajar aliran sains ya? Sekarang menuntut dimana dan pengkhususan apa?
Sebenarnya, jika Allah menghendaki seseorang itu Faqeh, tak mengenal siapa dan apakah jenis manusia itu.
Farid Rashidi(Quote)
salam…
cara penyampaian ust membuatkan keindahan ilmu tu trut dirasai..sungguh bertuah ust.. jangan lupa timba banyak2 dan sampaikan di M’sia kelak ek..
p/s: nanti bolehla alunkan selawat burdah di sini pulak
…teringin mahu mendengarnya..
nur_syahadah(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Insya’Allah. Saya harapkan kalian turut merasainya walaupun tak bersama. Dan mengharapkan agar kita terus mencari ilmu itu walau dimana sahaja berada.
Err, suara saya sebabnya tak sedap untuk mengalunkan selawat burdah itu. Tapi tak mengapa, saya usaha untuk bawakan alunan dari suara syeikh sendiri. Boleh?
Farid Rashidi(Quote)
salam…
“Mujahid berkata: “Tidak mendapat ilmu mereka yang malu dan takabbur.”
mmm… penyakit saya masih belum mampu diubati lagi sepenuhnya… malu atau tiada keyakinan… motivasi dah ada, cuma keyakinan belum ada keteguhannya…
rasa nak baca lagi entri ni..biar faham betul2..
p/s- doakan kami pelajar medic islam berjaya dengan cemerlang!… life is not easy..
begitu juga ustaz, semoga berjaya mencapai cia-cita dan matlamat dengan cemerlang.
.-= Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last blog ..Setahun Masanya =-.
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)(Quote)
Wa’alaikumsalam ya akhi,
Keyakinan yang bagaimana ya? Malu untuk berdepan dengan masyrakat umum? Atau malu untuk berkata-kata di hadapan khalayak?
Perkara terbesar untuk menjadi pendakwah, hakislah rasa malu yang tak bertempat. Itu bakal memudharatkan kamu.
Bacalah. Beritahu pada rakan-rakan kamu juga samaada di FB atau Blog.
Amen ya Rab!
Farid Rashidi(Quote)
menarik dan tertarik…
teringin sngt nk dengar alunan selawat burdah..
kalau boleh dirakamkan dan diperdengarkan…
smoga dpt bersama2 merasai berada dimajlis ilmu..dan mendapat keberkatannya
kak zu(Quote)
Ya, mempersonakan dan terpesona.
Insya’Allah, saya cuba rakamkan hari ini jika mp3 tak buat hal.
Terima kasih sebab mai jenguk sini na.. ingatkan lupa dah.. hehe.
Farid Rashidi(Quote)
Salam
teringin juga nak dengar alunan selawat burdah..
“Wajahnya yang putih bersinar seakan kilauan neon yang tak jemu untuk dipandang.
Sungguh, saya merasa jatuh cinta pada ilmunya. Moga Allah mengekalkan rasa itu dalam sanubari ini selama-lamanya. Insya’Allah”
macam mana rupanya… pasti sejuk mata memandang..
bertuahnya.. dapat belajar di sana. Dalam keluarga mai, seorang pun tak ikut mcm wan.. yg ada pun perempuan… itupun bidang lain. Ada seorang sepupu lelaki, ingatkan dia yg akan mewarisi.. rupanya dah tukar bidang pula..
semoga berjaya & tercapai cita-cita ya.. InsyaAllah..
.-= MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Test-test…. 1, 2, 3!! ~*~ =-.
MaizaC’Joe(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Takpa, nanti saya masukkan rakamannya. Tadi sempat rakam sedikit.
Orang yang berilmu dan beramal ini wajahnya bercahaya. Sebab itulah antara perkara asas ialah berwudhuk, itu antara awet muda mujarab.
Tukar bidang apa? Nak tukar bidang apa tak kisah, yang pasti ilmu agama jangan ditinggalkan. Harus belajar selalu. Itu penting.
Satu lagi persepsi masyarakat, tak semestinya yang pengajian Islam itu alim. Tidak.
Farid Rashidi(Quote)
Seronoknya berada di taman-taman syurga sementara menanti solat Isyak, tapi kadang2 mata seperti ingin terlelap…
Ilmu & amal seiring, sejalan…selawat & salam ke atas Rasulullah SAW & sahabat2nya..
.-= nohas´s last blog ..Menunggu Yang Ketiga =-.
nohas(Quote)
Mata akan terlelap jika kita tak faham. Bila faham dan sampai zuqnya Insya’Allah akan terhindar mengantuk.
Ya, mari kita berselawat selalu.
Farid Rashidi(Quote)