Menjustifikasikan Apabila Dirogol
Posted by in Bicara Semasa | Fiqh Islami | Isu Semasa | Wacana Ilmiah“Dibolehkan menjadi pelacur jika dalam keadaan darurat.” Kata lelaki A.
“Tidak dikenakan had jika dipaksa zina/rogol.” Kata lelaki B.
Jika dilihat sekali imbas tanpa penelitian, seakan sama bunyi petikan kata-kata itu. Keterpaksaan untuk melakukan perzinaan.
Berhenti dulu. Sila baca dan renung dahulu situasi antara keduanya. Wujudkah perbezaan antara keduanya? Jawapannya, wujud dan berbeza sama sekali hukumnya.
Menjerumuskan diri ke dalam lembah perzinaan atau dengan bahasa kasarnya, menjadi pelacur lalu menggunakan wang tersebut untuk sara diri dalam kehidupan adalah HARAM sama sekali. Tidak ada alasan untuk menggunakan kaedah darurat akibat ketiadaan kerja mahupun tertekan hidup kerana tidak mempunyai wang.
Jelas. Mari kita teliti pula masalah kedua. Ini bukan masalah sexual harassment semata-mata, tetapi masalah dipaksa zina. Justeru, bagaimana pula hukumnya jika dipaksa zina ataupun istilah masyhurnya ‘Dirogol’? Perkara ini juga terkandung di dalam kaedah Qawaid Fiqhiyyah di bawah tajuk ad-Darar Yuzal.
PERBEZAAN MAZHAB DALAM MASALAH INI
Mazhab Hanafi:
Zina paksa bagi lelaki tidak dibolehkan dengan sebab paksaan. Ianya tidak dikira sebagai rukhsah kerana dosanya akan berpanjangan dan berdosa selama-lamanya. Menurutnya perbuatan zina adalah haram secara qat’ei, tidak ada tempat untuk dijadikan keraguan dan tidak boleh beralasan atas apapun.
Jika orang dipaksa itu tetap melakukannya, dosanya tidak akan gugur. Ini dilihat kepada faktor kemudharatan yang besar dengan lebih kecil. Kemudharatan akibat berlaku perzinaan adalah besar bukan dikategorikan sebagai mudharat kecil – Ia berkaitan keturunan dan maruah.
Adapun perempuan dipaksa untuk berzina, berkata setengah pendapat ulama’-ulama’ al-Hanafiah perempuan tadi tidak berdosa. Ini terjadi apabila lelaki yang memaksa perempuan itu berzina dengan paksaan yang sebenar-benarnya.
Al-Kasani menyatakan bahawa perbuatan zina ini tidak kira lelaki ataupun perempuan adalah sama kedudukannya. Bukankah Allah SWT menyamakan di dalam al-Quran mengenai persamaan antara penzina lelaki dan perempuan. Maka selayaknya kita tidak boleh membezakan kedua-duanya. Justeru, kita tidak boleh berikan rukhsah kepada wanita yang dipaksa itu.
Mazhab Hanbali:
Majoriti ulama mazhab Hanbali dan Imam Muhammad bin al-Hasan pengikut mazhab Hanafi pula mengatakan bahawa lelaki yang dipaksa berzina dikenakan hukuman hudud. Ini kerana persetubuhan tidak akan berlaku tanpa adanya lelaki.
Mazhab Maliki:
Tidak boleh meletakkan zina ini sebagai kesan paksaan. Walaupun dengan cara ditakut-takut dengan bunuh. Bahkan wajib merelakan diri untuk dibunuh samaada perempuan tadi dipaksa ataupun merelakan. Jika perempuan itu sudah berkahwin atau bertuan, maka dia wajib merelakan untuk dibunuh.
Akan tetapi jika perempuan itu tidak bersuami dan tidak mempunyai tuan (hamba), maka tidak mengapa.
Mazhab Syafie’:
Tidak halal berzina dengan sebab paksaan samaada terpaksa mahupun yang memaksa. Lelaki perempuan adalah sama.
Ini hukum dari segi akhirat, adapun hukuman zina dari sudut dunia bagi pendapat rajih dari ketiga-tiga mazhab adalah 100 kali rotan.
Adapun perempuan yang dipaksa berzina tidak dikenakan hukuman ke atasnya.
Hudud adalah terbatal dengan syubhat. Ini kerana keterpaksaan adalah suatu benda yang syubhat maka ianya terhalang daripada dikenakan hudud. Jadi, perempuan itu tidak dikenakan hudud.
Manakala menurut sebahagian ulama di dalam mazhab Syafie’ berpendapat: “Apabila seseorang wanita dipaksa antara berzina dan dibunuh, maka haram baginya memilih berzina dan ia mesti memilih dibunuh. Ini disebabkan haram berzina terkategori sebagai menjaga maruah, dan haram membunuh terkategori sebagai menjaga nyawa.
Alasannya kerana implikasi daripada perbuatan zina itu lebih besar seperti mengandung anak luar nikah, trauma yang dialami mangsa, malu yang dirasai oleh kaum keluarga dan tercalarnya harga diri.
“Dan sesiapa Yang memaksa mereka, maka Sesungguhnya Allah – sesudah paksaan Yang dilakukan kepada mereka – Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nur: 33)
Menurut riwayat daripada Mughni Ibnu Qudamah jilid 8 muka surat 187, telah datang seorang perempuan ketika zaman Saidina Umar r.a, lalu berkata:
“Aku tertidur nyenyak, aku tak terjaga sehinggalah aku bangun dan sedari bahawa lelaki telah merogol aku.”
Saidina Umar r.a berkata, “Aku bebaskan perempuan itu dengan sebab hudud tidak terjadi kerana syubhat.”
Pandangan Jumhur Ulama’:
Menurut pandangan jumhur ulama’ mengatakan bahawa wanita yang dipaksa untuk melakukan zina, tidak dikenakan hukuman hudud. Seandainya paksaan itu adalah paksaan yang ‘muljik’ (Sudah berusaha berlindung), maka dia tidak berdosa.
Tetapi jika paksaan itu bukan ‘muljik’, maka dia berdosa. Dalil yang mereka gunakan ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Athram:
“Bahawa seorang wanita telah dipaksa untuk berzina pada zaman Rasulullah SAW, lalu Rasulullah SAW membebaskannya daripada hukuman hudud.”
Ini kerana zina paksa atau rogol adalah dikira sebagai syubhat dan hukuman hudud terhalang apabila berlaku syubhat ke atasnya. Begitu juga hukuman lelaki yang dipaksa zina adalah sama dengan hukuman ke atas wanita menurut jumhur ulama’. Pendapat ini adalah dikira sebagai rajih.
Kesemua pendapat di atas adalah benar kerana masing-masing bersandarkan dalil. Namun begitu, timbul persoalan – Yang mana satukah pendapat yang harus digunakan untu menyelesaikan masalah ini.
Jawabnya, bagaimana mahu memilih pendapat walhal perlaksanaan hukumnya tidak dijalankan. Imam dan Qodhi lebih berhak memberikan kata putus.
Mahu bina rumah, tetapi bahan asas pembinaannya belum ada. Apakah rumah itu akan siap sepenuhnya?
Marilah cuba-cuba untuk tepuk dada, mungkin Iman mampu menjawabnya!
Rujukan:
Muhadharat fi Qawaid al-Fiqh al-Kuliyah Firqah Rabi’ah, Doktor Hamid Abduhu Faqi.
Sakit Puan&Perbidanan, Fardhu Kifayah Yang Terabai, Ustaz Haji Zaharuddin Muhammad.
Al-Wafi, Syarah Hadis 40, Imam Nawawi, Dr.Mustafa al-Bugha & Mahyuddin Misto.
11:40AM, 18 Februari 2010,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum wbt. Maaf sekiranya penulisan ana agak terbuka sedikit. Semasa ana belajar di UK, ana pernah mendengar mengenai beberapa perempuan Islam dirogol dan sebagainya. Daripada kisah tersebut, kakak ana pernah menceritakan mengenai kisah selaput dara boleh dijahit balik. Tandanya perkara ini dilakukan kepada wanita Islam. Sekiranya mereka takut maruah dan lelain lagi. Ana tidak tahu samaada cerita ini benar atau tidak. Atau telinga ana tersalah dgr. Boleh ana tahu, benar atau tidak selaput dara itu boleh dijahit semula ke atau tidak? Asif jiddan sekiranya soalan ini terlalu terbuka. Wassalam
.-= Mayat Reput´s last blog ..Wonderful Rhythm =-.
Mayat Reput(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Jika menggunakan kaedah memulihkan dara hanya semata-mata mahu menutup keaiban diri akibat pernah melakukan zina semasa sebelum kahwin, saya tak menyokong perlakuan itu.
Tetapi jikalau kerana kes seperti di atas, boleh dipertimbangkan.
Mengenai boleh atau tidak ini, saya tak arif. Wallahhua’lam, mungkin sesiapa yang lebih tahu, boleh jawab persoalan ini.
Saya mengalukannya.
Farid Rashidi(Quote)
salam… zina berleluasa sekarang sehingga tercetusnya revolusi buang bayi secara besar besaran..dimana terletaknya nilai keimanan dan kemanusiaan??dosa berganda2 diperolehi..jauhkanlah…jauhkanlaahhh…zina..selamatkanlah maruah wahai kaum hawa..smoga kita semua terhindar…aminnn….
nur_syahadah(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Letaknya nilai kemanusiaan lebih dari nilai seekor binatang liar.
1. Berhias-hias.
2. Berdua-duan dengan lelaki.
3. Keluar malam.
4. Tak menghiraukan kata-kata ibu bapa.
5. Membuka aurat.
6. Lelaki terpandang dan ghairah.
7. Terjadi perzinaan.
8. Mengandung anak luar nikah.
9. Membuang anak.
10. Membunuh manusia.
Lihatlah rentetan sebelum berlaku perzinaan dan pembuangan bayi itu. Berapa banyak dosa terlibat sama? Nauzubillahhi minzalik.
Allahhu Rabbi.. Masya’Allah tabarakallah.
Ya, beringat-ingatlah kaum hawa. Tak sedikit dan tak kecil dosa-d0sa itu. Orang yang menasihati itu bukan kerana benci, tetapi kerana sayangkan anda semua.
Farid Rashidi(Quote)
a’aa..sangat banyak rentetan dosa..nauzubillah..mintak dijauhkan dr kami semua ya Allah..aminn..
nur_syahadah(Quote)
Terkadang kita menyangka perbuatan kita tak memberi sebarang kesan. Walhal dengan perbuatan kita itulah menjahanamkan orang.
Astaghfirullahhal azim.
Farid Rashidi(Quote)
maksud ust?maaf ye..xpaham
nur_syahadah(Quote)
Maksud saya seperti yang saya senaraikan di atas. Misalnya dia memakai pakaian seksi dan membuka aurat. Sangkaannya bahawa perkara itu tak melibatkan sesiapa.
Tetapi tidak, lelaki yang memandang akan ghairah dan bersyahwat, lalu ingin berzina. Maka perempuan itu telah memudharatkan lelaki lain yang memandangnya.
Faham?
Farid Rashidi(Quote)
ooo…faham faham
…
nur_syahadah(Quote)
Salam..
Bagaimana kalau yang dirogol itu adalah kanak2 bawah umur yang belum baligh.. Tidak dipaksa, tetapi kanak2 tersebut tidak tahu apa risiko diperlakukan sedemikian.. Apa hukumnya? Adakah kanak2 tersebut berdosa dan menanggung perbuatan tersebut sepanjang hayatnya? Dan apa kesan pada perkahwinannya kelak?
.-= annur´s last blog ..Si Merah… =-.
annur(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Kanak-kanak belum baligh tidak ada dosa padanya. Dia tidak dicatitkan dosa.
Kesannya, misalnya dia dirogol sudah tentu akan menjadi trauma dan merasa takut untuk berkahwin dengan lelaki. Bahkan boleh menyebabkan jadi tomboy/lesbian.
Jadi, ibu bapa perlu memainkan peranan di sini. Kawal anak-anak dan jaga baik-baik. Masalahnya sekarang, ibu bapa itu sendiri yang mengajar anaknya menonton video lucah sedari kecil.
Nah, bagaimana keadaannya kelak?
Farid Rashidi(Quote)
salamm..
sy ingin tahu.sekiranya seseorang kanak-kanak bawah umur diperlakukan seks oleh rakan yang sebaya dengannya namun tidak tahu akan hukum-hukum dan akibat perbuatan mereka bagaimana ? dan adakah kanak-kanak itu sudah kehilangan dara di saat dia belum akil baligh ?
deanna(Quote)
@deanna: Wa’alaikummussalam,
Dalam Islam dosa dikira apabila individu itu menjejak usia baligh. Jika dia melakukan perbuatan itu sebelum baligh, tidak berdosa.
Tiada hukum sebagaimana orang dewasa bagi yang belum baligh, melainkan nasihat dan lain-lain yang dirasakan perlu.
Wallahu a’lam.
Farid Rashidi(Quote)
Alhamdulillah, byk info. Syukran.. Mohon izin di’copy and print’
brahimnyior(Quote)
Afwan cikgu, dipersilakan untuk mengambilnya.
Farid Rashidi(Quote)
Salam syeikh,
Memilih untuk dibunuh saja kalau dipaksa berzina itu agak berat di zaman sekarang yang rata2 orang takut mati.
Mungkin lebih elok kalau melawan habis-habisan, kalau tewas juga. Lawan balik di mahkamah. Yang penting lawan tetap lawan.
Sekurang-kurangnya, sikap melawan itu menjadi pengajaran untuk orang lain. Masalah ramai dirogol sekarang ni sebab senang sangat, kecek sikit dah dapat. Lepas tu charge rogol bila dah menyesal.
.-= Khairi´s last blog ..It is 1 a.m, and I am here to update my blog, leaving my warm wife on bed… =-.
Khairi(Quote)
Wa’alaikumsalam khairi,
Sebenarnya di atas ini ialah lampiran pandangan para ulama’ mazhab yang empat. Yang berhak untuk membuat keputusan ialah hakim/qadhi.
Mereka yang akan menentukan apa hukumannya.
Memang kena lawan habis-habisan dengan apa cara sekalipun. Sehinggalah misalnya pengsan/pitam, dia dirogol itu dikira pempuan tak berdosa. Sebab dia sudah berusaha.
Sekarang bukan masalah rogol, pujuk-pujuk bagi rm2 terus zina. Itu namanya suka sama suka. Dua-dua bersalah.
Sebab itu Islam detail sebelum nak jatuhkan hukuman zina ke atas lelaki jika dituduh rogol. Takut dipermain-mainkan pihak perempuan.
Farid Rashidi(Quote)
Na’am. Ahsanta
.-= Khairi´s last blog ..Apakah yang ada dalam ‘pencuci wanita’? =-.
Khairi(Quote)
Salam saudaraku..
Sungguh berat dan besar dosa zina hingga jika dipaksa sekali pun adalah lebih baik dibunuh…rela dibunuh daripada tergadai maruah dan azab Allah SWT
.-= Abd Razak´s last blog ..Ikhlas… =-.
Abd Razak(Quote)
Wa’alaikumsalam akhi,
Memang berat, tetapi perkara inilah yang menjadi perkara remeh sekarang. Di mana-mana sahaja ada berlaku. Kecil, besar, tua, muda semuanya seakan mengiyakan perbuatan ini.
Malah berbangga. Haishh.. Menggeleng.
Farid Rashidi(Quote)
Salam
Terima kasih atas perkongsian ilmu juga peringatan pada semua. Dunia sekarang dah macam-macam. tak takut dosa, tak tahu halal haram. ada haruan makan anak.. Ya Allah. kadang tu malas nak buka paper macam-macam cerita ada. kes rogol dah menjadi kebiasaan, apatah lagi buang anak (orang lain nak anak, menambahkan zuriat tapi di mudahnya buang) bila dah terlanjur mula menyesal, sebelum buat tak berfikir dulu. Itulah manusia. Hari-hari keluar rumah seawal pagi untuk ke tempat kerja.. memang risau juga. tawakkal sahaja. moga sentiasa di lindungi..
dosa besar berzina, rela mati dari tergadai maruah. terima kasih sekali lagi… n3 membuka minda, peringatan yang tak akan lupa…. InsyaAllah..
.-= MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Tolong!! Itu Big Boss la.. ~*~ =-.
MaizaC’Joe(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Haruan makan anak, haruan jual anak, haruan tolong haruan makan anak, haruan tolong tengok haruan makan anak.. macam-macam.
Tunggu ikan jerung telan haruan itu selesailah agaknya masalah.
Apapun, jagalah diri kalian wahai muslimah.
Farid Rashidi(Quote)
Salam
banyaknya aktiviti haruan…. jerung bahaya tue telan semua
terima kasih, akan tetap jaga diri….
.-= MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Tolong!! Itu Big Boss la.. ~*~ =-.
MaizaC’Joe(Quote)
Ya, lagi bahaya agaknya si jerung tu ya. Jangankan sesama ikan, manusia pun dia telan.
Farid Rashidi(Quote)
terima kasih atas perkongsian ilmu
thespiraleyes(Quote)
sama-sama,
Ahlan wasahlan diucapkan. Terima kasih kerana sudi ke sini. Mahu bertukar link? Sila ke page link blogger.
Farid Rashidi(Quote)
Alhamdullillah mendapat info berguna. Zaman kini perhubungan lelaki perempuan seolah olah tiada batasan. Suami org dan isteri org berhubungan intim macam dah jadi trend.. betulah kata kata bahawa iman tak boleh diwarisi itu benar belaka ..
zareda(Quote)
Saya mendapat tahu bahawa kebelakangan ini trend isteri curang dan suami makan luar jadi kebiasaan. Oh, alangkah ngerinya jika mereka tahu bahawa perbuatan itu tersangat dilarang.
Hukuman zina bagi yang dah berkahwin ialah rejam sampai mati. Itu di dunia, di akhirat?
Farid Rashidi(Quote)
syukran atas perkongsian
nice blog,mashaAllah~
.-= q.a´s last blog ..✿if✿ =-.
q.a(Quote)
Afwan, dipersilakan membaca artikel terbaru pula.
Farid Rashidi(Quote)
Alaikumsalam WBT. Syukron atas kunjungan. Saya masih mengembara mengutip ilmu di blog ustaz. Moga ada manfaat bersama~
.-= Izzah Al-Maliziyyah´s last blog ..Saya Belum Boleh Berkahwin =-.
Izzah Al-Maliziyyah(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Ahlan wasahlan. Saya mengalu-alukannya. Silakanlah baca, entri lepas-lepas juga tak ada masalah.
Sampaikan pada rakan-rakanmu ya! MOga Allah memberkati usaha murni.
Farid Rashidi(Quote)
Begitu adil sekali hukum hudud..sebab itu sesiapa yang memberi saksi palsu, sangat besar dosanya..boleh menzalimi orang lain.
.-= nohas´s last blog ..Menunggu Yang Ketiga =-.
nohas(Quote)
@nohas: Sangat adil.
Farid Rashidi(Quote)
Pingback: Faridrashidi.Com » Blog Archive » Yang Dikatakan Wanita Bertabarruj
Pingback: Faridrashidi.Com » Blog Archive » Haramkah Anak Haram?
salam,
saya ingin brtnyakn isu melawan perogol,, adkh wjar bg mgsa rogol itu mencederakan sama ada dgn pisau dan sebagainya sehingga mgsa dpt mlepaskn dri dan kalau perogol itu terbunuh akibat tikaman pisau tersebut, adkh mgsa tersabit hkuman… syukran..
muhd amirulfikri(Quote)