“Orang yang akan masuk neraka dulu ialah orang berilmu.” Kata seorang teman. Kami berbual pelbagai topik pada malam itu. Saya selalu bertandang ke rumah Sulaiman dan Imran. Berkebetulan ada seorang rakan kepada Imran di situ. Maka bermulalah sesi ta’aruf dan perbincangan topik semasa.
“Orang berilmu mesti lakukan apa yang dikata.” Saya menyambung perbualan.
Perbicaraan yang menikam atma . Serasa duri bagai terlekat di kerongkongan.
Selesai berbual, saya terus pulang ke rumah. Entah mengapa tiba-tiba perasaan bagai tidak tentu arah. Seolah-olah ada sesuatu beban yang memberati diri. Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga persis dengungan nyamuk berterbangan. Lantas teringat pengajaran lalu yang termuat pada lembaran al-Quran dan hadis.
Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a, katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Seorang lelaki dibawa pada hari kiamat lalu dilemparkan ke dalam api neraka. Lalu perutnya pecah dan keluar usus-ususnya. Kemudian dia berputar di dalamnya seperti berputarnya keldai di penggilingan. Maka penduduk neraka berkumpul berdekatan dengannya dan bertanya: “Wahai si fulan! Mengapa nasib kamu begini? Bukankah kamu di dunia dahulu menyeru kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran?”
Lalu dia menjawab: “Benar. (Tetapi) aku hanya menyeru kepada yang makruf, sedangkan aku sendiri tidak melakukannya, dan aku mencegah kemungkaran, sedangkan aku sendiri melakukannya.”
Di sana, terdapat hadis lain menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Pada malam aku diisra’kan, aku melalui kaum-kaum yang lidah mereka digunting dengan gunting daripada api neraka.
Aku bertanya: “Siapakah mereka wahai Jibrail?”Jibrial menjawab: “Mereka adalah para khatib umat kamu (orang yang memberi peringatan kepada orang lain) yang berbicara sesuatu yang tidak mereka amalkan.”
Pengajaran-pengajaran seperti inilah yang membuatkan hati tidak keruan. Pelbagai persoalan bermain di relung jiwa. Ada ketikanya membawa duka, ada saatnya memberi rasa. Rasa getaran takut berterusan menghantui.
JAHIL BERDOSA, BERILMU PUN BERDOSA?
Saya terus merebahkan badan di atas tilam beralas lihaf (selimut berbulu tebal). Musim sejuk masih sisa berbaki. Lihaf masih belum sesuai dilipat dan disimpan.
Kepala masih ligat berfikir tentang perkara itu. Ya, jahil sudah tentu berdosa kerana dengan kejahilan itu menjadikan manusia tidak mengenal Pencipta. Tidak tahu sujud menyembah Allah Ta’ala.
Malah cara menyembah juga jauh tersimpang dari syariat sebenar.
Itu bukan menjadi persoalan saya malam itu. Persoalan berilmu juga berdosa itulah yang memerangkap saya. Muhasabah sebelum tidur masih berlarutan. Apakah selama ini perbuatan seiring apa yang diucapkan? Nah, jika tidak. Pasti tergolong seperti golongan yang diperkatakan Rasulullah SAW. Getaran di dada menerbitkan manik-manik ketakutan.
“Allah, Allah, Allah. Ampunilah daku.. janganlah menyiksa daku kerana ILMUMU Ya Allah.”
Sabda Rasulullah SAW lagi di dalam hadis yang lain bermaksud:
“Sesungguhnya orang pertama yang dijatuhkan hukuman ke atasnya pada hari kiamat ialah seorang yang mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran. Dia didatangkan dan diperlihatkan nikmat Allah kepadanya, lalu dia mengenalinya (nikmat tersebut).
Kemudian Allah bertanya: “Apakah yang engkau lakukan terhadap nikmat ini?”
Dia menjawab: “Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran keranaMu.”
Allah berfirman: “Kamu dusta, kerana kamu belajar supaya dikatakan alim, membaca al-Quran supaya dikatakan qari. Sungguh engkau telah mendapat apa yang engkau hajatkan. Lalu Allah menyeru malaikatNya untuk menyeretnya dengan menyembamkan mukanya sehingga dia dilemparkan ke dalam neraka.” (Diriwayatkan oleh Muslim dan lainnya)
Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan lainnya daripada Ka’ab bin Malik r.a, katanya: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang mencari ilmu dengan tujuan menyaingi ulama’ atau mempermainkan orang-orang bodoh dan supaya dihormati oleh manusia, Allah akan memasukkannya ke dalam neraka.”
Kedapatan banyak hadis peringatan Rasulullah SAW mengenai orang yang menyampaikan ilmu tetapi tidak melakukan apa yang dikata. Bahkan di dalam al-Quran juga Allah SWT telah berfirman:
Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya! 3. Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya. (As-Soff: 2-3)
Bukan senang menjadi orang yang tahu, walaupun sekadar tahu itu sekecil zarah – jika tak menyampaikan terkategori golongan yang menghalang penyebaran ilmu. Jika menyampaikan, wajib pula beramal dengannya.
Namun begitu, jangan pula berangan-angan untuk terus bergelumang dengan kejahilan. Kerana kejahilan menjauhkan diri dari mengenal Ilahi.
Justeru, sekiranya ilmu yang dipelajari diamalkan dan tersebarkan pula kepada masyarakat umum. Berita gembira dihadirkan untuknya. Pertolongan Allah SWT akan hadir, lantas pintu-pintu syurga akan terbuka, martabat diri bertambah mendekat dengan Jalla Wa’ala.
Titisan rahmat Allah menyuburkan perjalanan demi sebuah makrifat. Makrifat agung yang sukar dikecapi melainkan bersamanya ilmu zahir dan batini. Allah SWT telah mengungkapkan janji dalam firmannya:
“Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Al-Baqarah: 282)
Janji-janji Allah SWT itu sedikit melegakan hati yang lara. Sebelum melelapkan mata malam itu, saya meneruskan pembacaan buku yang tersedia. Memang menjadi rutin harian membelek-belek apa jua buku sebagai musahabah diri.
Sengaja meletakkannya di sisi kepala agar mudah untuk mencapai.
Saya terus tenggelam dalam cerita ulama’ silam yang hebat. Kehebatan mereka menjadi penawar kepada duka yang dirasai sebentar tadi. Musahabah sebelum terlena. Moga Allah SWT mengampuniku.
Terlelap seketika dalam tangisan.
11:43PM, 16 Februari 2010,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.



assalamualaikum Ustaz..
begitu ‘risau’ membaca artikel Ust kali ni. agaknya sbb itulah saya suka menjadi org yg dipimpin dr menjadi pemimpin. berat tanggungjawab & berat pula yg akan ditanya di kemudian hari kelak…..
nahmy(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Sebenarnya kedua-dua pihak masing-masing tak terlepas dari dipersoalkan tentang tanggungjawab. Kedua-duanya ada beban yang terpundak di atas bahu.
Apa yang penting di sini, adalah wajib taat pada perintahnya. Jauhi larangannya. Itulah yang paling berat antara yang terberat.
Farid Rashidi(Quote)
salam…seperti baru tersedar dari mimpi rasanye…
kelu untuk berbicara sebab tidak tau mana ketegori diri.. semoga Allah mengampunkan segala dosa2 kita dan menjadikan kita semakin kuat untuk mentaati segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya…aminn…
nur_syahadah(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Ralit bermimpi,
Sehingga terleka,
Terkadang tersungkur,
Kadang bangkit,
Mendamba cinta – pada Rabbi.
Ada ketika, kita tak tahu kategori manakah kita berada. Sehingga satu saat kita pasti tersedar. Atas kesedaran itulah kita harus bersyukur pada Pencipta. Alhamdulillah.
Farid Rashidi(Quote)
erm… “ralit bermimpi sehingga terleka”…
tapikan ust..kdg2 dengan bermimpi kita dapat rase kebahagian yang kite xdapat kecapi…
p/s: maaff,lari dari topik..tapi masih dalam aspek suka duka..
nur_syahadah(Quote)
Benar, apa yang saya maksudkan ralit bermimpi itu ialah mimpi yang dahsyat dan menakutkan. Mimpi yang dicemari oleh syaitan.
Mimpi yang baik dan indah itu tak mengapa. Mimpi yang paling hebat ialah berjumpa Rasulullah SAW. Saya jauh sekalilah nak mimpi begitu – kerdil, dhaif.
Ya, tak lari topik. Apa yang dimaksudkan dengan mimpi kebahagiaan itu?
Farid Rashidi(Quote)
bukan mksud saya mimpi kebahagiaan..tp kadang2 dengan bermimpi je dapat kita kecapi ape yang kita xdapat selama ni…ooh..sukar sekali nak terangkan sebab hanya orang yang merasainya je tau rasanya…
nur_syahadah(Quote)
Erm, kadang-kadang bahasa mimpi sukar difahami. Mentafsir mimpi lagilah sukar.
Mimpi indah tak mengapa jika mahu beritahu, mimpi buruk tak perlulah bagitahu. Diam-diamkan saja.
Saya masih terfikir, macamana ya mimpi boleh membahagiakan seseorang. Ada contoh?
Farid Rashidi(Quote)
contoh?tak perlu rasanya… ust xpernah mimpi sesuatu yang diingini tapi setakat ni xpernah perolehi:? saya biasa alami..tapi cukuplah sekadar simpanan sendiri…
nur_syahadah(Quote)
Saya biasa alami, semenjak kecil lagi saya pernah alaminya. Pernah suatu ketika saya bermimpi seperti berada di tanahair, dan gambaran itu seringkali muncul.
Tiap-tiap hari.
Tahun lepas saya pulang ke Malaysia. Alhamdulillah mimpi begitu beransur hilang. Bagaimana pula dengan cikgu? Apapun, baca doa dan kosongkan fikiran dari kekusutan sebelum tidur.
Itu akan memberi efek pada mimpi. Sebaiknya, bacalah buku yang baik-baik. Nanti pasti mimpi indah bersama.
Farid Rashidi(Quote)
Muhasabah diri yg sungguh bermakna….
“Allah, Allah, Allah. Ampunilah daku.. janganlah menyiksa daku kerana ILMUMU Ya Allah.”
….tiada apa yang dipohon melainkan BIMBINGAn NYA dan RAHMAT Nya….
ilina(Quote)
Perlu, itulah jawapan paling tepat. Kita sebagai hambaNya perlu bermuhasabah selalu. Mustahil kita tak pernah punya dosa bukan?
Ameen Ya Rabb.
Farid Rashidi(Quote)
Salam sdraku…
Merenungkan diri tadi amat kerdil, ilmu di dada tidak seberapa apatah lagi untuk memperingatkan orang lain, moga Allah memberi bimbingan kepada kita semua…
.-= Abd Razak´s last blog ..Ilmu… =-.
Abd Razak(Quote)
Wa’alaikumsalam ya akhi kareem,
Insya’Allah, mari terus mencari ilmu Allah. Tak rugi walau sesaat dan sesen pun. Moga Allah membukakan pintu hati kita.
Allahhu Yaftah Alaik.
Farid Rashidi(Quote)
rasa diri ni kerdil yang amat sangat…semoga Allah swt mengampuni dosa2ku ini…tak mahu dihumbankan ke dalam nerakaNya…& tak layak pulak ke dalam syurgaNya…Ya Allah ampunkan dosa hambaMu ini….
TK tazkirah ini.
.-= sonata anak kancil´s last blog ..Baru nak mula….cubaan pertama dah musnah!!! =-.
sonata anak kancil(Quote)
Amat malang jika kita selalu mendabik dada mengatakan kita hebat dan perkasa. Malang dan malang.
Semoga Allah makbulkan doa anda. Afwan.
Farid Rashidi(Quote)
Salam..
Artikel yg bagus drpd ustaz..
Menyedarkan saya..
Kata-kata tidak menyaingi perbuatan & menyuruh org lain melakukan amar makruf tapi org yg menyuruh melakukan amar makruf itu sendiri adakah mengamalkan amar makruf tersebut..
Anonymous(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Barakallahu fik.
Marilah kita seiring beramal dengan apa yang diajarkan. Ayuh!
Farid Rashidi(Quote)
artikel yg benar2 menyentuh hati utk menghayatinya. terima kasih.
.-= Mohd Faridz Ismail´s last blog ..Di bumi Makkah once again =-.
Mohd Faridz Ismail(Quote)
Biarkan hati-hati tersentuh dengan sebuah kebenaran. Andai tak terasa dan tercuit, itu tandanya hati sudah berkarat dan perlu disental.
Farid Rashidi(Quote)
salam…
lama tidak membaca artikal yang membuka mata hati ini untuk memuhasabah diri . Semoga kita semua mengerti akan nilai ilmu itu.. ilmu itu milik Allah yang dipinjamkan kepada kita. Mintalah ilmu itu padanya, dan Dialah juga yang akan menarik nikmat ilmu itu bila-bila masa.
SEMOGA KITA MENJADI HAMBANYA YANG BERTAQWA…
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Semoga hati-hati kita dibuka dengan nur ILAHI.
Sebeb itu kita perlu jaga baik-baik ilmu yang diberi pinjam oleh Allah. Tak kiralah siapa kita, doktorkah, peguam, guru, ustaz dll. Beramanahlah dengan ilmu yang dimiliki.
Bersyukurlah, cuba bayangkan jika manusia tanpa ilmu. Zaman paleolitik, atau neolitikkah kita?
Selamat menghirup udara kampung.
Farid Rashidi(Quote)
salam…
Ya ustaz, sukarnya untuk mensebatikan ilmu dalam jiwa, macam sifat mahmudah yang dipelajari perlu dialirkan dalam darah bukannya dibuat-buat tanpa hati yang benar-benar ikhlas. Usaha membaiki diri dan saling berpesan-pesan adalah yang terbaik.
p/s- saya sudah hampir tamat percutian di rumah. seminggu sahaja dapat menghirup udara kampung. best! kat kelantan pun ala kampung juga ustaz, so, dua-dua best! tapi kat kelantan lagi best dengan suasana kampung yang lebih segar…
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)(Quote)
Memang sukar, jika sifat itu hanya dibuat-buat – hipokrit namanya. Jadi elakkan sifat itu dengan hati yang bening demi melaksana sebuah keabidan.
Apa yang menyebabkan kampung sendiri kurang best? Wah, boleh jadi orang kelantan dah ni.
Farid Rashidi(Quote)
…hipokrit atau munafik tu sama atau berbeza?…
jadi orang kelantan? huh… tak sampai ke situ,cuma saya suka kelantan sebabnya kelantan seolah ada aura Islam yang lebih kuat berbanding di johor..hehehe.. faham-faham je la… cuti ni pun,kawan-kawan saya semua ajak ke tempat yang tenang berkisar alam sekitar,tepi laut,tasik atau di sungai… jarang sekali kawan-kawan saya mahu pergi ke Mall atau pusat membeli belah… sebab hati ini akan rapat pada ilahi bila kita memahami kekuasaan ilahi melalui penciptaannya..masing2 mencari ketenangan… walaupun kami ini ilmu agama setakat buku teks tingkatan 5 yang tak habis khatam…
.
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)(Quote)
Hipokrit dalam istilah moden. Tetapi munafik itu lebih dahsyat perilakunya.
Ya, ada juga rakan memberitahu Johor agak sosial remajanya. Tak tahulah sejauh mana tahap sosialnya. Mungkin akhi lebih tahu mengenai hal ini.
Dalam banyak-banyak negeri di semenanjung, Johor masih belum saya jejaki lagi. Bolehla saya berkunjung ke rumah akhi nantikan?
Farid Rashidi(Quote)
salam…..
sosialnya mungkin lebih kurang KL kot….
nampak macam tiada beza sangat….
Berkunjung ke rumah saya….mmm.. boleh je kalau ada rezeki… inshaAllah.. macam perkara yang sukar tapi mungkin akan berlaku..
.-= Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last blog ..Satu Usaha =-.
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)(Quote)
Salam ustaz,
Kaifa haluk? Apa ye pengertian sebenar muhasabah diri? Adakah natijah akhirnya akan membuahkan suka atau duka atau kita hanya akan makin pesimis terhadap kemampuan diri? Bila diamati diri yg tidak punya apa, ilmu yang sekelumit cuma……akhirnya hanya mampu berdiam tanpa berkata-kata..bimbang tidak amalkan apa yang dikata.
Nurana(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Alhamdulillah kher, wenti? Keifahaluki? Miyah-miyah?
Muhasabah diri perlu diperluaskan konsepnya. Memandang kepada dua cabang dan memberati kepada optimis bukan pesimis.
Muhasabah bukan bertujuan untuk membantutkan rasa CINTA pada Rabbi, bukan juga bertujuan menjauhkan rindu pada Ilmu Ilahi. Itu konsep yang menyimpang.
Seharusnya bila ada muhasabah, kita terus bangkit melawan perasaan negatif itu lantas menghasilkan sebuah anjakan baru kepada diri. Bukan memekup diri.
Jelas?
Farid Rashidi(Quote)
Ana alhamdulillah bilkhair…
Jelas ya akhi…syukran atas penjelasan ini
Nurana(Quote)
Moga Allah terus membuka pintu hati anda dengan Ilmu.
Farid Rashidi(Quote)
Salam,
Ilmu tanpa amal seperti pohon yang tidak berbuah..
.-= Bb Hussain´s last blog ..Asam Pedas Melaka =-.
Bb Hussain(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Buah, bunga dan pucuk. Hanya akar dan ranting menanti rebah ke bumi.
Farid Rashidi(Quote)
Salam
“Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”
semoga di permudahkan jalan serta sentiasa di berkati dan di kurniakan kekuatan juga ketabahan.. InsyaAllah..
moga sihat dan ceria selalu..
maaf.. baru perasan ada n3 baru…
.-= MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Yang pasti ku titipkan ~*~ =-.
MaizaC’Joe(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Insya’Allah. Ya, sihat hendaknya. Apapun terima kasih kerana perasan ada entri baru
Farid Rashidi(Quote)
a post to ponder~
.-= q.a´s last blog ..✿if✿ =-.
q.a(Quote)
Syukran. Barakallahhu fik.
Farid Rashidi(Quote)