Penangan ‘Orang Dalam’
Posted by in Akhlak | Fakta Umum | Mutiara Hadis | Pemberitahuan | Suhuf Sejarah | Tazkirah | Uncategorized | Wacana Ilmiah‘ORANG DALAM’ DI ZAMAN KHALIFAH PERTAMA
Ketika bergelodak jiwa dan suasana umat saat perginya Habibil Mustafa Muhammad Rasulullah SAW, maka bangkitlah Khalifah dunia Islam pertama – Khalifah Abu Bakr as-Siddiq r.a. Kecelaruan dan kebingungan manusia menjadi-jadi. Gejala murtad terus-terus meletus di sana sini.
Bergempita alam menanggung kesedihan pemergian kekasih Allah SWT.
Puak-puak riddah ini sengaja menonjolkan diri dengan melakukan penentangan terbuka kepada Khalifah Abu Bakr as-Siddiq r.a. Antaranya ialah Musailamah Ibn Habib atau lebih dikenali dengan gelaran tersohornya Musailamah al-Kazzab – si pengkhianat mengaku Nabi. Walhal pada asalnya, beliau adalah salah seorang lelaki dari kalangan suku Bani Hanifah yang telah memeluk Islam di zaman Rasulullah SAW.
Namun selepas itu beliau menjadi dalang kepada sebuah pemberontakkan dan akhirnya membawa pengikutnya yang murtad melawan pejuang Islam di zaman Khalifah Abu Bakr as-Siddiq. Penangan orang dalam itu tidak lama – beliau di bunuh oleh salah seorang pejuang Islam bernama Wahsyi (Wahsyi ketika zaman jahiliyyah pernah membunuh Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib r.a dengan lembingnya).
Kata-kata Wahsyi selepas membunuh Musailamah al-Kazzab begitu menarik perhatian saya:
“Aku telah membunuh sebaik-baik orang dengan lembingku ketika aku menentang Islam. Kini, dengan lembing yang sama, aku telah membunuh sejahat-jahat orang yang menentang Islam”
‘ORANG DALAM’ DI ANDALUSIA
Kisah ini masih segar bermain di saraf minda. Al-Fadhil Ustaz Zaidin, pensyarah matapelajaran Tarikh Islami pernah membahaskannya secara terperinci suatu ketika dahulu. Dan kini, baru disedari.
Siapa tidak pernah mendengar nama indah Andalusia? Sebuah empayar yang mempunyai kota Cordova atau dalam istilah arabnya al-Qurtubah. Begitu juga dengan kota Granada. Indahnya tak terhenti di situ, ianya diserikan lagi dengan pembikinan istana al-Hamra.
Namun, ianya tak kekal lama. Penampakkan timbunan puing-puing akhirnya terserlah dek penangan ‘orang dalam’ yang rakus mengejar pangkat dan kuasa.
Kisahnya bermula ketika Bani Ahmar memegang tampuk pemerintahan Andalusia – sebuah wilayah yang dibuka oleh Tariq bin Ziyad. Kesannya, empayar Andalusia semakin menguncup dan akhirnya hanya memegang sekitar kawasan Granada sahaja.
Sumber sejarah menyatakan bahawa ia berlaku kerana perebutan kuasa. Ia disebabkan oleh Abu Abdullah tidak berpuas hati dengan pewarisan takhta ditunjukkan oleh bapanya. Lantas berlaku pemberontakkan yang mengakibatkan kematian bapanya sendiri. Akan tetapi takhta pemerintahan itu tetap saja tidak menyebelahi Abu Abdullah, bahkan beralih pula kepada Muhammad ibn Sa’ad.
Akibat ketidakpuasan hati yang memuncak, Abu Abdullah membuat perancangan dengan membentuk kerjasama antara Raja Ferdinand untuk merampas kembali takhta pemerintahan. Walaupun rampasan itu berjaya, Abu Abdullah hanya menduduki takhta dalam jangkamasa yang singkat.
Masakan tidak, Si kafir Ferdinand yang beristerikan Isabella itu sudah tentu ingin mengambil haknya. Akhirnya Granada dan kerajaan Islam di Andalusia tumbang di tangan pihak tentera salib.
Kecerdikan yang memakan diri. Terkubur dengan kerakusan kuasa selama-lamanya.
‘ORANG DALAM’ DI KOTA SERIBU MENARA
Mesir dan al-Azhar juga tidak terlepas dari pencerobohan empayar penjajah barat. Namun begitu, taktik yang ditunjukkan oleh kolonial penjajahan Perancis sedikit berlainan.
Kolonial Perancis yang diketuai oleh Napolean Bonarparte memainkan peranan muslihatnya secara halus. Beliau telah berpura-pura memeluk agama Islam lalu berlagak memuji keagungan ketamadunan Islam. Konon-kononnya dengan cara keji itu beliau mampu memikat para syeikh-syeikh al-Azhar dan kalangan penuntutnya ketika itu.
Rencana beliau di bawah rancangan La Politique Musulmane De Bonaparte disebar-sebarkan agar jarum halusnya lebih menusuk ke dalam hati dan jantung umat Islam diperlembahan Nil. Malah beliau juga berbaik-baik dengan empayar pemerintahan Uthmaniyyah ketika itu.
‘Orang dalam’ atau tali barut penjajah Perancis iaitu Murad dan Ibrahim turut digunakan agar cengkaman emperialisme lebih kukuh. Hakikatnya, penduduk Mesir sangat bencikan kedua-dua tokoh ‘orang dalam’ itu kerana kezaliman dan kekejaman yang dilakukan.
Institusi al-Azhar tidak mendiamkan diri setelah kebusukan bertopengkan kebaikan ini melata-lata. Pemberontakan yang dipimpin oleh Syeikh Sadat, ahli majlis ulama’ syura al-Azhar bersama 15 ribu tentera berjaya membunuh Jeneral Dybury dan ketua tentera Perancis bernama Clybeer.
Mengalami kegagalan tidak bererti menemui kekalahan. Sikap kewalahan ditepis ke tepi – kebenaran dan kejayaan akhirnya berjaya menghenyak kemunafikan dan kekufuran ke dalam selut kehinaan.
HARGA SEBUAH KEMUNAFIKAN
Ceritera yang saya bawakan di atas bukanlah omongan kosong ataupun kisah Israeliyyat yang dikutip di gigi-gigi jalanan, tetapi ianya sebenar-benar kejadian masa silam.
Bahkan terdapat puluhan versi ceritera lain berkait rapat penangan ‘orang dalam’. Bagaimana kejatuhan Turki Uthmaniyyah, juga di sebabkan orang dalam – Si Bapa sekular Mustafa Kamal at-Tarturk. Kelancaran serangan Jepun ke tanah Melayu, serangan tentera Amerika Syarikat ke atas Iraq dan pelbagai lagi kisah baik dulu dan sekarang.
Orang dalam sangat memainkan peranan besar sebagai suatu senjata sulit yang berbahaya. Kata orang tua-tua, “Diam-diam ubi berisi”. Walaupun diam, tetapi kesannya amat efektif dan mengesankan!
Hatta mahu menjatuhkan sesebuah organisasi syarikat juga lebih muda jika orang dalam turut menyertai misi. Pernahkah kita mendengar kes pegawai bank melesapkan wang ringgit bersama penjenayah berprofil tinggi?
“Orang-orang munafik itu takut kalau diturunkan satu surah Al-Quran Yang menerangkan kepada mereka (dan kepada ramai) akan apa Yang ada Dalam hati mereka (dari kekufuran). Katakanlah (Wahai Muhammad): “Ejek-ejeklah (seberapa Yang kamu suka), Sesungguhnya Allah akan mendedahkan apa Yang kamu takut (terdedah untuk pengetahuan ramai)” (At-Taubah: 64)
Ingat, taktik ini kerapkali digunakan musuh menghancurkan ketumbukan kesatuan Islam. Mari lihat orang-orang disekeliling kita, perhatikan dan teliti. Apakah mereka ‘orang dalam’ yang diperkatakan?
Atau kitakah diantara mereka? Islahlah hatimu, jika tercalit rasa DENDAM dan DENGKI agar tak terhalang sebuah kebenaran!
Rujukan: Al-Khulafa’ ar-Rashidun, Doktor Mustafa Murad, Kuliah Dakwah Jami’ah Mesir. Mendekati Ulama’ Dan Para Wali Allah Di Mesir, Ahmad Lutfi Bin Abdul Wahab al-Idris al-Linggi. Kertas Kerja Sejarah Perkembangan Dan Kejatuhan Pemerintahan Islam Di Andalusia: Teladan Dan Sempadan, Dr.Mohd Roslan Mohd Nor.
1:50AM, 13 Januari 2010,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.




salam..
memang btol ust,penangan orang dalam memang bahaya..dalam pe jua situasi pun..dia boleh memusnahkan empayar sekelip mata..sebab mereka da muslihat yang hanya mereka je tau..paling bahaya bila melibatkan agama islam..sekarang pun berleluasa ;org dalam’ yang kononnye beragama tapi dalam masa yang sama memasang strategi utk memusnahkan islam..sangat bahaya!
saya sebenarnya masih lagi mencari dan membaca kisah2 sejarah islam terdahulu..dulu masa zaman sekolah hanya banyak dipaparkan sejarah penentangan je..lagu2 nasyid sperti al-hambra tu dapat sedikit sebanyak mentafsirkan pencariaan saya..
p/s: erm..harap dapat berkongsi dengan ust..boleh?
nur_syahadah(Quote)
Salam,
Saya rasa kes seperti di atas amat banyak terutamanya apabila melibatkan politik. Cuba lihat orang politik, apabila rasa pengaruh dan duit kurang maka akan lompat pula ke seberang sana. Lalu memburuk-burukkan pula yang lain.
Tidak ada pendirian. Kerana adanya orang beginilah sesuatu perkara itu menjadi terbantut.
Baguslah, saya suka baca sejarah. Tapi hakikatnya umat Islam sendiri tak sukakan sejarah. Betulkan?
Walhal sejarah itulah yang membuatkan kita mengenal siapa kita dan kita tahu siapa musuh kita.
Mari dengan lagu di bawah supaya lebih santai
Farid Rashidi(Quote)
sejarah telah membuktikan bahayanya kewujudan “orang dalam” … umpama “musuh dalam selimut…. api dalam sekam… duri dalam daging…” moga tiada juga fenomena ini wujud dalam “diri” kita sendiri… tq ya akhi…
ustazahlina(Quote)
Ya, perumpaan yang tepat Ustazah. Bagaimana dengan kenaikan pangkat Ustazah? Lama tak nampak Ustazah dalam alam maya. Sibuk barangkali.
Sama-sama Ustazah.
Farid Rashidi(Quote)
Salam saudaraku
Manusia jika sudah cintakan dunia maka sifatnya akan menjadi rakus dan sanggup untuk menentang Islam dan menjadi ‘orang dalam’ dalam usahanya untuk meraih kemewahan dan kesenangan di dunia yang fana ini.
.-= Abd Razak´s last blog ..Rahsiakan… =-.
Abd Razak(Quote)
Salam akhi kareem,
Kerakusan itu semakin menjadi-jadi apabila ada yang menyokong perbuatannya.
Dunia kadangkala serasa pelik, yang baik juga punya pengikut dan yang jahat juga punya pengikut. Malah lebih ramai yang mengikut aliran jahat bukan?
Farid Rashidi(Quote)
Cantiknya Istana Al-hambra dgn ukiran2 tulisan Arab, begitu mewah sekali istana zaman dahulu. Berusaha untuk ke sana.
Sedang baca trilogy ‘Tsulatsiyah Gharnathat’, walaupun novel tapi berdasarkan fakta2 yg berlaku di Granada, sangat sedih dgn penindasan terhadap org Islam di sana..tak tercapai oleh akalku..nah inilah jawapannya..musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan..
Bukan mudah utk membina tamadun dan empayar tapi meruntuhkannya begitu senang sekali..
Kat Malaysia ada ‘cah keting’..tikam belakang..
.-= nohas´s last blog ..Godaan Berterusan =-.
nohas(Quote)
Berusaha untuk ke sana? Nampak seperti ada planning ya. Moga tercapai cita-cita.
Cinta Granada itukah bukunya?
Membikin novel bersama jalan cerita sebenar dan fakta realiti agak begitu sukar berbanding jenis khayalan.
‘Cah keting’ itulah permulaan kepada sebuah keruntuhan. Belum lagi memegang empayar sudah galak-galak mengcah ketingkan orang. Dunia, dunia.
Farid Rashidi(Quote)
Ya, memang teringin nak pergi ke Granada. Kumpul duit & maklumat, sekarang ni cuma pergi guna Google Earth shj..
‘Tsulatsiyah Gharnathat’ ada 3 buku, Cinta Granada yg no. 2, first – Rindu Andalusia, yg ketiga belum keluar lagi kot..memang best novel2 Radwa Ashour ini, walaupun terjemahan versi Indonesia.
.-= nohas´s last blog ..Godaan Berterusan =-.
nohas(Quote)
Saya juga selalu merantau gun google earth. Ada rezeki mahu juga ke tempat-tempat sejarah begitu.
Oh, pandai ya dia buat novel melalui sejarah. Watak dan babak tentu sekali rekaan bukan? Cuma tempatnya saja adalah sebenar.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ustaz,
Bila difikir2….org dalam ni tiada sisi positifnya kah? Kan setiap satu itu ada positif dan negatif….Cerita yang ustaz sajikan tu dari sisi negatifnya….Mungkin ada cerita dari side yg positif untuk dikongsi??
Nurana(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Tujuan artikel di atas menceritakan bahayanya orang munafik/tali barut penjajah/pendengki/talam dua muka dll. Kesemua sifat di atas adalah berkaitan dengan negatif, tambahan ia melibatkan agama Islam.
Kalau mahu melihat dari sudut positif, terbalikkan kedudukannya. Anggap saja seperti orang dalam itu – tentu dia akan berpandangan positif pada perbuatannya terhadap musuh bukan?
Mahu sudut yang positif untuk positif kena buat entri lainlah. Entri ini sudah cukup berat untuk pembaca rasanya.
Farid Rashidi(Quote)
Ops..nampaknya dah terlalu advance berfikir kot….saja suka melihat dan memikirkan semua itu indah….(suka memandang di sisi lain..tu la lain org terang lain yg difahami)….afwan ya ustaz.
Nurana(Quote)
Hidup ini tak selalu indah, adakala pahit dan adakala manis. Mahu indah sentiasa – syurgalah tempatnya. Mari memohon pada Allah agar ke sana.
Berfikir tidak ada masalah, memang perlu untuk berfikir dari semasa ke semasa.
Tak mengapa. Selamat berfikir ya!
Farid Rashidi(Quote)
salam…
hari ini iman yang teguh akhirnya leka dengan dunia… merasakan persaingan dunia ini lebih merasai nikmatnya berbanding akhirat yang masih jauh.. kerana hati yang lemah untuk menjalani perjalanan di dunia yang jauh dan berliku…. harta,duit dan semuanya itu umpan yang melekakan…. kepayahan juga suatu perangkap dan membuat manusia menjadi kufur…
Ya, tugas mereka yang tahu tentang ilmu agama sekarang ini semakin mencabar… teruskan usaha wahai pendakwah!….
….mari bersihkan hati ini daripada sifat munafik… moga teguran itu menanti masa untuk membenih membesar dalam sinar iman dan taqwa….
.-= Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last blog ..Fikir-fikirkanlah =-.
Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Tidak dapat tidak sememangnya mencabar. Ya, saya, kamu dan kalian semua yang mengaku beragama Islam adalah pendakwah. Perkara ini terpundak di bahu kita semua.
Semoga kita boleh berlapang dada.
Selamat bercuti akhi.
Farid Rashidi(Quote)
Salam
Orang dalam sebegitu memang suka sentiasa dan ada saja srategi mahu jatuhkan islam.. ada juga di antara orang-orang kita sanggup berbuat begitu demi wang harta duniawi.. yang kadang tak memikir buruk baiknya terlebih dahulu. Penangan orang dalam dalam organisasi contohnya.. graduan yg berkelayakan memohon pekerjaan.. tapi di sebabkan tak ada orang dalam.. seksanya nak dapat kerja. kalau dapat pun setakat kontrak @ sementara @ sambilan. Pernah kena macam tue di ketepikan kita. mentang2 sapa la kita nie. hadir interview buat tak nmpak ja kita nie. Ada tue bos2 siap nak yg lawa2 lagi. Kadang tue terfikir juga.. nak cari pekerja bagus ka @ nak cari ratu cantik.. Belum ada rezeki masa tue agaknya..
.-= MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Yang pasti ku titipkan ~*~ =-.
MaizaC’Joe(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Modal untuk dapatkan kerja, perlu cantik dan menarik. Kebolehan, nombor dua.
Sebab itu banyak bos terbabit dengan skandal bersama pekerja. Jadi sekarang bagaimana? Sudah memperolehi pekerjaan tanpa diketepikan lagi?
Farid Rashidi(Quote)
Salam
ya… skandal di pejabat dah tentu ada..
Alhamdulillah sekarang dah bekerja.. itu kisah lama, saja terkenang kembali masa mula-mula sibuk cari kerja…
.-= MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Yang pasti ku titipkan ~*~ =-.
MaizaC’Joe(Quote)
Apapun, berjaga-jaga walau di mana anda berada. Pohon keselamatan dari Allah Ta’ala.
Kadang-kadang kisah lalu boleh membuatkan kita tersenyum dan berduka sendirian.
Farid Rashidi(Quote)
salam semua,
Bagaimana ‘orang dalam’ dalam badan kita, yang jelas dan tersembunyi. Hakikatnya, ‘orang dalam’ inilah yang kena dikalahkan dulu oleh kita sebelum kita dikalah dan diperdayakan oleh orang dalam itu.
.-= abuyon´s last blog ..Hadiah Buat-Mu =-.
abuyon(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Terima kasih Abuyon atas peringatan. Tak ternafikan lagi. Saya mengiyakan.
Farid Rashidi(Quote)