Header image

Permanian Berhadas: Antara Sains Dan Fiqh Islami

Posted by Farid Rashidi in Fakta Umum | Fiqh Islami | Wacana Ilmiah

Sudah beberapa kali saya didatangkan soalan bertanyakan tentang talqeh sina’i, atau dalam istilah bahasa melayu modennya disebut permanian berhadas.

Pertama kali seingat saya sewaktu menghadapi peperiksaan saringan memasuki Universiti al-Azhar sekitar penghujung 2006.

Minda bagai tidak dapat menaakul maksud sebenar perkataan talqeh sina’i hatta tindak balas negatif berlaku menatijahkan kegagalan. Lontaran persoalan yang memerlukan dalil dan pandangan ulama’ terkini seolah-olah memerangkap saya dalam suatu jerangkap samar tanpa pelepasan.

Tertekan. Kecelaruan. Entah berapa kali kepala digaru tidak gatal.

Masakan tidak tertekan, baru menjejakkan kaki ke bumi anbiya’ sudah diuji soalan mengujakan. Tak punya sebarang bekal akhirnya kelaparan dipertengahan permusafiran.

Persoalan ini tidak terhenti di situ. Baru-baru ini saya kembali menerima soalan yang sama berkisar tentang pelaksanaan hukum ke atasnya. Bagaimanakah menurut pandangan ulama’ muasarah (semasa).

Ikuti perinciannya di bawah.

ERTINYA

Apa yang dimaksudkan dengan istilah permanian berhadas (artificial insemination by husband – AIH) ialah suatu kaedah menyalurkan sperma lelaki ke dalam rahim wanita tanpa melalui kebiasaan manusia (persetubuhan/jima’).

Namun begitu, terdapat perbezaan istilah permanian berhadas antara Amerika Syarikat dan United Kingdom. Di Amerika Syarikat ia diistilahkan sebagai IUI (Intra Uterine Insemination) manakala Negara United Kingdom mengguna pakai istilah AIH atau AID.

Pada asalnya kaedah ini digunakan dalam bidang perternakan. Proses ini dilakukan ke atas haiwan ternakan agar proses pembiakan dipercepatkan serta sebagai satu langkah memilih baka yang baik dari seekor haiwan jantan yang dipilih. Teknologi ini membolehkan seekor lembu jantan mempersenyawakan lebih dari 10,000 ekor lembu betina.

KONSEP PERMANIAN BERHADAS DALAM PEMBIAKAN MANUSIA

Kaedah yang digunakan untuk pembiakan haiwan ini juga turut dipraktikkan ke atas manusia. Ianya digunakan sebagai alternatif untuk mendapatkan zuriat bagi pasangan yang mengalami masalah. Beza kaedah ini dengan persetubuhan biasa ialah tanpa melakukan hubungan badan (jima’).

Yakni hanya menggunakan proses pengumpulan sperma lelaki lalu disalurkan ke dalam rahim wanita menggunakan alat khas. Lalu pergerakan sperma ke ovum berjalan seperti kebiasaan manusia biasa.

KENAPA KAEDAH INI DIGUNAKAN?

Kaedah ini dijalankan adalah berdasarkan beberapa factor. Faktor-faktor yang dimaksudkan ialah:

  1. Kekurangan bilangan sperma dalam air mani lelaki.
  2. Ketidak normalan pada cairan serviks atau faraj yang membunuh kebanyakkan sperma (kesan kehadiran bahan lysozyme yang boleh membunuh sperma).
  3. Enjuksi pra matang atau mati pucuk.
  4. Berlaku kontradiksi (tidak sesuai) antara sel pasangan lelaki dan perempuan (persenyawaan antara pasangan tidak mungkin berlaku).
  5. Pasangan lelaki mengalami penyakit barah.

TALQEH SINA’I ATAU PERMANIAN BERHADAS MENURUT FIQH

Menurut kitab Tafsir Ayat Ahkam yang ditulis oleh Syeikh Muhammad Ali as-Sais, adalah haram hukumnya jika nutfah (air mani) yang diguna pakai menurut kaedah permanian berhadas ini adalah selain dari suaminya. Ia adalah kemungkaran dan mendatangkan dosa besar.

Sebagaimana Islam mengharamkan perzinaan dan anak angkat (binkan bukan anak sendiri), begitu juga dalam konsep permanian berhadas – selain suami.

Di sini juga, ingin saya paparkan bersama perbahasan hukum yang dikutip daripada laman web islamonline.net. Sebagaimana yang dituliskan, bahawa ulama’ telah membahagikan permasalahan permanian berhadas ini kepada beberapa bahagian:

  1. Menggunakan sperma suami sebenar dan ovum yang diambil daripada seorang wanita bukan isterinya, lalu percampuran (embrio) ditempatkan di rahim isterinya.
  2. Persenyawaan berlaku antara sperma seorang lelaki selain suami dan ovum selain isteri, kemudian percampuran (embrio) itu ditempatkan di rahim isteri sebenar.
  3. Persenyawaan luaran antara suami sebenar dan ovum diambil dari isterinya, lalu percampuran (embrio) ditempatkan di dalam rahim wanita yang lain.
  4. Persenyawaan dilakukan secara luaran antara sperma dari seorang lelaki dan ovum dari seorang wanita asing lalu percampuran (embrio) berlaku di dalam rahim isteri sebenar.
  5. Persenyawaan luaran antara sperma suami dan ovum isteri, lalu percampuran (embrio) ditempatkan di dalam rahim isteri yang kedua, kerana lelaki itu mempunyai dua isteri.
  6. Persenyawaan luaran antara sperma suami dan ovum isteri, lalu percampuran (embrio) ditempatkan di dalam rahim isterinya.
  7. Mengambil sperma suami dan disuntikkan ke dalam posisi yang sesuai – vagina atau rahim isterinya.

Kesemua pembahagian di atas adalah menggunapakai kaedah permanian berhadas. Namun begitu, hanya kaedah keenam dan ketujuh sahaja dibenarkan syara’. Ini bermakna kaedah pertama sehingga kaedah ke lima adalah ditegah syara’.

Ia menyerupai konsep perzinaan terlarang.

Perkara ini telah ditetapkan oleh Majlis Fiqh Islami ketika berlangsungnya muktamar di Oman pada tahun 1407H. Begitu juga fatwa yang dikeluarkan oleh salah seorang Syeikh al-Azhar iaitu Syeikh Mahmud Syaltut. Beliau mengatakan bahawa percampuran air mani lelaki asing dan perempuan asing tanpa akad perkahwinan dilihat dari sudut pandangan syara’ adalah mungkar dan berdosa.

Hukumnya sudah jelas, terpulanglah pada pasangan masing-masing bagaimana kaedah perlaksanaannya. Yang HARAM itu tetap HARAM, yang HARUS itu diHARUSKAN. Wallahhua’lam.

Rujukan:
Bayi Tabung Uji menurut perspektif sains, Ahmad Shuib Yahaya.
Itlalah Ala Tafsir Ayat Ahkam, Fadhilatul Ustaz Syeikh Muhammad Ali as-Sais, Kuliah Syariah Tahun Empat.

10:28PM, 10 Februari 2010,
Siberbay, Tanta.


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

38 Responses

  • salam,

    Awal-awal pagi sudah dapat mesej ini. Sungguh ilmiah pembukaan pagi saya di hari khamis ni.

    Dalam perjalanan menuntut ilmu, ada kala kita dibekalkan dengan duit,makanan dan alatan untuk menuntut ilmu.Malah,bekalan yang kita tidak sedar ialah bekalan soalan-soalan yang mesti kita selesaikan ibarat mencari harta karun. Setiap persoalan itu menanti jawapannya. Bila sudah tahu jawapan,seronoklah kita.

    Permanian berhadas yang dibenarkan oleh Islam benar-benar menjaga keturunan. Lagipun,ia amat bernilai buat pasangan yang mengalami masalah kesuburan. Kaedah ini umpama pengubat hati mereka yang mahukan waris/anak. Biasanya procedure ini dilakukan oleh pakar yang begitu mahir dan perancangan teliti perlu dilakukan.

    :)
    p/s- saja tukar nama sebenar…
    .-= Mohd Fadzli Iberahim Shah (tronx013)´s last blog ..Fikir-fikirkanlah =-.

      (Quote)

    • Salam,

      Awal pagi yang baik diharapkan berterusan sehingga ke malam dan hari-hari mendatang. Lepas subuhkan rezekinya lebih :)

      Ibarat pergi bermusafir terlupa bawa peta, akhirnya sesat dan mati seorang diri. Kematian yang agak sadis.

      Jadi, kamu pernah mempelajarinya? Di Malaysia pernah dilakukan proses ini terhadap manusia? Berjayakah?

      Kenapa nama berubah?

        (Quote)

  • Abd Razak says:

    Salam saudaraku.. :)

    Alhamdulillah sangat manfaat… ilmu sebegini wajib kita ketahui agar tidak berlakunya zina dalam kehidupan kita berumahtangga.
    .-= Abd Razak´s last blog ..Akhlak… =-.

      (Quote)

  • Abd Razak says:

    Salam saudaraku.. :)

    Alhamdulillah sangat manfaat…ilmu sebegini wajib kita ketahui agar kepada yang berkehendakan cara sebegini untuk mendapat anak supaya tidak terjerumus dalam kancah perzinaan.
    .-= Abd Razak´s last blog ..Akhlak… =-.

      (Quote)

    • Wa’alaikumsalam saudaraku,

      Tidak dinafikan lagi, kenyataan itu sememangnya benar.

      Sebelum melakukan proses itu sebaiknya check dahulu samaada subur atau tidak. Memudahkan kerja sebenarnya.

      Di barat, bank-bank sperma adalah perkara biasa. Malah turut disediakan rumah-rumah untuk anak luar nikah. Nampak jelas bukan perbezaan antara haram dan halal jikan syariat tak masuk campur dalam apa jua bidang di dunia ini?

        (Quote)

  • Nurana says:

    Salam….
    Salah satu alternatif yg boleh digunakan pada mana-mana pasangan yg inginkan anak….Agak2 berapa kosnya di Malaysia?

      (Quote)

  • Abd Razak says:

    Salam.. :)

    Alhamdulillah manfaat sangat…ilmu sebegini wajib diketahui semua muslim agar terhindar dari kancah perzinaan…syukran
    .-= Abd Razak´s last blog ..Akhlak… =-.

      (Quote)

  • Tirana says:

    Kena fahamkan betul2 tentang perkara ini bimbang kita termasuk dalam melakukan yang haram tanpa pengetahuan yang jelas.. Terimakasih atas perkongsian ilmu ini

      (Quote)

    • Benar kak, perlu faham. Jangan sampai tersilap. Ibu bapanya hensem dan cantik, tiba-tiba dapat anak tak mewarisi ibu bapanya. Rupa-rupanya tersilap benih sewaktu melakukan kaedah permanian berhadas. :)

      Dosa dapat, anak tersilap.. hehe.

        (Quote)

  • hafizmd says:

    Terima kasih saudara untuk perkongsian yg sungguh bermanfaat ini..syukran..

      (Quote)

  • Huda says:

    Dulu masa tengok cerita pelik-pelik pemikiran orang putih, mesti dalam otak, “Boleh ke macam tu?”

    Tapi bila masuk sekolah, dan boleh relatekan pada Feqah, Akhlak, Tauhid, Sirah. Tahulah mana halal, mana haramnya. :)

    Anyway, nice article. Thumbs up!
    .-= Huda´s last blog ..Kanak-Kanak =-.

      (Quote)

  • liyana says:

    salam ustaz,

    betul juga. jika kaedah digunakan seperti kaedah satu sampai 5. macam boleh mengelirukan asal usul sebenar zuriat

    terima kasih berkongsi ustaz
    .-= liyana´s last blog ..bagaimana mengupas kulit ubi kayu? =-.

      (Quote)

  • nur_syahadah says:

    salam..

    perkongsiaan yang baik..sebab tak semua yang berkahwin mendapat cahaya mata..
    salah satu caranya adalah dengan kaedah diatas..pelajar2 kat sek pn dah didedahkan dlm subjek sains..

      (Quote)

    • Wa’alaikumsalam,

      Ada juga kes yang tak dapat cahaya mata bukan kerana tidak subur atau berpenyakit. Tetapi disebabkan fobia dan trauma.

      Kes ini terjadi kepada ibu saudara saya, bayi keduanya meninggal di dalam perut. Akhirnya dah trauma nak mengandung lagi.

      Kasihan.

      Bila sampai bab ini, biasanya pelajar lelaki lebih menggatalkan diri bukan? Masih belum matang katakan.

        (Quote)

  • MaizaC'Joe says:

    Salam

    Terima kasih atas perkongsian menarik. Ada salah seorang keluarga mai, dah berkahwin 15 tahun. Pernah mengandung sekali kalau tak salah. tapi keguguran. Selepas itu dah tak mengandung lg. kesian dia menunggu bersabar dan terus bersabar. Doktor nasihat buat kaedah begini. Rasanya dia akan mencuba. Harap ada rezki utk dia nanti…

    maaf lambat menyingah…
    .-= MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Sekufu, Darjat atau keturunan ~*~ =-.

      (Quote)

  • Balqis says:

    Jelas hukumnya. Alhamdulillah.

    Terfikir juga mahu buat pengkhususan dalam bidang ini. Infertility.

    (^_^)
    .-= Balqis´s last blog ..Alhamdulillah =-.

      (Quote)

    • Dipersilakan.

      Rasanya masih punya ruang untuk fikir semasak-masaknya sebelum menjadi realiti.

      Rabbuna Yusahhil.

        (Quote)

      • Balqis says:

        InsyaAllah akan difikirkan. ^^ Kerana terfikir kasihan wanita-wanita yang diperiksa doktor lelaki untuk berubat dengan kaedah ini. Dan juga boleh jelaskan hukum ini kepada orang-orang yang tidak memahami hukum sebenarnya tapi mahu juga anak tidak kira apa cara pun. ^^ Wallahua’lam. ^^
        .-= Balqis´s last blog ..Alhamdulillah =-.

          (Quote)

        • Jangan terlalu lama berfikir. Sebelum kamu berfikir, saya sudah terang-terang menyetujuinya. :)

          Ya, Alhamdulillah kerana kamu memahaminya. Saya amat suka jika itu menjadi matlamat kamu. Semoga Allah mengurniakan kebaikan ke atas kamu sehingga tercapai pelangi 7 warna itu.

          Ingat, fikir baik-baik untuk hari depan.

            (Quote)

  • k.sha says:

    Salam,

    “Sudah terang lagi bersuluh”…
    Tapi seringkali berlaku kelalaian dalam kegairahan.

    Di Malaysia, Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) dapat membantu pasangan suami isteri yang menghadapi kesukaran memperolehi zuriat, dan kejayaan telah dicatatkan dari hari ke hari.
    .-= k.sha´s last blog .. =-.

      (Quote)

  • Assalamualaikum ya akhi farid..

    Emh, tiba-tiba terpanggil untuk berkongsi. Tajuk ini adalah salah satu dari cabang bioetika yang menjadi perbahasan sejak bermulanya zaman bioteknologi moden ini muncul.

    Bioteknologi terbahagi kepada dua cabang iaitu biotek kuno dan biotek moden.

    Apa yang menjadi perselisihan adalah ketika mana dan pada waktu bila harus ia digunakan. Hukum asal adalah harus tetapi ia boleh menjadi haram atau harus. Permanian berhadas pernah menjadi satu isu yang berat di Indonesia dan perkara ini turut dibincangkan di Malaysia dalam majlis fatwa kebangsaan.

    Sebenarnya bidang cabang pengkajian ini adalah salah satu dari kesinambungan pengajian master saya. Jadi apalah salahnya saya berkongsi serba sedikit mengenai ilmu universal yang kini semakin popular di kalangan masyarakat sekarang.(“,)..

    Mabruk kerana mencetuskan rasa untuk terlibat di dalam bidang sains..

    Dalam bioetika, bidang sains dan islam banyak bertemu percanggahan dan sering kali menjadi isu perdebatan sedunia. Sekiranya kita yang mempunyai ilmu tidak cuba untuk menerangkan pada masyarakat, maka berlakulah bermacam-macam situasi sehingga ianya menyebabkan situasi di luar jangkaan terjadi.

    Semoga Allah memudahkan jalan untuk akhi dan semoga diberi pencerahan dan mendapat rahmatNYA…

    Wassalam..
    .-= Ukhti_Atirah´s last blog ..Siapa Pilihanku… =-.

      (Quote)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge