Bible Bukan Kalam Allah?

Category : Diari Penulis, Fakta Umum, Jejak Kembara, Wacana Ilmiah

Kitab-kitab yang berjilid itu kami himpunkan di satu tempat. Saya ditugaskan untuk menjaga keseluruhan kitab selapas penat berjalan dan memikul beban kitab Majallat Syariah – himpunan Jurnal Kuwait dan kitab Fiqh Islami Wa Adillatuhu – karangan Dr. Wahbah Zuhaili. Mahu patah bahu mengangkat kitab-kitab yang mencecah puluhan kilogram itu. Mujur rakan-rakan turut sama menghulurkan bantuan. Alfu syukran buat Ahmad (warga Mesir), Firdaus, Ibrahim, Helmi dan Sulaiman.

Sedang saya duduk bersendirian di atas kerusi berhadapan Maktabah Darus Salam sambil menunggu teman-teman membeli kitab, saya didatangi oleh seorang pemuda arab Mesir. Beliau memberikan salam dan terus duduk di sebelah saya.

“Assalamualaikum..”

“Wa’alaikumsalam” Saya menjawab lalu memalingkan wajah ke arahnya. Saya hanya mendiamkan diri sambil tangan ligat menekan pepunat telefon bimbit. Cuba melayari internet menggunakan aplikasi telefon bimbit sedia ada serta melihat perkembangan pengunjung ke blog Faridrashidi.Com (FRC).

“Enta dari mana, Indonesia?” Setelah beberapa ketika duduk di sebelah kanan saya, dia memulakan pertanyaan. Pertanyaan yang lazim ditanya oleh masyarakat Mesir yang lain.

“Tak, saya dari Malezi.” Saya terus menjawab tanpa ragu-ragu. Sudah terkenal masyarakat Mesir dengan sifat peramah. Pantang diajak berbual, pelbagai topik pasti menjadi perbincangan.

“Malezi Ahsan nas.” (Orang Malaysia manusia yang baik)

“Mesir Ummu Dunya.” Saya membalas kembali pujiannya. Dia kelihatan tersenyum ceria mendengar pujian itu.

“Di Malaysia kamu berbahasa apa?”

”Saya berbahasa Malaysia, iaitu bahasa melayu.”

“Kamu boleh berbahasa arab ya?”

“Ya, bolehlah sikit-sikit terutama arab fushah.”

“Di sana apa akidah (agama) kalian?” Pemuda Mesir itu semakin rancak mengemukakan soalan demi soalan.

Yakni deen?” Saya mengerut kening tanda kurang jelas.

Na’am.”

“Agama kami agama Islam dan terdapat juga agama lain seperti Buddha, Hindu, Cina dan Kristian. Mungkin lebih kurang 60% Islam dan selebihnya 40% non-muslim.”

“Mengapa kamu beli kitab ini?” Beliau melihat timbunan kotak-kotak kitab yang tersusun di sebelah saya. Saya akui, jika dicampur keseluruhan kotak-kotak kitab saya dan teman-teman hampir memenuhi  separuh van biasa.

“Sebab saya mahu dan ini ilmu.. di dalamnya (Fiqh Islami) membahaskan tentang ilmu fiqh, hukum-hukum.” Jawab saya sambil mata memerhati sekeliling kawasan Ma’rad kitab. Kehadiran pengunjung yang membuatkan ianya begitu terkenal sehingga kini. Kedatapan pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa. Para rahib Kristian berpakaian jubah hitam dan berantaikan salib besar kelihatan mengunjungi kotak-kotak bazar yang teratur di sepanjang jalan. Tak terlepas mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ialah para Pensyarah dan Syeikh keluaran al-Azhar.

“Kamu belajar di mana?” Beliau terus mengajukan soalan.

“Saya seorang mahasiswa al-Azhar – Tanta.”

“Kamu ambil kursus apa?”

Syariah Islamiyyah.” Jawab saya ringkas.

“Apa yang kamu pelajari tentang Syariah Islamiyyah, tentu kamu tahu tentang aqidah agama lain?

“Di dalam syu’bah Syariah Islamiyyah, saya belajar berkaitan syariat Islam, hukum hakam, fiqh-fiqh semasa. Tentang aqidah agama lain saya tahu sikit-sikit, mungkin jika belajar Usuluddin perbincangan soal aqidah agama lain lebih daqiq (detail).”

“Kenapa kamu mengetahui agama-agama lain?” Persoalan ini membuatkan saya terfikir sesuatu. Tetapi masih belum bersedia untuk menyoalnya kembali.

“Saya tahu agama lain kerana ianya adalah ILMU, saya boleh menjawab sebarang persoalan agama dan non-muslim jika ditanya dan tahu agamanya.”

“Kenapa kamu datang belajar di al-Azhar?”

“Kerana al-Azhar sudah terkenal semenjak dahulu lagi sebagai tempat menuntut ilmu – Universiti tertua di dunia. Al-Azhar juga terdapat ramai ulama’ terkenal.”

“Kamu agama apa? Masehi atau Islam?” Soal saya tanpa berselindung setelah bertubi-tubi di tanya tentang Islam dan pengajian. Serasa pelik dengan lontaran persoalan yang ditujukan kepada saya. Saya mengesyaki sesuatu. Sewajarnya saya harus tahu siapa dia.

“Saya beragama masehi (Kristian).” Jawabnya terus terang. Memang benar sangkaan saya padanya. Selama berjumpa dengan pemuda Mesir beragama Islam, saya tidak pernah sama sekali disoal bertubi-tubi begitu. Seolah-olah mahu menguji atau juga ingin tahu secara mendalam.

Jawapan mengenai status agamanya membuatkan saya sedikit mengigil kesejukan. Entah mengapa tiba-tiba angin yang berdesir sedari tadi semakin menyucuk dan menyelinap masuk ke rongga badan. Saya meniup tangan dan menggeselkan antara tangan kiri dan kanan – sedikit melegakan. Walaupun saat itu panahan mentari petang agak terik, namun tak memadamkan kesejukkan itu. Terik mentari lalu menempiaskan cahaya jingga ke wajah sehingga kedua belah mata cuba dikenyitkan. Kesilauan.

Bukan kerana takut berdepan dengannya, tetapi apa yang menakutkan saya ialah dibimbangi saya tidak mampu menjawab persoalannya. Bahkan ini mungkin boleh mengundang fitnah di kemudian hari.

Perbincangan kami diteruskan.

“Adakah injil (Bible) itu satu?” Latas terpacul persoalan kepadanya sambil membetulkan kedudukan dan mengadap ke arahnya. Tidak adil jika saya membiarkan dia menguasai pertanyaan demi pertanyaan.

“Apa yang kamu faham tentang injil?” Pemuda Kristian itu cuba mengelak  bagi menjawab persoalan. Dia turut mengajukan persoalan kepada saya.

“La, kamu harus jawab soalan saya dulu baru saya jawab soalan kamu.” Saya bertegas mahu jawapannya. Riak air mukanya kelihatan berubah. Senyumnya juga semakin kelat.

“Baik saya jawab.” Akhirnya dia akur dengan kehendak saya.

“Injil hanya ada satu kitab sahaja.” Tegas beliau.

Limaza hakaza? Injil laisa wahdah faqad, (Kenapa begitu? Injil bukan satu sahaja. Injil banyak bilangannya. Banyak cetakkannya, antaranya versi Matthew, Lukas, John. Apa yang saya faham dari pembacaan kitab dari penulisan seorang Syeikh (Syeikh yang dimaksudkan saya ialah Syeikh Ahmed Deedat), Injil bukan kalam Tuhan. Kerana Injil telah diseleweng oleh penulis yang menipu. Di dalam Injil menceritakan bahawa David yakni Nabi Daud a.s telah berzina sehingga melahirkan keturunan Yesus iaitu Isa al-Masih. Bagaimana seorang Nabi boleh berzina?” Saya menjawab lantas memulangkan paku buah keras kembali kepadanya.

Bible Matthew (1: 6) menyebut: “Dan raja Daud telah  melahirkan Sulaiman melalui isteri Uriah.”

Lihat pula dalam Samuel II, fasal 11 yang menceritakan Daud merampas isteri Uriah dan berzina dengannya.

Dalam perbahasan lain buku ‘Adakah Bible Kalam Tuhan?’ menyebut bahawa:

Asalnya di dalam Acts (2:30) mengatakan: “Sesungguhnya Jesus merupakan hasil terulung daripada sulbi (benih keturunan) Daud.”

Kelihatan wajahnya sedikit cemas. Dia juga turut mengesahkan Injil yang saya sebutkan, tetapi tidak ada jawapan yang tepat mengenai bilangannya.

“Penulisan mengenai Nabi Daud a.s ataupun David di dalam Injil itu mungkin tersilap tulis. Dan kalau Nabi Daud a.s telah berzina, dia mungkin telah bertaubat kepada Allah SWT selepas melakukan perbuatan itu.” Jawabnya sambil memandang ke lantai kaki lima. Saya tenung gelagatnya.

Gelak hati kecil saya apabila mendengar jawapannya. Betapa keraguan yang dialami berjaya menerbitkan kecelaruan jawapan dan fakta.

“Bila penulis-penulis Injil itu hidup?”

“Mereka hidup ketika zaman Nabi Isa a.s.” Sekali lagi beliau melakukan kesilapan fakta dalam berbicara.

“Tidak, di dalam Injil menyebut bahawa mereka hidup beratus-ratus tahun selepas kematian Nabi Isa a.s.” Jawab saya. Tiada tindak balas drastik darinya. Saya sedikit lega.

Saya merujuk kepada penulisan Syeikh Ahmed Hoosen Deedat di dalam bukunya: “Pendapat mengatakan Matthew adalah pengarang kitab Injil Matthew tidak benar kerana Matthew yang dianggap pengarang Injil ini hidup 300 tahun selepas kewafatan Nabi Isa.”

“Kamu lebih tahu dari saya.” Dia memuji saya kerana berjaya menjawab persoalannya dan menceritakan pula berkaitan isi kitab Injil.

“Tidak, kamu sepatutnya lebih tahu dari saya, sebab kamu beragama Kristian.” Balas saya.

“Jika Nabi Daud a.s berzina, sedangkan dia nabi utusan Allah – apa hukum baginya?” Saya cuba menguji dengan mendatangkan soalan-soalan yang direka sendiri. Dengan persoalan pelik itu sebenarnya kita mampu mempertahankan hujjah kita dan mematahkan hujjah musuh dengan singkat. Tanpa banyak bicara.

“Dalam agama Kristian hukum zina adalah rejam.”

“Bagi kami yang beragama Islam, syariat Islam menetapkan bahawa hukuman rejam bagi penzina yang sudah berkahwin dan yang belum berkahwin disebat sehingga seratus rotan.” Jawab saya. Dia turut membetulkan kesilapan saya dalam berbahasa arab. Ternyata, dia bukan seorang pemuda yang langsung tidak tahu apa-apa pengetahuan.

“Apa yang kamu faham tentang kalimah LAILAHAILLALLAH?” Soalnya inginkan kepastian.

“Saya memahami bahawa kalimah itu ialah kalimah tidak mensyirikkan Allah. Sesungguhnya mensyirikkan Allah SWT adalah dosa besar. Kalimah itu sambungannya ialah MUHAMMADRURASULULLAH. Nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah SWT menjadi pesuruh Allah SWT. Itu kalimah syahadah.” Sengaja saya menyebut kalimah itu menjadi sempurna kerana menurut kefahaman saya, orang Kristian memang mengakui Allah SWT adalah Tuhan mereka, tetapi mereka seakan menafikan kenabian Rasulullah SAW.

Saya terus melihat reaksinya, mana tahu dia ingin mengulang kalimat itu menjadi LAILAHAILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH . Saya merenung jauh dalam ke kornea matanya. Dia tetap tidak menyebut kalimah itu sepenuhnya. Jika dia mengucapkan kalimah agung itu, kemungkinan besar dia telah menjadi muslim!

Sekali lagi soalan berkenaan dengan makna Injil ditanyakan kepada saya. “Ma ma’na Injil?” Pelik sekali, mengulang soalan yang sama walau sudah terjawab. Apakah ini salah satu strategi dia untuk mendapatkan kemenangan dalam berhujjah?

Kali ini saya diam, dan saya kembali bertanya kepadanya. “Apa makna kitab Injil?”

“Injil ialah khabar kegembiraan.” Jawabnya ringkas. Saya terus menulis kata-katanya di atas kotak kitab. Mahu meneliti secara lanjut berkenaan maknanya.

“Kenapa kamu tulis?”

“Sebab saya mahu mencari maknanya, mahu bertanya kepada syeikh-syeikh kami dan mahu membaca berkaitan dengannya. Ia adalah ILMU baru bagi saya.”

“Bagus.”

Ismak eh? Ma ismuka?

“Ana Muhammad Farid. Enta?”

Diakhir perbualan dan perbincangan, dia memperkenalkan dirinya. “Ana Wa’id bin Jamil.” Katanya dia datang dari sebuah daerah di selatan Mesir. Tempat yang bernama Aswan – tempat di mana terdapat ma’bad patung-patung Firaun besar dan kesan peninggalannya dahulukala. Jauh perjalanan ke Aswan memakan masa hampir sehari perjalanan menggunakan keretapi.

Berakhirlah sebuah perbualan dan pertemuan yang mengujakan. Begitu menguji minda dan pancaindera! Allahhu Rabbi.

SYUKUR

“Kalau enta tak tahu jawab mungkin dia akan persoalkan sehingga boleh kufur kepada Islam.” Jawab Ahmad setelah saya menceritakan peristiwa yang berlaku itu.

“Jika enta boleh jawab, dia akan terus lari.” Sambung beliau lagi. Saya turut menyetujuinya.

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana nikmat Islam dan Iman masih melingkungi diri. Allah SWT menjaga diri ini, memelihara dari sebarang dakyah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Alhamdulillah atas secebis ilmu yang diberikanNYA. Moga selama-lamanya di atas landasan kebenaran, landasan yang sama dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para ulama’. Peliharalah kami Ya Allah.

Tak terbayang bagaimana ketika saat itu saya langsung tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang agama saya sendiri. Nescaya amat mudah diratah musuh tanpa mendongak ke atas lagi. Barangkali hanya mampu diam dan terus diam membatu atau membiarkan mereka persoalkan sehingga menimbulkan kekeliruan yang panjang.

Justeru, saya menyeru pada teman-teman seperjuangan di luar sana, persiapkanlah dirimu dengan apa jua bekalan. Usah dibiarkan kosong tanpa pengisian. Dibimbangi mudah musuh merobek jantung dan hatimu hingga kelelahan. Percaya, perkara ini tak terhenti dan akan terus berjalan selagi mana bumi tidak bertemu titik noktah. Selama mana putaran bumi tak terhenti dek kiamat yang tiba.

Majalah ‘Awake’ keluaran ke-8, September 1957, halaman 13, ianya memuatkan satu kenyataan kontroversi yang mengungkapkan di sana terdapat 50 000 kesalahan di dalam Bible.

Ironinya, walau apapun lantunan bicara. Injil asal ketika era Nabi Isa a.s adalah benar dan Bible kini bukan kalam Allah!

5:31PM, 4 Januari 2010,
Siberbay, Tanta.


Comments (47)

salam…

Ya ustaz, gementar pula saya meletakkan diri saya di tempat ustaz ketika bertemu dengan orang tersebut. Entah apalah yangs aya akan jawab….

ilmu agama saya yang semakin cetek kekeringan… bilalah hujan untuk memenuhi ruang ilmu itu…

kalau saya perhatikan,ramai sahaja yang mampu untuk berdebat tentang agama ini…tetapi jarang sekali mampu memberi kesan pada target. Mengapa? antaranya…. ramai yang berdebat itu juga seolah tidak beriman pada ayat-ayat yang disebutkan…jiwa masih lagho dengan dunia dan tidak buat apa yang dikatakan….(suraf saff ayat 1-3)

maaf ustaz,andai pandangan saya ini melampau. walaupun saya jahil dalam bidang agama, tetapi saya juga rasa rugi bila mereka yang bijak berdebat tetapi tidak menjadi hamba Allah yang taat. hanya pandai berkata-kata. Bgi saya, hanya suara dari hati yang benar-benar cintakan Tuhan dan takutkan Tuhan itulah yang banyak memberi kesan dalam merubah sesuatu…..
Semoga ustaz diberi kekuatan untuk terus berdakwah bersama para pejuang yang lain menuju Ilahi… juga saya suatu masa nanti… :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Tronx013: Ya ustaz, gementar pula saya meletakkan diri saya di tempat ustaz ketika bertemu dengan orang tersebut. Entah apalah yangs aya akan jawab….

Mungkin kamu boleh jawab salam, ucapkan syukran, kemudian…. ana ista’zin awwalan. Lari!

Jika kamu duduk di kawasan sahara tentu saja hujan susah mahu turun, jadi duduklah di kawasan tanah yang menerima hujan dengan begitu banyak.. hehe.

Benar, saya tak menyangkal dakwaan ini. Realiti memang berlaku sebegitu. Justeru, berusalah untuk istimrar dan istiqamah dalam melakukan amalan yang dia sampaikan kepada orang lain. Pesan untuk diri dan orang lain, perbaiki diri dan orang lain.

Tidak adanya yang melampau. Kamu sedang cuba memperkembangkan entri. Syukran!

Maksud (bijak berdebat tetapi tidak menjadi hamba Allah yang taat) ini ditujukan kepada siapa?

Semoga kamu mendapat hujan rahmat, kasih sayang dan ilmu dari Allah SWT.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

assalamua’laikum..

hehe…cadangan yang bagus tu.. tapi biasanya,orang sebegitu lebih mengenali mangsanya. Mereka bukanlah berjumpa dengan orang sebarangan. Mereka punya target dan tujuan.

inshaAllah,semoga kita semua diberi rahmat daripadaNya..

kata-kata yang agak tak sedap tu tiada target khusus untuk dikenakan.sekadar kata-kata umum untuk ingat mengingati hati yang alpa.. :) ..
Tronx013´s last blog ..Ayuh Menimba Ilmu Setulus Semangat Di Hati   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Wa’alaikumsalam,

Sebenarnya tak juga. Ada sesetengah kes mereka mencari mangsa yang boleh dijadikan mangsa. Buktinya di Malaysia, maklumat sebelum ni menunjukkan bahawa ramai Melayu Islam murtad.

Alhamdulillah, peringatan itu adalah penting sesama muslim.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam ustaz. Menarik.

Dekat sini dulu, waktu kecil-kecil di tahun pertama dan di tahun kedua pengajian, sering didatangi mubaligh-mubaligh Kristian sewaktu dalam perjalanan mahu ke kuliah. Muda-muda, yang perempuan comel-comel dan lelakinya tampan-tampan. Berpewatakan baik dan bersopan. Bahasa Inggerisnya mantap, tidak seperti orang kebanyakan. Yang pasti, sesiapa yang berjalan seorang tidak berteman, paling sering menjadi sasaran.

Pernah, saya ditahan sekali, seorang perempuan dan seorang lelaki. Di tangan kedua mereka, sebuah kitab Bible terjemahan Inggeris serta risalah-risalah berkenaan Kristian. Selepas memberi ucapan ‘Hello’ dengan senyuman menawan, saya diminta meluangkan masa barang beberapa minit sebelum pulang. Ketika itu, saya metah benar, baru beberapa bulan memijak negeri orang. Pesan senior, kalau tidak tahu, berdiam dan katakan mahu pulang segera. Jangan pandai-pandai bermain bahasa. Tuhan, rasanya saya terlupa pesanan tersebut ketika itu.

Terus, ditanya kepada saya satu soalan.

“Mengapa di dunia ini ada kawan baik dan kawan jahat?”

Eh, soalan apakah ini? Otak saya tidak bisa memproses fikir ketika itu. Tetapi mulut saya pantas menjawab, ‘Eh, tak seronoklah kalau semua orang baik-baik sahaja. Itu bukan dunia, itu syurga.’

Lebih kurang bunyinya jawapan saya. (peristiwa lama, ingat-ingat lupa). Waktu itu, ‘bantai sahajalah labu’. Yang pasti, wajah kedua mereka selepas itu tak akan saya lupa. Terus, saya minta diri untuk pulang. (Buat agak-agak berani, padahal dalam hati, ‘Ya Allah, selamatkanlah hambaMu ini’)

Hehe, balik jalan terus laju separuh berlari. Seram.
Balqis´s last blog ..Ketika Salji Bertasbih   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0

Alahai, ingat letak gambar boleh ganti icon tersebut, tak boleh rupanya. Langsung, harus bagaimana ya ustaz, mahu ubah avatar tersebut?
Balqis´s last blog ..Ketika Salji Bertasbih   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam..

saya pernah tanya ustaz soalan tu, ustaz jawab :

“kamu ke http://www.gravatar.com. Silalah daftar dan ganti dengan gambar yang menarik! ”

:)
Tronx013´s last blog ..Ayuh Menimba Ilmu Setulus Semangat Di Hati   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam kembali.

Syukran. :)

*Ini komentar testing. Hehe.
Balqis´s last blog ..Ketika Salji Bertasbih   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Akhi Fadzli sudah menjawabkan. Ikuti saranannya.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam, Alhamdulillah. Akhirnya kamu berkata-kata selepas diam beberapa ketika.

Balqis: Yang pasti, sesiapa yang berjalan seorang tidak berteman, paling sering menjadi sasaran.

Bukan saja bimbangkan mereka, tetapi bimbing juga akan keselamatan daripada berlaku jenayah. Elakkan bersendirian terutamannya wanita.

Balqis: “Mengapa di dunia ini ada kawan baik dan kawan jahat?”

Eh, soalan apakah ini? Otak saya tidak bisa memproses fikir ketika itu. Tetapi mulut saya pantas menjawab, ‘Eh, tak seronoklah kalau semua orang baik-baik sahaja. Itu bukan dunia, itu syurga.’

Jawapan yang mengandungi mesej kelucuan.. hehe. Bagus! – Tanyakan kembali, kenapa Allah ciptakan Syurga dan Neraka?

Sekarang ini mereka masih bergerak bebas di sana atau tidak? Bagaimana dengan junior-junior kamu, sudah pesankan pada mereka?

Teknik dakyah – menggunakan wajah tampan dan cantik sebagai umpan. Manusia lebih suka mengikut kata dan terpengaruh pada manusia yang cantik.

Lihat saja, penjual karpet Pakistan. Para wanita dan ibu-ibu mudah cair lantas membeli barangan mereka walaupun tiada duit hingga sanggup berhutang! Penangan cerita Hindustan.

Ini lebih berbahaya di Malaysia, hati-hati. Mubaligh kristian cuba mendekati wanita-wanita melayu sehingga membuatkan mereka jatuh cinta, lalu kahwin. Syaratnya harus murtad! Nauzubillahhiminzalik.

Hati-hati yang teman!  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

mantap st faid tu..satu experience yg mahal..teruskan usaha anta..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Sangat mahal dalam sejarah kehidupan saya. Terima kasih Bromz. Mungkin kita pernah kenal atau tidak barangkali.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam pagi ustaz. Banyak ilmu kakpah dapat di sini. Teringat juga cerita2 anak buah yang pernah belajar di azhar..
kakpah´s last blog ..Mari berkreativiti   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Mujur di sini masih pagi. Jadi bolehlah jawab kembali – Selamat pagi juga!

Pernah itu memaknakan bahawa mereka sudahpun menjadi graduan. Agaknya siapa mereka? Mungkin dah lama barangkali.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam akhi,
great article! Boleh jadikan panduan, dan peringatan utk bersedia.

ana bab2 berhujah ni lemah sikit. Ada sekali kawan seofis, dia American, tanya pasal anjing sbb dia anggap anjing mcm keluarga. jenuh jugak menjawab. Kalau dia tanya bab bible, ntah la mcmn… Pernah juga beberapa kali mubaligh kristian datang ketuk pintu rumah, bagi artikel dan ‘tazkirah’, ajak berbincang dsb. Nasib baik depa tak sentuh bab akidah, tp banyak kepada isu sosial dan ajakan ‘kembali ke jalan Tuhan’. Orang putih mmg banyak masalah sosial, tak terbendung. Biasanya ana bgtau I’m a Muslim, dan layan la berbual kat pintu sebelum depa pi ke lain.
abu aiman´s last blog ..Nothing at all…   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam Abu Aiman,

Sudah lama tak bersua. Apa khabar?

abu aiman: Orang putih mmg banyak masalah sosial, tak terbendung. Biasanya ana bgtau I’m a Muslim, dan layan la berbual kat pintu sebelum depa pi ke lain.

Iya, kononnya mahu membawa kepada kebenaran walhal diri dan umatnya sendiri penuh dengan masalah sosial yang tak terbendung lagi. Kita juga sedang menuju ke arah itu.

Jika dia tanya soalan pelik-pelik cuba gunakan ayatnya kembali untuk dijadikan soalan timbal balik.

Oh, berkenan anjing? Apa soalannya ya?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam ustaz,

Alhamdulillah sihat. Selalu menjengah, cuma tak tinggalkan jejak jer. Busy sikit la ni, packing2 nak balik Malaysia dah.

Pasal anjing tu, dia tanya betul ke orang Islam tak boleh bela anjing? Babi macamana pula? Jawapan ana lebih kepada menjelaskan dua binatang ni lebih banyak mudarat drpd kebaikan, sebab itu ia dilarang. Kalau enta ada point2 yg lebih bernas boleh la kongsi.
abu aiman´s last blog ..Nothing at all…   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Oh, dah nak kembali ke Malaysia rupanya. Dah tamat pengajiankah? Atau balik bercuti.

Selain memudharatkan, masalah anjing dan babi adalah perkara ta’abbudi. Tidak dapat tidak setiap muslim wajib patuh kepada perintah Allah – al-Quran dan Sunnah melarangnya. Full stop.

Sebab kadang-kadang kalau kita beralasankan mudharat semata-mata, arak juga boleh dipertikaikan oleh orang kafir. Sebab arak juga punya manfaatnya. Jadi ini masalah perintah.

Para sahabat memecahkan botol arak setelah mendapat larangan dari Allah SWT.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Alhamdulillah, nak balik terus. Kena start kerja dah, puas dah mengaji, hehe.

tu la, kat anak2 menakan sendiri bila depa tanya memang jawab macam tu. Bila mat saleh tanya dok jawab guna fakta dan justifikasi akal semata-mata. Ketaq lutut kot. Takpa lepas ni kena bagi firm answer.

Jazakallah.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam

Tahniah di ucapkan kerana berjaya menundukkan juga menerbitkan kecelaruan jawapan dan fakta kepada dia. Alhamdulillah, kerana pengisian ilmu sudah mampu menundukkan mereka-mereka.. Teruskan perjuangan. Sejak mai kenal blog ini, dah banyak dapat dengan membaca dan terus membaca betapa banyak ilmu yang perlu di cari gali lagi.

Terima kasih di atas perkongsian berharga….
MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Indahnya Kehidupan ~*~   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Pertama sekali ketika postingkan entri ini, saya sudah ditanya oleh seseorang. “Tajuk di atas memeningkan orang.”

Saya katakan padanya, “Itukan ada tanda soal..”

Terpulang bagaimana mahu menilainya. Apa yang penting di sini ialah tahu membezakan antara Injil dan Bible. Kitab Injil memang pernah diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Isa. Dan Bible adalah kitab tipu yang menggunakan nama Injil, pada sudah terpesong.

Mudah bukan?

Jika kita hampir kewalahan, gunakan teknik soal balik. Sama-sama, semoga Allah SWT terus mencurahkan Ilmu untuk diri dan kalian.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam

Ya mudah bagi sesiapa yang membaca, berfikir dan faham. Bagi yang membaca tapi lain yang di faham.. memang payah… berbagai persoalan pelik yang di timbulkan.
MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Indahnya Kehidupan ~*~   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Sebab itu kita ada konsep baca kemudian tak faham tanya. Bila senyap pendam sendiri kelak kesalahfahaman itu akan merosakkan diri. Bagai kanser yang terus membarah dalam diam.

Sungguh untuk saya bawakan contoh pelajar-pelajar Mesir, mereka gemar berinteraksi dengan pensyarah – berani bertanya soalan jika tak faham.

Saya syorkan kepada sesiapa yang mahu baca – gunakanlah akal fikir yang Allah bagi.

Harap kamu juga memahami artikel saya. Terima kasih.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam..

Artikel ini mudah di fahami…. hayati, baca dan faham
terima kasih..
MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Jadi terbaik?? ~*~   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Alhamdulillah.. semoga pembaca yang lain-lain juga begitu.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam. Alhamdulillah akh blh deal dgn perkara mcm ni. klau sy, xtau la. rsa diri ni mmg blm mantap & blm blh nk berdebat dgn org mcm ni, nk xplain utk yakinkn mereka ttg Islam. insyaAllah, sy amik pgajran dr kisah ni.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Kadang-kadang kita tak terfikir pun perkara itu akan berlaku. Tapi sekurang-sekurangnya ada juga sesuatu sebagai bantuan.

Banyakkan membaca, Insya’Allah ia akan membantu kamu dalam segenap hal. Pohon keselamatan dari Allah SWT selalu.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam.. tahniah ust..kalau saya mungkin mintak diri dan terus tersenyum pergi..takut jgak nak menjawab soalan sebegitu andai ilmu tak mantap..bahaya..takut dimanipulasi oleh ‘kristian’.. sangatt bahaya…

pe2 pun teruskan mencoret ek ust..

p/s: banyak beli kitab?letak gambar pun ok gak kan :-)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Ya, kalau rasa tak yakin elok beredar saja. Jangan dilayan mereka. Memang bahaya, kebanyakkan gadis melayu terjebak dengan lelaki india kristian sehingga murtad. Banyak kes sebelum-sebelum ini.

Hati-hati jika ada orang berikan minuman atau apa saj makanan.

Banyak, sebenarnya saya sedang menunggu gambar dari kamera kawan. Cadang nak letak gambar. Tapi gambar pemuda kristian itu tak adalah sebab tak sempat nak ambil.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Good discussion. Intellectual, not emotional.

Ya, strategi utk mematahkan hujjah musuh ialah menyentuh ‘their weakest point’ tapi jika tiada ilmu, jahil tentang musuh, amat mudah terpedaya. Kadang2 pertanyaan mereka, tidak terfikir diminda, mahu tergamam dibuatnya, seperti “jika Nabi Muhammad itu seorang ummi, kenapa ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ (bacalah), apakah Allah tidak mengetahui nabi seorang ummi’..pening2..

Orang Kristian Arab pun guna ‘bin’. Mcmana nak bezakan org kristian ni.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Perbincangan kadang-kadang tak perlukan emosi sebenarnya. Terlalu beremosi menyebabkan dakwah tersangkut di kerongkong.

Benar, golongan kristian ini biasanya akan mengemukakan soalan-soalan perlu bertujuan untuk mewas-waskan minda kita.

Dalam masalah Nabi seorang ummi itu – itulah mukjizat. Bayangkan jika Nabi tahu membaca dan menulis, sudah tentu lagi hebat mereka membantai kita.

Kenapa?

Sebabnya ini sebagai tanda bahawa al-Quran bukan hasil penulisan Nabi SAW. Ianya adalah kalam Allah sebenar-benarnya tanpa penambahan dari kata-kata Baginda SAW. Sampai maksud saya?

Ya, kristian kat sini pun guna ‘bin’ dan memberi salam. Nak bezakannya wanita tidak bertudung, lelaki mempunyai tatoo salib di lengan.

Saya juga pening mula-mula sampai Mesir dulu.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam ustaz,

jika saya di tempat ustaz, memang saya sendiri tak pasti boleh jawab seyakin ustaz atau tidak

betullah apa pun kita sendiri perlu kukuhkan pengetahuan dan iman sebagai persediaan.

dimana saja mungkin boleh mengelirukan kita tak kira tempat atau masa.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Justeru, pesanan buat diri dan kalian.. bersiap sedialah.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam aleik.
Maaf jika penulisan saya agak lain dari apa yang dibicarakan. Sememangnya saya bukanlah yang selayaknya untuk memberi pendapat. Ilmu saya tidak setebal mana. Namun, benar kata saudara, apabila berdepan dengan mereka yang bukan beragama Islam, paling tidak, biarlah asas agama Islam itu kukuh berada bersama kita. Dan, paling penting, mesti selalu tenang dan yakin dalam berbicara tentang agama kita. Jangan biar mereka memandang Islam sebagai satu agama yang sangat ekstrim dan rigid. Memang perlu penerangan yang solid dan mendalam, namun pada pendapat saya, apabila kita berniat untuk memperkenal agama kita, biarlah ianya berlaku dalam suasana yang paling ceria dan ringan. Contohnya, seperti kanak-kanak pra-sekolah yang belum mengenal apa-apa, bukankah dengan permainan, nyanyian, senyuman manis dari guru mampu mengubah semua? Begitulah seumpamanya.. Islam itu indah dan tidak memaksa bukan? Jadi sama-samalah kita membawa Islam dengan penampilan diri dan akidah kita dengan sebaik mungkin. Oh, seperti yang saya katakan, saya bukanlah yang terbaik untuk memberi pendapat, saya sering lalai dan alpa. Sekadar mahu berkongsi apa yang tersirat di hati..Apa pun, terima kasih :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

FarhahNur: apabila kita berniat untuk memperkenal agama kita, biarlah ianya berlaku dalam suasana yang paling ceria dan ringan. Contohnya, seperti kanak-kanak pra-sekolah yang belum mengenal apa-apa, bukankah dengan permainan, nyanyian, senyuman manis dari guru mampu mengubah semua?

Saya setuju jika mereka turut memberikan layanan begitu. Maksudnya cara perbualan, perdebatan yang tak mengundang emosi keterlaluan. Mungkin perbincangan boleh dilakukan dengan cara baik.

Serapan dakwah sememangnya harus bermula sedari kecil – seperti contoh saudari bawakan. Kenalkan anak-anak dengan aqidah sebenar, ajarkan agama kepada mereka dengan cara yang santai.

Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan hiburan dan nyanyian.

Na’am, Islam tidak memaksa orang kafir untuk masuk Islam. La ikraha fiddin, qod tabayyana rusy minal ghai faman yakfur bittoghut..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Dari cerita kat atas tu, saya jadi pelik dengan mubaligh kristian. Bila diorang berdebat, sebagai contoh, berdebat dengan ustaz dan sudahnya mereka dapat tahu konklusinya, fahaman mereka salah dan tak pernah benar.

Biasanya manusia normal lepas tahu mereka salah, mereka akan mencari kebenaran dan rasa bersyukur kerana sudah mendapat tahu.

Tapi, bila baca saya jadi wonder, apa intentions diorang eh. Diorang dah tahu diorang salah dan diorang nak bawa orang lain ke jalan salah juga.

Agama tak macam tu.

Sudah kira terang lagi bersuluh tidak boleh diikuti tapi mereka tetap tak sedar diri dan seolah kekal mencari mangsa. Seperti jika berjaya membawa sesorang ke jalan salah itu, mereka ada habuannya. Pelik.
Huda´s last blog ..Lapang Hati   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Allah SWT telah gambarkan sejak bermula penurunan al-Quran lagi bahawa orang kafir ini degil. Baca ayat al-Baqarah:

6. Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada Engkau beri amaran kepadanya atau Engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

7. (dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa Yang amat besar.

8. Dan di antara manusia ada Yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

9. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang Yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

10. Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

:)
Huda´s last blog ..Menarik   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam ustaz :)

Secara jujurnya saya kata ustaz sudah buka ruang yang besar utk dia tu berfikir, tidak hairan jika hidayah itu datang melalui perbualan itu melembutkan hatinya utk menerima Islam dalam hidupnya.

Tahniah, moga nikmat Islam itu terpancar ke dalam hatinya
Abd Razak´s last blog ..Harapan dan takut   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Amin, semoga begitulah kehendaknya. Selepas saja kami berbual, dia terus angkat kaki pergi. Beberapa kali juga saya melihat dia termenung. Saya tanya padanya, “Buku apa kamu beli?”

“Buku masehi (Kristian).”

Moga Allah memberikan hidayah kepada mereka.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Terima kasih berkongsi kisah yang menambahkan ILMU. ILMU adalah asas segalanya kerana itu kita MESTI mengejar ILMU dan mengamalkan dengan IKHLAS dan ALLAH akan menghidupkan roh ILMU dalam jiwa kita. Malangnya kita suda ketepikan semangat mengejar ILMU. BErapa ramai dikalangan umat Islam yg suka membaca apabila zaman persekolahan tamat?? Semuga entri ini memberi suntikan hidayah kepada saya.
denaihati´s last blog ..Cadangkan HADIAH untuk contest baru.   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Selamat datang diucapkan Denaihari.

Tahap pembacaan di kalangan masyarakat Malaysia masih lemah. Mahu maju? Banyakkan membaca.

Semoga suntikan taufiq dan hidayah selalu bersama anda dan saya serta kalian. Ameen.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

waaah..???

(tak terkata)  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Saya juga tak terkata untuk menjawabnya. :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

assalamualaikum
alhamdulillah.. mampu nta menjawab persoalan yg diutarakan pemuda tersebut..
dpt ana rasakan.. masih byk ilmu ttg agama Islam yg masih ana belum pelajari..
ada seorang sahabat ana.. yg menuntut di univ albayt jordan.. seorang bekas sister.. bagus sekali bila bersahabat dengannya kerana dr situ dapat kita persiapkan diri bila bertemu dgn golongan2 seperti itu..
NoRuLLiSzA´s last blog ....FeBuAYiR ;D…   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Wa’alaikumsalam,

Saya juga merasakan saya masih dhaif dan banyak ilmu yang tak diketahui. Rasanya baru sebesar zarah mengetahuinya, bahkan mungkin lebih kecil dari itu.

Marilah, di waktu yang ada kita terus mempelajarinya.

Hati-hati juga bersahabat dengannya ya. :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

kenapa nta nasihatkan berhati2 bersahabat dgn nya??

semenjak bersahabat dgnnya.. selalu dgr rintihannya mengenai perangai or akhlak yg dipamerkan sahabat2 beliau di sakan jamiah.. ya.. ana hanya sekadar mendengar dan sdkit sbyk menasihatinya.. tau saja.. masalah2 akhawat klu tidak sama fikrahnya..

insAllah.. dgn sesama muslim juga.. kita kena sentiasa berhati2..
NoRuLLiSzA´s last blog ....FeBuAYiR ;D…   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Post a comment

-Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh-

CommentLuv Enabled

Optionally add an image (JPEG only)

35 visitors online now
35 guests, 0 members
Max visitors today: 57 at 08:24 am UTC
This month: 70 at 03-05-2010 04:28 am UTC
This year: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC
All time: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC