Deruan enjin bas mengaum garang. Bas yang memakai tanda nama Mercedes itu merangkak agam memasuki sebuah kawasan. Kelihatannya persis kem tentera yang gah menjaga perbatasan. Sekitarnya dikelilingi pepasir kuning yang luas saujana mata memandang.

Pandangan mata dilemparkan ke luar jendela bas. Sejurus kemudian kedengaran lantunan suara musyrif kami mengisyaratkan bahawa sudah tiba di destinasi lawatan.

Destinasi pertama selepas melalui Terusan Suez ialah kawasan yang digelarkan sebagai Panorama Berlief. Sememangnya ia adalah sebuah kubu kem tentera tinggalan tentera Israel yang menjadi tugu memorial penting kepada Negara Republik Mesir. Punya kisahnya tersendiri.

Kaki menapak perlahan bersama segerombolan mahasiswa Tanta yang lain diiringi dua orang lelaki anggota keselamatan Mesir. Mereka berdua mengenakan pakaian tentera berceloreng hijau dan sedikit kekuningan – segak bergaya.

Saya menarik nafas sebentar. Udara nyaman pagi itu disedut melepasi rongga trakea. Segar dan mendinginkan.

Serpihan musim syita’ masih berbaki ketika jelajah sinai 2007 itu berlangsung. Saya mengenakan pakaian sadri dan jaket kulit hitam bagi menutupi badan dari kedinginan menggila. Ia bagaikan mengigit tulang dan segenap rongga tubuh.

Kedua belah cuping telinga cuba menyerkup satu-satu kalimat yang dituturkan tentang Panorama Berlief beserta sejarah asal usulnya. Lancar dan jelas pemuda Mesir berkulit kuning langsat itu menuturkan kata-kata. Sesekali terbit beberapa potong ayat al-Quran menguatkan cerita.

Saya sudah sepakat bersama seorang teman untuk merakamkan perjalanan itu bersama. Pelbagai sudut kubu dan tinggalan sejarah kami rakamkan sehingga kehabisan ruang memori kamera.

“Alamak, memori habis space. Macammana nak ambil gambar ni.” Getus hati kecil. Saya turut memberitahu Akmal masalah yang dihadapi. Ah, destinasi pertama kamera sudah meragam.

“Oh, rupanya silap setting. Tersilap setting ukuran saiz gambar rupanya.” Pixel yang begitu tinggi membuatkan ruang memori kamera agak terhad.

SEJARAH PANORAMA BERLIEF DI SINAI

Daerah Sinai jika dilihat melalui lakaran peta bentuknya seperti pulau tiga segi membujur ke selatan. Keluasan dataran Sinai ini melangkaui 61 ribu km² dan diapit oleh dua Teluk utama iaitu Suez dan Aqabah.

Sebenarnya kawasan dataran Sinai ini bukanlah mempunyai apa-apa khazanah harta galian kerana ianya dikelilingi oleh batu-batu kelikir jalan, padang pasir menguning dan gunung-gunung batu yang bisu. Namun bisunya Sinai terselit ratusan cerita sejarah zaman berzaman.

Sejarah menyaksikan bahawa bumi Sinai pernah menjadi medan pertelagahan dan peperangan besar antara Mesir dan Negara-negara sekitarnya. Bahkan ia pernah dijajah sebanyak lebih kurang 15 kali semenjak berlalu era pemerintah Mesir kuno.

Penjajahan terakhir pernah dilakukan oleh Israel, akan tetapi berjaya dibebaskan semula oleh tentera Mesir sewaktu perang Oktober 1973. Tarikh keramat ini menjadi cuti umum setiap tahun di seluruh perlembahan Nil.[1]

Kami warga Malaysia yang menuntut di sini juga turut sama merasa tempias cuti pembebasan Sinai dan Suez.

Antara monumen perang tinggalan Israel di Sinai ialah kubu Panaroma Berlief. Iaitu destinasi pertama jelajah Sinai kami. Kerana itu saya tidak melepaskan peluang keemasan itu untuk menyelinap masuk ke serata kubu besi dan merakamkan gambar di segenap jihat.

Puncak kubu kami daki, lorong-lorong rahsia di dalam tanah kami jejaki, parit-parit besi kami lalui dan segala macam objek ketenteraan cuba diteliti.

Saya tergamam sejenak melihat besarnya meriam bedilan yang tersadai di bawah kubu. Itulah kali pertama sepanjang hidup di dunia saya melihat meriam sebesar itu. Entah manusia mana yang meninggal dunia terkena bedilan ganas peluru meriam tak bermata tinggalan Israel.

Cukuplah serangan sadis Israel ke atas penduduk Palestin sehingga kini menjadi bukti pembantaian dan kecelakaan yang menimpa umat Islam. Bayangan kehancuran rumah kediaman, percikan darah pekat dan mayat bergelimpangan seolah-olah bermain di kotak minda. Jiwa teramat berang mengingati hal ini. Kejam!

Selain meriam, terdapat tinggalan barangan Israel lain seperti pakaian tentera, topeng gas, ubat gigi colgate, senapang, mesingan, topi, bendera bintang berbucu enam dan pelbagai jenis kelengkapan ketenteraan yang lain.

Saya bersama Akmal terus mendaki puncak kubu melalui anak-anak tangga yang disediakan. Terdapat dua patung firaun hitam yang sengaja didirikan menuju laluan ke puncak. Motif pembinaan, tidak saya ketahui sehingga kini.

Teropong di puncak kubu menjadi perhatian saya dan rakan-rakan. Dari kedudukan itu kami mampu melihat deretan kapal-kapal yang berlayar di sepanjang Terusan Suez. Tentu sekali teropong ini juga pernah digunakan suatu ketika dulu untuk mengintip tentera Mesir di sempadan hujung sana.

CAMPUR TANGAN ULAMA’

Riwayat sejarah menceritakan bahawa kubu yang terdapat di Panorama Berlief itu sangat kuat dan kukuh untuk ditembusi oleh pihak Mesir. Berkali-kali tujahan peluru dihamburkan, namun tidak memberi sebarang kesan untuk menggugat kedudukan musuh.

Cerita ini bertambah menarik dan ajaib! Terpaku selincam mendengarnya.

Kubu ini akhirnya berjaya dirampas kembali oleh kerajaan Mesir pada tahun 1976M atas nasihat ulama’ Mesir ketika itu. Kaedah tawanan kubu yang disyorkan ialah hanya dengan menggunakan semburan air!

Kaedah yang menyebabkan logik akal menyangkalnya. Tetapi itulah hakikat kebenarannya!

Maksud hadis: Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).” (H.R Ahmad)[2]

Ingat, ulama’ itukan pewaris para anbiya’.

4:26PM, 2 Januari 2010
Siberbay, Tanta.

____________________________________________________________________________

[1] Panduan Ke Mesir dan al-Azhar, Keluarga Mahasiswa Aceh, Cairo.
[2] 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman, Abu Ali al-Banjari an-Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam), Khazanah Banjariah.

35 Responses to “Jelajah Sinai: Sejenak Di Panorama Berlief”

  1. MaizaC'Joe says:

    Salam

    takut tengok meriam besar tue.. macam mana la keadaan perang ketika bedilan meriam sebesar tue.. hancur semuanya… kejam tak berperikemanusiaan. Langsung tak mengenal mangsa, hanya kerakusan merampas nyawa manusia, kanak-kanak yg tak berdosa. wanita.. kehilangan suami, suami kehilangan isteri.. kehilangan keluarga tersayang.. Ya Allah… kesan yang di tinggalkan hingga sekarang dan tak kan di lupakan. menjadi sejarah hitam….
    MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Indahnya Kehidupan ~*~ My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  2. Banyak mengembara banyak pengalaman….Ini bukankah Bukit Tursina? maaf saya tidak tahu banyak fakta….
    sonata anak kancil´s last blog ..Anak OK – Ibu OKU My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  3. Nurana says:

    Tertarik pada perkataan terpaku selincam…Ustaz bawa kamus dewan bahasa ke mesirkah? Apapun n3 kali ini sgt menarik kerana banyak pic…tgk pic kdg2 lebih mengesankan berbanding membaca ceritanya..(bukan menidakkan kemampuan Ustaz menyusun idea menulis cerita) berkunjung ke blog ini pun untuk menyantaikan minda….  (Quote)

    ReplyReply
    • Nurana: Tertarik pada perkataan terpaku selincam…Ustaz bawa kamus dewan bahasa ke mesirkah?

      Maksudnya terpaku sebentar. Tak. Saya tak punya kamus dewan bahasa. Lupa pula nak beli. Saya hanya gunakan kamus online. Mahu tahu? Banyakkan membaca, nanti sesuatu akan muncul di sebalik pembacaan.

      Terima kasih ya. Jika ada kesalahan, tolong perbetulkan kerana entri ini juga bakal termuat dalam siri buku ardul kinanah.  (Quote)

      ReplyReply
  4. Tronx013 says:

    salam,

    ustaz, teknik perang yang ulama’ syorkan tu tak diterangkan secara terperinci ke? nak tahu juga. macam hebat je. terkesima bila ulama’ memberi nasihat ketika kebuntuan memerangi kekejaman yang terlalu lama…

    Gambar di atas tu masa ustaz tahun berapa ye?

    p/s- ustaz, maaf,nak tanya, macamana nak tukar gambar ‘pengomen’ (segitiga ungu yang pelik tu? heheh)
    Tronx013´s last blog ..Ayuh Menimba Ilmu Setulus Semangat Di Hati My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
    • Salam,

      Saya dapat maklumat hanya semburan air itu saja, tak tahulah pula bagaimana caranya. Samaada semburan ala-ala FRU atau semburan seperti paip bomba atau semburan menggunakan pesawat seperti meracun tanaman.

      Mungkin juga ada bom air?

      Tahun pertama – nampak muda lagikan? Baru beberapa bulan sampai ke Mesir ketika itu.

      Oh, mudah saja. kamu ke http://www.gravatar.com. Silalah daftar dan ganti dengan gambar yang menarik!  (Quote)

      ReplyReply
      • Tronx013 says:

        salam…

        Tahun pertama rupanya, patut la macam orang malaysia lagi.. la ni sudah ala-ala orang mesir…. berjubah dan beserban…heheh… aura mesir sudah mengalir dalam 5 liter darah ustaz…

        Nampaknya, gambar saya sudah berubah..terima kasih ya ustaz.Mahu tanya sejak tahun lepas lagi,tapi bila buka blog ustaz,excited nak komen je… hehe sampai lupa nak tanya.. :)   (Quote)

        ReplyReply
        • Biasalah, dari tahun ke tahun akan ada perubahannya.. hehe. Sedar tak sedar dah 3 tahun kisah di atas berlalu.

          5 liter darah itu merangkumi berapa beg plastik darah ya? Saya ngeri berbicara soal darah. Tak sesuai jadi doktor agaknya. Mungkin juga sebab darah saya jenis AB+ ?

          Segak gambarnya walaupun kehitaman. Teknik apa yang digunakan? White n blackkah? :)   (Quote)

          ReplyReply
          • Tronx013 says:

            salam…

            hehe..makin lama makin banyak perubahan ke arah makin tua dan semakin lemah….andai panjang umurnya…

            5liter darah tu, kalau ustaz ada derma darah.satu bag tu kalau tak silap 450-500 ml darah diambil…Jadi dalam 10 bag plastik derma darah tu… kalau botol air mineral yang kecil tu dalam 10 botol…

            Saya pun takut juga bab darah masa zaman sekolah dulu,saya takut banyak benda. Seperti yang saya katakan dalam blog.. apa yang saya tak suka,perkara itu yang selalu datang.. apa yang saya takutkan, perkara itu datang.. Jadi,sudah dalam medic ini, semuanya tiada ketakutan lagi melainkan takut bila nak exam dan takut dengan lecturer yang bengis..hehe…

            Teknik gambar tu saya pun tak pasti la ustaz.. saya main dengan contrast,brightness dan midtones sahaja… gambar asal jelas semuanya, sengaja saya gelapkan diri. Orang kata, masih tak yakin berdepan dengan dunia realiti..hihi :)
            Tronx013´s last blog ..Ayuh Menimba Ilmu Setulus Semangat Di Hati My ComLuv Profile  (Quote)

            ReplyReply
            • Takut itu adalah fitrah manusia, semoga kita lebih rasa takut kepada Pencipta kita – Allah SWT.

              Nanti mungkin boleh try guna tekni HUE SATURATION pula. Menarik juga :)

              Usah biarkan ketidakyakinan itu membelenggu hidup anda.  (Quote)

              ReplyReply
  5. Abd Razak says:

    Salam sdra :)

    Indah perjalanan meninjau sejarah di bumi para ambia
    Abd Razak´s last blog ..Masjid… My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  6. Evi LoLyta says:

    salam~
    bestnye jln2 tgk peninggalan sejarah ;)
    Evi LoLyta´s last blog ..Ketika Cinta Bertasbih 2 My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  7. nohas says:

    Wah.. dahsyatnya peralatan perang tentera Israel. Walaupun hebat tapi kalah juga akhirnya…

    sebelah kawat besi tu, dah negara Israel ya..tak nampak tenteranya yang berkawal
    nohas´s last blog ..Masuk Hutan II My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
    • Sedahsyat membedil umat Islam sehingga berkecai.

      Tak, bukan. Itu masih negara Mesir. Belakang itu terusan suez kalau perasan.

      Nanti saya tunjukkan sempadan Israel. Pernah bacakan saya tulis tentang Toba dan Nuweiba sempadan Israel?  (Quote)

      ReplyReply
  8. Husna says:

    bestnya dia berjalan~
    Husna´s last blog ..Aku pandai masak sup ikan tenggiri My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  9. Awrapurnama says:

    tak syak lg, byk berjalan, byk penglmn dapat.. =)
    mngembara~ posmotem diri~  (Quote)

    ReplyReply
  10. Khairi says:

    Salam,

    Jauh perjalanan luas pemandangan. Ngeri tengok mesin gun tu fuh fuh.

    Saya ada buat kontes, link ada kat bawah tu. Jom join! :)
    Khairi´s last blog ..Contest Pertama Drp Aku! – "Siapa Baca Novel Naik Atas." My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  11. nur_syahadah says:

    salam..ni sambungan lagi ek ust?..tapi ape2 pun pengalaman yang berharga utk kehidupan yang bakal dilalui kelak kan..

    semoga dapat berkongsi lagi banyak cerita dengan pembaca ek..  (Quote)

    ReplyReply
  12. sinar says:

    teringat Sinai yang baru sahaja dijejak 2 minggu yang lalu…
    sinar´s last blog ..Hanya Tiga, Tapi Itulah Selamanya My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  13. sinar says:

    tak berani ana nak pergi sendiri
    Alhamdulillah..ana diberi kesempatan menjadi badan pengurus bersama ahli PERUBATAN yang lain membawa peserta, terutama adik-adik tahun 1
    sinar´s last blog ..Al-Amin, Kerinduan Ummah My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply

Leave a Reply

CommentLuv Enabled