Mencuba Theme WordPress

On February 1, 2010, in Diari Penulis, Fakta Umum, Pemberitahuan, by Farid Rashidi

“Dah dekat setahun dok cari theme, tak jumpa-jumpa..” Kata saya kepada Ahmad Rushdi.

“Kalau ada pun mesti ada masalah.” Saya menyambung bicara. Teh panas dan roti fino siap di atas meja. Menjamah roti dan menghirup teh panas di kala musim dingin begitu mempersonakan minda.

Saya seringkali ke rumahnya jika terdapat sebarang masalah blog samaada berkaitan aplikasi penggunaan, css mahupun design. Bantuan beliau banyak membantu dalam pembinaan blog Faridrashidi.Com (FRC) sehingga kini. Terima kasih.

PERCUBAAN THEME WORDPRESS

Semenjak saya menggunakan domain berbayar sehingga kini bermacam jenis theme pernah dicuba, namun ianya tidak kekal lama. Pasti ada masalah teknikal pada lampiran blog samaada di sebelah pihak saya mahu pun pembaca.

Justeru, untuk kali ini saya mencuba theme MiniMag untuk percubaan pertama kalinya. Theme ini juga sudah diubah suai mengikut citarasa yang diimaginasikan pemilik blog. Namun begitu, saya sebenarnya masih baru dalam dunia reka bentuk grafik Adobe Photoshop, dan masih memerlukan tunjuk ajar dari semasa ke semasa. Kredit buat saudara Fahmi Md Yusop dan juga Ahmad Rushdi atas tunjuk ajar.

Untuk percubaan kali ini, saya mengalu-alukan sebarang cadangan mahupun pertanyaan dari kalangan pembaca dan pengunjung blog Faridrashidi.Com. Cetusan idea dan cadangan membina diperlukan agar kesinambungan persembahan blog dan penyampaian lebih efektif serta berkesan terlaksana dengan jayanya.

Anda boleh terus berkomentar di bawah atau boleh juga ke ruang Hubungi untuk menyampaikan risalah kepada saya. Bagi pengunjung baru, kalian boleh terus ke bahagian Link Blogger untuk bersama menggabungkan diri dalam empayar penulisan maya.

TRAFFIK BLOG

Alhamdulillah serta bersyukur kepada Allah SWT kerana saya masih diberi nafas untuk bergerak di halaman dunia dan menjalarkan idea ke segenap urat nadi makhlukMU. Semoga transisi fikrah ini akan terus berjalan dan berjalan dari semasa ke semasa.

Peningkatan dan kestabilan traffik blog adalah amat penting di dalam sesebuah blog. Ini kerana jika blog tidak berpengunjung bagaimana transisi itu akan bergerak? Maklumat terpekup sendiri, info beku tanpa sebaran, ilmu terkandas di persimpangan jalan. Itu pentingnya traffik blog kepada sesebuah blog samaada percuma mahupun yang berbayar.

Mahu mendapatkan traffik blog yang tinggi bukan suatu perkara yang mudah jika bukan dikalangan pembesar negara mahupun artis. Pelbagai ilmu blog perlu dipelajari samaada berkaitan SEO, pengiklanan, promosi, kaedah penulisan dan lain-lain lagi. Kecelaruan dalam penyampaian blog juga adalah penyumbang terbesar kepada keciciran pengunjung. Ini yang saya pelajari dari sifu-sifu blogger masa kini antaranya Ahmadrushdi dan Kak Jie.

Walaubagaimanapun, ingin saya ucapkan sekalung perhargaan kepada semua pengunjung FRC samaada dia adalah pembaca dan komentator ataupun pembaca rahsia.

Penulis perlukan pembaca, pembaca perlukan penulis!

11.28AM, 1 Februari 2010,
Siberbay, Tanta.

32 Responses to “Mencuba Theme WordPress”

  1. Evi LoLyta says:

    simple & nice.. creative ;)   (Quote)

    ReplyReply
  2. puteri says:

    oh pening23  (Quote)

    ReplyReply
  3. saya sekadar membaca shj…nak ubah nak guna pelbagai yang “pelik2″ tapi tidak pelik hari sebenarnya…saya tidak pandai mahupun nak jadi pakar…hanya yang mudah2 sahaja…( tapi amat berbangga…seronok menulis & berbelog )
    sonata anak kancil´s last blog ..Dilantik – diiktiraf – dihargai My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  4. Tronx013 says:

    salam…

    ustaz…mmm.. warna terlalu kelam..dan lembut sangat la…mmm risau makin mengantuk pula bila tengok warna.. saya sensitif pada warna atau cahaya.. hihi jangan marah ye. cadangan, kalau boleh, cari pilih warna biru yang nampak gah dan bertenaga tapi bukan yang striking la… :)

    yang lain ok,menarik cum warna je yang saya rasa agak suram.. tapi kalau semua pembaca suka, its OK..saya edit laptop saya, up contrast!…hehe macam boleh pula laptop diedit…
    Tronx013´s last blog ..Ayuh Menimba Ilmu Setulus Semangat Di Hati My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
    • Tronx013: mmm.. warna terlalu kelam..dan lembut sangat la…mmm risau makin mengantuk pula bila tengok warna.. saya sensitif pada warna atau cahaya.. hihi jangan marah ye. cadangan, kalau boleh, cari pilih warna biru yang nampak gah dan bertenaga tapi bukan yang striking la…

      Salam,

      Nampaknya perkataan ‘mengantuk’ dan ‘tidur’ masih belum terungkai lagi dari kamu ya.

      Terima kasih atas pandangan. Pernah satu ketika saya letak warna garang dan gelap, ada yang kata terlalu garang dan tak sesuai dengan entri.

      Oh, saya juga menjadi bingung dengan situasi begitu. Akhirnya mengambil langkah memutihkan sesawang blog.

      Jangan pula kerana warnanya lembut kamu terus lari jauh-jauh ya. :)   (Quote)

      ReplyReply
      • Tronx013 says:

        Salam…

        ooo, patut la berkali-kali tukar demi memenuhi citarasa pembaca. Saya tak kisah pun, mana-mana pun boleh,asal pemilik blog bahagia dengan keputusannya. hihi…
        blog saya pun hanya mengambil template yang sedia ada. tiada template sendiri..hihi.. dah lupa nak buat template.. dulu belajar tak habis dengan kawan2, masuk tahun 4 ni, masing-masing busy dengan urusan masing-masing,nak jumpa pun susah.

        tidur dn mengantuk tu dah sebati sangat.hihi.. :)
        Tronx013´s last blog ..Ayuh Menimba Ilmu Setulus Semangat Di Hati My ComLuv Profile  (Quote)

        ReplyReply
        • Nampaknya saya perlu tukar menjadi sedikit garang. Tak gitu akhi?

          Memang, saya juga tak penah buat templete sendiri.. edit yang orang bolehlah.

          Agaknya kalau kamu datang ke Mesir waktu musim sejuk tak terbangun rasanya. Asyik dalam selimut tebal.. hehe.  (Quote)

          ReplyReply
          • Tronx013 says:

            salam,

            ustaz sudah ‘garangkn sikit ke warna?” hehe susah nak bezakan… tapi macam dah garang sikit…

            duduk dalam selimut,bukan setakat tidur, tak tahan sejuk pun boleh jadi,2-3 minggu ni rasa macam semput pula bila sejuk. Tapi tak lah sampai ambil inhaler(ubat sedup Ventolin tu). mmm… moga saya dapat berubah seperti yang Islam mahukan saya berubah….
            Tronx013´s last blog ..Ayuh Menimba Ilmu Setulus Semangat Di Hati My ComLuv Profile  (Quote)

            ReplyReply
            • Belum lagi. Nantilah saya garangkan. Kamu jangan terkejut pula ya. :)

              Memang, tapi biasanya duduk dalam selimut boleh melelapkan mata secara tak sedar. Kami panggil selimut itu ialah lihaf saratoga. Pelik bukan?

              Ventolin? Mungkin doktor perlu terangkannya. Ameen.  (Quote)

              ReplyReply
              • Tronx013 says:

                salam…

                oh,ingatkan sudah berubah..atau saya ada masalah mata la ni…

                Apa itu lihaf saratoga? tak tahu apa maksudnya..

                Ventolin(salbutamol) tu nama ubat sedut biasanya pesakit asthma yang gunakan. bila asthma, saluran pernafasan daripada trakea sampai kepada cabang-cabang saluran tu akan mengalami pengecilan,atau penghasilan mucus yang banyak atau bengkak sedikit.. kesannya kita akan susah bernafas,kalau teruk pengecilan saluran pernafasan itu boleh menyebabkab bunyi seperti wisel semasa bernafas… Ubat sedut,Ventolin tu untuk membuka atau membesarkan saluran tersebut… lebih kurang macam tu la ustaz… :)
                Tronx013´s last blog ..Ayuh Menimba Ilmu Setulus Semangat Di Hati My ComLuv Profile  (Quote)

                ReplyReply
  5. MaizaC'Joe says:

    Salam

    canggihnya… paling best promote n3 yg bergerak-gerak tue.. lagi satu like or dislike.. manarik… cantik.. tapi suram sikit…. contohnya pada ruang kosong letakkan animation yg berwarna sikit.. mungkin boleh juga koleksi gambar di sana.. gambar pemandangan ka.. :-) cadang ja.. blog mai pun tak secanggih blog ini… apa-apa pun.. canggih menarik perhatian…
    MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Indahnya Kehidupan ~*~ My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
    • Salam,

      Itu sudah siap tersedia di theme ini. Like or dislike itu pula menggunakan plugin wordpress.

      Dua orang sudah berpendapat blog ini menjadi suram. Suram apakah yang membelenggu?

      Insya’Allah, nanti saya letakkan ruang galeri seperti dulu kembali. Terima kasih.  (Quote)

      ReplyReply
  6. arynet says:

    errr… malunya saya. hehe. Apa-apa pun nampak ceria je tuan blog.

    Sekali sekala berkongsi ilmu, sama-sama belajar. Seronok pula ya!
    arynet´s last blog ..Kepulangan Ustaz Hafiz My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
    • Nampaknya orang rumah atas dan turun bawah.. hehe. Ceria sebab ada yang sudi ajar. Terima kasih ya arynet. Sedap syai pekat dan radix :)

      Ya, silalah kongsi lagi. Mana tahu ramai yang boleh mendapat manfaat bersama.  (Quote)

      ReplyReply
  7. Tirana says:

    Salam Farid..wah bertukar lagi template…

    Kak Tirana suka yang simple. Widget tak perlu banyak di sidebar. Letak yang dirasakan betul-betul perlu aje supaya tak semak mata memandang..hehehe.. Lagi satu komputer kak tirana ni kalau banyak sangat third party widget, upload jadi slow. Komputer orang lain, kak tirana tak tahu. Bila dah slow, itu yang menjadi malas nak tunggu sebab banyak kerja lain nak buat..hehehe..

    Kadang-kadang kita tidak bermasalah dengan blog sendiri tapi orang lain yang ada masalah nak upload. Sebab tu perlu ada feedback dari pembaca juga kan?

    This template looks simple dan laju aje nak upload tadi tak macam sebelum-sebelum ni.  (Quote)

    ReplyReply
    • Salam,

      Betul, saya setuju. Kadang-kadang jika terlalu banyak widget ia akan memberatkan loading.

      Ini juga betul, kalau kita saja yang laju – orang lain lembab macammana nak buka blog kitakan?

      Terima kasih kak!  (Quote)

      ReplyReply
  8. Abd Razak says:

    Salam..:)

    Bagi saya yang penting ialah isi penulisannya yang boleh memberi manfaat dan pengajaran yang cukup berguna.

    Saya suka penulisan anda :)
    Abd Razak´s last blog ..Masjid… My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
    • Salam,

      Benar. Itu konsep paling utama dalam penulisan blog. Walau cantik macam mana sekalipun jika penulis caca marba tak bermakna juga. Sekadar jeling-jeling saja barangkali.

      Blog anda juga bermanfaat :)   (Quote)

      ReplyReply
  9. kak zu says:

    sempoiii…
    lembut mcm lembut hati tuannya juga…
    mata pun senang memandang…
    tapi…klau nk tambah lagi widget pun ok gak..  (Quote)

    ReplyReply
    • Hati manusia semuanya lembut – hatta si zalimi yang menzalimi dan perompak yang membuat onar semuanya mempunyai hati yang lembut. Yang membezakan antara lembut dan keras ialah sifat hati dan sikap hati itu. Bahkan lebih keras dari kerikil jalanan mahupun batu-batu gunung bertebaran.

      Pohonlah selalu agar dilembutkan hati zahir dan batin. Widget? Kena tengok juga widget, yang kat bawah blog ni pun ada. Kadang-kadang terlalu banyak widget boleh menambah beban blog untuk meloading.

      Bila nak ada blog Kak Zu?  (Quote)

      ReplyReply
  10. erma says:

    wah..

    nak ubah blogspot jadi website jugak..

    tp xberdaya…xdop kemahiran and takdop duit maybe?

    owh…
    erma´s last blog ..Persis pertemuan Khairul Azzam dan Anna Althafunnisa My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
    • Sebabnya taklah susah mana nak buat website. Perlukan hosting dan domain. Kedua-duanya dikenakan bayaran ikut pakej.

      Bagi menampung kos, saya terpaksa mencari duit lebih.

      Tak mahal sebenarnya, cuma saya yang tidak berada.  (Quote)

      ReplyReply
  11. hafizmd says:

    Salam
    Tahniah untuk themes baru. Pemilihan themes boleh memenatkan juge. Warna biru satu warne yang mendamaikan. Simple and nice..
    hafizmd´s last blog ..Chot vs Saod My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  12. Tronx013:
    salam…

    oh,ingatkan sudah berubah..atau saya ada masalah mata la ni…

    Apa itu lihaf saratoga? tak tahu apa maksudnya..

    Ventolin(salbutamol) tu nama ubat sedut biasanya pesakit asthma yang gunakan. bila asthma, saluran pernafasan daripada trakea sampai kepada cabang-cabang saluran tu akan mengalami pengecilan,atau penghasilan mucus yang banyak atau bengkak sedikit.. kesannya kita akan susah bernafas,kalau teruk pengecilan saluran pernafasan itu boleh menyebabkab bunyi seperti wisel semasa bernafas… Ubat sedut,Ventolin tu untuk membuka atau membesarkan saluran tersebut… lebih kurang macam tu la ustaz…

    Lihaf itu selimut tebal musim sejuk berjenama saratoga. Sangat penting untuk memanaskan seluruh anggota badan yang mengigil.

    Wah, penjelasan kamu mengingatkan saya peristiwa masa kecil. Saya selalu mengalami sesak nafas dan asma. Sehinggakan merasa seperti ajal semakin hampir.

    Tetapi sejak menjejak usia remaja, saya selalu bersukan dan berjalan kaki. Hinggakan asma itu berlalu begitu saja. Alhamdulillah. Kamu pernah merasanya?

    Dan apakah tindakan/ubat terbaik untuk pesakit asma?  (Quote)

    ReplyReply
  13. murnihati says:

    saya pun guna wordpress, menarik krn dgn wordpress ada bayk pilihan theme yg free, pelbagai template dan blh tmbh plugin. nak setting d hosting pun senang, guna softaculous atau fantastico utk setup.

    hmm.. kalau ada kontra skit antara background dgn bghn post, rsnya lebih menarik, tak la terang sgt dgn warna putih smuanya. :)
    satu lg kt recent comment dan arkib tu, lebih kemas kalau dlm 1 column jer
    murnihati´s last blog ..Claim Rebet dari Streamyx My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
    • Ya, puas hati jika menggunakan wordpress.org. Banyak pilhan theme dan plugin. Hanya tinggal pilih sahaja.

      murnihati: guna softaculous atau fantastico utk setup

      Boleh jelaskan sikit apa yang dimaksudkan saudari?

      Terima atas cadangan. Saya akan cuba usahakan.  (Quote)

      ReplyReply
  14. nono says:

    salaam.. saya suka theme yang ini.. kemas dan ringan.. simple in sophisticated way. i like! ;)
    nono´s last blog ..Teringat-ingat… My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply

Leave a Reply

CommentLuv Enabled