Musim Kubis Besar!

On January 30, 2010, in Diari Penulis, Fakta Umum, by Farid Rashidi

“Da bikam?” (Ini berapa) Tanya saya.

“Enta aiz dah?” (Kamu mahu ini) Soal lelaki Mesir berusia dalam lingkungan 50-an itu kembali.

“Dah mutawasit, ana aiz kabir..” (Kubis ini sederhana, saya mahu yang besar) Jawab saya sambil membelek-belek timbunan sayur kubis yang diletakkan di atas kereta tarik keldai. Penjual itu lalu mengambil kubis yang lebih besar. Sebesar monitor komputer 17 inci.

Saya mengangguk tanda setuju. Sejurus kemudian harga ditetapkan. Saya membayar LE3.00 kepadanya.

“Tahlak dah..” (Potong ini) Saya menyuruh lelaki itu memotong lebihan daun kubis agar lebih kemas. Jika tidak, tentu susah untuk membawanya pulang.

“Mumkin genih wa nush?” (Mungkin LE1.50) Pinta saya.

“La, itnin genih illa rub.” (Tidak boleh, LE1.75) Jawabnya.

Selain sayur kubis, saya turut membeli bunga kubis yang juga agak besar. Harga pada asalnya ialah LE2.00, tetapi saya meminta agar harga dikurangkan sedikit menjadi LE1.75.

Suasana pasar hari jumaat itu begitu sesak dan riuh. Pelbagai jenis sayuran mentah dan buah-buahan turut dijual. Keseluruhan hasil pertanian segar kebanyakkannya baru diambil dari ladang-ladang berhampiran. Terdapat juga ikan-ikan beku yang dibawa masuk dari negara luar misalnya ikan tuna Jepun dan sardine India. Pada hari itu, ikan keli dan tuna menjadi pilihan saya.

“Yallah.. Tamatin begenih! Tamatin begenih!” (Mari, tomato LE1.00) Seorang penjual wanita menjerit-menjerit memanggil pelanggan sambil bertepuk tangan. Gema suaranya menerjah ke corong gegendang telinga pembeli. Wanita sebaya umur itu kelihatan berpakaian seperti arab badawi gurun sahara.

Saya mengerling ke kiri dan kanan melihat perkara yang mahu dibeli.

Usai membeli, saya terus menggerakkan kaki keluar dari keripuhan belantara manusia itu. Menyelit di celahan manusia yang majoritinya adalah wanita itu (hampir 90% adalah wanita berada di pasar) memerlukan kudrat bukan sedikit. Sambil tangan membawa beban barangan, mata dan gerak tubuh perlu lincah menyelit demi mengawal pergerakan.

Hati-hati dan berjaga adalah perkara utama. Pernah suatu ketika saya dirempuh seorang Mak Cik Arab – momentum tolakkannya membuatkan saya hampir terpelanting ke tepi. Kuda-kuda kaki seharusnya perlu dicengkam pasak ke bumi sekuat mungkin.

Itulah rutin hari Isnin dan Jumaat, jika punya kelapangan kami pasti turun ke Suq Siberbay (Pasar Siberbay) untuk membeli keperluan isi rumah harian. Tanpa kereta, tanpa motorsikal mahupun basikal, hanya membawa badan dan tulang empat kerat. Bermalasan bererti hilang gizi makanan berkhasiat!


SUSHI KUBIS

Pernah suatu ketika saya ditanya rakan arab, bagaimana kami warga Malaysia memasak Kubis.

“Menggoreng dibuat sayur atau dimakan mentah (sebagai ulam)” Itu jawapan saya.

Saya tahu, cara mereka memasak sayur Kubis adalah sedikit berlainan dan merumitkan.

“Duduk dulu.” Ahmad bersuara menuturkan patah kata bahasa Malaysia. Beliau mampu berbual beberapa perkataan bahasa Malaysia walaupun tidak sempurna tatabahasa dan ayatnya. Sepanjang mengenali beliau, kami banyak bertukar-tukar perkataan baru. Adakalanya dia bertanyakan maksud kalimah bahasa Melayu kepada saya, dan begitulah sebaliknya.

Itu adalah satu method menguasai bahasa asing. Tidak lokek untuk bersuara, tidak malu untuk bertutur, tidak segan untuk bertanya dan tidak terasa bila ditegur kesalahan bahasa.

Saya mengikut katanya. Beliau menghidangkan hidangan sushi Kubis versi arab Mesir selepas ulangkaji pelajaran. Kubis itu digulung seperti kuih popia dan terdapat nasi minyak sapi di dalamnya. Rasanya juga lazat.

“Kaifa ta’mal hakaza?” (Bagaimana cara membuatnya) Tanya saya.

“Ana musy arif, ummi ya’mal keda.” Beliau tidak tahu ramuan Kubis gulung tersebut memandangkan makanan itu dibuat oleh ibunya.

Lain budaya lain ragamnya, saya bersyukur atas nikmat mengecapi kelainan ini.

KEPELBAGAIAN MANUSIA

Walaupun kita daripada rumpun berbeza, cuaca berlainan, geografi tidak sama, ini tidak bererti manusia harus bertindak meminggir diri. Bahkan kepelbagaian watak itulah sebenarnya menceriakan kehidupan manusia. Bertukar-tukar sesuatu yang baru dan berinteraksi adalah pengetahuan berguna agar kelangsungan maklumat bertambah dari hari ke hari. Itulah rencam dunia.

Lihatlah dunia, jika ufuk timur redup, ufuk barat pula berdesir damai, jika atmosfera sejuk membungkam, atmosfera selatan pula pijar disimbah mentari. Demi Allah, Inilah suatu keagungan ar-Rahman dan ar-Rahim!

Misalnya di Mesir apabila tiba musim sejuk – Allah SWT menumbuhkan tumbuh-tumbuhan (kubis, sawi) dan buah-buahan (strawberi, limau) segar agar metabolisme tubuh diperkuat, begitu juga bila musim panas menguasai – terbit pula hasil buah-buahan berlainan (anggur, kurma, tin).

Bahkan tanahair tercinta hakikatnya juga begitu, lihat saja apabila tiba musim buah-buahan. Beraneka buah seperti durian, rambutan, langsat, dokong, manggis akan tumbuh. Memakannya secara sederhana memberikan kesihatan berguna, jika berlebihan sakit pula datang tak diundang.

Justeru, tak terpalit rasa kepelikkan kenapa sayur-sayuran mereka bersaiz besar. Fikirlah!

10:44AM, 30 Januari 2010,
Siberbay, Tanta.

69 Responses to “Musim Kubis Besar!”

  1. alhamdulillah, dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung..
    biar dimana kita berada tetap dibumi Allah yg sama  (Quote)

    ReplyReply
  2. idalara says:

    Nikmat Allah di mana saja…tp paling menarik strawberry..buat terliur..
    idalara´s last blog ..Untuk Wanita…PAD HERBA My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  3. assalamualaikum…

    Subhanaallah…besarnya kubis dan bunga kubis..emm….sedap tu dibuat sayur goreng-goreng hehehhehe….strawberry tu nampak segar dan sedap…alhamdulillah seronok ya dapat merasai situasi tinggal di rantauan, dapat menimba banyak pengalaman.. walau apapun bersyukur juga kerana negara kita juga kaya dengan buah-buahan tempatan yang enak…:)
    nurhuda_cahayapetunjuk´s last blog ..Selamat Tinggal Tahun 1430H dan Selamat Datang Tahun 1431H My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  4. Marjan says:

    Subhannallhah..bertuah dapat belajar di bumi orang..

    banyak ilmu boleh didapati dlm mematangkan diri..teruja melihat rezeki yang Allah beri..=)
    Marjan´s last blog ..❤ LOVE COME SLOWLY… My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  5. insyirah says:

    Assalamu’alaikum :)

    Pertama, seronok tengok kobis besar macam tu!

    Kedua, excited bila tengok strawberry yang boleh dapat dengan harga SANGAT MURAH. Di Malaysia, walaupun sepanjang tahun boleh makan faraulah namun harganya mahal! :D

    Ketiga, semoga suatu hari nanti Allah memberi peluang untuk ana menjejakkan kaki ke bumi kinanah. Allahumma ameen :)   (Quote)

    ReplyReply
    • @insyirah: Wa’alaikumsalam,

      Pertama, 3-4 hari juga nak habiskan sebiji kubis. :)

      Kedua, bukan saja murah tetapi lazat, manis sehingga tak termakan. Sedap juga fathirah dan roti berperisa faraulah.

      Ketiga, semoga rezeki Allah bersama-sama kamu.  (Quote)

      ReplyReply
  6. salam… bestnya tengok sayur2an yang segar…tentu murahkan,
    teringat kalau di Cameron Highland – tempat sederhana sejuk tapi agak panas – sayur2an nya pun besr2 jugak…menggila membelinya! tapi besar2 sangat pun tak berapa “manis” kot…kecik2 lagi best…
    sonata anak kancil´s last blog ..rakaman : merentas desa My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  7. suhaila says:

    Subhanallah.. Ciptaan ALLAH.. Besarnya kobis tu.. Dan strawberry yang nampak fresh.. Kalau strawberry tu disalut coklat.. sedap xterkata.. Kat sini kalau dapat yang di pasaraya pun, masam.. Jarang ada yang manis dan mahal.. Sungguh bertuah dapat merantau di tanah orang.. Dapat merasai pelbagai pengalaman.. Syukurlah.. Rezeki Allah terlalu murah untuk hambaNYa..
    suhaila´s last blog ....Syurga Cinta.. My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  8. kak zu says:

    melihatkan sayur2an dan buah2an segar….
    selera lah pulak…
    elok amalkan makan buah2 dah sayur2 segar…
    nanti kulit pun cantik…h3e  (Quote)

    ReplyReply
  9. Abd Razak says:

    Salam..:)

    Subhanallah enak nampaknya buah strawberry tu, berpeluang membelinya baru-baru ketika di Cameroon Highland…:)
    Abd Razak´s last blog ..Tangis dalam taqwa My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  10. Anonymous says:

    salam. kpah sekarang di cmron hgland. banyak kubis dan strawberry.

    dulu masa berkawan dengan orang arab selalu juga merasa nasi yang dibungkus dalam kubis. memang sedap.  (Quote)

    ReplyReply
  11. kakpah says:

    sorry, lupa nak letak nama. komen di atas tu dari kakpah.  (Quote)

    ReplyReply
  12. nohas says:

    Teringat masa pergi ladang sayur di Cameron Highland, rambang mata tengok kobis, bunga kobis & brokoli yg besar2 & murah, 3 jenis RM10/-, macam kanak2, mcm ladang sendiri..

    Allah Maha Mengetahui keperluan hamba2Nya,cuma hamba2Nya yang jarang bersyukur & memikirkan kebesaranNya melalui ciptaanNya..kerdilnya manusia..
    nohas´s last blog ..Masuk Hutan II My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
    • @nohas: Wah, 3 jenis RM10 itu dah dikira murah. Tapi di sini lebih murah. Pernah dulu seorang ustaz lama berpesan, “Mahu ke Mesir, bawa perencah tom yam banyak-banyak.. sebab kat sana sayur banyak dan murah”

      Syukurlah selalu.  (Quote)

      ReplyReply
  13. Evi LoLyta says:

    salam. entri kli ni blh blja bhs arb sket2 ;)   (Quote)

    ReplyReply
  14. MaizaC'Joe says:

    Salam..

    sayur semua besar-besar.. tengok semua segar-segar. Mai memang suka sayur. paling best tengok strawberry.. merah menyala.. masam-masam manis.. bestnya.. tapi, saiz cabai besar gabak.. bagus banyak makan sayur.. macam kzu kt “kulit jadi cantik” :-) mesti teror masak nie..

    pesanan utk diri, jari sendiri.. lps tinggal komen jng memandai klik sana sini.. moga sihat selalu..
    MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Perigi Mencari Timba?? ~*~ My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
    • @MaizaC’Joe: Salam,

      Sebagai info, cabai-cabai di sini tidak pedas. Mahu yang pedas kena cari dan banyak bertanya penjual. Susah bukan? Selain kulit cantik, kubis juga punya khasiatnya.

      Imam Ja’far ash Shadiq berkata, “Kubis melunakkan kedua ginjal, memperlancar kerja otak, dan untuk menambah darah.” (Al Kafi, jilid 6)

      Dan ada juga kata kubis tak elok dimakan selalu. Sesiapa tahu sebabnya?

      Masak cara bujang. Campak-campak apa yang patut.  (Quote)

      ReplyReply
  15. Tronx013 says:

    salam….

    ustaz, rasa kobis yang besar tu sama ke dengan kobis di malaysia.. hihi, tapi saya ni kalau kobis ni memang memilih bila makan.. bak doktor kata yang beri ubat… makan bila perlu. saya makan kobis bila rasa nak makan je kobis ni.. saya tak suka sayur, tapi bila nak jadi doktor,semuanya berubah. Kena Beriman dengan ilmu kedoktoran.. hehe.. Tapi tak semua sayur saya boleh telan..kobis masih kurang lagi. sebab itu kulit banyak masalah. sejak kecil lagi tidak makan sayur. hihi.
    Tronx013´s last blog ..Ayuh Menimba Ilmu Setulus Semangat Di Hati My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  16. Khairi says:

    Salam,

    Ada musim juge si kubis tu ye hehe. Lain musim dia kecik ke Syeikh? Ramai plak wanita arab kat pasar ek. Kat jeddah dulu, susah nak jumpa wanita di jalanan. semua berjanggut aje even kat pasar pun :)

    Tak menulis buku ke tuan?
    Khairi´s last blog ..Khutbah Jumaat di Masjid yang dibaling kepala babi My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
    • @Khairi: Salam,

      Lain musim bukan kecil, tapi tak ada. Susah nak cari. Biasanya sayur lain yang ada. Sini kawasan kampung, dan wanita Mesir punya kuasa veto tersendiri. Bahkan jarang berlaku gangguan seksual di kalangan wanita Mesir. Yang jadi mangsa adalah wanita melayu.

      Sedang menyusun dan menulis, baru 100 pages. Target 200 pages.  (Quote)

      ReplyReply
  17. brahimnyior says:

    Salam Farid, benarlah seperti pengalaman isteri saya dulu. Dia bercerita kobis di Mesir besar-besar belaka. Harganya murah. Begitu juga anggur segar yang kekadang tak lalu nak dihabiskan, sebab murah dan banyak..
    brahimnyior´s last blog ..Pengalaman Berdepan ‘Bomoh Teran’ My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  18. Tirana says:

    Salam Farid,

    hehehe..(maaf kerana tertawa)gelihati bila Farid cerita hampir terpelanting bila ditolak oleh makcik Arab. Kak tirana boleh bayangkan…

    Agaknya Allah jadikan kobis di sana besar sebab saiz orang-orang Arab juga besar.  (Quote)

    ReplyReply
    • Salam,

      Saya izinkan Kak Tirana ketawa. :)

      Iya, makcik arab kalau kecil-kecil ‘aib’ bagi mereka. Lepas kahwin mesti besar. Macamana tak terpelanting saya.. hehe.

      Benar. Selain itu tanah Mesir juga terkenal dengan tanah subur/tanah hitam.  (Quote)

      ReplyReply
  19. rosnanie says:

    salam saudara farid, pernah ker bertanya, apa formula hinggakan sayur2 nya begitu besar dan nampak sangat menarik.

    semoga selamat di rantauan…  (Quote)

    ReplyReply
  20. nur_syahadah says:

    salam…besar semua sayurnyee…saya suka sgtt makna syur2 nie…bestnye kalo dpt shopping syur kat sana ekk…boleh buat stok bayak2…strawberi…aduhh..bestnyeee…  (Quote)

    ReplyReply
  21. ann_fahana says:

    salam:
    wah teruje tengok buah2 besar2 tu..
    ann_fahana´s last blog ..Dia pemilik Jiwa.. My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  22. ann_fahana says:

    Tirana: Salam Farid,hehehe..(maaf kerana tertawa)gelihati bila Farid cerita hampir terpelanting bila ditolak oleh makcik Arab. Kak tirana boleh bayangkan…Agaknya Allah jadikan kobis di sana besar sebab saiz orang-orang Arab juga besar.  

    em, agaknyer la kan..Dia kan lebih mengetahui..juga untuk kita sama2 renungkan, fikirkan dan memuji DIA yang satu
    ann_fahana´s last blog ..Dia pemilik Jiwa.. My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  23. waaa seronoknya pengalaman tuuu, iza ada kerja kat dubai sekarang ni, tapi tak tau lah tang mana duk pasar basah dia, teringin jugak nak jenguk dan ambil gambar. cuma berpeluang menjengah ke beberapa souq pakaian jer, biasalah kan huhu
    iza~de~bintang´s last blog ..Seperti merpati meniti angin, seperti lembayung meniti senja, seperti aku mencari asa, dicelahnya ada rindu menusuk sukma… My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  24. xiiinam says:

    Menariknya pengalaman ni…..
    xiiinam´s last blog ..Ooops, terlepas lagi…… My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  25. Kak Tie says:

    Kak tie pulak suka makan bunga kobis. Tapi, kata orang bunga kobis tak baik untuk penglihatan.. Betul tak ?
    Kak Tie´s last blog ..Tolong…tolong…!! My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  26. MaizaC'Joe says:

    Salam

    terima kasih atas perkongsian info.. kalau tak salah mai.. kubis tak elok selalu di makan.. utk kaum wanita sedikit masalah (sakit puan) tak di galakkan memakan kuantiti yg lebih. (utk lelaki, belum tanya pakcik google lg) Mai ada dapat info kt pakcik google.. (maklumat kesihatan seeloknya kubis tu selepas dipotong kena rendam lebih kurang 4 jam sebab dalam sayur kubis ada satu bahan semulajadi yang tak baik untuk dimakan jadi untuk mengeluarkan bahan tersebut itulah sebabnya disaran merendam dulu kubis tu sekurang-kurangnya 4 jam..
    MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Indahnya Kehidupan ~*~ My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  27. Faarihin says:

    SubhanAllah.. sungguh hebat ciptaan-Nya..

    Ustaz.. yang buah strawberi tu pun besar-besar juga ke?

    p/s: dulu saya pernah dah masuk blog ustaz yang lama tu tapi guna nick lain.. (^__^)
    Faarihin´s last blog ..Mencari Mentari Di Korea, Dapatkah? My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  28. k.zue says:

    besor2 nya kobis ni kalau buat kenduri dah cukup sebiji.

    k.zue dah jarang masak kobis dgn brakoli sbb suami ada gout.  (Quote)

    ReplyReply
  29. fiezaradzi says:

    sedapnye nampak strawberi tu.. indahnye setiap ciptaan Allah..
    fiezaradzi´s last blog ..Jadual Imunisasi My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  30. hafizmd says:

    Salam.
    Menikmati keindahan ciptaan Allah membuatkan kite berfikir betapa Agungnya DIA. Maha Suci Allah yang menciptakan kenikmatan ini untuk kita. Moge kite sentiasa bersyukur dan tunduk padaNYA. ameen..
    hafizmd´s last blog ..Chot vs Saod My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  31. Huda says:

    “Tak terpalit rasa kepelikkan kenapa sayur-sayuran mereka bersaiz besar,”

    Suka ayat ni. Kena fikir banyak kali, untuk faham maksud tersembunyi. Mungkin apa yang saya faham, lain dari yang ustaz terangkan?

    Tapi, apa kisahkan?

    Yeay! Dah sampai sini. :D   (Quote)

    ReplyReply

Leave a Reply

CommentLuv Enabled