Jelajah Sinai: Merentasi Terusan Suez
Category : Diari Penulis, Fakta Umum, Jejak Kembara, Tazkirah
Perjalanan kedua diteruskan setelah perjalanan pertama terhalang dek kemalangan yang berlaku.
Bas terus menyusur laju melalui jalan raya lurus tanpa halangan. Gelap semakin beransur hilang dimamah panahan silauan mentari yang menampakkan diri. Cahaya fajar pagi itu menyimbah pepasir gurun gersang sehingga menerbitkan cahaya keemasan.
Berkelip kekuningan warnanya. Dan jauh di sudut sana kelihatan timbunan pasir membentuk bukit-bukit kecil. Ianya hasil pusaran angin sahara yang selalu berhembus. Sekejap tenang, sekejap kencang.
Tompokan hijau tumbuhan renek padang pasir begitu menarik, secocok antara warna pro dan kontra. Subhanallahil Azim!
Entah berapa kali saya terlentok di kerusi bas yang agak lembut itu. Mimpi bersilih ganti selepas 4-5 jam perjalanan. Terasa sengal dan kebas akibat duduk yang terlalu lama. Mujurlah sempat kami berhenti rehat dan bersolat subuh di salah sebuah restoran yang mempunyai surau untuk bersolat. Di situ juga kelihatan beberapa buah bas persiaran yang membawa pelancong asing pelbagai pelusuk benua dunia berehat.
Kelibat beberapa susuk tubuh warga barat mengundang suasana kurang enak pada penglihatan mata. Berasrama tidak mengenal tempat walaupun saya tahu mereka itu golongan Kristian dan Athies.
“Kita akan melalu terowong suez.” Musyrif kami, Ustaz Atha’ membuat pengunguman melalui corong pembesar suara yang disediakan di dalam bas.
Beliau juga menerangkan asal usul dan sejarah berkaitan terowong dan Terusan Suez sejak ianya mula dibina. Selain itu, kami juga turut disediakan buku maklumat sejarah tempat-tempat yang bakal dilawati. Saya terus tunduk mengamati dan membaca info ringkas berkaitan pembinaannya.
Terusan Suez ini adalah satu satu perhubungan laut terpenting kerana ianya berjaya menghubungkan antara dua benua, iaitu eropah dan asia tanpa perlu untuk belayar melingkungi benua afrika. Pembinaan terusan ini bermula semenjak tahun 1859M dan ianya siap dibina pada tahun 1869M. Mengambil masa selama 10 tahun pembinaannya.
Idea cetusan membina terusan ini dilaksanakan oleh seorang jurutera Perancis bernama Ferdinand de Lesseps yang mahu menghubungkan antara Laut Merah dan Laut Mediterranean agar perhubungan laut lebih cekap dan pantas.
Di bawah terusan ini terbina lorong jalanraya sepanjang 2 km serta sedalam 56 kaki bagi menghubungkan antara barat dan timur Mesir. Laluan inilah yang menghubungkan lebuhraya Kaherah ke kedaerahan Semenanjung Sinai. Pada tahun 1967M terusan Suez ini menyaksikan pertembungan antara Mesir dengan Israel dan akibatnya, ia ditutup buat sementara waktu.
Darah-darah pejuang Islam dan Yahudi bergelimpangan demi merebut sebuah daerah yang berharga. Bahkan menurut perancangan Yahudi Zionisme, Semenanjung Sinai adalah sebahagian tanah yang akan mereka takluki bagi memenuhi impian melaksanakan Orde Dunia Baru.
Saya termenung sejenak memikirkan sejarahnya. Pandangan dilontarkan ke luar tingkap bas sejurus memasuki ke terowong bawah terusan suez itu. Sesekali wajah terbias cahaya kuning keemasan hasil silauan neon kuning yang siap terpasang di sepanjang terowong.
Gema lantunan bunyi kenderaan membingitkan corong telinga.
Sesekali hati merasa kagum dengan binaan canggih negara penjajah itu, namun di sebalik kekaguman terselit rasa kecewa, geram dan kasihan.
Anda harus tahu tentangnya.
INTIPATI PEMBINAAN TERUSAN SUEZ
Bas bergerak keluar melalui terusan itu. Lantas persekitaran berbalam-balam kelam kembali terang diterangi cahaya mentari pagi. Saya memanjangkan leher melihat ke sebelah kanan bas memandangkan kedudukan saya di kerusi sebelah kiri. Ingin melihat suasana terusan melalui permukaan laut. Benarkah ianya begitu sibuk seperti yang diperkatakan dunia.
Ternyata, terusan itu sememangnya dipenuhi kapal-kapal kargo gergasi yang berlayar. Kapal-kapal itu menambahkan rasa kagum saya pada ciptaan Allah SWT. Kerana kisah bahtera Nabi Nuh a.s itu juga telah disebutkan Allah SWT menerusi ayat:
42. (Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka Dalam ombak Yang seperti gunung-ganang.
Musyrif kami juga ada menyebut berkenaan teknik pembinaan yang digunakan sewaktu membina Terusan Suez. Keseluruhan pembinaannya menggunapakai tenaga manusia yang ramai. Dan di kalangan tenaga manusia itu adalah warga Mesir yang miskin dan Muslim.
Hal ini meragut kekaguman saya pada seni bina Terusan Suez oleh Perancis sang penjajah itu. Tapak itu rupanya dibina atas kerahan keringat-keringat petani muslim tanpa berbayar!
Saya terus mencari maklumat tambahan berkenaannya. Terbukti, di dalam Atlas Tarikh al-Alam al-Qadim wal Ma’asir berbahasa arab turut menyebut tentang sistem paksaan yang diamalkan mereka. Golongan-golongan petani muslim dikerah untuk membina terusan itu sehingga siap tanpa bayaran gaji setimpal.
Oh, perkara ini mengingatkan saya tentang kerahan tenaga yang dilakukan Firaun ke atas penduduknya demi membina sebuah keangkuhan. Iaitu Piramid. Simbol kepada sebuah keegoan sang laknatullah yang mengaku Tuhan. Akhirnya hanya menjadi patung mumia yang diletakkan di muzium sebagai pameran umum.
Ya, umat Islam harus membayar harga yang tinggi jika menjadi umat yang ditindas. Percayalah, tak terbayar kehinaan itu dengan monumen sebuah keangkuhan mereka sampai bila-bila!
2:30PM, 28 Januari 2010,
Siberbay, Tanta.







salam.. seronoknya bce akh travel.. ble la nk smpai sna nti..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Evi LoLyta: Salam,
Itu baru permulaan perjalanan. Belum cerita yang sambungannya lagi. Silalah ke sini jika punya masa dan kewangan yang kukuh. Dengan Airasia pun boleh. Tahu?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam faridrashidi,
blog yg menarik penuh dgn citer2 yg tidak akak ketahui.
byk pengajaran dan iktibar.
(Quote)
Like or Dislike:
1
0
@k.zue: Salam,
Selamat datang diucapkan. Semoga beroleh manfaat ya.
Saya ingatkan kak zu yang seorang lagi. Rupanya yang lain.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam…
ni sambungan dr yang dulu ek ust?..tapi saya cemburu je tgok gambar..teringinnyeee nak mlwat cna..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@nur_syahadah: Salam,
Ya, ni sambungan kisah yang dulu. Saja tulis dalam versi yang lebih baru dan segar. Pernah baca kisah versi lama? Oh, gambar itu juga zaman dulu-dulu. Boleh, sila-sila.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam…
ustaz, tiada gambar terowong dan terusan suez tu ke?
Apa teknologi yang digunakan untuk membuat terusan tu? ….
tiada sambungan ke ustaz.. hehe excited nak tau… bestnya belajar di luar negeri dapat pergi merantau….
Tronx013´s last blog ..Tazkirah daripada seseorang untuk semua
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Tronx013: Salam,
Oh, saya juga mencari-carai gambarnya. Rasa seperti pernah merakamkannya. Tapi tak jumpa cari. Dalam bentuk video ada. Nanti saya cuba cari.
Kamu boleh lihat gambar di atas, belakang itu adalah laut merah dan suez. Nampak kapal-kapalnya?
Teknologi? Saya rasa teknologi kerahan manusia yang paling canggih. Tetapi terowongnya mengingatkan saya lebuhraya ke Kuala Lumpur. Ada iras-iras. Tahu?
Ada sambungan Insya’Allah. Dan saya cadangkan artikel ini turut bakal termuat dalam siri travelog saya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam…
nampak ada sesuatu dalam lautan tu… itukah kapal-kapal yang dalam kesibukannya?..
terowong di Kuala Lumpur? terowong SMART ke ustaz? yang tu saya tak pernah tengok lagi… dah lama saya tak pergi KL. Kalau duduk dalam bas, pastinya saya tidur, terlalu mudah terlena.Hihi.. kuat tidur.. (ada nasihat apa-apa untuk kurangkan tabiat tidur?…lari tajuk dah ni)
ustaz sekarang ni sedang menulis buku ke,maksudnya?..
Tronx013´s last blog ..Tazkirah daripada seseorang untuk semua
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Tronx013: Salam,
Jika kamu merasakan itu adalah kapal-kapal, maka kamu berhak itu mendapatkan markah lulus.
Entah, tak tahulah saya terowong nama apa. Apa yang pasti sewaktu pulang bercuti baru-baru ini saya ada lalu ke dalam terowong tersebut. Banyak lori-lori yang berbahaya di sana.
Wah, setiap kali membaca status kamu pasti ada soalan ini. Tidur. Adakah masalah ini terlalu merunsingkan? Tidur adalah harus, berlebihan jadi lain hukumnya.
Jadi kamu tidur yang bagaimana?
Ya, doakan semoga saya berjaya siapkan. Saya pernah ceritakannya pada kalian, lupa ya?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam..
markah lulus je ke ustaz… hihi kena describe lagi baru dapat markah cemerlang ye..
masalah tidur tu, hehe.. saya mahu tidur seperti orang-orang hebat seperti rasulullah, tapi saya masih tidur dalam 6-8 jam. Kalau tidur 4 jam dua tiga hari,hari keempat atau kelima, kena ganti balik. satu hari akan jadi mengantuk. Lemahnya badan ini. Tapi tak lah serius sangat.
Ustaz ada ceritakan dulu, cuma saya terlupa tadi malam.
Tronx013´s last blog ..Tazkirah daripada seseorang untuk semua
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Tronx013:
Biasanya percubaan pertama kalau lulus itu petanda yang baik untuk cemerlang. Kata orang, heri selalu kalah awal, menang last minute.. hehe.
Pernah guru saya beritahu, kalau selalu mengantuk disebabkan oksigen kurang di otak. Jadi bagaimana Doktor?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam…
ye ke ustaz? hehe.. baguslah kalau macam tu.. tapi selalunya saya ni lambat nak meju kedepan…
memerlukan usaha yang lebih keras dan gigih…
Yup, oksigen kurang boleh menyebabkan kengantukan.. iaitu bila otak banyak karbon dioksida…. tapi ustaz.. saya kagum bila melihat orang zaman sahabat dan terutamanya rasulullah yang mampu menahan ngantuk … sedangkan saya masih di takuk lama.. berubah dan mahu berubah, namun masih berbalik pada lopak yang sama.. sukarnya mahu berubah….
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Assalamualaikum.. singgah sini tuan umah..
seronoknya dapat menjelajah ke sana..
teringin nak pergi sana…
tapi entah bila la saya dapat jejakkan ke sana..
teruskan lagi bercerita yer ustaz.. (^__^)
Faarihin´s last blog ..Doakan Dia Sembuh
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Faarihin: Wa’alaikumsalam,
Kamu juga muka-muka baru yang datang ke sini ya? Apapun, selamat datang. Saya persilakan naik ke rumah
Saya bercerita, tapi jangan lupa baca dan ambil pengajarannya ya! Kalau boleh turut sama sebarkannya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam…gunakan tenaga muslim yg miskin yea….bayangkan jika kita terus menjadi umat yg ditindas….nasihat secara simboliknya, umat Islam kini harus terus kuat bukan sahaja fizikal tetapi juga minda…bangun sebagai ummatan wahidah bukan individu.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Nurana: Salam,
Benar. Itu adalah yang terbaik di antara terbaik. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan ummatan wahidah? Adakah ianya seperti parti politik yang sering berbalah? Atau apa?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam..
menarik.. penuh berinformasi.. ingin juga maiza nak ke sana.. tapi apakan daya… belum cukup duit lg.. Suatu hari nanti jika di beri keizinan, murah rezeki.. InsyaAllah.. cantik pemandangan gambar itu.. ketika membaca n3 Farid.. dapat membayangkan betapa indahnya suasana di sana.. tapi yang tak indahnya….. kelibat pelancong asing menjolok mata..
p/s owh.. itu bukan kak zu kt ka?? ingat kak zu.. baru nak usik dia sampai dl di sini..
MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Perigi Mencari Timba?? ~*~
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@MaizaC’Joe: Salam,
Insya’Allah, kerja elok-elok sehingga naik pangkat dan ada rezeki. Silalah ke mana saja. Mahu cepat bertambah rezeki? Binalah apa-apa perniagaan.
Gambar di antara hanyalah salah satu gambar daripada 200 keping yang saya ambil. Bukan setakat menjolok mata, bahkan menjolok ke minda.
Bukan. Ingatkan dia tadi. Silap orang rupannya. Saya tertarik dengan tajuk entri baru kamu. Adakah itu kesinambungan entri sebelum ini?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Assalamualaikum..syukran kerana sudi menyinggah ke teratak…wah, enak sungguh bahasa tuan hamba, rasa kerdil pula tulisan hamba yng tak seberapa di teratak kopi itu. Apa pun, semoga sudi menerima kedatangan hamba…:)…semoga perkongsian ini memberi makna kepada para pembaca..
Ukhti Atirah´s last blog ..Jangan Jadi Badut…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Ukhti Atirah: Wa’alaikumsalam,
Usah kerdil di hadapan hamba.. kerana rasa kehambaan itu letaknya hanya di hadapan Jalla Wa’ala.
Ya, teruskan menghirup secawan teh walaupun ianya tidak selazat menghirup kopi.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Perlu ke ummatan wahidah tu dibina atas tiket politik???
Saya melihatnya berdasarkan satu kefahaman sahaja iaitu atas dasar kita sebagai umat Islam yang menganjurkan setiap kita adalah bersaudara…tidak cukupkah ini sebagai wadah menyatukan kita untuk menjadi satu umat???? (Maaf jika komen ini kurg matang, saya hanya insan biasa )
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Nurana: Politik dan agama tidak boleh dipisahkan. Kerana politik Islam sememangnya diajarkan oleh Baginda SAW (baca politik konteks Islam bukan Malaysia).
Ya, sememangnya kita hendaklah bersuara menyatakan kebenaran. Tidak ada masalah di sana. Apa yang kamu faham tentang pengertian sebuah kesatuan?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Ya Ustaz..saya sedia maklum dalam kehidupan kita apa2 sahaja yg dilakukan tidak boleh dipisahkan dengan agama. Sebab itu tiada istilah sekularisme dalam Islam…Mengikut kefahaman saya (patut xboleh jawab macam nie…) mengikut apa yg dipelajari n ingat2 lupa..kesatuan itu dibina atas satu kepercayaan yang sama dan diantaranya ada yang diangkat sebagai seorang ketua (yang mana ciri2 ketua ini telah di’statekan’ dalam Islam)..Kesatuan tidak mewajibkan kita berkumpul ia boleh berlaku secara serentak di mana2 asalkan apa yang diusahakan adalah menuju matlamat yang sama…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Tahniah kerana memahaminya. Saya juga turut bersetuju dengan pendapat kamu. Mungkin untuk lebih jelas istilahnya begini.
Kesatuan itu dibina atas satu kepercayaan dalam pensyariatan Islam dan ini berlandaskan kepada aqidah yang SATU demi membina sebuah daulah Islamiah. Mengangkat seorang Imam/Khalifah untuk melindungi dan mengatur selia keseluruhan umat Islam. Ini pernah berlaku suatu ketika dahulu.
Tempatnya tidak kira dimana sekalipun.
Mungkin ini lebih jelas? Jika tak jelas boleh tanyakan kembali.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam alaik..:)
Indah ceritanya perjalanan anda…teruskan penulisannya
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam alaik..
Indah cerita perjalanan ustaz…teruskan penulisan mengenainya
Abd Razak´s last blog ..Tangis dalam taqwa
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Abd Razak: Salam,
Insya’Allah, akan ada sambungan ke destinasi lain pula.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam alaik..:)
Indah ceritanya perjalanan ustaz…teruskan penulisannya
Abd Razak´s last blog ..Tangis dalam taqwa
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam Farid, terimakasih kerana berkongsi cerita dan pengalaman. Tak semua orang diberi peluang untuk merasai pengalaman itu. Alhamdulillah, membaca pengalaman orang lain pun menarik juga kan? Tiada rotan, akar pun jadi..hehehe..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Tirana: Salam,
Kak Tirana juga salah seorang pembaca dan komentator yang masih setia sehingga ke hari ini. Terima kasih.
Mendalam maksudnya. Orang dulu-dulu guna akar buat tambat dangau durian. hehe.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
sejarah byk mengajar kita. Tetapi kita sering terlupa sejarah. Majoriti yg pergi melancong ke Turki, piramid & Laut Mati, sekadar berseronok, terlupa sejarah. Umat Islam ni byk sejarah yg menyedihkan & menyakitkan akibat penindasan golongan kafirun.
Akak sudah baca versi lama yg sdr mendaki Thursina, ya, versi ni lebih segar. Apa2 pun dua-dua versi menarik & byk informasi.
nohas´s last blog ..Masuk hutan
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@nohas: Sebab itulah kita perlu untuk ziarah dan kaji. Bukan berseronok semata-mata.
Ya, terima kasih. Kak Nohas adalah generasi pertama yang masih still ke sini dan berkomentar. Saya terhutang budi atas sokongan.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam, entri ini mengingatkan saya tentang Segenting Kra yang ura-ura akan dikerat dan dijadikan terusan!!!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@isma: Salam,
Terima kasih. Anda memberikan sesuatu info yang baru kepada saya walaupun ringkas. Bagaimana dengan terusan itu, adakah akan tetap dilaksanakan?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam ziarah dam salam ukhwah Farid. Seronok baca blog farid ni.
Terima kasih sudi singgah blog saya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Kunang-kunang: Ahlan wasahlan wamarhaban bikum. Terima kerana bertandang. Semoga pembacaan itu memberi bekas.
Mari baca entri baru.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
sungguh seronok membaca travelogue saudara,
salamm,
tB´s last blog ..ipod touch
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@tB: Mari baca yang seterusnya. Cerita saysur kubis besar.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
wahhh best la kembara mcm ni. hehe
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@KNizam: Kembara adalah perkara yang menyeronokkan. Selamat berkembara ke sini!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
menarik kisah perjalanan ni, sronok dpt tgk pic tu.. letak le lagi tmpat2 yg ada kait ngan firaun ni.. minat gak
maiyah´s last blog ..Nak wat camne.. dah anak
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@maiyah: Saya pernah tulis artikel berkenaan Piramid. Pernah baca? Boleh search untuk ke tajuk entri itu.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam alaik..
Satu cerita yang menarik dan berfakta.. Ramai yang tidak tahu tentang terusan suez ni.. Jadi, teruskan bercerita dan mencoretkan pada entry seterusnya.. Ramai yang berminat untuk tahu selanjutnya termasuk diri ini.. Smoga perkongsian ilmu ini membawa manfaat bersama..
Barakallah..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@suhaila: Salam,
Nantikan siri ceritanya. Tetapi saya akan selang-selikan dengan entri lain. Mari lihat kubis besar!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam
maaf farid.. lambat berkunjung berbalas komen.. n3 perigi mencari timba, bukan kesinambungan dari mana2 n3 sebelum nie…
MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Indahnya Kehidupan ~*~
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Tak apa. Mana-mana entri saya boleh saja dibaca dan dikomentarkan bila-bila masa. Insya’Allah saya akan membacanya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Info yang dapat lima tahun dahulu memang ada rancangan untuk mula mengoreknya tetapi Singapura telah memujuk dengan tawaran akan membuat pelaburun yang besar di Thailand jika kerajaan Thai membatalnya.Masa itu Thaksin memerintah.Thai setuju. Ingat, Temasek Holding melabur agak besar ke dalam Shin Satelit, syarikat Thaksin yang mengundang kontroversi itu.
Kalau betul-betul dikorek, jawapnya boleh miskin Singapura sebagai pelabuhan entraport Asia Tenggara.
Tapi saya hairan mengapa syarikat Malaysia banyak melalui Singapura jika mahu mengeksport/mengimport barangan luar negara.
(Quote)
Like or Dislike:
1
0
Saya rasa Malaysia juga pasti terjejas, kerana Malaysia punya pelabuhan Klang dll. Bila siapnya terusan itu seolah-olah Malaysia terpisah dari tanah besar.
Singapura bukankah anak angkat US? Jadi tak menjadi masalahlah jika pelabuhannya begitu maju. Mungkin Malaysia mahu memudahkan urusan?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Assalamualaikum.
Semoga Allah menganugerahkan saudara segala bentuk kebaikan didunia dan akhirat. Aku tidak ingin mengulas pada mana2 bahagian tertentu pada artikel2 yang aku baca disini. CUma sangat trertarik pada falsafah yang dipegang oleh saudara.
[2010@Hakcipta tidak terpelihara. Para pembaca dan pengunjung blog bebas mengambil artikel untuk menyebarkan ilmu di blog Faridrashidi.Com (FRC) dengan syarat bukan untuk urusniaga jual beli, berkepentingan tertentu sehingga mengenepikan konsep penyebaran ILMU. Pada setiap artikel yang diambil hendaklah meletakkan link url ke blog Faridrashidi.Com (FRC) untuk semakan dan rujukan. Begitu juga setiap gambar yang diambil. ]
Aku ulangkan semula…HAK CIPTA TIDAK TERPELIHARA.
Sepatutnya inilah pegangan setiap org dalam memanjangkan ilmu pengetahuan yang bermenafaat. Ini klik kanan pun tak boleh kat blog dia…herrr kedekut sgt dng ilmu yerk?
Mmm..kendonglah segala macam perbendaharaan Allah itu utk dirimu sendiri.Tamak dan halobalah engkau kepadanya serta tambahilah dengan bakhil, kerana pada kiramu itu lebih beruntung.
Syabas dan tahniah Ustaz, kerana tidak berfahaman seperti mereka ini. Aku pun tak paham kenapa tak boleh nak diambil artikel dalam blog dia. Apa yang dirugi sgt kalau org lain nak memanjangkan sesuatu yang baik itu? Kurang gaji dia dgn Allah gamaknyer? entah…aku pelek memikirkan , org yang bercerita tentang Allah dan RasulNYA itu boleh sangsi dengan Allah dalam janjiNYA yang dia akan melipat gandakan amalan seseorang hamba itu.
(Quote)
Like or Dislike:
1
0
Wa’alaikumsalam,
Saya pula tertarik dengan komentar saudara. Selamat datang ke laman ini.
Ilmu Allah bebas dimiliki oleh sesiapa, kedekut bererti kita menghalang ianya bertebaran di muka bumi Allah. Lihat kitab-kitab karangan ulama’ dahulu, mana ada hakcipta terpelihara. Mereka menulis bukan untuk berniaga semata-mata. Mereka menulis untuk membukukan ilmu dan disebarkan kepada umum.
Bagi saya, pahala dan keberkatan Allah itu lebih penting. Mana tahu ini adalah salah satu cara saya menuju ke syurga, dan kalian juga. Ameen.
Terima kasih saudara yang budiman.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Like or Dislike:
0
0
Bukan heri, tapi hero. Kesilapan teknikal.
Saya merasakan sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang hebat itu berkat doa dan keberkatan Rasulullah kekasih Allah.
Mereka juga mempunyai semangat dan jiwa yang begitu tinggi untuk Islam sebab itu masalah kecil seperti mengantuk mudah saja diatasi.
Kata orang, sudah sampai ‘zuqnya’.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0