Header image

“Saya Mahu Kahwin”

Posted by Farid Rashidi in Bicara Semasa | Tazkirah | Wacana Ilmiah

Sesiapa saya di dunia ini jika dipersoalkan, adakah mahu berkahwin. Sudah pasti jawabnya “Ya”.

Andai ada jawapan berbunyi “Tidak” maka saya syorkan agar tahap kenormalannya perlu dikaji dan diselidiki semula. Bimbang terjerumus hubungan persis kaum Nabi Luth a.s dan golongan Lesbian.

Mengapa harus ada perkahwinan. Jawabnya mudah, al-Quran dan as-Sunnah sudah merungkaikan permasalahan ini secara terperinci dan teliti.

Perkahwinan itu banyak faedahnya. Imam al-Ghazali menyebut bahawa perkahwinan adalah “Mujahadah diri, membangkitkan hak-hak ahlinya, berakhlak dengan kesabaran, membawa kesusahan bersama, berusaha untuk memperbaiki dan memberi petunjuk ke arah jalan agama padanya (isteri)..”

Bicara Allah SWT di dalam surah ar-Rum dan suruh al-A’raf:

21. Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir. (ar-Rum: 21)

189. Dia lah (Allah) Yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri Yang satu, dan ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra Yang satu kepada Yang lain. (al-A’raf: 189)

Perkahwinan adalah suatu cara demi menjaga kesinambungan keturunan zuriat manusia agar berterusan membawa panji-panji Allah SWT. Hilang konsep perkahwinan, bermakna caca marbalah kehidupan manusia. Keturunan manusia menjadi kucar-kacir sehingga melahirkan golongan ‘hati keras’ dan terjauh kebaikan. Cinta akan terus dizalimi.

Mudah cara jika mahu menjawab mengapa perkahwinan dituntut Islam, Rasulullah SAW menyebut jawapannya:

Maksudnya: Daripada Abi Masud r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai para pemuda! Sesiapa yang mampu di kalangan kamu, maka kahwinlah kerana ia (dapat) menundukkan pandangan mata, menjaga kemaluan, barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa adalah penegah untuknya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah SWT lagi di dalam surah al-Baqarah:

Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. (al-Baqarah: 187)

Sesungguhnya suami dan isteri itu seperti pakaian, saling tutup menutupi dari melakukan perkara haram.Manakala menurut ilmu balaghah pula, ayat ini terkategori sebagai An yaqa’a al-Mushabbah bih khabran anil mushabbah (Menetapkan Mushabbah bih sebagai khabar kepada mushabbah). Ini kerana maksud pakaian itu adalah perumpamaan bagi dekatnya suami isteri – berpeluk-pelukan sebagaimana memakai pakaian di badan. Maksud lain ialah menutupi dari terjerumus ke lembah dosa.

Terlajak membincangkan soal perkahwinan, mari kita lihat pula nukilan Kitab Muhadharat fi fiqhi sadah asy-Syafie’yyah, ianya menyebut tentang jenis-jenis pernikahan ketika zaman Jahiliyyah terbahagi kepada empat:

1. Pernikahan panji-panji. Maksudnya ialah – seseorang perempuan mendirikan panji atau bendera di hadapan pintu rumahnya sebagai simbol untuk memberitahu kepada manusia yang lalu lalang bahawa dia adalah perempuan sundal.

2. Pernikahan campur. Maksudnya ialah – beberapa bilangan lelaki berkumpul dan menyetubuhi wanita. Sekiranya perempuan itu melahirkan anak, maka ianya dilihat berdasarkan yang paling menyerupai di kalangan lelaki yang menyetubuhi wanita itu.

3. Pernikahan yang diberitakan. Maksudnya ialah – apabila seorang wanita menginginkan seorang anak yang mulia, maka dia akan menyerahkan dirinya kepada sebilangan tokoh lelaki penyair masyhur sehingga ianya melahirkan anak dari salah seorang daripada mereka.

4. Pernikahan sebenar. Pernikahan inilah yang dibenarkan oleh Islam sebagaimana yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah SAW ketika menikahi Saidatina Khadijah Binti Khuwailid sebelum kenabiannya.

SAYA MAHU KAHWIN

“Ustaz, saya mahu kahwin, carikan seorang ustaz yang sudah tamat pengajiannya.. asalkan soleh.” Pinta seseorang.

“Carikan saya seseorang yang baik, saya nak kahwin.” Kata seseorang yang lain pula.

Berderet-deret permintaan di kalangan kenalan maya. Bahkan sehingga suatu saat, saya merasakan menjadi seperti orang tengah untuk menghubungkan kedua-dua belah pihak. Seperti menjadi kerani kepada organisasi Bait Muslim.

Namun begitu, saya mengangkat tangan tabik kepada mereka atas permintaan yang baik. Semoga bertemu kalian pasangan yang baik dan mencintai agama agar mengecapi kebahagiaan dunia akhirat. Semoga ikatan kasih yang didambakan mekar mewangi lantas menghamburkan kasturi indah kelak. Maafkan saya jika tak mampu penuhinya.

UNIT BAIT MUSLIM

“Ana kahwin guna bait muslim..” Kata seorang sahabat saya.

“Oo.. “

“Kiranya mereka yang uruskan waktu jumpa antara dua belah pihak.” Dia mengimbau kisah pertemuan pertamanya.

Saya menyetujui seratus peratus kehadiran unit bait muslim ini terutamanya kepada mahasiswa mahasiswi yang sudah berkelayakan. Kewajarannya adalah kerana ianya mampu memudah cara kepada sebuah kesukaran buat mereka yang berkeinginan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, namun terhalang dek protokol membebankan. Akhirnya, impian itu bertukar menjadi sebuah kemungkaran apabila disusahkan.

Cadangan saya kepada institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta khususnya, laksanakanlah organisasi unit bait muslim sebagaimana yang dipraktikkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Semoga langkah ini mampu mengurangi kebobrokan sosial yang melanda muda-mudi di kalangan mahasiswa mahasiswi Malaysia.

KETIKA CINTA BERTASBIH

Watak Azzam sebagai seorang graduan al-Azhar yang baru pulang ke tanahairnya, Indonesia begitu menjadi. Susun atur cerita dan skrip filem KCB 1&2 boleh saya labelkan sebagai filem islamik terbaik saat ini berbanding produk filem yang kononnya islamik. Ceritanya mempunyai istifadhah berguna untuk diambil pengajaran semua lapisan masyarakat.

Apa yang ingin saya utarakan ialah, konsep bait muslim yang ditonjolkan di dalam babak filem tersebut. Ini boleh dilihat ketika mana Azzam sedang mencari calon bakal isterinya, beliau meminta bantuan orang tengah ataupun ahli keluarganya untuk campur tangan.

Perkara positif ini sewajarnya diterjemahkan ke dalam masyarakat muslim khususnya di Malaysia agar kesinambungan bait muslim tuntutan Rasulullah SAW terus menerus terlaksana.

Sebelum sireh didulangkan, sebelum gendang dipalu, sebelum ikatan disatukan, mari praktikkan unit pertemuan dua insan!

11:47AM, 26 Januari 2010,
Siberbay, Tanta.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

108 Responses

  • ehyekeni says:

    org melamar tak mahu~
    .-= ehyekeni´s last blog ..KeraNa Jari Badan BiNasa =-.

      (Quote)

  • saffmukmin says:

    wahh..saya mau kawen juga sih!!~heheee

      (Quote)

  • nohas says:

    Salam..membaca buku KCB 1&2, minda terasa puas, banyak teladan, nasihat yg ibarat air sejuk yg mengalir..terutama ketika Azzam menghurai tafsir Al-Hikam sehingga mencari buku tafsir ini tetapi baca tak faham, kena berguru, nampaknya..

    Sekufu dalam perkahwinan bagi Muslim ialah setaraf dari segi akhlak, pengetahuan agama, perbedaan darjat & keturunan adalah perkara picisan..
    .-= nohas´s last blog ..Masuk hutan =-.

      (Quote)

    • thinker says:

      bergurulah dengan dr zulkifli bakri;)
      .-= thinker´s last blog ..Ahli Akademik Perlu Faham Agama =-.

        (Quote)

    • @nohas: Salam,
      Kitab al-Hikam ialah kitab karangan Syeikh Athoilah as-Sakandari. Di dalamnya terdapat kata-kata hikmah yang mengagumkan.

      Memang kena berguru dalam apa jua kitab sekalipun. Ya, saya sebenarnya masih mengkaji siapa sebenarnya Syed dan Syarifah sehinggakan ada yang kata tidak boleh berkahwin selain keturunan itu. Siapa tahu, harap bagitahu.

        (Quote)

      • muhammad says:

        salam. ust, menarik persoalan ni. nanti kalau ust da ada point, leh la tlis dalam artikel ye. saya tunggu nak dengar pasal ni. pasal syed syarifah. ada yang kata tak leh kahwen kalau bukan sama kufu. camane tu.

        tapi memandangkan mereka dari keturunan Baginda 3alaihissalam, segan+malu pula rasanya…

          (Quote)

        • @muhammad: Salam,

          Saya juga ada mendengarnya. Tetapi sedikit risau jika saya tulis artikel berkaitan itu boleh membawa kepada terguris perasaan sesiapa.

          Soal keturunan atau tidak, itu yang menjadi persoalan. Bukti perlu ada bagi menguatkan kata-kata. Keturunan Rasulullah SAW bukan sembarangan orang – mengaku tanpa dalil bukan hujjah.

            (Quote)

      • abuyon says:

        salam ustaz,

        Syed itu ejaan kita. Syed itu Sayyid – tuan. Syarif pun begitulah. Perempuannya Syarifah. Dimelayukan jadilah Tuan.
        Dipendekkan jadilah Wan.

        Title itu diletakkan di pangkal nama kerana memang demikianlah panggilan hormat untuk keturunan Rasulullah dan yang sewaktu dengannnya. Sayyidina Ali, Sayyidina Hassan dan lain-lain.

        Adapun kahwin sesama keturunan itu adalah ego manusia belaka konon menjaga keturunan. Padahal Syed atau Syarifah adalah gelar hormat, menghormati keturunan Rasulullah SAW.

        Ke guane :)
        .-= abuyon´s last blog ..Warna Sejuta =-.

          (Quote)

        • @abuyon: Salam,

          Terima kasih Abuyon atas jawapannya. Wah, jawapan juga seperti puasi. :)

          Saya rasa tidak tepat. Syeikh yang pernah mengajarkan saya, iaitu Syeikh Ibrahim al-Kittani salah seorang ulama’ hadis Mesir berketurunan Rasulullah SAW, tetapi namanya tidak pula ada perkataan ‘itu’ di depan. Nah, apa dalilnya?

          Iya, bagaimana pula penama itu adalah golongan yang bergelumang maksiat? adakah ini dikira keturunan Habibi Mustafa yang mulia? Saya sama sekali tidak menghina sesiapa. Cuma mahukan bukti dan dalil yang konkrit.

          Guane gamok?

            (Quote)

          • abuyon says:

            salam ya ustaz,

            Perkara ini mudah saja. Sayyid itu gelaran saja. Kadang diletakkan, kadang ditinggalkan. Selain sayyid, biasa juga keturunan Rasulullah ini dipanggil Habib. Asal nama manusia, tiadalah apa-apa gelaran.

            Bila kita menyebut, hormatnya dipanggil gelaran di pangkal nama. Macam juga ustaz, dipanggil ustaz. Macam juga datuk, gelar untuk orang Melayu.

            Maksiat, tak ada perkara baru dalam hal ini. Cuba semak kembali sirah Nabi Muhammad dan Nabi dulu-dulu. Ramai juga keluarga Nabi yang derhaka.

            ke guane :)
            .-= abuyon´s last blog ..Warna Sejuta =-.

              (Quote)

      • sinar says:

        Kalau ustaz mahu kaji..
        dekati golongan syed seperti ustaz syed abdul kadir mungkin byk membantu..

        Alhamdulillah adik ana sendiri baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada hari ini..
        dalam konsep syed-sharifah, walid agak terbuka..tapi kalau dpt syed walid lagi gembira atas sebab-sebab tertentu..

        ps::sekali baca entri, ana ingt ustaz dah tak lama dah..Moga yang terbaik..

          (Quote)

  • Evi LoLyta says:

    salam.. entri mcm ni mmg sgt minat nk bce. :) pnulisnya pula ble nk alami perkara ni ? hehe..
    Pernikahan bkn skdar lafaz akad tu, tp tnggungjwb lps tu bsar sgt. zaman skrg, sesetegh mereka kawen krn nafsu smata2, sbb tu byk mslh tmbul dlm rumahtangga. yg mereka nampak, nikah tu nk penuhi keperluan batin..
    Movie KCB 1&2 mmg byk bg pengajaran, jln critanya mantap. nk meminang pn ikut cara, mlalui org tgh, bkn main terjah je cam org zamn skrg. mcm Furqan nk meminang Anna pn dr ustaz.
    *semoga Allah kurniakan sy seorang suami yg soleh, sbg pembimbing serta ketua yang baik pd zuriat saya kelak. Aminn..*

      (Quote)

    • @Evi LoLyta: Salam,
      Bab kahwin, bab munakahat semenjak saya sekolah menengah lagi memang akan mendapat ranking yang tinggi. Ada perkataan kahwin, laju ya.

      Penulis? Insya’Allah bila sampai waktu dan ketikanya.

      Zaman sekarang orang nikah tak perlu tok qadhi dan saksi, senyap-senyap dalam hotel saja. Tunggulah akibatnya.

        (Quote)

  • neem says:

    Assalamualaikum wbt..

    tiada salahnya kawen, walaupun dalam usia yg muda. Ibubapa selalu menghalang anak2 mereka utk mendirikan masjid, akhirnya mereka terjebak ke alam maksiat dan zina. Membuang anak merata-rata. moga kami yg muda smua ni mendapat kesedaran.

    p/s: lama x ziarah blog ni. moga akh dirahmati.

      (Quote)

  • Tronx013 says:

    salam…

    …. huh apakah yang membuatkan idea ini muncul daripada pemikiran ustaz ye?..setiap yang berlaku pastinya ada ‘trigger’… atau ustaz sudah bersedia menghantar kad jemputan ?hihi…

    Perkahwinan ini bukanlah perkara mudah ustaz, terlalu sukar andai keperluan dan persediaan tiada untuk menghadapi masa hadapan…. sebab itulah kita kena bersedia betul-betul.. kalau tidak, retaklah rumah tangga nanti…………
    .-= Tronx013´s last blog ..Tazkirah daripada seseorang untuk semua =-.

      (Quote)

    • @Tronx013: Salam,
      Oh, kamu selalu meramalkan sesuatu apabila hadir sesebuah artikel. Ya, saya akui.. memang ada sebabnya. Sebab orang bertanya. Tetapi ada yang kurang puas hati, kata mereka semua perkara di tulis dalam blog.

      Bagi saya jika ianya sebuah perkongsian ilmu yang bermanfaat tidak ada masalahnya. Tak gitu akhi?

      Benar, saya setuju. Wah, nampaknya kamu juga sudah mengerti hakikat perkahwinan ya.

        (Quote)

  • hajar says:

    salam wbt..
    menarik sbnrnya topik ni..
    tp suka sy kutip dr kata2 naqibah sy;

    - jika niat diawal perkahwinan adalah untuk memenuhi kebutuhan(keperluan) biologi, perkahwinan itu cukup skadar hanya mahu memenuhi kehendak tersebut
    - jika niat awalnya untuk mengisi kekosongan hati, apabila ditengah2 hubungan tersebut Allah uji kejujuran mereka, x mustahil akhirnya hubungan itu kembali kosong..
    - jika niat awalnya mahu isteri yg cantik, xmustahil jika ada kejadian sehingga rusaklah wajah si cantik tersebut, terputus juga hubungan tersebut demi mencari si cantik yg lain..dll

    tetapi jika niat diawalnya adalah ikhlas kerana Allah, insyaAlah Allah akan pelihara hubungan tersebut sehingga kesyurga..

    sinonom juga ayt2 tsbt dgn hadis nabi, ‘setiap ssuatu bermula dgn niat’..sy sedih melihat psgn2 yg menggunakan ‘cara islam’ utk mengcover-line hbgn mereka tnpa melihat batas2nya..sedangkan baitul muslim itu dibina begitu cantik utk melindungi mereka dr dosa2 tsbt..

    sy setuju dgn baitul muslim, tp sy x setuju dgn org yg memper’gunakan’ baitul muslim menurut nafsu mereka sndiri..

    mgkn msg2 perlu refresh kmbali niat asal n peliharalah baik2 hbgn sblm berkahwin..spy Allah memelihara hbgn tersebut hingga kesyurga…indahnyee =p..insyaAllah
    .-= hajar´s last blog ..KALIMAH ALLAH =-.

      (Quote)

    • @hajar: Salam,
      Bab kahwin sentiasa menarik bukan?

      Mudah saja, niatkan kerana Allah dan ingin mengamalkan sunnah Baginda Rasulullah SAW. Insya’Allah berkat dan beroleh pahala berganda.

      Penggunaan nas al-Quran dan as-Sunnah kepada perkara yang salah berbahaya.

      Saya rasa takkan ada golongan yang menggunakan bait muslim ke arah kemungkaran jika takutkan Allah dan ikhlas menolong umat. Serahkan saja pada mereka yang berkahwin, lagi elok.

        (Quote)

  • nur_syahadah says:

    Salam… saya da satu kisah benar…

    Kawan saya nak sangat kahwin, dia dah bertunang tetapi dia dah lama menunggu tunangnya itu. Umur pun dah meningkat. Kawan-kawan dia yang sebelum ini tak punya pasangan semua dah berkahwin, majoriti dah dapat anak. Dia selalu luahkan perasaan rasa sunyi. Bila tiba hujung minggu duduk keseorangan di rumah. Kasihan saya tengok keadaanya. Tapi itula tak dapat nak bantu.

    Kadang-kadang orang tak faham. Orang menyangka dia tidak kisah jika tak kahwin. Tetapi dalam hatinya hanya Allah saja tahu macammana. Dalam masa yang sama tak ramai yang tahu dia dah bertunang sehinggakan ada yang nak carikan jodoh untuknya. Masalahnya dia tak tahu macamana nak beritahu tunangnya betapa sunyinya dia berjauhan (jauh dari family). Dia sangat perlukan seseorang untuk menjaga dan guide dia.

    erm.. apa pendapat ustaz?

      (Quote)

    • @nur_syahadah: Salam,
      Saya turut bersimpati dengan nasib yang dialami oleh rakan ukhti. Dalam hal ini, saya melihat bahawa kekuatan, kesabaran, ketabahan perlu diletakkan di hadapan. Hidup ini ibarat berlayar di lautan, adakalanya tenang membelah samudera dan adakalahnya letih dilambung ombak mengganas. Berdoalah semoga selamat sampai ke daratan sebelah sana.

      Ingatlah, Allah SWT selalu menguji hambaNya yang beriman. Itu penting. Panjatkan rasa syukur dan selalu ucapkan zikir tasbih tahmid sebagai tanda redha diuji. Syukur bukan saja sewaktu senang, malah sewaktu dihimpit derita juga kita perlu mengingatiNYA.

      Setiap manusia tidak sama ujiannya. Mungkin mereka yang berkata itu tidak memahami kondisi yang merasa. Biarkan, usah terlalu melayan karenah kata-kata sumbang manusia. Mulut manusia takkan terhenti berbicara selagi mana kematian tidak jengah tiba.

      Sabarlah, Insya’Allah di sana pasti ada mutiara jernih yang segar kelak.

        (Quote)

  • hurin says:

    Salam..ustaz, saya pun sdg terkenang2 KCB ni. subhanallah, mmg dapat dirasakan biah solehahnya. ketidaksempurnaan watak azzam ni betul2 mnjadikan filem ni sempurna.

    dlm wishlist saya skrg, teringin sgt tudung and telekung anna tu, dan yg pasti mesti sgt inginkan bakso cinta :) kat mana nak cari ni? (okay, skrg ustaz dah tukar kerjaya, bukan kerani BM lagi, tapi kerani bakso cinta pula)

      (Quote)

    • @hurin: Salam,
      Mengambil pengajaran di dalam filem itu tidak ada masalah. Tetapi mesti ada batas-batas sempadannya agar tidak terlalu memuja para pemegang watak.

      Bukankah di Malaysia sekarang terkenal dengan tudung jenis itu? Bakso cinta? Mudah saja, buat dan reka sendiri. Kemudian letaklah apa jua nama. :)

      Saya gemar makan bakso, tetapi tak pandai membikinnya. Ada siapa-siapa tahu ramuannya?

        (Quote)

  • nur_syahadah says:

    bahagianya kalo dapat sebahagia orang lain kan…

      (Quote)

  • Hehe…sapa yang tak nak kawin iye dak? insyaAllah sampai masanya nanti, jodoh itu akan tiba. Yang penting kene berusaha mengikut syariat yang telah Dia tetapkan.

    PS: Dah baca KCB2..tapi teringin nak tengok filemnya..

      (Quote)

  • MaizaC'Joe says:

    Salam

    bagus juga unit Bait muslim di tubuhkan di sini..
    ketika cinta bertasbih.. suka movie tue…
    .-= MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Betul-betul nak marah nie ~*~ =-.

      (Quote)

  • Permata says:

    Salam…mula2 terkejut jugak bila baca tajuk entri ni..hee ingatkan ustaz farid nak nikah da..

    nikah merupakn sunnah Rasulullah…bukankah dengan menikah telah sempurna separuh dari agama?
    .-= Permata´s last blog ..~ Maut suDaH cukuP sebaGai NasiHaT~ =-.

      (Quote)

  • puteri says:

    saya copy entry ini ya

      (Quote)

  • Atikah says:

    Mau kawin.. tp calon tak dak macam mana tu??? hehehe
    .-= Atikah´s last blog ..Belajar Memasak Bersama Chef Li =-.

      (Quote)

  • liyana says:

    assalamualaikum ustaz

    wah, mahu kahwin?
    sebenarnya saya sudah link kan blog ustaz di blog saya.

    ini blog baru saya

    -puding caramel-
    .-= liyana´s last blog ..pena-pena telah diangkat, dan lembaran-lembaran telah mengering tintanya =-.

      (Quote)

  • hamiza says:

    Salam ukhwah ustaz..
    Saya org baru kt sini..bagusnya entry uztaz ni..2 kali ulang sy membacanya utk memahami apa sebenarnya yg tertulis..hehe
    emmm..x byk yg dpt sy nk perkatakan disini,cuma sy ucapkan syabas kpd ustaz kerana blog ini sungguh menyejukkan jiwa saya..

    Saya sendiri belum bertemu jodoh,apa yg saya harapkan,doakn sentiasa dlm setiap sujud saya,semoga ALLAH memberi sy pasangan yg terbaik utk sy dunia akhrat..amiiinn

    Syukran ustaz kerana memberi sy peluang mengenali blog ini..

    wassalam
    .-= hamiza´s last blog ..LANGKAH KESELAMATAN KETIKA KILAT SERTA RIBUT PETIR…. =-.

      (Quote)

  • Huda Ahsin says:

    Terima kasih…. Insya-Allah saya akan kunjungi selalu…
    .-= Huda Ahsin´s last blog ..Sultan Johor… =-.

      (Quote)

  • fzyfuzzy says:

    Salam,

    Terimakasih kerana sudi mengunjungi blog saya. Insyallah, akan saya kunjungi..Memangggggg…blog ini banyak info.

      (Quote)

  • Tronx013 says:

    @Farid Rashidi:

    salam….

    ssuatu yang ada dalam blog bukanlah dengan magis, tapi mesti ada sesuatu yang menyebabkan ia(artikal) ada. hihi.. sebab itulah saya bertanya. hehe walaupun ada kala ia adalah rahsia.. hihi…

    Pengalaman sendiri atau bersama dengan orang lain,boleh sahaja dimasukkan dalam blog sendiri, tetapi ada kala kita terpaksa rahsiakan agar ia terus menjadi rahsia sehingga tiada siapa yang tahu melainkan beberapa sahaja.. :)

    Bab kawin ni ustaz, sangat sukar la untuk dibicarakan ketika saya sendiri tiada kemampuan harta dan kekuatan, belajar di Universiti yang sungguh dahsyat tekanannya ini pula adakala menggoyahkan hati ini.. tiada daya diri ini melainkan daripadaNya… :) … tapi bukanlah saya meletakkan ia di tepi, bahkan di tempatnya sendiri… sedia menanti masanya… inshaAllah…
    .-= Tronx013´s last blog ..Tazkirah daripada seseorang untuk semua =-.

      (Quote)

    • @Tronx013:

      Tronx013: ssuatu yang ada dalam blog bukanlah dengan magis, tapi mesti ada sesuatu yang menyebabkan ia(artikal) ada. hihi.. sebab itulah saya bertanya. hehe walaupun ada kala ia adalah rahsia.. hihi…

      Adakalanya sesuatu yang ditulis itu menjadi secara tiba-tiba. Misalnya ada sesetengah waktu saya plan mahu tulis tajuk lain, bila tekan keyboard, muncul tajuk lain yang langsung tak terfikirkan. Tak tahulah orang lain macammana. Ke akhi style lain?

      Ya, selalu dirahsiakan identiti kecuali dia izinkan.

      Tekanan yang bagaimana tu? Berkahwin juga seolah-olah menguji kematangan seseorang.

        (Quote)

      • Tronx013 says:

        @Farid Rashidi:

        salam…

        saya bukanlah penulis blog yang bagus..hihi saya hanya suka mencatat segala yang berlaku dalam bentuk kod peristiwa yang membolehkan saya mengingatkan diri tentang peristiwa di sebalik kejadian…… maksudnya, cerita di blog saya tu,mungkin membawa cerita di sebalik cerita… huh… complicated… tak mengapa, itu sekadar pengetahuan yang tiada membawa apa-apa erti..

        Yup, perkahwinan itu menguji kematangan…. tekanan study la ustaz dan beberapa yang lain..hihi.. :)
        .-= Tronx013´s last blog ..Tazkirah daripada seseorang untuk semua =-.

          (Quote)

        • @Tronx013: Tidak, kamu sebenarnya bagus dalam penulisan berbanding mereka yang langsung tak tahu menulis. Mari ucapkan Alhamdulillah atas nikmat ini.

          Samalah kita, saya juga bercerita di sebalik cerita dan rumusnya? Baca+Fikir=Jawapan.

          Pokok pangkalnya, kamu harus berwaspada dengan mereka. Kawallah perlakuan hatta ketika mahu study group bersama. Ini bakal menimbulkan bibit-bibit ke arah lain. Faham bukan?

            (Quote)

          • Tronx013 says:

            salam…

            ingatkan tidak terjawab komen yang tertangguh lama ini menanti respon.. :) (walaupun rekod ustaz,tak pernah membiarkan komen terpinggir tanpa balas..)

            segalanya saya bersyukur dengan apa yang ada,walaupun masih ada rungutan kecil…sebab masih tidak mampu menjadi hamba yang benar-benar bersyukur…

            baca+fikir(dalam tidur sekali)= confious+ explaination= ok! baru faham.. lambat sikit nak dapat jawapan.. hihi

            Study group bersama mereka? saya study sendiri la ustaz, masa sekolah,saya memang suka study sendiri sebab rumah kawan2 jauh. Dah masuk universiti, saya berubah dan mahu study group,nak jadi doktor ni,perlukan perbincangan yang banyak dan latihan… tapi, tiada kerjasama la ustaz, ..dan mungkin ‘ego’,dan sikap buruk saya yang berbaki ini masih menimbulkan ketidakselesaan… akhirnya, study seorang diri…

            inshaAllah… saya cuba kawal…(rr…kalau ustaz nak tegur secara direct tegur saja saya melalui email/mesej personal fb…)
            .-= Tronx013´s last blog ..Ayuh Menimba Ilmu Setulus Semangat Di Hati =-.

              (Quote)

            • @Tronx013:

              Tronx013: ingatkan tidak terjawab komen yang tertangguh lama ini menanti respon.. (walaupun rekod ustaz,tak pernah membiarkan komen terpinggir tanpa balas..)

              Saya mahu mengejar rekod kamu yang jarang membiarkan komen tak terbalas. :)

              Yes, it’s right!

              Ego, saya pernah menulis tentangnya. Keegoan perlu dikikis jika mahu menjadi manusia hebat. Tak semestinya tanpa ego kita akan menjadi lemah gemalai.

              Oh, nasihat di atas ya? Maafkan saya atas kesilapan.

                (Quote)

              • Tronx013 says:

                salam…

                ustaz nak kejar saya? hehe… saya tiada apa mahu berikan pada yang lain hanya yang termampu sahaja…sekadar komen yang tiada nilai pada pasaran..

                Ustaz, ayat saya yang akhir tu,bukannya marah atau tidak puas hati… sekadar mahu memberi ruang untuk menegur saya dengan lebih terus terang. Takut,andai ada silap yang saya lakukan,ustaz mahu tegur secara berkias tapi saya pula yang lambat faham….. :) saya jarang marah, tapi selalu saja mendapat marah atas kesilapan yang boleh dimaafkan… manusia…
                .-= Tronx013´s last blog ..Ayuh Menimba Ilmu Setulus Semangat Di Hati =-.

                  (Quote)

    • abuyon says:

      Setuju! hehe .. moga Allah
      merahmati
      .-= abuyon´s last blog ..Warna Sejuta =-.

        (Quote)

  • MaizaC'Joe says:

    salam…

    borang?? boleh juga nak ambil kat mana… :-)
    .-= MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Betul-betul nak marah nie ~*~ =-.

      (Quote)

  • MaizaC'Joe says:

    serius…. emmm… tiba-tiba terfikir pula..
    fikir dulu la….. ambil borang isi dan hantar… mudah dan tunggu ja… begitu?

    Emm.. perlu ka?… :-)
    .-= MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Betul-betul nak marah nie ~*~ =-.

      (Quote)

    • @MaizaC’Joe: Ya, perkata itu yang selalu berlaku di sini. Biasanya butir-butir maklumat dan ciri-ciri calon akan ditulis bersama. Selepas itu sessi pertemuan akan berlangsung. Maksudnya bersama wakil BM. Di situ kata putus boleh dibuat samaada mahu atau tak.

      Gunalah ibu bapa, lagi mudah rasanya. Boleh?

        (Quote)

  • qismina says:

    trime kasih tinggalkan link…

    sy dah lama teringin nak kawin.. tapi calon takdak.. sy nak pkai mak sy jer tuk cari jodoh buat saya.. lagi baik dan dia jugak berkenan dimata mak.. almaklumlah bonda saya nie agak cerewet pasal bakal menantunya.. apa2 pon yang penting bakal suami sya nanti membimbing saya dan keluarga kearah keluarga yg soleh..

      (Quote)

  • ann_fahana says:

    salam,
    terima kasih kunjungan ke blog,
    saya tak pasti kalau mahabbah tu album yang betul terbaru.sbb tak ikut sangat prkmbangan..tapi sbb belum dapat CD tu..kalau ikut pada cover album tu, tak de muka arwah ustaz asri..mungkin memang masih baru la..maaf tak dapat bagi info sebenar..
    Tentang entri ni:em, nak tanya mengenai konsep membimbing..emmang bagi seorang prmpuan ingin lelaki yang membimbing.nak plak memang lelaki sesuai jadi pmimpin, baik rumah tangga, negara atau organisasi..tapi, bagaimana pandangan tuan kalau mungkin perempuan mmbawa lelaki yang mungkin tak berapa soleh tu ke arah yang labih soleh sedang leleki tu memang cukup semuanya melainkan agamanya mungkin kurang..em, sekadar bertanya..terima kasih..
    .-= ann_fahana´s last blog ..cd dan buku =-.

      (Quote)

    • @ann_fahana: Salam,

      Terima kasih atas infonya. Nanti kalau ada apa-apa perkembangan, boleh bagitahu saya? Terasa ingin mendengar lagu Rabbani setelah kehilangan Allahyarham Ustaz Asri.

      Pada saya, itu agak kurang sesuai. Realitinya ramai wanita solehah terkandas apabila menjadi isteri lelaki kurang soleh. Mahu begitukah?

        (Quote)

  • hafizmd says:

    Salam pembuka bicara.
    Ni 1st time saye ke sini. Cukup menyenangkan mata bila blog ini cantik tersusun ayat suci. Lebih menarik bile isi-isinya cukup bermanfaat.

    p/s-izinkan saye letak link saudara di blog saye. Thanks

      (Quote)

  • puteri says:

    utk pyebran dan prkgsian mklmt dgn pmbaca yg lain

    http://puteri88.blogspot.com/2010/01/jom-kahwin.html

      (Quote)

  • zuhaida says:

    =)
    .-= zuhaida´s last blog ..SUARA HATI SEBELUM IMTIHAN =-.

      (Quote)

  • ann_fahana says:

    @Afida Anuar:
    em, kalo ade rezki, tengok lah.byk pengjaran>_<
    .-= ann_fahana´s last blog ..cd dan buku =-.

      (Quote)

  • cun09 says:

    salam saudara ^_^

    kahwin?? kalau kita bg jawapan …
    belom sampai seru…
    takde org yg nak…
    tak mau kahwin laa…
    bukan niat mau jd spt kaum Nabi Luth tapi takut bila byk sangat cerita2 yg berlaku selepas kahwin…
    kadang2 tertanya2 sudah bersediakah diri ini utk menjawat “jawatan isteri”…
    .-= cun09´s last blog ..Marah… =-.

      (Quote)

  • nur_syahadah says:

    ust bile nak kawen??

      (Quote)

  • dzulhilmi says:

    Semoga Us.Farid dapat zaujah solehah…Kenduri jgn lupa jemput ana :0

      (Quote)

  • nono says:

    salaam.

    org pun setuju jugak dgn concept unit bait muslim. and mmg ada terlintas di hati nak ada penglibatan parents jugak (ahem..) tapi pastu kena marah pulak.. :P parents suruh cari sendiri. >.<
    .-= nono´s last blog ..Teringat-ingat… =-.

      (Quote)

  • canary says:

    assalamualaikum..
    kali pertama sy berkunjung dan hati telah terpaut pd blog ini.hehe..pengisian yg sgt menyegarkan dan memberi ilham.tambahan pula ketika diri dilanda ujian. saya ingin sekali mendengar pendapat ustaz tntg mslh ini.menginjak usia 30an,dikira lanjut la tu,pasai x kawen.takdir tuhan ditemukan dgn insan soleh dan akhlak yg baik,yg sudi berkongsi hidup.ibu merestui sepenuh hati.soalnya,saya ragu2 kerana dia dari seberang.saya berkerjaya.adakah saya keterlaluan memilih darjat?jwpn yg sgt takut sy ketahui kebenarannya.huhu..konpius nih

      (Quote)

  • Pingback: Faridrashidi.Com » Blog Archive » Ulangtahun Pertama Faridrashidi.Com!

  • cik zie says:

    salam ustaz, terima kasih atas entry yang sangat2 berpengetahuan ini……perkahwinan….kehendak dan impian…wajarkah..sekiranya sistem dan modul perkahwinan di negara kita (malaysia) digubal dan dipinda menjadi lebih baik dan praktikal.

    sy pernah mengambil kursus perkahwinan (walu sudah punya sijil kahwin masih belum ada calon.)

    sy melihat intipati dan input kursus ini lebih bersifat general, sama seperti kelas2 agama atau subjek universiti yang saya dan kawan2 ambil (UIA). bagi kami yang wajib ambik subject2 ni…benda ni dah faham. tapi memang x salah kembali belajar n mengingatinya….ilmu itu luas..mungkin pelajaran dulu x cukup sifatnya..pelajaran kali kedua-melengkapi kekurangan pelajaran pertama…wallhualam..

    sy cuma melihat dr pandangan sy yang masih mencari definasi diri…mencari jalan agama dan memperbaiki diri….sy melihat….keruntuhan moral dikalangan remaja..di kalangan kanak2….murid2 sekolah…berpunca dripada institusi keluarga Islam itu sendiri yang “kosong”..dalam kursus tersebut..di titik beratkan tanggungjawab suami isteri yang bersifat “longgar”…tidak dijelaskan secara lebih terperinci..apa ibadah seorang suami kepada isteri..dan sebaliknya..bukan sahaja ibadah di antara suami isteri..tetapi juga pada kedua ibu bapa dan keluarga. apa had dan had nya. sy sendiri pun masih banyak yg perlu di ajar…dan ustaz antara yang arif, silalah sudinya memberi tunjuk ajar dan nasihat.

    sy tertarik pada satu segmen dalam rancangan di tv3 “apa2 aje”..tentang hukuman rotan..perotan perlukan ilmu..ibu bapa yang nak merotan anak..juga perlukan ilmu..adakah rotan itu untuk mengajar dan merotan dalam keadaan “x waras” atau “waras”..cara merotan….adakah memberi kesan dan peringatan atau memberi impak pada psychology anak2 yang di rotan. dalam kursus perkahwinan..semua itu x di ajar..x diberitahu..hakikatnya..x semua org ada peluang mencari ilmu selanjutnya. ada org, hanya masa kursus jer yg dapat info..masa2 lain…hai hai..bye bye….

    sy rasa…..masyarakat barat lebih “parentship” dripada masyarakat islam itu sendiri. mereka ada pusat kekeluargaan yang membantu membimbing dan menjalankan tanggungjawab sosial masyarakat mereka.

    masyarakat kita?kalo jumpe counselor mula lah orang mengata….”ada masalah laki bini lah tu…’mengutuk n bla..bla….

    entahlah ustaz…..sy hanya menyampaikan apa yang berat bersarang dalam hati n otak sy. perubahan yang baik…sejajar dengan perkembangan dan keadaan sosio masyarakat sekarang..maaf atas komen yang panjang.

    terima kasih

      (Quote)

  • nur anis says:

    aku nak kahwin sebelum konvo….
    nur anis´s last [type] ..Baiknya papa -mama

      (Quote)

  • Adik Baik says:

    erk… KCB… citer tu memang agak baik.. tapi part yg tak baiknye ialah part business bakso cinta…hehe…
    nak niaga bakso tak slah… membenarkan/menggalakkan pergaulan lelaki-perempuan yg tak syari’e tu salah… huhu~

    ^^*

      (Quote)

  • Adik Baik says:

    @Farid Rashidi:

    erk, izin memberi peringatan ya….
    huhu~

    adapun keturunan tidak menjamin susur galur semuanya ke syurga…. hanyalah amalan…

    sedangkan sebab musabab Rasulullah dan keturunannya berkahwin pun semata2@ berdasarkan susur galur keturunan seseorg, kenapa pula wujudnya hujah tanpa dalil yg nak mengatakan keturunan sekian2 tak boleh berkahwin dgn keturunan lain selain dari keturunan nya sendiri…

    jadikan syariat sbg ukuran.

    sedangkan al-Quran dan as-Sunnah tidak bersikap dmeikian, lalu kenapa kita mesti mengada2kan sesuatu yg tidak…

    adapun bukankah perkahwinan itu salah satunya untuk menegakkan hukum syarak, lalu mengapakah soal keturunan menjadi ukurannya….

    jika benarlah demikian halnya cara menjaga keturunan, kenapa kaedah itu tidak dipraktikkan oleh Rasulullah… adapun perkahwinan yg berlaku dizamannya, para sahabat etc, bukanlah bersandarkan keturunan…

    andai merasakan susur galur keturunan itu sgt baik, kenapa tidak menyebarkan `kebaikan’ yg ada… bukankah umat terdahulu menyebarkan kebaikan yg mereka miliki… allu kenapa pandangan yg masa kini lebih kepada sikap assobiyyah atau double standard…

    Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada siapa nenek moyang mu, apa keturunan mu…. tetapi melihat amalan mu…

    Wallahu a’lam.

    *jgn salah faham bhw sy menidakkan kelebihan pada ahlul bait…=) tidaklah demikian……

      (Quote)

  • Assalammualaikum….

    Rasa syukur dapat bertandang ke blog ini.
    Pengisian yang bermanfaat…
    Tahniah n terima kasih ustaz…

    Yaaaa…. SAYA JUGA MAHU KAWEN!!!
    Tapi masih belum ada calon..
    Bersama doakan moga jodoh saya cepat dan dipermudahkan.
    Juga moga mendapat yang sebaiknya di sisi DIA MAHA KUASA.

    Ameen….
    Cahaya Sebaik-baik Wanita´s last [type] ..Jangan lokek menadah tangan!!!!

      (Quote)

  • Ani says:

    Assalamualaikum…

    Maafkan saya kalau ini tidak sesuai di sini. Saya sekadar ingin meluahkan isi hati diruang ini kerana tidak mungkin saya melaungkannya kepada dunia secara terbuka kerana sifat malu saya sebagai seorang wanita.

    Saya seorang ibu tunggal berusia 34 tahun. Punya 2 anak.
    Sebagai manusia biasa yang normal saya juga ada naluri dan keinginan untuk berkahwin semula, membina rumahtangga bahagia dan kehidupan sempurna seperti orang lain.

    Saya berperwatakan sederhana dan berkerja, mampu menguruskan rumahtangga dengan baik dan ingin menjadi isteri solehah. Saya telah berusaha mengenali beberapa lelaki tapi gagal menemukan lelaki yang sesuai dan benar-benar ikhlas mahu memperisterikan saya. Setelah beberapa tahun sendiri dan umur yang semakin meningkat, saya merasa begitu sepi tanpa kasih seorang suami.

    Kini saya hanya berserah, siapa pun jodoh saya, saya terima asalkan dia seorang yang beriman dan mampu menjadi seorang suami yang dapat melindungi dan membimbing saya dan anak-anak ke jalan diredai. Saya tidak punya banyak masa untuk bersosial di alam nyata atau alam siber untuk mengenali ramai lelaki. Saya berharap dengan coretan saya di sini..mungkin ada seseorang di luar sana sudi menyambut salam perkenalan saya dan ikhlas memimpin tangan saya ke alam perkahwinan. Atau mungkin ada insan yang sudi membantu saya menemukan seseorang yang sesuai dengan saya.

    Terima kasih.

      (Quote)

  • mia says:

    patut la byk isu kahwin sejak akhir ni di blog ini..rupa2xnya ustaz dah bertunang ye….dah terasa sejak dok baca diam2x nie…ehehe..
    mia´s last [type] ..Mia- ble nak settle dokumen kahwin ni -

      (Quote)

  • nadia says:

    @Farid Rashidi:

    saya ader resispi nya….sebulan 2x msk utk family…

      (Quote)

  • nur says:

    sy ingin luahkan sesuatu yg selama ini dipendam,

    sy mengenali lelaki yg padanya mengikut syariat, mengenali sy melalui org tengah dr ahli keluarganya, sudah setahun sy tgu tp masih belum dia mahu jmp sy dan sy x kisah jika mahu kenal2 begini tp masalahnya dia x bg sy kenal lelaki lain seolah olah menyimpan sy supaya setia n tgu dia..dia bg barang pd sy sebagai alat supaya sy tidak beralih dan beri peluang pd org lain
    nur´s last [type] ..Crocheted Hat For muslim

      (Quote)

  • laila_majnun says:

    salam….

    bole tny x? klu seorg pompuan suke seorg jejaka… bole x klu dia start dlu.. as a friend… mcmane cara sesuai utk meluahkn perasaan eh? so far, prnh jumpa skali je kt knduri… pastu klu cntact pon mll msg… kata2 yg digunakan mmg tidak melebihi batas walaupun sdh lama berkenalan.. semakin jatuh hati sbb ini mmbuktikan dia respect perempuan… atau hny bertepuk sebelah tgn.. masing2 masih blajar wpon umur sdh melebihi 25 thn… apa yg perlu dilakukan?

      (Quote)

  • asla says:

    Salamalaik…

    Alhamdulillah setelah sekian lama ini baru kali pertama ana post dan komen di dalam mana-mana blog…semua blog yang ana baca semuanya hanya membaca, berfikir dan berbincang secara lisan bersama teman2 dan ambil ikhtibar daripada perbincangan tersebut. Tahniah ustaz kerana initiatif blog ini sebagai satu medan penyampaikan dakwah secara santai dan berhikmah….apapun ini pertama kali ana baca blog ustaz…sebenarnya nak cari ilmu pasal puasa sempena ramadhan ni untuk menambahkan lagi penghayatan di bulan mulia ini..insyaAllah..kebetulan ana baca isu ni (munakahat) sangat diminati remaja dan ramai yang respond…terpanggil juga untuk respond….
    Bab nak kawin ni ana pasti semua orang nak kawin….tak kiralah apa pun niat untuk kawin dan yang belum melalui alam perkahwinan pun nak kawin…alhamdulillah ana dah berkahwin….Pendapat ana, perkahwinan bukan sekadar berkawin antara dua insan.. bukan sekadar duit mas kawin dan persiapan yang dashyat majlis untuk difikirkan….perkahwinan lebih dari itu…yang paling penting adalah kehidupan selepas perkahwinan…cukup untuk berkahwin sekadar yang mampu pada masa itu dan perbaiki diri bersama2 isteri selepas itu dan seterusnya terus perbaiki diri dari masa ke semasa dari semua sudut..akhlak, ilmu, kemampuan dan sebagainya…klu masa nak kawin tu tanpa ilmu rumahtangga, berhutang sana sini sekadar memanuhi kehendak nafsu, fikir apa kata orang, belanja keterlaluan dan lepas kawin sengsara sebab tiada duit nak menanggung keluarga mana nak datang bahagia?

    p/s: bagi bujang yang tiada calon tetapi mahu berkawin, selain isi borang bait muslim sebagai initiatif, jangan lupa berdoa dan jangan putus2 berdoa agar dipertemukan jodoh yang terbaik selain sentiasa perbaiki diri…jodoh akan datang bila kita bersedia…Allah maha mengetahui kemampuan kita.

    maaf ustaz, ana byk lagi nak tulis tapi cukup dulu setakat ni…maaf andai komentar ana ada cacat cela..ana dalam usaha untuk menulis dengan lebih baik…. wallahualam

      (Quote)



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge