“Saya Mahu Kahwin”
Category : Bicara Semasa, Tazkirah, Wacana Ilmiah
Sesiapa saya di dunia ini jika dipersoalkan, adakah mahu berkahwin. Sudah pasti jawabnya “Ya”.
Andai ada jawapan berbunyi “Tidak” maka saya syorkan agar tahap kenormalannya perlu dikaji dan diselidiki semula. Bimbang terjerumus hubungan persis kaum Nabi Luth a.s dan golongan Lesbian.
Mengapa harus ada perkahwinan. Jawabnya mudah, al-Quran dan as-Sunnah sudah merungkaikan permasalahan ini secara terperinci dan teliti.
Perkahwinan itu banyak faedahnya. Imam al-Ghazali menyebut bahawa perkahwinan adalah “Mujahadah diri, membangkitkan hak-hak ahlinya, berakhlak dengan kesabaran, membawa kesusahan bersama, berusaha untuk memperbaiki dan memberi petunjuk ke arah jalan agama padanya (isteri)..”
Bicara Allah SWT di dalam surah ar-Rum dan suruh al-A’raf:
21. Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir. (ar-Rum: 21)
189. Dia lah (Allah) Yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri Yang satu, dan ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra Yang satu kepada Yang lain. (al-A’raf: 189)
Perkahwinan adalah suatu cara demi menjaga kesinambungan keturunan zuriat manusia agar berterusan membawa panji-panji Allah SWT. Hilang konsep perkahwinan, bermakna caca marbalah kehidupan manusia. Keturunan manusia menjadi kucar-kacir sehingga melahirkan golongan ‘hati keras’ dan terjauh kebaikan. Cinta akan terus dizalimi.
Mudah cara jika mahu menjawab mengapa perkahwinan dituntut Islam, Rasulullah SAW menyebut jawapannya:
Maksudnya: Daripada Abi Masud r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai para pemuda! Sesiapa yang mampu di kalangan kamu, maka kahwinlah kerana ia (dapat) menundukkan pandangan mata, menjaga kemaluan, barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa adalah penegah untuknya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Firman Allah SWT lagi di dalam surah al-Baqarah:
Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. (al-Baqarah: 187)
Sesungguhnya suami dan isteri itu seperti pakaian, saling tutup menutupi dari melakukan perkara haram.Manakala menurut ilmu balaghah pula, ayat ini terkategori sebagai An yaqa’a al-Mushabbah bih khabran anil mushabbah (Menetapkan Mushabbah bih sebagai khabar kepada mushabbah). Ini kerana maksud pakaian itu adalah perumpamaan bagi dekatnya suami isteri – berpeluk-pelukan sebagaimana memakai pakaian di badan. Maksud lain ialah menutupi dari terjerumus ke lembah dosa.
Terlajak membincangkan soal perkahwinan, mari kita lihat pula nukilan Kitab Muhadharat fi fiqhi sadah asy-Syafie’yyah, ianya menyebut tentang jenis-jenis pernikahan ketika zaman Jahiliyyah terbahagi kepada empat:
1. Pernikahan panji-panji. Maksudnya ialah – seseorang perempuan mendirikan panji atau bendera di hadapan pintu rumahnya sebagai simbol untuk memberitahu kepada manusia yang lalu lalang bahawa dia adalah perempuan sundal.
2. Pernikahan campur. Maksudnya ialah – beberapa bilangan lelaki berkumpul dan menyetubuhi wanita. Sekiranya perempuan itu melahirkan anak, maka ianya dilihat berdasarkan yang paling menyerupai di kalangan lelaki yang menyetubuhi wanita itu.
3. Pernikahan yang diberitakan. Maksudnya ialah – apabila seorang wanita menginginkan seorang anak yang mulia, maka dia akan menyerahkan dirinya kepada sebilangan tokoh lelaki penyair masyhur sehingga ianya melahirkan anak dari salah seorang daripada mereka.
4. Pernikahan sebenar. Pernikahan inilah yang dibenarkan oleh Islam sebagaimana yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah SAW ketika menikahi Saidatina Khadijah Binti Khuwailid sebelum kenabiannya.
SAYA MAHU KAHWIN
“Ustaz, saya mahu kahwin, carikan seorang ustaz yang sudah tamat pengajiannya.. asalkan soleh.” Pinta seseorang.
“Carikan saya seseorang yang baik, saya nak kahwin.” Kata seseorang yang lain pula.
Berderet-deret permintaan di kalangan kenalan maya. Bahkan sehingga suatu saat, saya merasakan menjadi seperti orang tengah untuk menghubungkan kedua-dua belah pihak. Seperti menjadi kerani kepada organisasi Bait Muslim.
Namun begitu, saya mengangkat tangan tabik kepada mereka atas permintaan yang baik. Semoga bertemu kalian pasangan yang baik dan mencintai agama agar mengecapi kebahagiaan dunia akhirat. Semoga ikatan kasih yang didambakan mekar mewangi lantas menghamburkan kasturi indah kelak. Maafkan saya jika tak mampu penuhinya.
“Ana kahwin guna bait muslim..” Kata seorang sahabat saya.
“Oo.. “
“Kiranya mereka yang uruskan waktu jumpa antara dua belah pihak.” Dia mengimbau kisah pertemuan pertamanya.
Saya menyetujui seratus peratus kehadiran unit bait muslim ini terutamanya kepada mahasiswa mahasiswi yang sudah berkelayakan. Kewajarannya adalah kerana ianya mampu memudah cara kepada sebuah kesukaran buat mereka yang berkeinginan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, namun terhalang dek protokol membebankan. Akhirnya, impian itu bertukar menjadi sebuah kemungkaran apabila disusahkan.
Cadangan saya kepada institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta khususnya, laksanakanlah organisasi unit bait muslim sebagaimana yang dipraktikkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Semoga langkah ini mampu mengurangi kebobrokan sosial yang melanda muda-mudi di kalangan mahasiswa mahasiswi Malaysia.
KETIKA CINTA BERTASBIH
Watak Azzam sebagai seorang graduan al-Azhar yang baru pulang ke tanahairnya, Indonesia begitu menjadi. Susun atur cerita dan skrip filem KCB 1&2 boleh saya labelkan sebagai filem islamik terbaik saat ini berbanding produk filem yang kononnya islamik. Ceritanya mempunyai istifadhah berguna untuk diambil pengajaran semua lapisan masyarakat.
Apa yang ingin saya utarakan ialah, konsep bait muslim yang ditonjolkan di dalam babak filem tersebut. Ini boleh dilihat ketika mana Azzam sedang mencari calon bakal isterinya, beliau meminta bantuan orang tengah ataupun ahli keluarganya untuk campur tangan.
Perkara positif ini sewajarnya diterjemahkan ke dalam masyarakat muslim khususnya di Malaysia agar kesinambungan bait muslim tuntutan Rasulullah SAW terus menerus terlaksana.
Sebelum sireh didulangkan, sebelum gendang dipalu, sebelum ikatan disatukan, mari praktikkan unit pertemuan dua insan!
11:47AM, 26 Januari 2010,
Siberbay, Tanta.









org melamar tak mahu~
ehyekeni´s last blog ..KeraNa Jari Badan BiNasa
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@ehyekeni: Orang mana melamar pulak ni?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
wahh..saya mau kawen juga sih!!~heheee
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@saffmukmin: Mahu kahwin? Bila? Dengan siapa? hehe.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam..membaca buku KCB 1&2, minda terasa puas, banyak teladan, nasihat yg ibarat air sejuk yg mengalir..terutama ketika Azzam menghurai tafsir Al-Hikam sehingga mencari buku tafsir ini tetapi baca tak faham, kena berguru, nampaknya..
Sekufu dalam perkahwinan bagi Muslim ialah setaraf dari segi akhlak, pengetahuan agama, perbedaan darjat & keturunan adalah perkara picisan..
nohas´s last blog ..Masuk hutan
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
bergurulah dengan dr zulkifli bakri;)
thinker´s last blog ..Ahli Akademik Perlu Faham Agama
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Syukran. Ya, kena berguru dgn Dr Zulkifli sebab saya beli buku dia.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@nohas: Nampaknya saya juga perlu tengok apa isi bukunya. Tulisan kitab asal dalam bahasa arab Alhamdulillah dah pun dimiliki.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@nohas: Salam,
Kitab al-Hikam ialah kitab karangan Syeikh Athoilah as-Sakandari. Di dalamnya terdapat kata-kata hikmah yang mengagumkan.
Memang kena berguru dalam apa jua kitab sekalipun. Ya, saya sebenarnya masih mengkaji siapa sebenarnya Syed dan Syarifah sehinggakan ada yang kata tidak boleh berkahwin selain keturunan itu. Siapa tahu, harap bagitahu.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam. ust, menarik persoalan ni. nanti kalau ust da ada point, leh la tlis dalam artikel ye. saya tunggu nak dengar pasal ni. pasal syed syarifah. ada yang kata tak leh kahwen kalau bukan sama kufu. camane tu.
tapi memandangkan mereka dari keturunan Baginda 3alaihissalam, segan+malu pula rasanya…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@muhammad: Salam,
Saya juga ada mendengarnya. Tetapi sedikit risau jika saya tulis artikel berkaitan itu boleh membawa kepada terguris perasaan sesiapa.
Soal keturunan atau tidak, itu yang menjadi persoalan. Bukti perlu ada bagi menguatkan kata-kata. Keturunan Rasulullah SAW bukan sembarangan orang – mengaku tanpa dalil bukan hujjah.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam ustaz,
Syed itu ejaan kita. Syed itu Sayyid – tuan. Syarif pun begitulah. Perempuannya Syarifah. Dimelayukan jadilah Tuan.
Dipendekkan jadilah Wan.
Title itu diletakkan di pangkal nama kerana memang demikianlah panggilan hormat untuk keturunan Rasulullah dan yang sewaktu dengannnya. Sayyidina Ali, Sayyidina Hassan dan lain-lain.
Adapun kahwin sesama keturunan itu adalah ego manusia belaka konon menjaga keturunan. Padahal Syed atau Syarifah adalah gelar hormat, menghormati keturunan Rasulullah SAW.
Ke guane
abuyon´s last blog ..Warna Sejuta
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@abuyon: Salam,
Terima kasih Abuyon atas jawapannya. Wah, jawapan juga seperti puasi.
Saya rasa tidak tepat. Syeikh yang pernah mengajarkan saya, iaitu Syeikh Ibrahim al-Kittani salah seorang ulama’ hadis Mesir berketurunan Rasulullah SAW, tetapi namanya tidak pula ada perkataan ‘itu’ di depan. Nah, apa dalilnya?
Iya, bagaimana pula penama itu adalah golongan yang bergelumang maksiat? adakah ini dikira keturunan Habibi Mustafa yang mulia? Saya sama sekali tidak menghina sesiapa. Cuma mahukan bukti dan dalil yang konkrit.
Guane gamok?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam ya ustaz,
Perkara ini mudah saja. Sayyid itu gelaran saja. Kadang diletakkan, kadang ditinggalkan. Selain sayyid, biasa juga keturunan Rasulullah ini dipanggil Habib. Asal nama manusia, tiadalah apa-apa gelaran.
Bila kita menyebut, hormatnya dipanggil gelaran di pangkal nama. Macam juga ustaz, dipanggil ustaz. Macam juga datuk, gelar untuk orang Melayu.
Maksiat, tak ada perkara baru dalam hal ini. Cuba semak kembali sirah Nabi Muhammad dan Nabi dulu-dulu. Ramai juga keluarga Nabi yang derhaka.
ke guane
abuyon´s last blog ..Warna Sejuta
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Kalau ustaz mahu kaji..
dekati golongan syed seperti ustaz syed abdul kadir mungkin byk membantu..
Alhamdulillah adik ana sendiri baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada hari ini..
dalam konsep syed-sharifah, walid agak terbuka..tapi kalau dpt syed walid lagi gembira atas sebab-sebab tertentu..
ps::sekali baca entri, ana ingt ustaz dah tak lama dah..Moga yang terbaik..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@sinar:
Dia sudah pulang ke Malaysia.
Keterbukaan itu yang diajarkan oleh Baginda SAW, sebab-sebab tertentu itu boleh mengenepikan sabdaNya. Rupanya kamu juga Syarifah.
Sama-sama. Sebab itu kena baca sampai habis. Tak gitu?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
mujur ana baca sampai abis..baru berangan mahu makan nasi minyak ustaz
sinar´s last blog ..Syukur pada-Mu
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Nak makan nasi minyak kena tunggu sikit masa lagilah. Kalau teringin juga, boleh cuba buat sendiri dulu.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam.. entri mcm ni mmg sgt minat nk bce.
pnulisnya pula ble nk alami perkara ni ? hehe..
Pernikahan bkn skdar lafaz akad tu, tp tnggungjwb lps tu bsar sgt. zaman skrg, sesetegh mereka kawen krn nafsu smata2, sbb tu byk mslh tmbul dlm rumahtangga. yg mereka nampak, nikah tu nk penuhi keperluan batin..
Movie KCB 1&2 mmg byk bg pengajaran, jln critanya mantap. nk meminang pn ikut cara, mlalui org tgh, bkn main terjah je cam org zamn skrg. mcm Furqan nk meminang Anna pn dr ustaz.
*semoga Allah kurniakan sy seorang suami yg soleh, sbg pembimbing serta ketua yang baik pd zuriat saya kelak. Aminn..*
(Quote)
Like or Dislike:
1
0
@Evi LoLyta: Salam,
Bab kahwin, bab munakahat semenjak saya sekolah menengah lagi memang akan mendapat ranking yang tinggi. Ada perkataan kahwin, laju ya.
Penulis? Insya’Allah bila sampai waktu dan ketikanya.
Zaman sekarang orang nikah tak perlu tok qadhi dan saksi, senyap-senyap dalam hotel saja. Tunggulah akibatnya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Assalamualaikum wbt..
tiada salahnya kawen, walaupun dalam usia yg muda. Ibubapa selalu menghalang anak2 mereka utk mendirikan masjid, akhirnya mereka terjebak ke alam maksiat dan zina. Membuang anak merata-rata. moga kami yg muda smua ni mendapat kesedaran.
p/s: lama x ziarah blog ni. moga akh dirahmati.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@neem: Wa’alaikumsalam,
Ya, tiada salah. Yang menjadi kesalahan ialah bila terlalu banyak protokol menghalang perkahwinan.
Peliknya, zina tak ada siapa pula yang halangkan? Jemputlah selalu ke sini.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam…
…. huh apakah yang membuatkan idea ini muncul daripada pemikiran ustaz ye?..setiap yang berlaku pastinya ada ‘trigger’… atau ustaz sudah bersedia menghantar kad jemputan ?hihi…
Perkahwinan ini bukanlah perkara mudah ustaz, terlalu sukar andai keperluan dan persediaan tiada untuk menghadapi masa hadapan…. sebab itulah kita kena bersedia betul-betul.. kalau tidak, retaklah rumah tangga nanti…………
Tronx013´s last blog ..Tazkirah daripada seseorang untuk semua
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Tronx013: Salam,
Oh, kamu selalu meramalkan sesuatu apabila hadir sesebuah artikel. Ya, saya akui.. memang ada sebabnya. Sebab orang bertanya. Tetapi ada yang kurang puas hati, kata mereka semua perkara di tulis dalam blog.
Bagi saya jika ianya sebuah perkongsian ilmu yang bermanfaat tidak ada masalahnya. Tak gitu akhi?
Benar, saya setuju. Wah, nampaknya kamu juga sudah mengerti hakikat perkahwinan ya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam wbt..
menarik sbnrnya topik ni..
tp suka sy kutip dr kata2 naqibah sy;
- jika niat diawal perkahwinan adalah untuk memenuhi kebutuhan(keperluan) biologi, perkahwinan itu cukup skadar hanya mahu memenuhi kehendak tersebut
- jika niat awalnya untuk mengisi kekosongan hati, apabila ditengah2 hubungan tersebut Allah uji kejujuran mereka, x mustahil akhirnya hubungan itu kembali kosong..
- jika niat awalnya mahu isteri yg cantik, xmustahil jika ada kejadian sehingga rusaklah wajah si cantik tersebut, terputus juga hubungan tersebut demi mencari si cantik yg lain..dll
tetapi jika niat diawalnya adalah ikhlas kerana Allah, insyaAlah Allah akan pelihara hubungan tersebut sehingga kesyurga..
sinonom juga ayt2 tsbt dgn hadis nabi, ’setiap ssuatu bermula dgn niat’..sy sedih melihat psgn2 yg menggunakan ‘cara islam’ utk mengcover-line hbgn mereka tnpa melihat batas2nya..sedangkan baitul muslim itu dibina begitu cantik utk melindungi mereka dr dosa2 tsbt..
sy setuju dgn baitul muslim, tp sy x setuju dgn org yg memper’gunakan’ baitul muslim menurut nafsu mereka sndiri..
mgkn msg2 perlu refresh kmbali niat asal n peliharalah baik2 hbgn sblm berkahwin..spy Allah memelihara hbgn tersebut hingga kesyurga…indahnyee =p..insyaAllah
hajar´s last blog ..KALIMAH ALLAH
(Quote)
Like or Dislike:
1
0
@hajar: Salam,
Bab kahwin sentiasa menarik bukan?
Mudah saja, niatkan kerana Allah dan ingin mengamalkan sunnah Baginda Rasulullah SAW. Insya’Allah berkat dan beroleh pahala berganda.
Penggunaan nas al-Quran dan as-Sunnah kepada perkara yang salah berbahaya.
Saya rasa takkan ada golongan yang menggunakan bait muslim ke arah kemungkaran jika takutkan Allah dan ikhlas menolong umat. Serahkan saja pada mereka yang berkahwin, lagi elok.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam… saya da satu kisah benar…
Kawan saya nak sangat kahwin, dia dah bertunang tetapi dia dah lama menunggu tunangnya itu. Umur pun dah meningkat. Kawan-kawan dia yang sebelum ini tak punya pasangan semua dah berkahwin, majoriti dah dapat anak. Dia selalu luahkan perasaan rasa sunyi. Bila tiba hujung minggu duduk keseorangan di rumah. Kasihan saya tengok keadaanya. Tapi itula tak dapat nak bantu.
Kadang-kadang orang tak faham. Orang menyangka dia tidak kisah jika tak kahwin. Tetapi dalam hatinya hanya Allah saja tahu macammana. Dalam masa yang sama tak ramai yang tahu dia dah bertunang sehinggakan ada yang nak carikan jodoh untuknya. Masalahnya dia tak tahu macamana nak beritahu tunangnya betapa sunyinya dia berjauhan (jauh dari family). Dia sangat perlukan seseorang untuk menjaga dan guide dia.
erm.. apa pendapat ustaz?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@nur_syahadah: Salam,
Saya turut bersimpati dengan nasib yang dialami oleh rakan ukhti. Dalam hal ini, saya melihat bahawa kekuatan, kesabaran, ketabahan perlu diletakkan di hadapan. Hidup ini ibarat berlayar di lautan, adakalanya tenang membelah samudera dan adakalahnya letih dilambung ombak mengganas. Berdoalah semoga selamat sampai ke daratan sebelah sana.
Ingatlah, Allah SWT selalu menguji hambaNya yang beriman. Itu penting. Panjatkan rasa syukur dan selalu ucapkan zikir tasbih tahmid sebagai tanda redha diuji. Syukur bukan saja sewaktu senang, malah sewaktu dihimpit derita juga kita perlu mengingatiNYA.
Setiap manusia tidak sama ujiannya. Mungkin mereka yang berkata itu tidak memahami kondisi yang merasa. Biarkan, usah terlalu melayan karenah kata-kata sumbang manusia. Mulut manusia takkan terhenti berbicara selagi mana kematian tidak jengah tiba.
Sabarlah, Insya’Allah di sana pasti ada mutiara jernih yang segar kelak.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam..ustaz, saya pun sdg terkenang2 KCB ni. subhanallah, mmg dapat dirasakan biah solehahnya. ketidaksempurnaan watak azzam ni betul2 mnjadikan filem ni sempurna.
dlm wishlist saya skrg, teringin sgt tudung and telekung anna tu, dan yg pasti mesti sgt inginkan bakso cinta
kat mana nak cari ni? (okay, skrg ustaz dah tukar kerjaya, bukan kerani BM lagi, tapi kerani bakso cinta pula)
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@hurin: Salam,
Mengambil pengajaran di dalam filem itu tidak ada masalah. Tetapi mesti ada batas-batas sempadannya agar tidak terlalu memuja para pemegang watak.
Bukankah di Malaysia sekarang terkenal dengan tudung jenis itu? Bakso cinta? Mudah saja, buat dan reka sendiri. Kemudian letaklah apa jua nama.
Saya gemar makan bakso, tetapi tak pandai membikinnya. Ada siapa-siapa tahu ramuannya?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
insyaAllah, saya tidak memuja2 secara obses watak tersebut. saya cuma kagumi keperibadiannya. subhanallah
haritu dah terjumpa bakso, tapi mcm xrasa nak makan pulak.
hurin´s last blog ..Diserang dengan kasih sayang
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Alhamdulillah kalau begitu. Tetapi boleh saja diambil pengajaran dalam ceritanya. Jangan pula tiru watak tak bertudung itu ya.. hehe.
Bakso indon lebih sedap – mungkin asli. Saya pernah makan bakso di Malaysia, kurang menyengat. Bebola daging itu yang susah nak buat sebenarnya
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
bahagianya kalo dapat sebahagia orang lain kan…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@nur_syahadah: Insya’Allah, Allah SWT takkan menzalimi hamba-hambaNYA yang beriman. Setiap jiwa-jiwa yang bergantung kepadaNYA pasti akan selalu bahagia.. selama-lamanya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Hehe…sapa yang tak nak kawin iye dak? insyaAllah sampai masanya nanti, jodoh itu akan tiba. Yang penting kene berusaha mengikut syariat yang telah Dia tetapkan.
PS: Dah baca KCB2..tapi teringin nak tengok filemnya..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Afida Anuar: Ada juga kes bujang terlajak, lelaki tak berkahwin sampai umur mencecah 40-an dan perempuan menjadi andartu. Sebab-sebabnya? Banyak.
Filemnya saya hanya menonton di Youtube.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam
bagus juga unit Bait muslim di tubuhkan di sini..
ketika cinta bertasbih.. suka movie tue…
MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Betul-betul nak marah nie ~*~
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@MaizaC’Joe: Salam,
Ya, nanti boleh saudari isi borang dan sertainya ya?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam…mula2 terkejut jugak bila baca tajuk entri ni..hee ingatkan ustaz farid nak nikah da..
nikah merupakn sunnah Rasulullah…bukankah dengan menikah telah sempurna separuh dari agama?
Permata´s last blog ..~ Maut suDaH cukuP sebaGai NasiHaT~
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Permata: Salam,
Saya dah agak.. sebenarnya bukan kamu saja yang terkejut. Ramai lagi menunjukkan reaksi sedemikian rupa. Saya senyum sendiri.
Ya. Ia menyempurnakan Iman dan menambah pahala berganda.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
saya copy entry ini ya
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@puteri: Untuk kegunaan apa? Ya, silakan. Tapi letakkan juga linknya ke sini ya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Mau kawin.. tp calon tak dak macam mana tu??? hehehe
Atikah´s last blog ..Belajar Memasak Bersama Chef Li
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Atikah: Itulah kepentingan Bait Muslim yang saya sebutkan di atas. Bila ada organisasi sebegitu, Insya’Allah mudah untuk mendapatkan calon. Cadangkanlah kepada mana-mana pihak berwajid di tempat anda.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
assalamualaikum ustaz
wah, mahu kahwin?
sebenarnya saya sudah link kan blog ustaz di blog saya.
ini blog baru saya
-puding caramel-
liyana´s last blog ..pena-pena telah diangkat, dan lembaran-lembaran telah mengering tintanya
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@liyana: Wa’alaikumsalam,
Ish, kamu mesti belum baca keseluruhan artikel lagikan? Sila baca barulah tahu hujung pangkalnya.
Dah berpindah blog ya, apapun terima kasih!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam ukhwah ustaz..
Saya org baru kt sini..bagusnya entry uztaz ni..2 kali ulang sy membacanya utk memahami apa sebenarnya yg tertulis..hehe
emmm..x byk yg dpt sy nk perkatakan disini,cuma sy ucapkan syabas kpd ustaz kerana blog ini sungguh menyejukkan jiwa saya..
Saya sendiri belum bertemu jodoh,apa yg saya harapkan,doakn sentiasa dlm setiap sujud saya,semoga ALLAH memberi sy pasangan yg terbaik utk sy dunia akhrat..amiiinn
Syukran ustaz kerana memberi sy peluang mengenali blog ini..
wassalam
hamiza´s last blog ..LANGKAH KESELAMATAN KETIKA KILAT SERTA RIBUT PETIR….
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@hamiza: Salam ukhwah juga dan ahlan wasahlan diucapkan.
Oh, bacalah banyak mana dan berapa kali pun. Free tanpa bayaran.
Alhamdulillah jika begitu. Saya doakan semoga anda diberi peluang oleh Allah SWT untuk mendapat pasangan yang terbaik.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Terima kasih…. Insya-Allah saya akan kunjungi selalu…
Huda Ahsin´s last blog ..Sultan Johor…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Huda Ahsin: Selamat datang diucapkan kepada Huda Ahsin. Mari bersama-sama kami di sini. Semoga beroleh manfaat. Sebarkan juga.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Terimakasih kerana sudi mengunjungi blog saya. Insyallah, akan saya kunjungi..Memangggggg…blog ini banyak info.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@fzyfuzzy: Salam,
Ok.. saya menanti. Oh, selamat datang diucapakan ke blog FRC ya!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Farid Rashidi:
salam….
ssuatu yang ada dalam blog bukanlah dengan magis, tapi mesti ada sesuatu yang menyebabkan ia(artikal) ada. hihi.. sebab itulah saya bertanya. hehe walaupun ada kala ia adalah rahsia.. hihi…
Pengalaman sendiri atau bersama dengan orang lain,boleh sahaja dimasukkan dalam blog sendiri, tetapi ada kala kita terpaksa rahsiakan agar ia terus menjadi rahsia sehingga tiada siapa yang tahu melainkan beberapa sahaja..
Bab kawin ni ustaz, sangat sukar la untuk dibicarakan ketika saya sendiri tiada kemampuan harta dan kekuatan, belajar di Universiti yang sungguh dahsyat tekanannya ini pula adakala menggoyahkan hati ini.. tiada daya diri ini melainkan daripadaNya…
… tapi bukanlah saya meletakkan ia di tepi, bahkan di tempatnya sendiri… sedia menanti masanya… inshaAllah…
Tronx013´s last blog ..Tazkirah daripada seseorang untuk semua
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Tronx013:
Adakalanya sesuatu yang ditulis itu menjadi secara tiba-tiba. Misalnya ada sesetengah waktu saya plan mahu tulis tajuk lain, bila tekan keyboard, muncul tajuk lain yang langsung tak terfikirkan. Tak tahulah orang lain macammana. Ke akhi style lain?
Ya, selalu dirahsiakan identiti kecuali dia izinkan.
Tekanan yang bagaimana tu? Berkahwin juga seolah-olah menguji kematangan seseorang.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Farid Rashidi:
salam…
saya bukanlah penulis blog yang bagus..hihi saya hanya suka mencatat segala yang berlaku dalam bentuk kod peristiwa yang membolehkan saya mengingatkan diri tentang peristiwa di sebalik kejadian…… maksudnya, cerita di blog saya tu,mungkin membawa cerita di sebalik cerita… huh… complicated… tak mengapa, itu sekadar pengetahuan yang tiada membawa apa-apa erti..
Yup, perkahwinan itu menguji kematangan…. tekanan study la ustaz dan beberapa yang lain..hihi..
Tronx013´s last blog ..Tazkirah daripada seseorang untuk semua
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Tronx013: Tidak, kamu sebenarnya bagus dalam penulisan berbanding mereka yang langsung tak tahu menulis. Mari ucapkan Alhamdulillah atas nikmat ini.
Samalah kita, saya juga bercerita di sebalik cerita dan rumusnya? Baca+Fikir=Jawapan.
Pokok pangkalnya, kamu harus berwaspada dengan mereka. Kawallah perlakuan hatta ketika mahu study group bersama. Ini bakal menimbulkan bibit-bibit ke arah lain. Faham bukan?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam…
ingatkan tidak terjawab komen yang tertangguh lama ini menanti respon..
(walaupun rekod ustaz,tak pernah membiarkan komen terpinggir tanpa balas..)
segalanya saya bersyukur dengan apa yang ada,walaupun masih ada rungutan kecil…sebab masih tidak mampu menjadi hamba yang benar-benar bersyukur…
baca+fikir(dalam tidur sekali)= confious+ explaination= ok! baru faham.. lambat sikit nak dapat jawapan.. hihi
Study group bersama mereka? saya study sendiri la ustaz, masa sekolah,saya memang suka study sendiri sebab rumah kawan2 jauh. Dah masuk universiti, saya berubah dan mahu study group,nak jadi doktor ni,perlukan perbincangan yang banyak dan latihan… tapi, tiada kerjasama la ustaz, ..dan mungkin ‘ego’,dan sikap buruk saya yang berbaki ini masih menimbulkan ketidakselesaan… akhirnya, study seorang diri…
inshaAllah… saya cuba kawal…(rr…kalau ustaz nak tegur secara direct tegur saja saya melalui email/mesej personal fb…)
Tronx013´s last blog ..Ayuh Menimba Ilmu Setulus Semangat Di Hati
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Tronx013:
Saya mahu mengejar rekod kamu yang jarang membiarkan komen tak terbalas.
Yes, it’s right!
Ego, saya pernah menulis tentangnya. Keegoan perlu dikikis jika mahu menjadi manusia hebat. Tak semestinya tanpa ego kita akan menjadi lemah gemalai.
Oh, nasihat di atas ya? Maafkan saya atas kesilapan.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam…
ustaz nak kejar saya? hehe… saya tiada apa mahu berikan pada yang lain hanya yang termampu sahaja…sekadar komen yang tiada nilai pada pasaran..
Ustaz, ayat saya yang akhir tu,bukannya marah atau tidak puas hati… sekadar mahu memberi ruang untuk menegur saya dengan lebih terus terang. Takut,andai ada silap yang saya lakukan,ustaz mahu tegur secara berkias tapi saya pula yang lambat faham…..
saya jarang marah, tapi selalu saja mendapat marah atas kesilapan yang boleh dimaafkan… manusia…
Tronx013´s last blog ..Ayuh Menimba Ilmu Setulus Semangat Di Hati
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Setuju! hehe .. moga Allah
merahmati
abuyon´s last blog ..Warna Sejuta
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam…
borang?? boleh juga nak ambil kat mana…
MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Betul-betul nak marah nie ~*~
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@MaizaC’Joe: Boleh, sebab itu saya kata kalau diadakan unit bait muslim di mana-mana tempat.. mudah dan senang kerja. Ambil borang, isi dan hantar. Itu sahaja.
Err.. serius?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
serius…. emmm… tiba-tiba terfikir pula..
fikir dulu la….. ambil borang isi dan hantar… mudah dan tunggu ja… begitu?
Emm.. perlu ka?…
MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Betul-betul nak marah nie ~*~
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@MaizaC’Joe: Ya, perkata itu yang selalu berlaku di sini. Biasanya butir-butir maklumat dan ciri-ciri calon akan ditulis bersama. Selepas itu sessi pertemuan akan berlangsung. Maksudnya bersama wakil BM. Di situ kata putus boleh dibuat samaada mahu atau tak.
Gunalah ibu bapa, lagi mudah rasanya. Boleh?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
trime kasih tinggalkan link…
sy dah lama teringin nak kawin.. tapi calon takdak.. sy nak pkai mak sy jer tuk cari jodoh buat saya.. lagi baik dan dia jugak berkenan dimata mak.. almaklumlah bonda saya nie agak cerewet pasal bakal menantunya.. apa2 pon yang penting bakal suami sya nanti membimbing saya dan keluarga kearah keluarga yg soleh..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@qismina: Bagus, saya doakan semoga anda mendapat jodoh yang beriman dan baik. Ingat, BERIMAN bukan BERHARTA.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
nak cari yang beriman tue agak susah sekarang.. tapi sy nak dua2.. tapi lebih yg beriman laa… ehee…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Memang agak susah, saya juga akui. Begitu juga mahu mencari wanita solehah. Apakata saudari jadi solehah, Insya’Allah nanti akan adalah lelaki soleh mencari anda.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam,
terima kasih kunjungan ke blog,
saya tak pasti kalau mahabbah tu album yang betul terbaru.sbb tak ikut sangat prkmbangan..tapi sbb belum dapat CD tu..kalau ikut pada cover album tu, tak de muka arwah ustaz asri..mungkin memang masih baru la..maaf tak dapat bagi info sebenar..
Tentang entri ni:em, nak tanya mengenai konsep membimbing..emmang bagi seorang prmpuan ingin lelaki yang membimbing.nak plak memang lelaki sesuai jadi pmimpin, baik rumah tangga, negara atau organisasi..tapi, bagaimana pandangan tuan kalau mungkin perempuan mmbawa lelaki yang mungkin tak berapa soleh tu ke arah yang labih soleh sedang leleki tu memang cukup semuanya melainkan agamanya mungkin kurang..em, sekadar bertanya..terima kasih..
ann_fahana´s last blog ..cd dan buku
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@ann_fahana: Salam,
Terima kasih atas infonya. Nanti kalau ada apa-apa perkembangan, boleh bagitahu saya? Terasa ingin mendengar lagu Rabbani setelah kehilangan Allahyarham Ustaz Asri.
Pada saya, itu agak kurang sesuai. Realitinya ramai wanita solehah terkandas apabila menjadi isteri lelaki kurang soleh. Mahu begitukah?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam pembuka bicara.
Ni 1st time saye ke sini. Cukup menyenangkan mata bila blog ini cantik tersusun ayat suci. Lebih menarik bile isi-isinya cukup bermanfaat.
p/s-izinkan saye letak link saudara di blog saye. Thanks
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@hafizmd: Salam dan selamat datang ya.
Dipersilakan, semoga ALLAH memberkati anda wahai manusia yang baik hati. Mari bersahabat.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
utk pyebran dan prkgsian mklmt dgn pmbaca yg lain
http://puteri88.blogspot.com/2010/01/jom-kahwin.html
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@puteri: Terima kasih. Tapi saya sedikit terkejut baca tajuknya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
=)
zuhaida´s last blog ..SUARA HATI SEBELUM IMTIHAN
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@zuhaida: Terima kasih kerana memberikan senyuman. Karya sudah dihantar?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Afida Anuar:
em, kalo ade rezki, tengok lah.byk pengjaran>_<
ann_fahana´s last blog ..cd dan buku
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam saudara ^_^
kahwin?? kalau kita bg jawapan …
belom sampai seru…
takde org yg nak…
tak mau kahwin laa…
bukan niat mau jd spt kaum Nabi Luth tapi takut bila byk sangat cerita2 yg berlaku selepas kahwin…
kadang2 tertanya2 sudah bersediakah diri ini utk menjawat “jawatan isteri”…
cun09´s last blog ..Marah…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Ada juga sesetengah kes perempuan itu terlalu mengejar cita-cita sehingga lupa hakikatnya sebagai wanita. Akhirnya menjadi andartu. Kasihan.
Akan bersedia jika cuba untuk bersedia. Walaumacammana pun, anda seharusnya bersedia.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
andartu? pada penilaian ustaz, berapakah umur untuk title tu….:)
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
ust bile nak kawen??
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Wah wah, ini soalan kontroversi kedua ni.. hehe.
Insya’Allah, dalam proses. Ataupun dalam bahasa mudahnya ‘on the way’. Persediaan ke arah itu sentiasa ada.
Cikgu pula bila nak kahwin?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
wah wah..nie kontroversi gak..hehe..Insyallah da jodoh kawenla saya..tengah tunggu calon yang sesuai ni…doakan ek..
(Quote)
Like or Dislike:
1
0
Sedang menunggu calon yang sesuai? Maknanya masih belum jumpa calonnya lagilah ye.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Semoga Us.Farid dapat zaujah solehah…Kenduri jgn lupa jemput ana :0
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Adeh, macam kenal saja.
Ameen Ya Rabb. Ana juga tunggu enta jemput ana.
Jangan lupa ya.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salaam.
org pun setuju jugak dgn concept unit bait muslim. and mmg ada terlintas di hati nak ada penglibatan parents jugak (ahem..) tapi pastu kena marah pulak..
parents suruh cari sendiri. >.<
nono´s last blog ..Teringat-ingat…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Wa’alaikumsalam,
Aduh, kelakarlah pula bila parents marah sebab itu.
Jadi dah jumpa ke belum pencariannya tu?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Aha.. Serious kena marah Farid
Tapi tak pe la.. Orang tau, Allah has a special plan for me. Cuma perlu doa banyak-banyak je =))
nono´s last blog ..Teringat-ingat…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Pelik juga, biasanya ibu bapa tak marah. Malah itulah yang lebih baik sebenarnya.
Doa banyak-banyak kena sertai dengan usaha. Usaha yang bagaimana? Ha, itu yang kena tahu.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0