Sinar Mentari Selepas Pelangi

On January 24, 2010, in Diari Penulis, Pemberitahuan, by Farid Rashidi

“Alhamdulillah, selesai.” Tertulis status yang saya pamerkan di Facebook.

“Syukur alhamdulillah… Sakit dah ok ke farid?”

“Apa yang selesai, makan kot” Komen ini membuatkan saya tersenyum sendiri.

“Salam… Mesti lega hati selepas berjuang… Yang lain itu diserahkan pada Yang Maha Esa…”

Kelihatan beberapa balas komen dari para komentator selepas beberapa ketika. Saya berterima kasih atas perhatian yang diberikan.

Sebelum ini saya telah menulis entri Berlari Melihat Pelangi Senja sebagai pemberitahuan bahawa blog FRC dibekukan selama 10 hari. Selama 10 hari saya tidak menulis sesuatu di sini, bukanlah bererti saya terus menyepi diri. Bahkan ada ketika saya turut membalas komentar yang tersenarai di kekotak halaman bawah.

JAWAPAN BISU

Menjawab persoalan yang dilontarkan, pertama sekali ingin saya sebutkan bahawa ‘selesai’ yang dimaksudkan bukanlah keseluruhannya. Kerana misi menggapai matlamat dan cita-cita bukan secepat 10 hari, tetapi mungkin lebih dari itu. Adakalanya mencecah tahun. Kesabaran sangat diperlukan saat itu.

Letakkan di sanubari kemas-kemas. Usah leraikan. Pasti kalimah putus asa tak terpacul di bibir-bibir kita.

Apa yang boleh saya katakan, ianya baru selesai sebahagian untuk saat ini dan untuk tahun ini.

SUATU UJIAN

Sedang sibuk membelek helaian syair-syair puitis, bait-bait khutbah, maka saat itu jugalah Allah SWT hadirkan sedikit ujian. Ujian yang datang mengejut untuk menguji. Bahagian belakang badan saya seolah-seolah dirantai sesuatu sehinggakan ianya sukar untuk digerakkan hatta untuk beribadat.

Kejang otot dan sengal-sengal sakit badan. Duduk salah, baring lagilah salah. Susah hati bukan kepalang. Keesokannya ada perkara besar yang perlu diselesaikan. Saat itu saya teruskan menekuni, lantas tidak putus-putus berdoa agar dimudahkan segalanya.

Saya harus tabah dan sabar walau fokus sedikit terganggu. Oh, hanya Allah SWT Maha Tahu betapa tertekannya jiwa dikala nikmat sihat sedikit ditarik.

Akur. Redha.

Selepas menyelesaikan misi, sebelah malamnya saya segera ke rumah saudara Imran – rakan kepada adik kembar saya yang menuntut di tahun satu pengajian Syariah Islamiyyah al-Azhar Tanta. Saya tahu dia boleh mengurut memandangkan sebelum ini saya pernah urut pergelangan tangan akibat dilanggar vespa seorang lelaki arab di persimpangan bawah jambatan Ma’arad.

Tangan yang terseliuh dan membengkak akhirnya surut dengan izin Allah Ta’ala selepas diurut oleh saudara Imran. Syukran ya akhi kareem.

Sejurus selepas bahagian belakang saya diurut olehnya, barulah tahu apakah sebab ianya serasa begitu memeritkan. Rupanya ia diakibatkan oleh angin dalam badan yang berkumpul. Apabila diurut, angin itu seolah-olah bercempara lari ke serata sudut badan. Malam itu saya kunyah seketul halia yang dibekalkan oleh mak tempohari.

Keesokannya, pergerakkan saya semakin lancar. Tunduk membongkok juga sudah boleh seperti sediakala. Allah, sedikit ujian sudah seakan batu menghempap. Apatah lagi jika ia memang sebenarnya batu menghempap seperti Bilal bin Rabah r.a yang disiksa. Pasti berjuta kali keperitan bakal dirasa. Itulah manusia yang berasal dari segumpal tanah. Lemah, hina tanpa Jalla Wa’ala.

77. Tidakkah manusia itu melihat dan Mengetahui, Bahawa Kami telah menciptakan Dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka Dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah Yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang Yang mati),

Benarlah, perjalanan pasti lebih manis jika turut bersama secangkir ujian. Walaubagaimanapun, selamat bersua kembali saya ucapkan!

11:34PM, 24 Januari 2010,
Siberbay, Tanta.


49 Responses to “Sinar Mentari Selepas Pelangi”

  1. Evi LoLyta says:

    alhamdulillah dh sht :)
    Evi LoLyta´s last blog ..First weekend 2010 at Home My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  2. kak zu says:

    syukur alhamdulillah..
    sakit dah ringan dan ujian dihadapi dgn tabah…
    smoga hari2 mendatang membawa keberkatan..amin  (Quote)

    ReplyReply
  3. Yunus Badawi says:

    Terima kasih kerana melawat blog saya.

    Alhamdulillah dah hampir sihat sepenuhnya. Allah memberi kita sakit supaya kita insaf betapa lemahnya kita. Kalau kita bersabar dan ingat kpdNya, mudah2an sakit itu menjadi kifarat kpd dosa2 kita.  (Quote)

    ReplyReply
  4. insyirah says:

    Salam Ustaz, selayaknya kita diuji dan bahagia atas ujian yang hadir kerana kita hanyalah hamba Allah :) Bila teruji, kita akan lebih menghargai nikmat yang hadir dan sedar ia hanyalah PINJAMAN yang perlu dipulangkan bila-bila masa dan sebenarnya kita hanyalah MEMINJAM dari Tuhan dan manfaatkanlah ia sementara masih DIPINJAMKAN oleh Allah azza wajalla.

    Wallahua’lam.  (Quote)

    ReplyReply
  5. sinar says:

    Alhamdulillah…
    Musim sejuk ni senang Allah uji dengan nikmat sihat…
    Sakit itu pun nikmat juga..Allah nak bagi isyarat ingatilah Dia..
    Moga Allah sinari ust dengan hidayah-Nya…
    sinar´s last blog ..Doa: Prasyarat Nikah My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  6. nahmy says:

    alhamdulillah…..’ujian’ dlm apa jua bentuk akan lebih mendekatkan kita kepadaNya bila kita tabah mengharunginya. selamat menyambung perjuangan.  (Quote)

    ReplyReply
  7. KakChik says:

    assalamualaikum farid.
    apa khabar hari ni? kakchik doakan semakin sihat dari kesakitan yang dialami. rupanya lama tak aktif menulis sebab tidak sihat… dan ada urusan penting ya. begitulah hidup kita ni, kadang kita sihat sejahtera, fizikal dan mental kita mantap, kita dapat melakukan pelbagai perkara dengan hati yang lapang. tapi tatkala ujian datang, banyak yang terpaksa ditangguhkan. walau apapun, kerana kita tahu Allah itu sentiasa ada untuk kita maka kita tetap berusaha untuk melalui hidup ini senang atau susah.
    KakChik´s last blog ..Pasangan Islam berkahwin dalam gereja. My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  8. Tronx013 says:

    salam….

    cabaran itu pastinya membuatkan kita ingat akan sejarah. Memang sukar bila peperiksaan yang memerlukan memori yang kuat tetapi dihinggapi oleh kesakitan badan yang sekaligus mengganggu fokus. Rasanya, kesabaran sahaja yang dapat menjadi ubat buat kegelisahan tersebut… hati yang gundah hanya merosakkan harapan….

    ustaz, gambar di atas itu rumah ustaz ke?
    (ustaz edit gambar tu macamana ye? nampk macam dikaburkan oleh sinaran mentari ..heheh saya tak tahu nak buat…)
    Tronx013´s last blog ..Tazkirah daripada seseorang untuk semua My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
    • @Tronx013: Salam,
      Sejarah silam yang di ingati itu pasti memeriahkan masa hadapan.

      Oh, itu bukan rumah saya. Tapi chalet. Rumah saya biasa-biasa saja.

      Tekniknya mudah. Kamu pandai guna Adobe Photoshop? Saya guna Cs3. Mulanya kamu perlu duplicate gambar menjadi dua copy. Kemudian copy pertama mesti blurkannya menggunakan glaussian blur lebih kurang 8.0. Lapisan kedua gunakan overlay. Tindan, dan hasilnya sangat menakjubkan!

      Cubalah. Tak faham tanya balik ye :)   (Quote)

      ReplyReply
  9. Tirana says:

    Alhamdulillah…sakit dah hilang, exam pun dah selesai.. Semoga pelangi akan muncul juga akhirnya  (Quote)

    ReplyReply
  10. xiiinam says:

    Assalamualaikum..
    Terima kasih atas kunjungan ke blog saya…
    Saya juga pernah diuji dengan sakit yang menguji…

    Tapi Alhamdulillah….
    Saya percaya dengan janjiNya
    وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

    Dan…….

    dan firmanNya:

    وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَارًا
    xiiinam´s last blog ..Dia sudah mampu tersenyum….(Bukan sekadar melepas rindu…) My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  11. blablabla says:

    indah la bahasa.  (Quote)

    ReplyReply
  12. Mayat Reput says:

    salam alayk.
    Alhamdulillah.  (Quote)

    ReplyReply
  13. blablabla says:

    bestnya diurut..
    blablabla´s last blog ..KeraNa Jari Badan BiNasa My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  14. Abd Razak says:

    Salam alaik…:)

    Apa khabar sdra? Sungguh nikmat sihat dan nikmat sakit itu merupakan ujian buat kita cuma keadaannya berbeza, alhamdulillah jika kita mampu bersyukur atas kedua nikmat tersebut…
    Abd Razak´s last blog ..Sahabat setia… My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  15. fiezaradzi says:

    Salam farid Rashidi.. 1st here. very nice blog.. selamat menulis kembali..
    fiezaradzi´s last blog ..Annur Kena Cucuk My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  16. Tronx013 says:

    @Farid Rashidi:

    salam…

    yup… terima kasih ajar.. faham dah.. cuba kena praktis lagi untuk cantikan…hihi..

    rumah yang biasa itulah rumah kita… bebas untuk melakukan apa yang kita mahukan… kalau rumah orang lain, banyak masalah.. heheh…

    apa plan ustaz lepas exam ni?
    Tronx013´s last blog ..Tazkirah daripada seseorang untuk semua My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  17. nur_syahadah says:

    ”Benarlah, perjalanan pasti lebih manis jika turut bersama secangkir ujian…”

    memang benar..namun secangkir ujian yang diberi hanya empunya diri yang tahu,berat mata lain memandang, cuba merasai…berat lagi bahu yang memikul,hati yang merasa..  (Quote)

    ReplyReply
  18. MaizaC'Joe says:

    Salam Farid..
    Alhamdulillah dah sihat….
    moga sentiasa sihat hendaknya..
    MaizaC’Joe´s last blog ..~*~ Betul-betul nak marah nie ~*~ My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  19. Nurana says:

    Salam…maaf tiada komentar,
    Sebenarnya menantikan post terbaru ustaz sahaja
    Semoga diberikan kesihatan untuk meneruskan perjuangan  (Quote)

    ReplyReply
  20. ainhany says:

    salam ustaz

    terimakasih berziarah ke laman saya
    alhamdulillah tapak yg amat berinformasi dan ilmiah telah dijejaki dan akn terus dikunjungi. Semuga ustaz terus sihat dan dapt misi dakwah diteruskan…amin
    ainhany´s last blog ..Nilai satu hembusan My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  21. Nurana says:

    Farid Rashidi: @Nurana: Salam,Saya ada posting entri lain bertajuk http://www.faridrashidi.com/2010/01/26/saya-mahu-kahwin/. Sudah membacanya?  (Quote)

    Sudah..tapi soal ini masih belum menjadi keutamaan..jadi sekadar membaca….(rasa kurang percaya pada lelaki masa kini..)  (Quote)

    ReplyReply

Leave a Reply

CommentLuv Enabled