Saat berdiri tegak untuk bersolat jema’ah bersama masyarakat Mesir, saya seringkali ditarik mereka untuk merapati dan meluruskan saf. Suatu ketika saat setahun jagung di bumi ini, seringkali termangu-mangu sendiri memikirkan maksud melurus dan merapati saf.
Pergilah bersembah sujud di mana-mana masjid serata Mesir, samaada masjid itu bernama Masjid Sayyid Badawi, Masjid Syaikhah, Masjid Amru Bin Asr, Masjid Sultan Hassan ataupun Masjid Imam Bushairy yang letaknya di utara Mesir, semua jema’ahnya serupa. Yakni dalam kefahaman konteks lurus dan rapatkan saf.
Semakin lama melihat, mengaji dan mengkaji barulah tahu kedudukannya.
Kefahaman masyarakat Mesir mengenai meluruskan saf – rapatkan kaki dan menyamakan kedudukan ibu jari kaki antara satu sama lain bukan mengikut tumit sebagaimana masyarakat nusantara.
Manakala kita, memahami bahawa tumit itu harus disamakan – meluruskan berisyaratkan belakang tumit tanpa melihat ibu jari kaki.
Adakah ini sesuatu yang membingungkan?
Tidak, pada saya kira-kira matematik untuk merumuskan persoalan ini simple sahaja. Tidak perlu berhari-hari memberatkan kepala semata-mata mencari jawapan kepada furu’ (cabang) masalah fiqh ini. Saya jadi teringat jawapan Syekhuna, Syeikh Nuruddin Banjari al-Makki.
Sewaktu tunduk bersimpuh di hadapannya, Syeikhuna pernah ditanya akan persoalan di atas. Bagaimanakah yang kedudukan lurus sebenarnya, walhal masyarakat Mesir berlainan cara dan masyarakat Malaysia pula berlainan.
Jawabnya, mengikut tumit di belakang kaki itu lebih lurus berbanding ibu jari kaki. Kalau ikut ibu jari, tentu saja ada yang panjang kakinya dan ada yang pendek. Sudah pasti bengkak-bengkok dan tidak sama. Bertepatan pula dengan hadis Baginda SAW:
Maksudnya: Daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Hendaklah kamu luruskan saf, maka sesungguhnya buatlah saf seumpama saf para Malaikat, samakan di antara tumit-tumit kamu dan penuhi ruang-ruang kosong, lemah lembut dengan tangan saudara kamu, jangan biarkan ruang-ruang kosong untuk dipenuhi oleh syaitan, siapa yang menyambung (merapatkan) saf, maka Allah akan menyambungkannya, dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskannya.” (Riwayat Ahmad, an-Nasaie, Abu Daud dan Hakim)
KAMI BUKAN BERADA DI MALAYSIA
Usah pertikaikan hal ini sehingga mengundang bencana. Masalah bukan letaknya pada permasalahan furu’ kerana ulama’ kabir mazhab yang empat lebih terbuka dan berlapang dada ketika bertembung masalah khilaf di kalangan mereka. Masalah itu sebenarnya terletak kepada kejahilan kita dalam mentadbik hukum.
Bagi saya kini yang sedang merantau di bumi Mesir, akan mengikuti cara jema’ah mereka bersolat. Jika lurus mengikut ibu jari kaki, maka saya turut melakukan seperti mereka. Tidak ada dosanya di sisi syara’. Yang menjadi dosa apabila timbul pertelingkahan sehingga mengundang murka Allah.
Begitu juga dalam permasalahan lain seperti membaca doa qunut, berwirid selepas solat, zikir secara sendirian dan pelbagai masalah furu’ lainnya.
PERSOALAN
“Sampai pada satu topik – bertemu bahu. Ustazah cakap, jarak antara seorang makmun dengan makmun biarlah ada ruang sekadar sejengkal kerana memberi ruang pergerakan sewaktu solat. Kalau bertemu bahu, sewaktu tahiyat akhir, masing-masing terduduk di atas kaki kawan di sebelah apalagi lagi orang perempuan yang bertelekung bergerak-gerak… selalunya terduduk orang di sebelah hingga terteleng kepala menahan cekang (tegang) kain yang telah tersepit dengan makmun di sebelah.
Selalu terjadi bila berjema’ah, cakap saja rapatkan saf.. masing-masing tarik menarik merapat untuk bersentuh bahu. Kata ustazah, memberi ruang bukanlah seluas celuih (muat) seorang masuk…”
Ini soalan yang saya terima. Sudah terperap lama di kotak emel. Barangkali jika dinisbahkan pada ikan, sudah menjadi ikan pekasam yang lazat.
Mari kita lihat hadis Baginda SAW tentang saf dalam solat:
Maksudnya: “Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Elokkanlah kedudukan saf ketika solat.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)
Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, kita hendaklah merapati saf dan jangan dibiarkan ianya kosong kerana dibimbangi syaitan mengisi ruang itu. Seandainya membiarkan syaitan mengambil tempat, bermakna mudahlah baginya merencana rancangan agar solatnya gagal khusyuk 100%. Bahkan baginda juga berpesan kepada kita seandainya berjaya menjaga saf penuh akan diganjari ganjaran besar:
Maksudnya: Daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang menyambung (merapatkan) saf, maka Allah akan menyambungkannya, dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskannya.” (Riwayat Ahmad, an-Nasaie, Abu Daud dan Hakim)
Justeru, menjadi kewajipan ketika mahu mendirikan solat kita segera merapatkan antara satu sama lain agar terjauh ganggu syaitan dan mendapat ganjaran yang dijanjikan.
Jika terjadi seperti keadaan di atas, maka sewaktu ketika mahu ruku’, sujud dan tahiyyat renggangkanlah sedikit agar anggota badan bebas bergerak menyembah ilahi. Merapatkan di sini bukanlah sehingga memudharatkan makmum sebelah (tertarik telekung dan sebagainya), dibimbangi menganggu khusyuk pula. Manakala sewaktu berdiri, rapatkanlah bahu sesama bahu dan kaki di antara kaki. Sabda Baginda SAW lagi:
Maksudnya: Daripada Anas r.a berkata, Rasulullah telah bersabda: “Rapatkanlah saf-saf kamu, hampirkanlah (jarak) di antara saf-saf, samakan dengan tengkuk-tengkuk (tubuh badan) kamu.”
Semoga sedikit sebanyak terjawab persoalan yang dilontarkan.
DAPATKAN SAF PERTAMA
Kebanyakkannya masyarakat melayu ketika menunaikan solat jema’ah samaada di surau ataupun masjid, hal merapatkan sah jarang dipraktikkan. Mereka hanya lebih mengguna pakai perkataan ‘lurus’ berbanding rapat. Ruang antara jema’ah boleh diisi dengan seekor kambing dewasa. Ini perlu diberi perhatian kembali.
Begitu juga ketika hendak menunaikan solat, kita lebih gemar mengambil tempat di belakang berdekatan pintu – kononnya mudah untuk keluar cepat. Jarang ada yang berebut saf pertama. Sedangkan jika kita teliti sabda Baginda SAW , pasti ianya berbeza dengan apa yang diamalkan:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan para Malaikatnya berselawat kepada mereka yang duduk di saf pertama.” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Usah lengah, bersegeralah maju ke hadapan!
HIKMAHNYA
Melurus dan merapatkan saf itu sebenarnya mempunyai hikmah yang signifikan untuk difikirkan bersama. Ianya seolah-olah simbol persaudaraan dan ukhuwwah dikalangan umat Islam. Ia bukan simbol kepada sebuah perpecahan. Kekuatan barisan umat Islam dilihat mampu menggerunkan musuh, bahkan mampu menumbangkan kuasa-kuasa besar.
Hentikanlah pertikaian masalah furu’ (cabang) sehingga bermasam muka, mari melebarkan senyuman, ayuh rapatkan saf demi membina sebuah ketumbukan!
9:41PM 23 Muharram 1431H/9 Januari 2010M,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.



Salam…:) moga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan buat sdra dalam mencari ilmu utk menjadi amalan bekal ke akhirat.
Sungguh penting topik kali moga ianya menjadi sangat manfaat buat saya dan pembaca…terima kasih sdra
.-= Abd Razak´s last blog ..Falsafah Solat… =-.
Abd Razak(Quote)
@Abd Razak: Salam,
Amin, amin.. saya doakan saudara juga begitu. Boleh sebarkan kepada orang lain juga. Afwan.
Farid Rashidi(Quote)
Salaam,
Bila makmum yang kiri kita terkedepan, yang kanan terkebelakang sikit, susah juga pikir yg mana nak ikut. Ada pulak nanti yang kaki kiri bubuh kedepan, kaki kanan ke belakang…
Yang susah bila ada orang yang taksub dengan pandangan dia sendiri dlm perkara2 furu’ ni, semua kena buat mcm yang dia buat.
Wassalaam
.-= abu aiman´s last blog ..Bila … ? =-.
abu aiman(Quote)
@abu aiman: Salam,
Hehe. Ada juga ya saf begitu. Kalau arab, sudah tentu dia tarik mereka yang terkebelakang atau terkedepan tu. Kaki kiri depan, kanan belakang? macam mahu lumba lari pula. Hehe.
Itu susah juga, apapun kalau perkara itu benar tidak masalah untuk ikuti.
Farid Rashidi(Quote)
Merapatkan saf, kak tie ingat lagi pesanan seorang ustazah di sekolah dulu. Perkara yang amat penting ketika solat berjemaah tetapi masih lagi dipandang remeh oleh orang-orang kita.
Ketika di kampung dulu, pernah ternampak seorang makcik, kelihatan menjarakkan dirinya dan bila ditegur terus dijawabnya dengan angkuh. “Takut terpijak kain, dan susah nak solat!” Bagi Tie, jika tak suka, eloklah solat sendirian di rumah sahaja kerana perbuatannya menyebabkan saf tidak lengkap. Dan jemaah lain tentu kerugian.
.-= Tie´s last blog ..Kacang parang =-.
Tie(Quote)
@Tie: Benar. Sebenarnya tidak ada masalah bagi wanita jika bersolat dirumah. Itu lebih baik baginya berbanding lelaki.
Kalau disini, asalkan tutup aurat sempurna dah boleh solat tanpa perlu pakai telekung putih solat.
Farid Rashidi(Quote)
salam…pe yang bermain di kotak fikiran telah terungkai nampaknya..terima kasih dlm memberikan info2 yang kekadang masyarakat pandg remeh saje.. satu persoalan lagi ye ust..seandainya kita dh stat slt..tetbe rkn disebelah maju ke hadapan..pttkah kita bergerak utk rapatkan saf?dan camne pergerakkan tersebut?
nur_syahadah(Quote)
@nur_syahadah: Salam,
Alhamdulillah. Ya, jika begitu keadaannya. Sila rapatkan ke tepi untuk sambungkan safnya. Boleh selangkah atau dua langkah ke tempat kosong itu. Faham?
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum Farid.
Terima kasih kerana membicarakan topik yang kakchik suka sekali. Bicara pasal solat berjemaah dan bab menjaga saff solat. Memang kakchik respek dengan masyarakat Mesir yang begitu menjaganya berbanding masyarakat kita yang amat lemah dalam hal ini.
Kakchik tak nak pergi jauh, nak ambil contoh masjid di kampung sendiri dan bahagian Muslimat saja sebab bahagian ni aje yang kakchik masuk hehe. Setiap kali bersolat jemaah, memang kakchik memberanikan diri mengajak makcik-makcik yang sangat degil dari merapatkan saff belum lagi bab nak meluruskan. Masih ada yang kalau saffnya diletakkan kat tepi dinding atau tiang, kat situ jugalah dia nak kekal bersolat menyebabkan masalah kepada saff. Banyak lagi hal yang selalu menjadikan saff putus-putus dan macam-macam. Padahal setiap kali sebelum solat, kalau Tok Guru imamnya, beliau pasti mengingatkan pasal merapat dan meluruskan saff.
Masih banyak kerja dakwah kita dalam masyarakat Melayu Islam ni.
.-= KakChik´s last blog ..Kenduri Kesyukuran =-.
KakChik(Quote)
@KakChik: Wa’alaikumsalam,
Tak sangka pula Kakchik suka topik ni. Nampaknya boleh tulis lagilah ye berkaitan solat. Jangan lupa baca pula.
Bagus, berani macam nilah kita nak. Teruskan ye, semoga makcik-makcik itu sedar nanti.
Banyak dan banyak Kakchik..
Farid Rashidi(Quote)
salam akh. xsume org fhm ttg ni. kdg2 kt surau tu bg yg makmum masbuk, jauh je duduk. xkn msa tu kita yg tgh solat ni trik dia kn. ermm.. klu kt masjid plak, byk makcik2, 1 sjadah sorang. jd mmg byk ruang kosong..
Evi LoLyta(Quote)
@Evi LoLyta: Salam,
Masbuk atau tak sepatutnya kena rapatkan juga. Ha, satu sejadah seorang inilah yang menyebabkan renggangnya saf. Apa salahnya satu sejadah berkongsi. Jimat ruang.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ziarah kembali..
terimaksih singgah dio tempat sy dan sudi meninggalkan ulasan yg sangat bagus utk sy..
dan terimakasih berkongsi ilmu yg sgt berguna..mudah2an mata hati kita semua akan lebih terbuka luas mengenai hal2 yg amat penting tp kerap dianggap remeh oleh segelintir org yg kurang faham..
idalara(Quote)
@idalara: Sama-sama. Teruskanlah berkunjung ke sini. Boleh juga sebar-sebarkanlah apa jua artikel saya untuk semua.
Farid Rashidi(Quote)
salam….
info yg bagus untuk mengingatkan yang lupa dan memberitahu yg tak tau..
….perkara yang fur’ ni pun banyak kesan positifnya andai kita laksanakan degan baik…
.-= Tronx013´s last blog ..Haluan… =-.
Tronx013(Quote)
@Tronx013: Salam,
?
Ya, banyak. Tetapi ramai yang lebih suka berbalah tentangnya. Saya tengok kamu seperti tak aktif menulis blog lagi? Betulkah
Farid Rashidi(Quote)
Salam
t.kasih atas perkongsian ilmu. Alhamdulillah topik ini amat memberi manafaat kepada semua. Sebabnya, mungkin ada segelintir yang mengambil mudah bab2 ini..
MaizaC’Joe(Quote)
@MaizaC’Joe: Salam,
Iya, hal remeh temeh beginilah yang selalu kita lupa. Semoga Dato’ sihat ye.
Farid Rashidi(Quote)
salam ziarah kembali…
perkongsian ilmu yg berguna utk saya…terima kasih ^_^
.-= cun09´s last blog ..Diri kita… =-.
cun09(Quote)
@cun09: Terima kasih. Silakan ke sini kembali. Sebarkan juga kepada rakan-rakan.
Farid Rashidi(Quote)
Salam…kadang2 geram jugak tgok saff kt masjid bahagian musllimat terutamanya…makcik2 tu berdiri satu sejadah tuk sorang…bayangkanlah betapa byknya jarak antara satu sama lain..
.-= Permata´s last blog ..~SEnaNG Vs TeNaNG~ =-.
Permata(Quote)
@Permata: Salam,
Seperti yang saya sebutkan, seekor kambing barangkali. Entah-entah ada yang muat seekor lembu. Mana tahu bukan?
Farid Rashidi(Quote)
@Farid Rashidi:
salam…
kenapa ada tanda soal..hihi..
saya xaktif? hihi.. mmm..mungkin juga ustaz, saya tengah tenangkan fikiran dan hati…. biarlah ia berlalu dalam hati sendiri, tak perlu ia merayau di blog dan orang lain melihatnya sebagai suatu masalah untuk menagih simpati… hihi
Lagipun ustaz, saya ada juga menulis beberapa entry… tapi bak kata saya dalam Fb, blogger yg kehilangan huruf2nya.tersekat di pertengahan jalan… hihi..
tiada apa yg dapat saya kongsikan buat ketika ni..(panjang pula komen kali ini…
)
.-= Tronx013´s last blog ..Haluan… =-.
Tronx013(Quote)
@Tronx013: Oh, tersilap pula. Asalnya tanda soal itu di belakang. Macammana boleh duduk depan. Perasaan juga kamu ye.
Wah wah, sanggupkah menahan ianya sendiri dihati? Bimbang tertekan pula diri. Nampak macam masalah besar? Masalah, ya semua orang ada masalah. Saya juga.
Agaknya tersekat di tengah jalan sebab kehabisan minyak kot.. hehe.
Farid Rashidi(Quote)
salam…
terperasan la ustaz… hihi..xsengaja kot..
…masalah besar? xla besar.. kalau masalah besar, xkomen kat blog ustaz lagi dah….
… saya naik basikal je ustaz, xguna minyak… hihi xcukup duit lagi nk beli motor atau kereta..hihi
.-= Tronx013´s last blog ..Haluan… =-.
Tronx013(Quote)
@Tronx013: Masalah kecil kalau tak diselesaikan lama-lama boleh jadi besar juga. Tak gitu?
Oo, baguslah. Macam negara-negara maju, guna basikal. Pencemaran alam sekitar juga boleh dikurangkan. Nanti akan ada rezeki lebih, Insya’Allah. Entah-entah lebih dari orang.
Farid Rashidi(Quote)
Salam ustaz.
Kena benar dengan situasi malaysia hari ni. Dari saf2 ni akan jadi merebak dan besar kepada hal yang lain pula. Nauzubillah. Semoga bersatu semuanya.
.-= arnamee´s last blog ..Nikah Kahwin dan Goodieku =-.
arnamee(Quote)
@arnamee: Salam,
Ya, yang besar bermula sekecil perkara.
Farid Rashidi(Quote)
Salam, masalah yg sering dialami jemaah wanita. Ada yg tak nak berganjak sebab nak duduk bawah kipas angin, terutama masa solat terawih..macam2 hal. Alangkah, baiknya jika mereka mengetahui ganjaran disebaliknya.
.-= nohas´s last blog ..Anti Sosial =-.
nohas(Quote)
@nohas: Salam, pernah juga terserempak dengan mereka sebegitu. Agaknya kena letak kipas seorang satu kot.
Farid Rashidi(Quote)
Dengan nama Allah,
Salam ‘alayk, akhi.
Terima kasih atas huraian saudara tentang kepentingan melurus dan merapatkan saff ini.
Saya pernah melanjutkan pelajaran di Wellington selama 2 tahun dan pengalaman di sana kekadang membuatkan saya terfikir, “Adakah kita benar-benar mengikut Sunnah? Sedangkan perkara kecil sebegini pun kita remehkan.” Ini kerana semasa saya di sana, terasa sungguh gembira apabila solat jamaah bersama-sama saudara seagama dari berbilang bangsa kerana mereka faham dan mengamalkan hal sunnah walau hal sekecil melurus dan merapatkan saff.
Benar seperti nukilan saudara, ada beza tentang fahaman mereka dan fahaman kita tentang defini “lurus dan rapat” ini tetapi berdasarkan pengalaman saya di Wellington, hanya apabila seseorang itu terlalu tegar dan fanatik dengan pegangannya sahajalah akan berlaku pertelingkahan tentang apa yang benar. Dan saya bersetuju dengan pendapat saudara: Kita tidak perlu bertelingkah untuk perkara furu’. Ikutlah konsep “masuk kandang kambing mengembek, masuk reban ayam berkokok.” Maksud saya, sebagai contoh, jika fahaman tempat itu tidak membaca qunut, tidak salah kita mengikutnya (contohnya seperti solat Subuh di Makkah) selagimana amalan mereka tidak bertentangan dengan ajaran Rasulullah s.a.w.
Kembali kepada isu merapatkan saff, saya agak kecewa dengan senario masyarakat Muslim Malaysia yang tidak faham dengan ajaran sebenar sunnah Rasulullah (s.a.w) dan melaksanakan ibadah sekadar demi kepentingan sendiri (contoh seperti mahu solat di bawah kipas sahaja atau berdekatan pintu dan sebagainya). Pernah beberapa kali ketika menunaikan solat berjamaah di surau mahupun masjid, saya menarik makmum di sebelah rapat kepada saya agar tumit selari dan bahu bersentuhan tetapi kebanyakannya memberikan pandangan mata tajam seolah-olah mahu membaham saya. Paling teruk, pernah ada yang mengeraskan diri dan memasang “kekuda silat” supaya tidak bergerak. Teringat firman Allah dalam surah Israk, ayat 11. Betapa mengecewakan!
Pendapat saya, situasi ini disebabkan oleh kecetekan fahaman mereka tentang ilmu-ilmu fardhu ‘ain. Dan secara jujurnya, saya akui yang masyarakat kita amat pelupa. Keadaan ini menjadi lebih teruk bila imam sekadar melakukan ritual mengarahkan makmum untuk merapatkan saff dalam lafaz Arab yang berani saya katakan, mungkin hanya difahami sekelompok kecil makmum. Lebih teruk, ada imam yang langsung tidak mengingatkan makmum dan lang tidak memandang belakang untuk memastikan saff di belakangnya lurus dan rapat, dek asakan masa (sebagai alasan).
Mungkin, lebih baik jika imam-imam di masjid-masjid mahupun di surau-surau mengambil inisiatif dan sedikit masa untuk memastikan para makmum di belakang mereka berada di belakang mereka berusaha melurus dan merapatkan saff, dan para makmum di saff hadapan memastikan saff di belakang mereka lurus dan rapat, dan seterusnya.
Wallahu a’lam. :’)
.-= hafiz Chouji´s last blog ..Ke Mana Hilangnya Kejujuran Kita? =-.
hafiz Chouji(Quote)
Wa’alaikumsalam,
Saya bersetuju dengan cadangan yang saudara berikan. Tidak ada salahnya jika mahu menyebutnya di dalam bahasa melayu agar mudah difahami.
Imam di sini biasanya sebelum menunaikan solat beliau akan memastikan saf lurus dan rapat. Jika tidak pasti akan ada teguran terus darinya. Itu sepatutnya menjadi ikutan.
Meluruskan saff mempunyai hikmah untuk mendisplinkan diri – lihat saja dalam peperangan para Imam yang berada di hadapan memberi arahan dan pengikutnya harus mendengar arahan, jika tidak kucar-kacir barisan. Pembentukan barisan yang kukuh ini adalah strategi menggerunkan musuh.
Farid Rashidi(Quote)
salam..
mohon kebenaran untuk copy ke blog saya.
tk
zaleha(Quote)