“Ustaz, ikutilah kisah tu. Bagus untuk isi ceramah dan tazkirah ustaz nanti.” Pelawa seorang rakan setelah menghantar link laman youtube.
“Saya suka dokumentari, terima kasih.” Jawab saya ringkas.
Tanpa berlengah, saya terus mengikuti siri dokumentari bertajuk ‘The Divine Book’ sebermula episod satu sehingga ke akhirnya. Keseluruhannya mempunyai 10 episod pendek dan padat.
“Subhanallah hebat!” Terpacul rasa takjub.
Satu persatu kisah cuba hadamkan. Muncul perasaan takjub akan kehebatan al-Quran dan Allah SWT secara berganda. Tanpa sedar, ia mampu mengalirkan manik-manik jernih dikelopak mata. Kesyahduan memeluk diri. Azim, Wallah!
AL-QURAN DAN SASTERA
Kebanyakkan kisah-kisah yang dimuatkan dalam dokumentari The Divine Book menceritakan bagaimana beberapa individu non-muslim akhirnya memeluk Islam kerana kehebatan sains yang terkandung di dalam al-Quran.
Pada asalnya, mereka hanya pengkaji sains tetapi akhirnya tertewas dengan fakta logik yang telah terpamer semenjak 1400 tahun yang lalu. Itulah kehebatan kalam bicara Allah SWT.
Apa yang membuatkan saya lebih asyik akan kehebatan itu, adalah kerana pada saat ini saya sedang menghabiskan pembacaan sebuah kitab sastera bahasa arab bertajuk ‘Ar-Raudu an-Nasiyu Min Khasailul Adab al-Arabi’. Bicara muqaddimah kitab itu sendiri telah menerbitkan nilai sastera yang tinggi berkenaan al-Quran.
Nilai-nilai sastera ini dapat diteliti salah satunya melalui firman Allah SWT:
“Bahkan mereka mengatakan, “Dia (Muhammad) telah membuat-buat al-Quran itu.” Katakanlah, “(Kalau demikian), datangkanlah sepuluh surah semisal dengannya (al-Quran) yang dibuat-buat, dan ajaklah siapa saja di antara kamu yang sanggup selain Allah, jika kamu orang yang benar.” (Hud: 13)
“Dan jika kamu meragukan (al-Quran) yang Kami turunkan kepada hamba kami (Muhammad), maka buatlah satu surah semisal dengannya dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar. (Al-Baqarah: 23)
Keindahan bahasa al-Quran ini secara langsung mempengaruhi kehidupan para sahabat Baginda SAW. Bahkan tatkala saat kehilangan Rasulullah SAW, al-Quranlah pengubat jiwa para sahabat. Para sahabat menangis hiba kesedihan, malah ada yang tidak percaya akan pemergiaan Baginda. Hadirlah al-Quran menyejukkan hati-hati berduka, jiwa-jiwa derita.
Suka untuk saya kongsikan kata-kata yang terbit dari salah seorang sahabat Baginda SAW, iaitu Khalifah pertama Abu Bakar as-Siddiq sewaktu kewafatan Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah wafat (mati), siapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah itu hidup tidak mati.” Lalu Saidina Abu Bakar r.a membacakan firman Allah SWT:
“Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul, sebelumnya telah berlalu beberapa Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh, kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa berbalik ke belakang, ia tidak merugikan Allah sedikit pun, Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur.” (Ali-Imran: 144)
Begitu juga Saidina Usman Zu Nuruain sewaktu meminta tolong turut menggunakan uslub al-Quran dalam percakapannya melalui ayat:
“Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan.” (At-Tholaq: 7)
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” (Insyirah: 5,6)
Kalam-kalam di atas hanyalah beberapa serpihan nilai sastera yang terkandung di dalam al-Quran. Itu belum termasuk ilmu-ilmu lain yang turut dibicarakan bersama. Justeru, tidak mustahillah ianya mampu menarik hati yang gelap dan berkarat untuk menyelami cahaya Allah SWT ini.
Tontonlah 10 episod ‘The Divine Book’, kerana ia bukannya sebuah drama mahun filem cinta. Pasti anda lebih tahu menghargai kalam Allah yang bakal terangkat kelak!
12:08PM, 20 Muharraham 1431H/6 Januari 2010M,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.


Kagum dengan penerbit filem ini. Kak tie baru je selesai episode 1 dan selesa dengan cara penyampaiannya .
Kak tie nak habiskan episode seterusnya. Makan masa sikit sebab loadingnya lambat. Terima kasih kerana mendedahkan kisah filem ini .
.-= Tie´s last blog ..Ikan keli limbat =-.
Tie(Quote)
@Tie: Saya juga tak pasti adakah ini filem atau apa. Tapi seakan-akan dokumentari.
Selamat menonton ya. Ambillah apa yang baik. Cuma sebagai pesanan, kalau mahu cepat. Kak Tie terus download menggunakan IDM. Lebih cepat.
Farid Rashidi(Quote)
Farid, maaflah kerana dah lama tak tinggalkan komen di sini. Bukan tak sudi tetapi kadangkala, posting farid ni terlalu berat bagi Kak tie yang amat kurang ilmu ni untuk mengupasnya. Kak tie hanya membaca untuk menambah ilmu. Tak berani untuk komen kerana takut tersilap tafsir.
.-= Tie´s last blog ..Ikan keli limbat =-.
Tie(Quote)
@Tie: Nampaknya saya terpaksa ringankan timbangan ye. Berdiet?
Tak mengapa, salah insya’Allah akan ada sahabat sahabiah menegur. Sama-sama memperbetulkan jika tersilap.
Farid Rashidi(Quote)
Khabar baik farid. Alhamdulillah…saya telahpun ke sini blog yang sungguh bermanfaat.Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.Teruskan perjuangan.Jun 2009 saya ada singgah di Azhar, ramai juga kenalan di sana.Anda semua sungguh bertuah.Syukurlah atas segala rahmatnya.
cpj(Quote)
@cpj: Pernah ke sini? Melawat ya? Insya’Allah akan diselitkan linknya.
Farid Rashidi(Quote)
assalamualaikum
terima kasih kerana melawat
saya ada tulis tentang the divine book juga dalam blog saya.
anda boleh baca artikel bertajuk “mencari kebenaran” dan juga “the divine book”
.-= umar zakir´s last blog ..Jika Anda Di Malaysia Merasa Hidup Anda Paling Malang Di Atas Muka Bumi Ini,Ingatlah.Ada Manusia Yang Lebih Malang Dari Anda. =-.
umar zakir(Quote)
@umar zakir: Wa’alaikumsalam,
Terima kasih atas linknya. Insya’Allah saya akan ke sana.
Farid Rashidi(Quote)
Assalamualaikum…
apa khabar?.. kali kedua maiza singgah sini.. 1st komen yg tak berkaitan.. maaf..
pasal e-mel di FB… tak apa.. maiza faham.. maiza linkkan blog ini ke blog maiza.. InsyaAllah maiza akn singgh lg.. terima kasih sudi singgh blog maiza..
MaizaC’Joe(Quote)
@MaizaC’Joe: Wa’alaikumsalam,
Silakan berkunjung. Tak ada masalah, silakan link. Semoga perkongsian diblog membawa manfaat.
Farid Rashidi(Quote)
hmm..cam menarik jgk..mungkin sy jg berminat akannya
syahbandar87(Quote)
@syahbandar87: Teruslah berminat, jgn bermungkin lagi ya.
Farid Rashidi(Quote)
Salam.
Baca judul, ingat ada fakta baru mahu disampaikan kerana judulnya “Di sebalik TDB”. Selalunya bila menyebut ‘di sebalik’ ini, bermakna ada sesuatu yang tidak diketahui tentang TDB ini yang mahu diberitahu Ustaz. Mujur, rupanya mahu sampaikan apa yang terkandung. Maaf ustaz, salah tafsir balaghahnya. =)
Subhanallahil ad’zim. Mengalir air mata terutamanya apabila menonotn episod kesembilan; mendengar Ahmad Deedat menerangkan tentang Christianity, Judaism dan Islam. Jelas, sejak dari zaman Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s sehingga nabi terakhir Rasulullah SAW, seruan yang dibawa adalah sama, iaitu penyerahan diri kepada Tuhan yang satu (submission) yang mana dalam bahasa Arabnya disebut – Islam. Timbulnya agama kristian dan yahudi adalah atas perbuatan tangan manusia sendiri. Subhanallah. What a revelation! Penemuan terbaik bagi orang-orang yang mahu berfikir. Ahmad deedat the best! Moga Allah merahmati rohnya dan dimasukkan dalam golongan orang-prang yang beriman. Amin.
.-= Balqis´s last blog ..Cuti ini – tanpa fragmen; semoga berhasil! =-.
Balqis(Quote)
@Balqis: Salam,
Entri ini rasanya lebih ringan, saya kurangkan 5KG.
Di sebalik ini memang ada sesuatu, sesuatu yang ada di dalam The Divine Book itu sendiri. Cukuplah saya beritahu yang orang lain juga perlu menontonnya juga. Betullah kefahaman balaghahnya.
Saya sedikit terasa bila menonton part embriologi manusia dan akhirnya bertukar menjadi manusia. Teringat betapa hebatnya penciptaan Allah dan kasih sayang seorang ibu.
Mujur ada penggantinyan, Dr Zakir Naik.
Farid Rashidi(Quote)
@Tie: Betul. Berat jugalah. =)
.-= Balqis´s last blog ..Cuti ini – tanpa fragmen; semoga berhasil! =-.
Balqis(Quote)
Salam…
Salam ziarah…:)
Saat saya sedang download video ‘The Arrival’ dihidangkan pulak dari saudara tentang the Divine Book sungguh teruja, terima kasih utk saya terus memiliki video yang sangat berguna utk saya tayangkan di masjid
.-= Abd Razak´s last blog ..Falsafah Solat… =-.
Abd Razak(Quote)
@Abd Razak: Salam, terima kerana berziarah.
Jazakallah atas klip video yang diberi. Moga Allah memberikan ganjaran atas menyampaikan kebenaran.
Farid Rashidi(Quote)
salam ya ustaza…subhanallah, melihat vidoe2 ini membuka lgi hati & iman kta…mudah2nya ianya dpt meningkatkan keimanan & ketaqwaan kta kpd Allah S.W.T…insya’Allah…
trima kasih berkongsi vidoe ni…leh ana selitkan masa program panitia pend.islam disekolah…
.-= white rose´s last blog ..Hubungan Baik antara Sesama Manusia =-.
white rose(Quote)
@white rose: Err, mahu kata ustaz atau ustazah?
Oh, dipersilakan. Tak ada masalah.
Farid Rashidi(Quote)
hak…terlebey taip tuh sbenarnya…hikhik…jgn mare yee cik abg…hohoho…
.-= white rose´s last blog ..Hubungan Baik antara Sesama Manusia =-.
white rose(Quote)
@white rose: Maafkan saya, harap tak ulangi lagi perkataan ‘cik abang’.
Farid Rashidi(Quote)
owh..maafkan sy terlanjur bicara…
.-= white rose´s last blog ..Hubungan Baik antara Sesama Manusia =-.
white rose(Quote)
@white rose: Ma3′lish juga bagi pihak saya. Semoga menjadi peringatan berguna, untuk saya, kamu dan semua.
Farid Rashidi(Quote)
salam ziarah..boleh tau link utk download semua video “the divine book”
dEngineer(Quote)
Assalamualaikum semua
dah lame saye menonton dan meninggalkan siri dokumentari the divine book & the arrival, dan tidak membincangkan nya,..tapi, semua siri ini masih dalam simpanan saya..sungguh saya katakan, siri ini amat memberi kesan ke dalam jiwa,..selamat menonton
tapi masih ada yang menyangkal dan mempersoalkan siri ini,.itu terpulang kepada penerimaan penonton.
wassalam.
babarjailani(Quote)
Assalamualaikum saudaraku, Pada mulanya saya cuma terlihat youtube secara tidak sengaja, Dari searching mengenai dajjal..ia terus kpd tajuk lain.. freemason, illuminati dan akhirnya the arrivals, dan yang paling bertuahnya kerana terlihat the divine book. Pada tanggapan saya ianya mesti mengenai Kristian dan Jesus mereka.. tetapi tanggapan itu meleset. The divine book dapat menerangkan secara mudah mengenai Agam yang betul hanyalah Islam.
Persoalannya:
1. Kenapa The Divine Book tidak diwar warkan kepada media dan orang ramai. Ramai yang tak tahu mengenai dokumentari ini. Baik utk membantu yang nak murtad memahami agama sebenar…
2. Kenapa tiada usaha dari NGO dan penubuhan dakwah dan dana utk memberikan cd ini secara percuma kpd semua warga dunia, terutama Malaysia yang sangat memerlukan pemahaman mengenai Islam kepada penganut fahaman lain terutamanya kepada orang Islam sendiri.
3. Kenapa silibus pelajaran sains tidak dikaitkan dengan al Quran sedangkan ramai saintis hebat dan terkemuka secara tidak disengajakan akur dengan al quran selepas fakta sains kajian mereka telah diterangkan di dalam al quran 1400 tahun dahulu.
Harap ada usaha utk kita memulakan sesuatu utk umat sejagat di Malaysia..
Wassalam….
syamsul(Quote)
Kenapa wake up project dihentikan, saya tak faham……???? Katanya telah ada orang lain yang meneruskan usaha noereagea dalam projek the saywake-up.. Boleh bagitau saya ..siapakah yang meneruskan usaha ini.. saya ngin melihat hasil kerja mereka..
syamsul(Quote)
salam,
sangat sayang jika the wake up project ni tidak ada yang meneruskan ..sangat berharap jika sumber the divine book dan lain2 tajuk the wake up projek dapt diperolehi dalm bentuk CD dan di jual secara meluas.
aishah(Quote)
salam,
saya sudah download siri the divine book atau dikenali sbg the arrival 2.br shj selesai menonton episod 1 ,dan sy berpndapat bhw dokumentari ini sgt bagus wlaupon pd mulanya, sy berasa agak ragu2 utk menonton.
ingin bertanyakan pendapat saudara farid ada yang menyangkal tentang kebenaran the arrival, cube baca disini
http://wikiislam.net/wiki/The_Arrivals
maaf kerana sy seorg insan biasa yang jahil, cume mahu menanyakn pndapat seseorg yang lebih arif.
sekian
yaya(Quote)
Assalamualaikum,
apa tajuk instrumental dalam episode 1 The Divine Book pd minit ke 2:15 hingga 2:42 ?
Mangekyou(Quote)