Jangan Seleweng Penggunaan Kalimah ALLAH

Category : Bicara Semasa, Isu Semasa, Kasus Politik, Tazkirah

“Assalamualaikum..”

“Wallahi.. Wallahul azim!”

Dua baris perkataan acapkali kedengaran di mana-mana pelusuk negara Mesir. Ucapan sebegitu bukan sahaja digunakan pakai oleh masyarakat Islam Mesir, tetapi turut digunakan oleh sebilangan komuniti kristian ortodok.

Jika yang menuturkan kata-kata itu seorang wanita kristian (tidak menutup aurat dan bertudung) mungkin mudah diketahui berbanding lelaki. Saya pernah beberapa kali terkeliru dan silap memberi salam kepada mereka. Lelaki kristian hampir sama penampilan dan gaya dengan lelaki Islam.

Yang membezakan ialah rantai salib atau tatoo salib dilengan mereka. Perlu lebih peka memerhati.

ISU PANAS

Kebelakangan ini timbul isu yang hangat diperkatakan samaada melalu media arus perdana, blog-blog mahupun sumber internet. Masing-masing memberi pandangan berkaitan penggunaan nama ALLAH oleh non-muslim di Malaysia. Malah isu panas ini mampu menenggelamkan tidak balas awam ke atas kenaikan harga gula di pasaran.

Ianya bermula apabila akhbar mingguan The Herald dihalang dari menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mereka. Ekoran itu, Gereja Katholik telah memohon perintah Mahkamah supaya menolak larangan yang dilakukan KDN. Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Lau Bee Lan memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan ‘Allah’ adalah tidak sah dan batal.

Maka, akibat daripada peristiwa yang berlaku muncul pelbagai pandangan pro dan kontra dikalangan masyarakat Malaysia pelbagai status. Bila ada yang menyokong tentulah timbul golongan membantah.

ALLAH SWT TUHAN SEKALIAN ALAM

Di kalangan manusia yang beriman kepada Allah SWT langsung tidak menyangkal malahan terdetik hati untuk menafikan bahawa Allahlah Tuhan sekalian makhluk dan alam seluruhnya. Allah SWT menciptakan manusia seluruhnya, pelbagai bangsa dan warna kulit. Pengangan ini adalah qathei’ dan  sabit bersandarkan dalil. Mengingkari bererti menjahanamkan diri ke lembah kekufuran.

Saya sendiri tidak menyangkal akan perihal ini. Apa jua makhluk yang wujud di dunia ini, samaada beragama Islam, Yahudi, Kristian mahupun agama-agama lain Allahlah yang menciptakan kejadian mereka.

Namun, sejarah membuktikan bahawa manusia pada asalnya bertauhidkan Allah SWT langsung terpesong dan akhirnya menjadi sesat kerana terikutkan syaitan dan hawa nafsu bahkan mereka cipta pula pelbagai ajaran sehinggalah muncul agama-agama yang pelbagai. Islam melalui pesuruhNYA, Nabi Muhammad SAW hadir untuk meluruskan kembali kesesatan itu agar kembali mengeesakan Allah SWT dengan pegangan akidah sebenar-benarnya.

Kembali menyatakan Allah SWT itu satu, wahid.

Firman Allah SWT:

Ertinya: “Janganlah kamu (wahai orang-orang Kristian) menyabitkan tuhan dengan tiga (triniti), berhentilah dari ucapan kamu itu, kerana sesungguhnya Allah hanyalah tuhan yang satu, Maha Sucinya yang bebas dari mempunyai anak, baginya memiliki seluruh apa yang terdapat di langit dan di bumi, cukuplah bagi Allah sebagai Pemelihara.” (An-Nisa’: 171)

JANGAN SELEWENG

Berdasarkan ayat al-Quran di atas, jelaslah kepada kita bahawa kefahaman aqidah Islam bahawa Allah SWT itu SATU. Tidak ada dua, tidak beranak dan memperanakkan. Berbeza pula dengan kefahaman kaum Kristian dan Yahudi yang mengatakan bahawa Allah SWT mempunyai anak. Firman Allah SWT:

“Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair putra Allah,” dan orang-orang Nasrani berkata, “Al-Masih putra Allah.” Itulah ucapan yang keluar dari mulut mereka. Mereka meniru ucapan orang-orang kafir yang terdahulu. Allah melaknat mereka; bagaimana sampai berpaling?”

“Mereka menjadikan orang-orang alim (Yahudi), dan rahib-rahibnya (Nasrani) sebagai tuhan selain Allah, dan (juga) Al-Masih putra Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada tuhan selain Dia. Mahasuci Dia dari apa yang mereka persekutukan.” (At-Taubah: 30 dan 31)

Justeru, ianya begitu membimbangkan saya seandainya perkara ini bebas diguna pakai tanpa sebarang pemantauan pihak berwajib. Bukti-bukti sebelum ini juga menunjukkan bahawa telah ramai di kalangan umat Islam Malaysia khususnya menjadi murtad. Gara-gara jahil dan tidak mempunyai pegangan aqidah yang kukuh. Langsung beranggap putih itu hitam, dan hitam itu putih. Keliru segalanya.

Jangankan mengenal Allah SWT, mengucap dua kalimah syahadah dan bersolat juga masih ada yang TIDAK TAHU.

Dibimbangi apabila kalimah ini diseleweng mengikut aqidah Yahudi dan Kristian, umat Islam ‘atas pagar’ turut sama mempraktikkan aqidah kufur mereka.

ULANG TAYANG PERISTIWA

Perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku jika dilihat dari luar skop negara Malaysia. Misalnya, Paderi C.I scofield seorang pensyarah ilmu teologi Kristian, pernah menerbitkan Bible versi tersendiri dan sebuah ensiklopedia yang berjudul ‘Ensiklopedia Scofield Untuk Bible’. Antara kajian mereka yang mengejutkan ialah apakah hakikat kalimah Allah di dalam Genesis (dalam Perjanjian Lama).

Di dalam kitab itu ‘Elah’ dalam pengertian sebenar merujuk kepada tuhan yang disebutkan dengan nama ‘Allah’, cuma versinya hanya memakaikan kalimah Alah sahaja iaitu dengan satu huruf ‘L’.

Walaubagaimanapun, sebenarnya pemakaian nama Allah bagi tuhan sebenarnya berleluasa di dalam kitab Bible golongan Ortodoks terutamanya terjemahan Arab. Ini juga terdapat  dalam terjemahan Arab Beirut yang menggunakan lafaz tuhan dengan ‘Alah’. Cumanya kebanyakkan versi Inggeris memakainya dengan kalimah ‘Lord’ dan beberapa versi lain seperti Scofield ini menggunakan dengan lafaz ‘Alah’. Hakikat sebenarnya, kalimah tuhan yang digunakan di dalam Perjanjian Lama adalah ‘Allah’. Ini kerana kalimah Ibrani asalnya memakai kalimah ‘Elah’ yang disama ertikan dengan Allah.

Namun begitu, walau apa jua kalimah yang mereka (golongan kafir) gunakan ianya dilihat berdasarkan kefahaman dan aqidah pula. Kita sebagai orang beriman, selaku muslim sewajar bebas dari kefahaman golongan kufur mengenai kedudukan Allah. Biarlah ulang tayang drama ini berlaku berapa kali pun, kita tetap dengan penderian bahawa ALLAH ITU SATU. LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURASULULLAH!

LAKONAN POLITIK SELEPAS ULANG TAYANG

“Sangat pelik..” Itulah yang bermain di benak minda ketika ini.

Jika dilihat dari satu sisi yang lain, sebenarnya isu ini seolah-seolah bagai sebuah lakonan drama. Ada para pelakon, pengarah dan skrip jalan cerita. Mengapa?

Tidakkah kita pelik, kenapa di sana ada suara-suara hero mempertahankan kalimah Allah sedangkan mereka sendiri yang bergemulang dengannya. Maksud saya begini, Hakim Lau Bee Lan yang mengisytiharkan larangan KDN menggunakan kalimah Allah SWT adalah tidak sah dan batal sememangnya tindakan itu betul. Betul kerana mengikut lunas-lunas yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia.

Seharusnya tidak ada istilah ‘panas telinga’ kerana undang-undang tinggalan penjajah British itu sendirilah yang mereka guna pakai. Malah menyanjung tinggi pula. Jadi mengapa harus melenting bukan? Terimalah dengan hati terbuka, kerana perlembangan itu sendiri lebih liberal berbanding isu ini.

Nah, biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya!

Rujukan: Adakah Bible Kalam Tuhan, Ahmed Hoosen Deedat.

2:36AM, 16 Muharram 1431H/3 Disember 2010,
Siberbay, Tanta.


Comments (29)

Berita yang baru diterima.

Al-fatihah diucapkan kepada Akhi Hidayatussaufi yang telah kembali ke rahmatullah pada 4.15 pagi waktu Malaysia (10.15 malam waktu Mesir) 3/1/2010. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Link blognya: http://hidayahsufie.blogspot.com
Sumber berita: http://aljauhar-berita.blogspot.com  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam..memang isu ini sedang hangat diperkatakan,diperjuangkan oleh hampir keseluruhan org islam..memang tidak daapt diterima akal kerana sudah tentu yang meluluskan itu bukannya org islam..walau pe pun betul kata ust tu..memang undg2 tu yg kite gunapkai..nak salahkan sape..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@nur_syahadah: Salam,
Bicara hebat semacammana pun tetap tidak memberi kesan apa-apa kerana undang-undang Lord Reid masih tetap disanjung dan dijunjung. Ibarat anjing menyalak bukit jadinya.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

kebanyakkan dah kurang mengagungkan khalimah Allah. penggunaan yg sewenang2 tanpa tujuan bagi bukan Islam.
izan´s last blog ..BAHAYA TERUJA………   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@izan: Kurang mengagungkan kalimah Allah memang banyak didapati, tetapi kurang mengamalkan intipati apa yang Allah suruh lebih banyak lagi.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Penggunaan kalimah Allah dan ayat-ayat al-Quran di kalangan pekedai nasi kandar (yang kadang2nya pemiliknya Hindu) perlu dipantau dengan lebih tegas.
Apa pun, kita tunggulah prosedur mahkamah untuk selesaikannya.
Isu ini juga satu manipulasi untuk menutup isu lain, saya setuju. -:)
naimisa´s last blog ..Adab Azan dan Iqamat   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@naimisa: Iya, sudah saya sebutkan di awal tajuk. Jangan seleweng penggunaan kalimah Allah. Jika menyalahgunakan nama Allah SWT kepada maksud yang lain, maka SAYA SAMA SEKALI TIDAK BERSETUJU.

Begitu juga contoh yang diberikan-menggunakan kalimah Allah di kedai nasi kandar-ini menunjukkan bahawa mereka cuba mengambil kesempatan atas title islamik dan boleh memudharatkan awam. Jika makanan tidak halal bagaimana?

Isu cop logo juga begitu. Ramai pengusaha makanan non-muslim berlindung sebalik logo halal. Walhal ternyata makanan itu mencurigakan.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam Farid…

Nak salahkan orang kafir guna perkataan “Allah” tapi kita sendiri yang menghalai balaikan nama tersebut, tidak pulak kita sedar dan insaf..berapa orang di antara kita yang gementar bila perkataan “Allah” itu disebut? Menyanjung nama Allah dengan perkataan saja tidak memadai jika perbuatan kita tidak selari. Perbuatan kita, seolah-olah kita tidak kenal pun perkataan “Allah”.. Bukanlah maksud kak tirana nama Allah itu boleh kita pijak-pijak tapi kita sendiri yang menjadikan perkataan itu tidak bermakna so tidak hairanlah orang kafir pun berani buat demikian.

p/s resepi tu nanti kak tirana poskan dalam facebook ye…  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Tirana: Salam,

Maksud mempelajari aqidah dan tauhid itu sendiri membawa makna kepada mengenal, faham lalu mempraktikkan.

Ya, that’s right. Saya bersetuju. Mengapa isu ini menjadi hangat, sedangkan perkara yang lebih besar seperti MURTAD, ZINA, BUNUH, MEROMPAK, ARAK dan MENGGUNA PAKAI SISTEM KUFUR masih berleluasa dan dibiarkan endah tak endah?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam tuan..
pelik pulak dgn ‘puak-puak’ tu…yg menyibuk sgt dgn nama Allah tu apahal plak?. carile nama lain…pastu berselindung plak dibalik ‘hak-hak asasi’ manusia dan undang-undang ‘Lord Reid’ tu..aduss..penin-penin. kalau ‘puak-puak’ tu nak juga pakai nama Allah…pakat berbondong-bondong masuk Islam je…abih citer!  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@nahmy: Salam Encik Nahmy,

Wah, kira-kira matematik yang mudah ya. Sebenarnya yang menyibuk menggunakan nama Allah dan yang mempertahankan (sebilangannya) juga turut mengiktiraf LIBERAL dan undang-undang Lord Reid. Nah, apakah ini? Memeningkan umat bukan?

Jika ikhlas mahu banteras dakyah kristian, selamatkan aqidah umat Islam, selamatkanlah anak-anak muda yang terjerumus ke lembah maksiat, selamatkanlah pemuda-pemudi yang murtad. Kembali semula mengguna pakai syariat Islam. Itu sebenar-benar hero!  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Us. Farid, jangan biarkan luncai tenggelam dengan labu-labunya. Rugi sebab labu tu sedap dimakan.
Tidak kiralah isu ini berlakon untuk jadi hero atau tidak, tapi kesan keputusan tetap ada dan perlu difikirkan sedalam-dalamnya. Jika berpijak di bumi sendiri, terimalah hakikat bahawa Umat Islam kita masih belum bersedia untuk fight dengan dasar keterbukaan ini.
Banyak lagi cara dakwah yang boleh digiatkan, bukan sekadar berlembut dengan puak Herald ini. Allah tetap Yang Esa bukan untuk Jesus atau sesiapa pun.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@tintataghyir: Ahlan Wasahlan Ust Asyraf, selamat datang ke dunia Dot Com.

Nampaknya saya terpaksa jelaskan semula.

Bahasa terkadang mempunyai dua makna (ada makna hakikat dan kias). Itu peri pentingnya belajar ilmu Balaghah. Dengan ilmu balaghah juga kita boleh memahami al-Quran jika ayat itu mempunyai unsur-unsur Balaghah. Saya yakin Ustaz juga tahu.

Begitu juga dengan perenggan artikel saya di bawah:-

Seharusnya tidak ada istilah ‘panas telinga’ kerana undang-undang tinggalan penjajah British itu sendirilah yang mereka guna pakai. Malah menyanjung tinggi pula. Jadi mengapa harus melenting bukan? Terimalah dengan hati terbuka, kerana perlembangan itu sendiri lebih liberal berbanding isu ini.

Nah, biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya!

Di perenggan ini, saya menulis dengan luahan perasaan geram. Saya menulis secara sinis dan kias. Bukanlah bermaksud saya suka dan setuju luncai mati bersama labu yang ‘manis’. Tapi jika labu itu sudah busuk dan buruk (walaupun manis) saya setuju ianya dibuang.

Seperti yang dijelaskan, saya samasekali TIDAK BERLEMBUT dengan PUAK KUFFAR yang ingin menginjak Islam. Sama sekali tidak. Tajuk saya sudah membuktikannya. Jangan seleweng nama ALLAH. Saya berpendirian tidak setuju.

Oh, alangkah peliknya umat. Isu kalimah Allah ini hanya isu furu’, yang lebih besar ialah MURTAD. Memang kesannya tetap ada, kerana HERO itu sendiri diam seribu bahasa bila isu MURTAD dimainkan. Mengapa? Bacul atau pengecutkah hero itu? Ya, kerana mereka menggunakan pakai undang-undang lord reid, malah menolak pensyariatan Islam secara kaffah. Apakah ini tidak dinamakan hipokrit?

Memang belum bersedia dan tetap tak akan sedia kalau bersetuju dengan sistem kuffur.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Assalamualaikum Sdra Farid… kita sama-sama lihat org lain tak abih2 menimbulkan isu mencabar org2 Melayu khususnya kpd agama Islam. Agama Islam merupakan agama rasmi negara dan seharusnya mereka menghormati kerana negara kita tdk menyekat kebebasan utk mereka beragama.Perlu buat sesuatu agar mereka ini menghormati dan tidak lagi membangkitkan isu yg boleh membangkitkan ketegangan antara agama.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Mohd Nazri: Wa’alaikumsalam,

Iya, saya setuju (dalam konteks Islam di Malaysia). Sepatutnya ini yang lebih ditekankan. Bukan berbalah soal khilaf yang tak selesai-selesai. Hakikatnya, rakyat semakin tertekan dan gejala tidak sihat bercambah merata-rata.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Farid Rashidi:
betul tu..tapikan kite xboleh sewenangnya nak biarkan camtu je..itu menindas umat islam selumatnya namanya.. berdiam diri kita mesti dianggap kalah..jadi,sesuatu perlu dilakukan…  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@nur_syahadah: Ya, jadi kena laksanakan. Kewajipan berdakwah itu mesti diteruskan. Bukan apa, bimbang terkategori sebagai ‘cakap tak serupa bikin’. Betul tak?

Atas faktor itulah saya terpanggil untuk menulis isu ini.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

syukran tuh akhi

same2 fahamkan masyarakat utk mengembalikan kesegaran islam itu kembali :)
boleh la talaqqi ngn enta pas nih :P   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@awiz: Afwan. Tak sangka artis datang komen blog saya. :)

Insya’Allah. Usaha itu yang sedang dilakukan, semoga kita terus tsabat dan istiqamah. Opss, ma3lish pasal talaqqi tu. Kitab Qodoya yang suruh ajar ana belum terlaksana lagi.

Ana usahakan ye. Kalau sempat insya’Allah maugud daurah alasyan muta’akhir dil wakti. Ba3de ana khalas iqra’ kitab.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam…

akhirnya,sempat juga saya baca sekali imbas… hihi…

itulah yg saya risaukan tentang 1malaysia… temanya sendiri mengahsilkan satu masalah setiap satu musim…mmm….

.. Kembali kita pada pencipta… peringatiNya buat selamanya…
Tronx013´s last blog ..Haluan…   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Tronx013: Salam,

Itulah hakikatnya. Alhamdulillah akhi faham. Saya juga begitu, konsep 1Malaysia tidak bertepatan dengan ayat ummatan wahidah. Sedangkan umat yang satu itu ialah umat Islam.

Perkongsian segalanya dalam satu kepompong sekularisme. Itu lebih rasanya.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam’alaik..

Dunia hari ini.. Malaysia.. Tidak habis2 dengan isu yang berkaitan dengan keagamaan terutama berhubung kait dengan Islam.. Malaysia adalah negara yang majoriti penduduknya adalah ISLAM.. Selalu lihat kita yang nengalah, jadi dalam isu ni tidak sepatutnya kita berdiam diri.. Terlalu sensitiviti.. Kalimah Allah adalah mutlak.. Dia yang SATU.. Tidak mungkian akan wujud perkongsian nama tersebut.. Jika terjadi, itu akan membuka dakyah kristian untuk menjatuhkan Islam.. Mungkin dengan secara halus.. Kita seharusnya berjaga2..

~Menggenggam Islam di akhir zaman ibarat menggenggam bara api~
suhaila´s last blog ..KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK..   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@suhaila: Salam,

Kerisauan ini bertambah apabila pendedahan mengenai MURTAD umat Islam melayu semakin hari semakin bertambah.

Biasanya wanita seringkali digoda lelak kristian berketurunan India. Jadi hati-hatilah.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

isu agama ni kadang2 yang menjadi hero (knonnya) bukannya melaksanakan apa yang disuruh Tuhan, meninggalkan apa yang dilarangNya. tunjuk hero je lebih. demi nama, pangat, jawatan, politik..

berpusing-pusing………  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@puteri: Ya, berpusing-pusing seperti gasing. Namun ada juga yang menolak hujjah saya mengatakan bahawa kita perlu bersangka baik kepada mereka yang jadi hero.

Katanya mana tahu dia betul-betul ikhlas mahu menegakkan kebenaran. Ya, saya setuju. Semoga dia diberi hidayah. Tetapi jika ada udang di sebalik batu bagaimana pula?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Assalaam…Terima kasih kerana sdr farid sudi singgah dan meninggalkan jejak di blog saya yang sepi, tak seperti blog saudara.Saya rasa kalau sakat nak perjuangkan nama Allah sahaja tanpa mengindahkan hukum-hukum Allah yang wajib dilaksanakan, maka kedudukan kita muslim hanya sama dengan kedudukan mereka non-muslim yang juga nakkan nama Allah itu, tapi mensyirikkan-Nya.Apa pendapat sdr?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@cpj: Wa’alaikumsalam,

Sepi itu kadangkala membahagiakan.

Ya, saya setuju dengan pendapat saudara. Tidak ada maknanya mempertahankan sesuatu tetapi hakikatnya tidak mengamalkannya.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Orang Melayu katanya menyembah Allah yang satu…sepatutnyalah bersatu.
Walaupun menyembah Allah yang satu tetapi ikutannya tidak satu … terlalu banyak. ikut sana, benci yang disini. Ikut sini, buang lak yang kat sana. akhirnya lemahlah bangsa itu sendiri.
Berbeza dengan bangsa lain walau mereka menyembah dan ikutannya banyak tapi mereka ada satu tujuan menjaga kepentingan bangsanya.
Orang Melayu tidak ada satu benda yang membolehkan mereka bersatu.
Itulah yang menyebabkan Melayu ini banyak masalah. Bijak pandai Melayu masih bijak untuk duduk bersama menyelesaikan masalah. Tetapi masing-masing bijak mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Post a comment

-Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh-

CommentLuv Enabled

Optionally add an image (JPEG only)

38 visitors online now
38 guests, 0 members
Max visitors today: 59 at 06:00 am UTC
This month: 70 at 03-05-2010 04:28 am UTC
This year: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC
All time: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC