Header image

Transisi Fikrah

Posted by Farid Rashidi in Bicara Semasa | Pemberitahuan

Mungkin ada yang perasan, dan mungkin juga ada yang tidak mengetahui tag line yang saya pamerkan di atas. Kemungkinan-kemungkinan itu memberi cetusan untuk saya memberitahu. Sebelum ini selama lebih kurang hampir setahun saya mengguna pakai tag line ‘Kembara Sufi Mencari Aspirasi’, dan saya mula menjumpai aspirasi yang dicari selama ini.

Mengubah rentak tak bermakna menghilangkan lirik lagu, adakala liriknya sama tetapi komposer mengubah tempo menjadi laju, dan perlahan. Tidak ada masalah, asalkan sampai maksudnya.

MENGAPA TRANSISI FIKRAH?

Ternyata saya sudah merubah rentak ke tag line lebih dekat di hati. Mengapa?

Ayuh fahami maknanya terlebih dahulu.

Telah termaktub di dalam kamus dewan edisi keempat menyatakan bahawa makna transisi ialah peralihan dari suatu keadaan samaada tempat atau keadaan kepada yang lain. Manakala fikrah pula bermaksud daya fikir, pemikiran yang mengandungi unsur-unsur sosial, politik dan kepelbagaian wacana minda.

Justeru apabila digabungkan kedua-dua perkataan, ianya membentuk suatu makna besar pada setiap jiwa-jiwa yang mengerti. Saya beranggapan bahawa konsep perpindahan dan peralihan fikrah ini sangat-sangat penting dalam kehidupan harian kerana ianya seolah-olah melingkungi kehidupan para pencinta kebenaran, baik lelaki mahupun perempuan.

Hari-hari kita perlu kepada sebuah perubahan dan peringatan, lantas ianya perlu diisi dengan sebuah hidangan rohani buat akal untuk mentafsir, minda mencerna, jiwa menyerapi dan tubuh badan melaksana. Fikrah-fikrah benar lagi sohih umpama air segar yang lazat diteguk tatkala musafir diperjalanan jauh. Ianya sangat perlu tak ternafikan lagi.

Malah keperluan fikrah ini turut ditunjangi agama Islam berdasarkan hamparan bukti-bukti normatif, historik dan empirik. Elemen tersebut turut membuktikan bahawa Islam memiliki sebuah pemikiran (thought) dan metod (methode). Thought yang dimaksudkan mencakupi:

  1. Aqidah Islam
  2. Penyelesaian masalah kehidupan

Aqidah Islam yang dinyatakan itu merangkumi keimanan dan kepercayaan kita kepada rukun Iman yang enam itu. Manakala penyelesaian masalah kehidupan pula adalah pemecahan kehidupan manusia yakni berupa hukum-hukum syara’ yang berkenaan semua masalah manusia, hukum-hakam syara’, hubungan antara manusia dengan Tuhannya (ibadah), hubungan manusia dengan manusia (muamalat).

Gambaran pemikiran inilah yang mencetuskan idea untuk saya menulis sesuatu bagi memindahkan fikrah kepada kalian pembaca budiman. Saya cuba menyelitkan fikrah Islami dalam setiap artikel yang dipaparkan. Lantas pemikiran-pemikiran itu berkembang seluas mungkin. Insya’Allah.

LOGO

“Wajah baru, tenang dengan warna biru..” Beritahu seorang pengunjung blog.

Ya, sememangnya saya sukakan warna biru. Sementelah ianya biru muda. Ia melambangkan lautan yang luas saujana mata memandang. Melontarkan pandangan laut yang berkilau menenangkan jiwa. Begitu juga ketika mendongak ke langit biru memekup. Sangat mendamaikan hati. Ianya seolah-olah meresapi ke lurah rasa.

Ajaib. Saya merasainya.

Bukan hari ini sahaja, malah sebelum-sebelum ini juga saya senantiasa bersama warna tema biru. Bukan juga bererti saya condong ke arah mana-mana parti politik kerana gemarkan warna biru. Betulkan persepsi jika itu sedang bermain dibenak.

Saya juga turut membentuk sebuah logo rasmi, dan ianya akan diguna pakai oleh laman dan pemilik blog Faridrashidi.Com secara rasmi selepas ini. Sebelum mengakhiri entri, mari memahami maksudnya.

1:09, 13 Muharram 1431/31 Disember 2009,
Siberbay, Tanta.


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

21 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge