Menjadi Berani

Category : Diari Penulis, Motivasi

“Menjadi berani.” Itulah ungkapan yang saya ucapkan setelah bertahun-tahun merasai hidup di perlembahan nil.
Pertama kali menjejakkan kaki di kota seribu menara, diri saya seolah-olah dihumban ke planet lain. Segalanya berubah. Semuanya berbeza. Suara-suara bercerita tentang Mesir yang masih segar terngiang-ngiang di telinga kini sudah pun menjadi realiti.

Watak manusia bengis, kasar, garang dan berani melayarkan sesuatu kelainan buat diri yang selama ini dicorakkan dengan sifat berlemah-lembut, sopan santun, tidak bercakap dengan nada yang meninggi. Kerana adat melayu telah terpatri sekian lama sedari kecil.

Namun, ianya berputar 90 darjah ke belakang. Menterbalikkan sikap dan sifat kemelayuan setelah terhidang dunia baru. Dunia baru yang mengejar erti keberanian, kecekalan dan ketabahan.

Pernah suatu malam ketika minggu pertama di kota Kaherah, saya bersama teman-teman yang lain keluar ke Madinah Hayyu Sabie’. Ketika itu cuaca sejuk mula berhembus tenang, menyelinap ke liang roma. Kesejukan tahap permulaan sudah berjaya mendinginkan tubuh kami berketurunan nusantara. Saya menyarung beberapa lapis baju beserta snow cap dan sarung tangan. Sesuatu yang pelik dan jangkal bagi penduduk tempatan kerana musim masih di peringkat mula. Tetapi kami bagaikan warga eskimo di kutub utara lagaknya. Lucu!

Perjalanan dari Hayyu Asyir ke Hayyu Sabie’ menaiki bas tidaklah memakan masa yang lama. Saya dan teman-teman turut ditemani musyrif, memandangkan masih kekok dan janggal dengan ripuh kota Kaherah. Sungguh, pengalaman pertama kali menaiki bas ‘tin sardin’ itu tidak dapat saya lupakan. Saya hampir tersungkur menyembah bumi ketika lompat menuruni bas. Kaki kanan dan kiri saya berputar hilang kawalan.

Rupa-rupanya memang telah diketahui umum bahawa bas jarang berhenti ketika sampai ke mahattah (perhentian bas), malah ianya sentiasa bergerak. Pemandu hanya memperlahankan bas ketika sampai setiap perhentian tepi jalan, bukan berhenti. Justeru ia memerlukan kaedah khusus ketika melompat turun dan naik bas. Kaki kanan harus didahulukan ketika turun. Keberanian saya teruja!

Sewaktu program suai kenal mahasiswa baru yang diadakan di dataran Mukhayyam Daim, kami pernah diberikan sekeping kertas bertujuan untuk memberi pandangan dan perasaan yang dialami ketika sampai ke Mesir.

Hujung sudut bawah kertas, saya menulis “Perasaan takut dan gembira saya rasakan setelah sampai ke Mesir.”

Lantas perasaan itu kini semakin beransur hilang dihembus pawana nil yang indah. Ianya lenyap dicelahan pepohon pyprus yang berdebu. Ianya terbang dibawa angin menuju ke puncak Jabal Thursina. Ianya tenggelam bersama monumen sejarah Salehuddin al-Ayyubi.

Saya sudah dapat menerima hakikat bahawa mereka bangsa yang dibekali dengan sifat sebegitu semenjak kecil.

Mereka pantang dicabar, tetapi peramah.

Mereka berjiwa berani, tetapi lemah di sisi Ilahi.

Mereka gemar bergaduh, tetapi tidak berdendam di hati.

KEBERANIAN YANG MEMBERI FAEDAH

“Rasa bertuah juga kita boleh belajar di bumi Mesir ini..”

“Yerlah, bila balik Malaysia jadi berani berhadapan dengan masyarakat umum..” Saya terus menyambung perbualan bersama Ibrahim. Pelbagai pengalaman kami kongsikan bersama malam itu. Cerita-cerita bersama masyarakat Malaysia menjadi topik utama kami memandangkan masing-masing pulang bercuti di kampung halaman.

“Tak kisah sangat kalau depa nak curi motor buruk tu, tapi kita fikir kalau dibiarkan mungkin ianya mendatangkan masalah kepada orang lain. Curi motor orang lain pula. Jadi kena ambil tindakan.” Tegas Ibrahim. Kisah motornya dicuri remaja kampung dan penangkapan mereka membuatkan beliau menjadi buah mulut penduduk kampung. Selama ini beliau berwatak lemah-lembut, dan seringkali menjadi imam surau mengejutkan penduduk kampung dengan ketegasan dan keberanian menangani pencuri motorsikal.

Itu kisah Ibrahim bersama motorsikalnya.

Bagi saya, saya sendiri mengakui akan kelainan itu. Suatu ketika dulu saya pernah dijemput untuk membacakan doa di hadapan ratusan pelajar ketika perhimpunan mingguan sekolah. Saya cuba mengagahi, walaupun pada hakikatnya hati saya berdebar kencang bagai mahu meletup. Lutut bergetar tanpa dibuat-buat. Entah doa apa yang saya baca ketika itu, kerana perasaan saya hilang bersama ketakutan yang amat.

Mahu berbicara di hadapan khalayak juga tidak mampu, malah seringkali mengelak. Terlalu takut untuk menjadi pemimpin. Jangankan mahu menjadi imam surau, menjadi muazzin juga sudah menggeletar. Hilang lagu alunan azan entah ke mana.

LA TAKHAF, INNALLAHHA MA’ANA

Demi Allah! Semenjak tiba di bumi Mesir, perasaan yang dahulunya penakut beransur-ansur berubah. Allah SWT menghantar saya ke sini disertai hikmah yang tak mampu dihitung sepuluh jari. Saya terlalu bersyukur dengan kenikmatan kekuatan ini. Semoga ianya berterusan hingga ke akhirnya. Mengapa harus takut untuk berhadapan khalayak, sedangkan kamu adalah penyebar dakwah, kamu adalah pemimpin, kamu adalah Khalifah!

Allah bersamamu. La takhaf!

Jika hari-hari kita tidak memikirkan akan perubahan ke arah kebaikan, nescaya teramat sesuai untuk bertemankan ‘katak di bawah tempurung’. Definisi HIJRAH itu sewajarnya difahami dan dipraktikkan. Usah biar ianya bermain di bibir mungil tanpa rasa ingin menyelami.

Binalah sebuah anjakan, kerana proses itu pasti membuahkan hikmah.

Pengalaman pulang ke Malaysia bercuti seolah-olah ujian kecil saya sebelum terjun ke medan sebenar. Dilantik menjadi amil zakat fitrah dan berhadapan dengan pelbagai karenah birokrasi membuatkan saya merenung sejenak. Bermuhasabah seketika. Pengalaman yang sedikit itu rupanya memberikan impak yang besar. Alhamdulillah.

MOTIVASI DIRI

Saat dirundung resah gelisah, disamping berdoa kepada Azza Wajalla, saya seringkali menjadikan tokoh-tokoh sejarah sebagai wasilah memotivasikan diri. Berputar ke belakang kembali menyelak sirah perjuangan Rasulullah SAW, para sahabat, tabie’, tabi’en dan ulama’ auliyaullah ketika berhadapan kesukaran.

Mereka terlalu berani menegakkan kebenaran. Kekaguman itu sedikit sebanyak melampiaskan perasaan motivasi diri untuk berdepan dengan dugaan hidup.

Salah seorang tokoh yang saya kagumi di Mesir, iaitu Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi. Keberaniannya menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah Mesir membuatkan beliau dihormati rakyat jelata. Segenap pelusuk masyarakat mengenali dan mengkagumi beliau walaupun mereka berada di utara mahupun selatan Mesir.

Subhanallah, video ini membuatkan saya teruja untuk terus menjadi BERANI!

2:50PM, 25 Disember 2009,
Siberbay, Tanta.


Comments (38)

hari semakin bergerak laju..usia pada meternya semakin bertambah namun hakikatnya semakin sikit…aduhai ,BERANikah aku melaluinya??
ikan emas´s last blog ..SiLa Tunjukkan Surat Beranak Kalau Nak Masuk Kelantan   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@ikan emas: Insya’Allah, masih boleh untuk menjadi BERANI. Cuba tambah meter turbo pula, pasti lebih laju seiring hari. Bahkan mungkin boleh potong hari itu. :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam… nampaknya saya jadi org pertama ni ust..
suka bace pengalaman orang seperti ni..keberanian perlu walau di mana berada..kadang2 da jugak perkara yang memerlukan saya lebih ‘berani’..dulu saya pun cam ust jgak..tak berani kalau mahu ke depan..nak buat presentation pn berdebar sampai rasa bergegar ‘kidney’…hehe..

tapi semenjak dah keje..kekuatan datang bersama keberanian..sebab perlu berani..untuk menyebarkan ilmu pada anak2 didik..
tapi masih dalam proses memantapkan ‘keberanian’ utk menangani pelajar yang makin ‘berani’…  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@nur_syahadah: Salam,
Nampaknya ada orang yang lebih berani untuk menjadi orang pertama. :)

Biasanya orang mengalami heart-beat sindrom, ini terbalik. Kidney pula yang bergegar ye. Apapun, sebagai pendidik itulah modalnya. Berani untuk mendidik.

Pelajar berani kerana ada perkara yang menolak mereka menjadi berani. Tak begitu?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@nur_syahadah: silap..ingat pertama..pembetulan..dah kedua nampaknya  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam…

.
bukan mudah untuk berubah… tetapi bukanlah kita di dunia ini untuk tidak berubah… hidup itu sendiri membuktikan kita wajib berubah… berubah menjadi yang lebih baik…

.. yup, andai di nisbahkan ketakutkan diri ini berbanding orang lain pastinya bezanya dapat dilihat nyata…

ustaz, xpaham la video kat bawah tu.. :)
Tronx013´s last blog ..Putar atau Pusing   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Tronx013: Salam,

Perkara yang agak berat, ialah berubah. Tak ramai orang yang mampu untuk melaksanakan perkara tersebut bukan?

Moga dengan membaca artikel ini, anda mampu mengubah persepsi mereka. Nak terjemahanke? Ok, sila baca.

Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya’rawi).. Wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku menjadi munafiq.

Aku tidak akan mempamerkan diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu. Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa.

Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu.

Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata?

“..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…” (Surah al-Baqarah:258)

Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia.

Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.

Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi.

Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : “Wayamkuruuna wayamkurullah..” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : “Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida..” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga).

Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam:

“..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”.

Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata) “Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)..”.

Beliau telah pun meninggal dunia.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam…

terima kasih mentranslatekan kata-kata beliau…

bgus kata-katanya penuh dengan kebenaran yang amat mendidik hati ini agar kembali menghadap ilahi dengan lebih tawaduk…

semoga Allah merahmati beliau…dan kita juga..
Tronx013´s last blog ..Putar atau Pusing   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Tronx013: Kata-kata yang terbit dari mulut ulama’ bagai titisan embun pagi yang menyegarkan. Bila terpanah sinaran matahari, embun itu umpama mutiara berkelip.

Semoga begitu.

Bagaimana dengan praktikal malam?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam..

yup,inshaAllah.. moga kita mmpu mnjadi seperti insan yg bertaqwa…

praktikal malam? mksdnya?
:)
Tronx013´s last blog ..Putar atau Pusing   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Tronx013:

Beriman dan bertaqwa.

Maksud saya pratikal yang kamu lakukan di hospital sehingga pulang waktu subuh. Sudah tamatkah?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Farid Rashidi:

SALAM…

oncall pkul 6pm-6 am… dh beres.. sekarang ni masuk posting paediatrik plak.. jadi budak2 la saya…hihi…
Tronx013´s last blog ..Tafakur diri   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Assalamualaikum..
Apa khabar penulis…:) maaf lama benar tidak menggerakkan jari ke sini meninggalkan jejak sepatah dua kata..
Berani?? saya setuju, dengan persekitaran membuatkan kita berani menghadapi apa jua halangan dan berhadapan dengan sebarang kemungkinan berlaku. Pada saya, pengalaman yang mematangkan kita dan menjadikan kita kuat menghadapi dugaan yang datang. lebih2 lagi berada di tempat orang jauh di perantauan.
Saya juga mengalami perkara yang sama…pengalaman belajar untuk menjadi pendidik menjadikan saya lebih berani terutama dalam menghadapi anak-anak didik yang hebat2 belaka. Jika dulu soalan di dalam kelas hanya datangnya daripada guru tetapi kini soalan bertalu-talu daripada pelajar-pelajar. Guru kena berani berhadapan dengan mereka. Dan guru harus berani memberikan ilmu jika tidak mana mungkin akan lahir ilmuan-ilmuan yang bakal menjadi pewaris bangsa dan pejuang agama…:)
Semoga penulis terus berani dan tabah dalam menghadapi liku-liku hidup di rantauan…semoga berjaya di dunia dan akhirat…
nurhuda_cahayapetunjuk´s last blog ..Selamat Tinggal Tahun 1430H dan Selamat Datang Tahun 1431H   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@nurhuda_cahayapetunjuk: Wa’alaikumsalam,

Khabar baik. Alhamdulillah. Tak apa.

Terima kasih kerana memahami maksud saya. Semoga cikgu juga terus mendidik anak watan sehingga berjaya. Berani kerana benar!  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam. Kadang-kadang peredaran masa mematangkan keberanian kita. Saya pun sama seperti farid. Dulu boleh dikatakan agak penakut untuk berhadapan dengan orang ramai apatah lagi untuk berucap di hadapan perhimpunan. Alhamdulillah dengan praktik dan sedikit keberanian, walaupun dalam hati tengah berdegup kencang, tp boleh diatasi. Ucapan di hadapan orang ramai boleh disampaikan.

Farid bertuah kerana berpeluang untuk belajar di negara orang. Banyak boleh belajar..

PS: Aduhh youtube pulak slow sangat2. nak tengok video tu macam tak dapat jek:(  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Afida Anuar: Salam,

Ya, dan ia juga mematangkan fikiran kita. Bukanlah bererti berani itu sehingga berani untuk melakukan kemungkaran. Salah konsep begitu.

Artikel ini lebih kepada motivasi.

Tak apa, tengok lain waktu ya.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Farid Rashidi: erm..ust translate sendiri atau mmg dah da translate nye?kagum rase… :-)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0


Farid Rashidi:

@nur_syahadah: Salam,
Nampaknya ada orang yang lebih berani untuk menjadi orang pertama.
Biasanya orang mengalami heart-beat sindrom, ini terbalik. Kidney pula yang bergegar ye. Apapun, sebagai pendidik itulah modalnya. Berani untuk mendidik.
Pelajar berani kerana ada perkara yang menolak mereka menjadi berani. Tak begitu?
Reply

a’aa..pelajar berani memang bersebab..tapi kaalu berani ke arah kebaikan tak perlu dirisaukan..malah patut digalakkan,..namun,bimbang sekali seandainya keberanian mereka ke arah yang disepatutnya..yang itu perlu dibendung..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@nur_syahadah: Perlu campur tangan pihak ketiga jika ianya berlarutan.

Ianya juga melibatkan soal akhlak seseorang individu, jika mempunyai akhlak yang baik tentu sekali ia akan menggunakan keberaniannya ke arah yang benar. Bukankah begitu?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

berani kerana benar…takut kerana salah…
damai´s last blog ..duduk sat…   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@damai: Yes, itu maksud saya.

Dah menjadi Doktorkah?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam akh. kagum dgn pengalaman akn di bumi mesir sna. keberanian.. jgn dikurangkan. jika kita takut, kita lemah. berani dlm segala hal, tp jgn terlebih berani melanngar perintah Allah. kdg2, manusia ni berani dr segi lain, xbertempat. terlalu berani melawan hukum Allah. nauzubillah.. juga utk peringatan sy.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Evi LoLyta: Salam,

Sudah tentu, maksud saya tidak lain tidak bukan ialah harus berani dalam menegakkan kebenaran, bukan kebathilan.

Dibimbangi kita meredhai jika terus takut dan takut.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam..
ramai orang yang tidak berani untuk memikul tanggungjawab. di sekolah saya, murid lelaki lebih senang menyerahkan tanggungjawab kepada murid perempuan. sedangkan, mereka yang sepatutnya memimpin.
pencinta bahasa´s last blog ..Satu Langkah ke Hadapan   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@pencinta bahasa: Salam,
Tak ada ketua atau jadualkah?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

dalam satu kumpulan, bercampur lelaki dan perempuan. apabila disuruh untuk memilih ketua,pelajar lelaki lebih senang memilih perempuan sebagai ketua. katanya lebih layak. kemudian mereka lepas tangan. tapi tidaklah semua.
pencinta bahasa´s last blog ..Satu Langkah ke Hadapan   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@pencinta bahasa: Bukan lebih layak, tetapi kerana malas. Walhal ‘ar-Rijallu qawwamuna alan nisa’  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Terima kasih atas pengisian ini .. amat terharu … setiap ujian,dugaan dan pengalaman yg diberi Allah benar2 mengajar kita bukan … mudah2an sentiasa dlm jagaan Allah

Kata orang..bile kita beramal dan dekat dengan Allah.. tiada apa jua makhluk yg kita akan takut kerana perasaan takut hanya pada Allah …

Terima kasih atas translation itu…seronoknye kalau pandai bahasa Arab kan …hehe
sweet_purple´s last blog ..Selamat Tinggal Habib Jewels Sdn Bhd ..sob sob …uhuk..   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@sweet_purple:

Amin Ya Rabb.

Yes, that’s right.

Seronok itu memanglah, tapi mahu menguasainya bukan kepalang rasa berdenyut di dahi.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Assalamualaikum ustaz,
rasa takut zmn sekolah ustaz tu buat saya terkenang nostalgia sekolah menengah
muhammad fakhruddin´s last blog ..PMR-Sandarkan Pada Kenangan   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@muhammad fakhruddin: Wa’alaikumsalam,

Hurm, ada kenangan manis juga ke? :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Farid Rashidi begitulah hendaknya… :-)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Kadang2 suasana persekitaran menyumbang kepada proses mematangkan fikiran & tindakan, bila keluar dari kawalan ibubapa, hidup berdikari, byk yg dipelajari, kerenah mehnah manusia..semoga kita sentiasa tabah & sering mengambil teladan dan peringatan..

“Kun rojulun” – betul ke sebutan mcm ni??  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@nohas: Ya, begitulah keadaannya. Tetapi ada juga yang salah mentafsir artikel saya ini sebagai kehilangan jati diri.

“Kun Rajulan” adalah lebih tepat. Sebab nasab kepada isim kana. Isim kana pada asalnya merofu’kan isim, menasabkan khabar. Itu tugas ‘kana’.

Kalau nak jadi “Rajulun” mesti ayat begini: “Kana rujulun mujtahidan”  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Tronx013:

Tronx013: @Farid Rashidi:
SALAM…oncall pkul 6pm-6 am… dh beres.. sekarang ni masuk posting paediatrik plak.. jadi budak2 la saya…hihi…

Salam,

Oh, jadi budak-budak sebentar tak apa.. jangan jadi perangai budak-budak sudah. Bahaya tu :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

skrg dah beranilah ya?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@ore-biasa jah: Alhamdulillah.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Post a comment

-Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh-

CommentLuv Enabled

Optionally add an image (JPEG only)

45 visitors online now
45 guests, 0 members
Max visitors today: 55 at 08:14 am UTC
This month: 70 at 03-05-2010 04:28 am UTC
This year: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC
All time: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC