Memahami Qawaid Fiqhiyyah: Kemudharatan Dihilangkan
Posted by in Bicara Semasa | Fiqh Islami | Wacana IlmiahKemudharatan dihilangkan atau dihindarkan ataupun dalam istilah bahasa arab ia disebut الضرورة يزال merupakan kaedah yang keempat menurut silibus ilmu Qawaid Fiqhiyyah. Aplikasi kaedah ini adalah salah satu daripada prinsip Islam yang unggul demi menjaga kemaslahatan umat seluruhnya. Ini juga bertepatan dengan sabda Baginda SAW:
لاضرر ولاضرار
Bermaksud: Tidak mudharat dan tidak dimudharatkan
Terbit pula beberapa kaedah cabang daripada kaedah besar di atas. Antaranya bakal saya terangkan di bawah tajuk kecil kemudharatan khusus dan umum.
Tegasnya, kemudharatan khusus itu sebenarnya terbahagi kepada beberapa bahagian, kadangkala kemudharatan itu datang dengan lebih berat, adakalanya lebih ringan dan ada pula secara sama.
Para fuqaha’ telah menetapkan suatu kaedah berhubung dengan kemudharatan yang berbentuk umum. Ianya terkandung di dalam kaedah يتحمل الضرر الخاص لدفع ضرر عام (Ditanggung kemudharatan khas (khusus) untuk menolak kemudharatan umum).
DITANGGUNG KEMUDHARATAN KHUSUS UNTUK MENOLAK KEMUDHARATAN UMUM
Pada asalnya, setiap individu berhak melakukan sebarang perkara ataupun aktiviti yang memberi manfaat kepada kepada diri dan umum. Perkara itu semestinya terhindar daripada melakukan kerosakan dan kezaliman terhadap masyarakat umumnya.
Namun begitu, syariat bertindak menegah seseorang sekiranya individu itu melakukan kemudharatan ke atas orang lain, walaupun dirinya mengalami kemudharatan atas sebab tegahan itu. Justeru, kemudharatan ke atas dirinya itulah yang dinamakan kemudharatan khusus demi menolak kerosakan yang dilakukan ke atas orang lain. Dan ianya diistilahkan sebagai kemudharatan umum.
Setelah jelas kita mengetahui apa yang dimaksudkan dengan kaedah di atas, maka untuk memudahkan kefahaman pembaca, saya datangkan misalan berbentuk peristiwa agar lebih mudah dihadamkan bersama.
TEGAHAN MENJUAL ANGGUR
Pada asalnya hukum menjual anggur itu harus, tetapi ianya akan bertukar status hukum jika kita mengaplikasikan kaedah di atas.
“Mengapa pihak kami tidak boleh membeli anggur di ladang tuan?” Tanya seorang pemuda terpinga-pinga kehairanan.
“Maaflah encik, saya hanya akan menjual anggur ini kepada mereka membeli borong untuk tujuan jualan secara segar. Bukan diproses untuk merosakkan umat.” Jawab pemilik ladang anggur dengan wajah sinis dengan harapan pemuda itu sedar apa yang dilakukannya. Pemilik ladang itu tahu bahawa pemuda itu adalah salah seorang pengusaha minuman arak yang menggunakan anggur sebagai bahan utama.
Maka sekiranya pemilik ladang itu tahu siapa pembelinya, dia ditegah daripada berurusniaga dengan pemuda itu kerana ternyata anggur itu bakal diproses menjadi arak. Sudah pasti ianya mendatangkan kemudharatan yang besar kepada umat Islam jika arak itu menjadi minuman seharian. Kerugian sedikit yang sedikit tidak mengapa, asalkan tidak menanggung besar dosa azab diakhirat.
DILARANG BERNIAGA
Acapkali kedengaran pihak peniaga mengaut keuntungan berlipat kali ganda sekiranya berlaku kekurangan makanan. Malaysia salah sebuah negara yang sering dilanda masalah tersebut terutamanya jika kekurangan bahan makanan atau mentah ketika tiba musim-musim perayaan.
“Wah, mahal betul harga gula dan tepung sampai melambung berlipat kali ganda dari harga biasa.” Terkejut seorang surirumah apabila melihat label harga barangan yang agak mahal.
“Biasalah, sekarangkan dekat raya, orang ramai sana sini nak buat kek, kuah raya.. tambahan pula kami susah mahu dapatkan barangan dari pemborong, itu yang mahal mak cik.” Jelas seorang pemilik kedai runcit.
“Sekarangkan musim tengkujuh, ikan payah nak dapat.” Jerit seorang peniaga ikan pasar malam pula.
Situasi di atas menggambarkan kepada kita bahawa para peniaga sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan sesuka hati ketika berlakunya kekurangan sumber bekalan makanan. Oleh itu, ianya mendatangkan mudharat kepada masyarakat umum khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Sudah tentu kos belanjawan harian terjejas teruk dan ini juga memungkinkan mereka berhutang kerana tidak mencukupi wang. Realiti ini jelas berlaku, penduduk kampung saya adalah di antara jutaan masyarakat umum yang sering merungut hal sebegini.
Jadi, syariat menggariskan bahawa sekiranya ini terjadi maka pihak pemerintah seharusnya mengawal kembali imbangan harga barangan agar tidak memudharatkan rakyat.
MUFTI JAHIL KELUARKAN FATWA
Perkara ini tidak mustahil berlaku dan sememangnya ia pernah berlaku. Taraf mufti di sisi masyarakat Islam adalah tinggi berbanding golongan agamawan lain. Bahkan setiap butir bicara mereka akan menjadi ikutan awam kerana rakyat kebanyakkan lebih bersifat taqlid jika wujud sesuatu masalah. Muftilah yang akan mengeluarkan fatwa bagi menangani masalah yang terbit di celahan masyarakat. Tambahan pula, dunia Islam kini kepupusan ulama’ mujtahid sepertimana zaman kegemilangan Islam silam.
Terkandung dalam kaedah ini, sekiranya mufti jahil tersebut sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa yang jelas menyimpang dari ajaran Islam sebenar sehingga merosakkan fikrah umat, maka pihak berkuasa berhak menghalangnya segera. Jika tidak ia dibimbangi menyebarkan helah hasil fatwa sesat tersebut kepada umum.
MEMBANTERAS PEMBUNUH DAN PENCURI
“Getah di kebun Mak Teh dan Pak Teh Man kena curi dengan orang..” Beritahu emak.
Geram, mual dengan aktiviti yang tak berkesudahan ini.
Bukan senang para pekebun kecil berhari-hari membanting tulang, memerah keringat untuk mendapatkan seguni getah beku. Kadangkala memakan masa berhari-hari untuk memperolehi hasil seguni itu. Itu belum dibahagikan hasil kepada dua bahagian, misalnya seguni harganya RM100, satu bahagian untuk penoreh getah dan sebahagian lagi untuk pemilik kebun.
Bayangkan jika seminggu hujan tanpa henti, para penoreh tidak boleh bekerja. Sudah tentu ianya mendatangkan kesukaran kerana pendapatan mereka terjejas. Lebih terjejas jika pencuri tidak berhati perut mengaut segala hasil getah yang diperolehi. Apakah ini tidak mengguris perasaan pekebun kecil yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?
Begitu juga sekiranya berlaku kes pembunuhan. Apakah akan terjadi sekiranya pembunuh ini terus menerus melakukan aktiviti bunuh itu terhadap masyarakat awam? Tidakkah ianya mendatangkan mudharat?
“Dan dalam qisas itu ada (jaminan) kehidupan bagimu, wahai orang-orang yang berakal, agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah:179)
Justeru, syariat menetapkan hukum had kepada para pembunuh dan pencuri yang didakwa. Pembunuh dihukum Qisas (bunuh balas) dan pencuri dikenakan hukuman potong tangan.
Wallahu a’lam.
9:56PM, 24 Disember 2009,
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.


Sebenarnya banyak lagi masalah dan contoh yang disebutkan dalam kitab muhadharah Qawaid Fiqhiyyah ini, namun tidak cukup masa untuk mengarangnya berjela-jela.
Ala kullihal, saya harap kalian faham. Jika tidak faham? Tanyalah dan bincangkanlah, Insya’Allah saya jawab sedaya mungkin. Semoga Allah memudahkan kita.
Farid Rashidi(Quote)
Salam, peranan mufti sgt penting utk menghindarkan keresahan dlm msyrkt Muslim..meletakkan hukum harus utk satu pelaburan, sedangkan pelbagai pihak (panel syariah) mengatakan ada unsur2 haram. Ramai yg memegang fatwa mufti, maklumlah pulangannya sangat lumayan..
Manusia ni kdg2 kemudaratan diri sendiri pun tidak difikirkan demi keseronokan duniawi..merokok, hisap dadah, botox, etc
nohas(Quote)
@nohas: Salam,
Pulangan sangat berbaloi-baloi bukan? Ada kes sebenarkah? Maafkan saya, mungkin saya terlepas pandang peristiwa sebegitu.
Merokok, hisap dadah, botox kesemuanya memudharatkan diri dan umum. Jadi jawapannya? Praktikal kaedah di atas.
Farid Rashidi(Quote)
Memang berbaloi-baloi, sampai ada bank offer pinjaman khas utk pelaburan ini. Pelaburan yg popular dgn kaum Bumiputera. Bila le nak keluarkan unsur2 haram dalam senarai pelaburan, sampai sekarang takde juga. Maklumlah bank konvensional tersebut adalah anak syarikat kpd badan pelaburan yg menguruskan dana..bank terbesar & profitable..entahlah, mungkin guna konsep tazkiah..wallahua’lam..
.-= nohas´s last blog ..Cerita Tentang Duit =-.
nohas(Quote)
@nohas: Bagaimana boleh menggunakan konsep tazkiah jika pelaburannya haram? Hak dan bathil tak boleh bercampur.
Boleh saya tahu apakah jenis pelaburan itu?
Farid Rashidi(Quote)
Yg membuat gelisah itu ialah pelaburan ASB dlm Maybank. Senarai lain ada juga. Sedangkan panel syariah Securities Commission telah menetapkan ASB tidak mematuhi kehendak syariah (syariah non-compliance).
.-= nohas´s last blog ..Hutang Oh Hutang =-.
nohas(Quote)
@nohas: Saya pernah mempelajarinya pada tahun lepas berkenaan hal ini. Boleh saya tahu, dimana yang dikatakan haram ASB menurut panel syariah itu?
Maafkan saya, saya tidak pernah terlibat berkenaannya.
Farid Rashidi(Quote)
salam, bdasarkan cnth td, kalau kita tahu pembeli melakukan mudharat, kita jgn jual kat die..
macamana kalau kita membeli, tp kita tak nak ambil tahu kegiatan sang penjual..(in case penjual ni ada melakukan kemudharatan dgn perniagaannya)..kalau dlm case ni, adakah kita pun mendapat mudharat?
.-= hajar´s last blog ..SOLAT YANG MACAM NI =-.
hajar(Quote)
@hajar: Salam,
Boleh saya tahu, penjual itu melakukan mudharat macammana?
Jika kita tidak tahu, itu dimaafkan.
Farid Rashidi(Quote)
salam..perkongsian yang bagus..tapi saya baru cuba nak faham..
nur_syahadah(Quote)
@nur_syahadah: Salam,
Ada yang samar-samarkah?
Farid Rashidi(Quote)
Nampaknya seperti artikel ini agak berat untuk dihadam. Benarkah kalian?
Farid Rashidi(Quote)
@Farid Rashidi: erm..benar kot..seperti saya yang xpernah mengetahui…
nur_syahadah(Quote)
salam. xfhm sgt la. yg nk tanggung kemudharatan khusus, tolak kemudharatan umum.
Evi LoLyta(Quote)
@Evi LoLyta: Oh, jadi kurang faham tentang itu ya. Baiklah, saya cuba terangkan sedikit.
Begini, saya sudah berikan contoh seperti atas. Misalnya ada seorang pencuri dan dia kerap mencuri suatu kampung itu sehingga merugikan banyak pihak.
Jadi menangkapnya dan menghukumnya itu adalah dimaksudkan dengan menolak kemudharatan umum. Manakala menanggung kemudharatan khusus itu pula bermaksud diri pencuri itu sendiri. Bila dia dihukum sudah tentulah akan memudharatkan dirinya, tangan akan dipotong.
Maka itulah yang dimaksudkan dengan menanggung kemudharatan khusus (pencuri rasa sakit kena hukum) dan menolak kemudharatan umum (iaitu kejahatannya mencuri kepada masyarakat).
Faham?
Farid Rashidi(Quote)
@Farid Rashidi: salam,
hmm..macamni..misalnya dia adalah stockist kita..tp kita xnk amik tahu ape perniagaan lain yg dia buat, let say dia mmg ada kcnderungan buat bisnes yg boleh dtgkan mudharat kpd org lain, cth rokok, dan mgkn bisnes yg tidak bersih..(cthnye bayar duit utk tutup mata kastam ke..?)
satu lg, macamana pula non-muslim yg mnjual makanan muslim dan dia menjaga ke’halalan thayiban’ tu, ada x masalah hukum dgnnya?..
sekian, jazakillah..
.-= hajar´s last blog ..SOLAT YANG MACAM NI =-.
hajar(Quote)
Apabila kita tahu stokis kita jual barang yang bersalahan syara’, maka wajib tegurnya.
Bayar duit untuk tutup mata kastam itu sudah dikira rasuah. Jadi elakkan bersubahat.
Tidak ada masalah jika makanan itu jenis segera dan siap dibungkus oleh muslim juga. Tapi jika non-muslim itu yang buat, itu yang mendatangkan was-was. Banyak timbul syubhat dalam makanan di Malaysia hari ini.
Semoga ianya menjawab persoalan anda.
Farid Rashidi(Quote)
@Farid Rashidi: sesuatu yang telah ditetapkan syara’hendaklah didahulukan daripada wajib menurut syarat,ustaz tolong bagikan satu contoh isu semasa yang berkaitan dengan kaedah diatas?huraikan secara ringkas.
syed hussein bin mohamad(Quote)
@syed hussein bin mohamad: sesuatu yang telah ditetapkan syara’hendaklah didahulukan daripada wajib menurut syarat,ustaz tolong bagikan satu contoh isu semasa yang berkaitan dengan kaedah diatas?huraikan secara ringkas.
Anonymous(Quote)
@Anonymous: Saya sebenarnya sudah berikan contohnya seperti di atas.
Saya berikan contoh lagi, seorang perompok.. jika di sabitkan kesalahan merompak bank. Maka Islam menetapkan dia dihukum potong tangan. Maka itulah maksud kaedah di atas. Mengelakkan masalah lebih besar jika perompak itu terbebas. Bimbang membuat onar di tempat lain pula.
Farid Rashidi(Quote)
@Farid Rashidi: salam , kalau xsilapa ana merompak dan mencuri adalah sesuatu yg berbeza dari segi hukum.(sariqoh dan hirobah)
ibnu ahmad(Quote)
askm,ustaz.apakah maksud(ketetapan syarak hendaklah didahulukan drp kewajipan menurut syarat.(BAB 25 qawaid fiqhiyyah)tolong berikan satu contoh isu semasa yang berkaitan dengan ungkapan diatas?
syed hussein bin mohamad(Quote)
salam ustaz, related to this topic,what is the method of prevention it? how to prevent dharar and its relation to qawaid fiqhiyyah..
aina(Quote)
salam boleh tolong jelaskan apakah yang di maksudkan dengan qawaid fiqhiyyah secara keseluruhan.
amira ramli(Quote)