Rumahku Bukan Syurgaku

Category : Tazkirah

Sememangnya aku akui, di rumahku aku langsung tiada mendapat ketenangan. Rumah aku tidak disinari cahaya iman. Aku sesak dada berada di rumah sebenarnya. Aku juga rasa berbeza bila berada di rumah. Apabila di rumah, aku tiada kekuatan untuk beribadah. Tidak seperti berada di tempat lain. Sebab itu aku tidak mahu ada orang yang mengunjungi rumahku. Aku tidak ingin kemungkaran itu dilihat.

Aku sedihlah, mak dan abah aku jadi macam ni. Abang aku pula sudah membawa diri. Adik-adikku tidak mendengar kata. Aku suruh solat tapi mereka tak nak. Mak aku pula tak tegas langsung nak suruh mereka solat. Aku manusia biasa. Aku kadang-kadang lemah dan berputus asa. Begitu jerihnya berdakwah. Kita mesti kuat. Nak berdakwah pada keluarga sendiri pun aku tak kuat, bagaimana aku nak berdakwah terhadap orang lain?

Ini adalah merupakan salah satu daripada beberapa emel yang saya terima. Sudah sekalian lama ianya terperap di dalam kotak emel, namun baru semalam saya sempat memberi balasan.

Maafkan saya atas keterlewatan.

Membaca urutan masalah yang diutarakan oleh pengirim emel membuatkan saya berfikir satu perkara.

Runtuh

PEMIMPIN SOLEH, PENOLONGNYA SOLEHAH

Perkara inilah yang bermain dalam fikiran saya setelah membaca keseluruhan masalah. Kata pengirim, masalah bermula dari Datuk dan Nenek. Dia menyalahkan Datuk Nenek kerana tidak memberikan didikan agama secukupnya kepada anak-anaknya. Maka lahirlah Ibu dan Ayahnya yang tidak mengerti apa itu amal ibadah dalam Islam.

Bagaimana mahu beribadat sedangkan kita tidak mengenal siapa Tuhan kita?

Islam amat menitik-beratkan soal agama dalam kehidupan seharian, setiap perkara, setiap perbuatan pada asasnya wajib bergantung kepada Azza Wajalla. Lantas agamalah yang menjadi pedoman untuk hari-hari mendatang.

Seawal membina bait muslim, pada dasarnya pemilihan calon mestilah menepati piawaian yang ditetapkan oleh Islam. Sekiranya individu merupakan batu-bata yang paling penting untuk membentuk sesebuah masyarakat, maka keluarga pula ialah salah satu sel yang paling penting untuk menghidupkan asas tersebut. Justeru, bagi membina sebuah keluarga yang kuat fizikal dan rohaninya ia memerlukan kepimpinan yang mengenal siapa Allahhu Jalla Wa’ala. Itulah akidah yang dituntut.

Tanpa Allah SWT, jiwa-jiwa manusia pasti menjadi kosong, suram dan resah gelisah. Hidup sehari-hari tiada bermatlamat. Air muka wajah selalu saja gundah gulana, bagai ada sesuatu yang menghenyak diri.

Jika di tanahair, para juru bina membina bangunan dengan memacak cerucuk-cerucuk besi yang kuat sehingga mencecah beberapa meter ke bawah permukaan bumi. Arkitek dan engineer berusaha keras melakar pelbagai sudut seni beni agar ianya mampu bertahan lama sehingga bertahun-tahun walaupun dihentam pelbagai karenah alam. Begitu juga di Mesir, ketika membina bangunan para pekerja binaan akan membina lapisan konkrit sebelum mendirikan sesebuah bangunan.

Saya umpamakan ibu bapa seperti cerucuk besi, lapisan konkrit, tiang seri untuk membina sebuah keluarga Islam, bait muslim. Andai tiang dan akarnya tidak kukuh, kemuncuknya hanya menanti hari untuk roboh. Usah dipersalahkan pada angin dan hujan yang menghentam, kerana mereka melaksanakan tugas putaran alam.

Firman Allah SWT:

“(Mereka berkembang biak sebagai) satu keturunan zuriat yang berasal dari sesetengahnya yang lain.” (Ali Imran: 34)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda dalam sebuah hadis bermaksud:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah semulajadi. Ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi atau Kristian atau Majusi sebagaimana binatang yang melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna tanpa sebarang kecacatan. Adakah kamu mendapati binatang dilahirkan dalam keadaan telinganya terpotong?”

Apabila lahirnya seorang manusia di dunia, ia seolah menghadirkan sekeping kain putih untuk ibu bapa mewarnainya. Terpulang kepada ibu bapa mahu mengukirkan lukisan samaada abstrak, pemandangan ataupun bercorak vector batik. Jangan salahkan kehodohan hasil corak jika tangan yang melukis itu ‘cakar ayam’.

MENCARI SYURGA

Terdetik rasa kasihan melihatkan nasib anak-anak yang menghadapi kehidupan seperti itu. Terkadang mereka sebenarnya mencari syurga, tetapi ibu bapa itu sendiri yang menghantar nereka kepada mereka.

Apa yang boleh saya perkatakan kepadanya, jika mahu terus mencari syurga itu, seharusnya keluar mendekati para ilmuan dan agamawan. Moga dengan mendekati mereka, anda akan mendapati segugus mutiara yang selama ini terpendam dalam. Moga tarbiyyah mereka memberikan ketenangan buat hati yang lara. Insya’Allah.

Agar kelak mampu membina RUMAHKU SYURGAKU pula!

4:50PM, 18 Disember 2009,
Siberbay, Tanta.


Comments (32)

Sedihnya membaca email yang dikirimkan di atas. Semoga beliau tabah menghadapinya.
Bb Hussain´s last blog ..Aje ke giler trip to Cyberjaya   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Bb Hussain: Itu hanya beberapa perenggan email, belum baca keseluruhannya lagi.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

ramai hadapi masalah camni, perkongsian yg baik
maiyah´s last blog ..Pada waktu yang singkat ini…….   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@maiyah: Dan tak ramai yang berani luahkan begini.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

jgn putus asa atau jemu dalam memberi ingatan kepada anak-anak.. walau setinggi manapun ilmu pelajarannya atau selemah mana sikap dan sifatnya…. jika terus diberi ingatan … walau tidak semua..sekurangnya satu dua dapat diterima dan diamalkan… tambahan dalam perkara wajib …. harus jadinya.
izan´s last blog ..berikan sedikit rasa……………   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@izan: Yang menjadi problem kepada pengirim emel ialah keluarga langsung tak mahu memberikan pengajaran.. Perkara wajib, wajib jadinya.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Syukur kerana pengirim email diberikan hidayah oleh Allah ke jalanNya walaupun suasana keluarganya yang tidak kondusif.

Sedih mengenangkan nasib masyarakat kita hari ini. risau dengan masa depan anak2 kita nanti..
abu aiman´s last blog .."Tiga" is three   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@abu aiman: Saya juga bersyukur kerana beliau tersedar.

Memberi pengajaran sebenarnya bermula dari kefahaman, jadi Abu aiman sedar akan hal itu terhadap anak-anaknya. Maka saya harapkan pengajaran demi pengajaran terus diberikan kepada anak-anaknya agar kerisauan itu semakin pudar.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

rami yg mengalami mslh mcm ni,mungkin mrk malu ingin luahkan.ustz,pengirim email tu lelaki ke?mcm mane klu dalam situasi yg sama,pengirim tu adlh perempuan?lagi susah kan dia nak menegur abg@kakak dia yg berada dlm rumah trsebut?atau ustz ada pndpt lain  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@dILfa: Pengirimnya ialah perempuan, nampaknya dia sendiri telah respon di bawah.

Memang agak sukar bagi seorang perempuan untuk menegur lelaki. Boleh juga menggunakan pendekatan secara hikmah, maksudnya melalui perbuatan. Kerana lelaki agak egois.

Oleh itu, saya syorkan agar dia bersabar dan cuba cari ustazah@sesiapa yang boleh membimbingnya. Berkawan dengan orang baik Insya’Allah akan jadi seperti mereka.

Teruskan berdoa agar Allah memperteguhkan hati dan jiwa, kuat dan tabah. Itu paling penting.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Bila berada dalam situasi seperti pengirim emel, sahabat di luar yg sefikrah sangat penting didampingi. Sebagai pemberi semangat.Dan kalau perlu, membantu sama. Bila sering bersendirian, besar kemungkinana terasa semakin lemah dan tidak berdaya. Memang sedih bila adik beradik dan ibu bapa sendiri bersikap begitu. Tapi, walau macamana pun, tanggungjawab untuk menghijrahkan mereka tak pernah luput. Di akhir usaha dan ikhtiar, tawakkal penghujungnya. Benarlah, hidayah Allah hanya untuk yg terpilih.
kak kin´s last blog ..Hijrah itu pengorbanan…   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@kak kin: Benar, saya harapkan itu berlaku. Dibimbangi jika keseorangan akan terus lemah untuk menghadapi cabaran yang semakin besar.

Semoga taufik dan hidayah adalah miliknya.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

teringat perkongsian sahabat saya yg lebih teruk dr mslh yg dinyatakan di atas….Namun, saya telah mengesyorkan dia bersabar & buat perubahan bermula dr diri kwn sy tue…sedikit sebanyak saya mintak dia mulakan dakwah asas di rumahnya wp tak nmpk nyata..tetapi sekurangnya dia tlh berusaha…pada saya,Allah berikan ujian…dan pastinya…Dia minta kte usahakan…tidak merintih begitu saja…Namun, kata-kata ustaz di akhir tue betul,…bahawa tonggak adalah ibubapa yg mengemudi bahtera…sy sbg seorang guru pun sedih melihat anak-anak didik sy yg kecundang aspek agama sehingga ada 1 ms sy menitis air mata kala anak didik sy 9 tahun mengatakan sepanjang hidup, dia x nah sentuh alquran…ya rabbi, msh ada kelalaian dr ibubapa yg hanya mengharapkan didikan guru semata-mata tanpa melihat aspek akhirat..apa nak jadi saat ni…pada sy, sy melihat anak sek rendah yg sy didik saat ni sbg 1 dorongan dakwah…kerana dr kecil jika x dididik..besarnya begitulah coraknya…..
mia-ina´s last blog ..Mia : Weight Result (AFTER DETOX 5DAYS)   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@mia-ina: Saya juga selalu tanya kanak-kanak,

“Kat rumah solat tak?”

“Tak solat, ayah mak saya tak pernah ajar pun.” Jawabnya sambil mengerutkan dahi.

“Mak ayah solat tak?”

“Tak.”

“Pandai ambil air sembahyang tak?”

“Tak..”

Akhirnya kami yang ajarkannya berwudhuk dan solat.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Assalamualaikum warohmatullah

Setiap orang mahukan kebaikan dan ketenangan hati. Saat ini mungkin kita perlu menjadi ikan di air masin, walau hidup di air masin tetapi tetap tidak menjejaskan rasanya.

Pertama, tahniah! sebab pengirim masih punyai iman, dikurniakan rasa untuk memperbaiki ahli keluarganya.

Kedua tahniah kerana dipilih untuk ujian besar ini, bukan mudah dan bukan semua orang lahir di dalam keluarga yang punyai ayah seorang imam, adik beradik yang soleh dan solehah, ibu yang mentaati agama, namun itulah ujian buat anda untuk memulakan keluarga yang bakal dibina nanti adalah keluarga yang mementingkan nilai-nilai agama. Semakin besar ujian yang dihadapi percayalah semakin Allah sayang kepada kita kerana DIA mahu memberikan ganjaran yang terbaik buat kita.

Disamping usaha, perbanyakan berdoa kepadaNya, solat tahajud mohon kekuatan dari-Nya. Kadang kala bila dakwah bil lisan itu orang ambil endah x endah cuba berdakwah dengan perbuatan pula. Dengan akhlak kita, kita boleh berdakwah tanpa kita sedari. Mata mungkin sakit melihat kemungkaran bagi orang yang masih punyai iman, namun kita tidak ada kuasa memberikan hidayah kepada mereka. Berbuat baik walau dibalas buruk, InsyaAllah yakin dan percaya pertolongan Allah itu dekat.

Apa yang dilalui kita mungkin tidak sama dengan ujian hebat para nabi terdahulu, nabi Ibrahim ayahnya seorang pembuat berhala, nabi Muhammad hidup dikalangan kafir quraisy yang memusuhi baginda dikalangannya terdapat pak sedaranya sendiri, Asiah bersuamikan seorang firaun yang mengaku diri sebagai Tuhan, dan banyak kisah-kisah lain, jauh sekali dengan ujian yang kita hadapi. Bersabarlah!

Jika resah di dalam perjuangan, al-Quran adalah ubatnya.

Di saat tiada rakan untuk menjadi penguat, zikrullah adalah penawarnya.

Jika mahukan kekuatan diri tahajjud adalah jalan keluarnya.

ketika merasa diri tidak punyai apa-apa, yakinlah Allah masih tetap di sisi.

Sekadar pandangan.
Teruskan menulis!

3Muharam1430h  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@atieshabinafsha: Wa’alaikumsalam,

Tulisan anda sudah mampu memberi penawar buatnya dan untuk kita semua.

Alfu syukran, teruskan melontar pandangan!  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam…

tak semua dilahirkan dalam keluarga yang serba sempurna imannya..bagi yang bertuah,bersyukurlah..seseungguhnya kemudahan telah Allah berikan padamu.. tapi bagi mereka yang senasib seperti pengirim emel tersebut tentunya perlukan kekuatan untuk membimbing org2 yang disayangi ke jalan yang diredhai.. begitu hebat cabaran yang dilalui..

maana mungkin mahu membiarkan darah daging sendiri sesat..bimbinglah selagi terdaya…sabarlah sebab dengan kesabaran yang ada semoga org2 yang disyangi diberikan hidayah olehNya… saya dapat rasakan perasaan anda…  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@nur_syahadah: Salam,

Kisah sebegini mengingatkan saya tentang Nabi Nuh dan kaum keluarganya yang tidak beriman. Akhirnya tenggelam di lautan luas.

Siapapun yang berani mengharung kesulitan, bererti di hadapanya ialah sebentang samudera yang sayup mata memandang.

Para pencinta kebenaran pasti menganggap samudera itu bagai sungai. Bukan lagi laut.

Basuhlah noda, sucikan diri untuk menjadi manusia tabah. Bukan lemah.

Semoga kita semua dibekali istiqamah. Amin.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

erm.. bolehkah saya tahu, apakah jawapan yang telah pihak tuan beri kepada si pengirim email berkenaan?

-yang ingin tahu-
puteri´s last blog ..tazkirah maal hijrah – part 1   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@puteri: Saya rasa cukuplah saya siarkan entri ini sebagai tatapan kalian.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

terima kasih ustaz Farid..dan rakan2 di sini yg sudi memberikan nasihat dan dorongan. Terima kasih kerana prihatin atas apa yg penulis hadapi. dengan rendah hatinya, sayalah pemilik hati yg lara itu.. saya seorang perempuan yang kadang2 lemah.. imanku yang sentiasa turun naik, kekadang merebahkan aku di jalan dakwah..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam ya ukhti lara. walaupun sy xknl awk, tp sy kagum dgn awk. walaupun d skeliling awk mcm tu, tp d hati awk, tetap dgn ajaran Islam. bersyukur d atas kurnianNya. Allah plh awk utk d uji mcm ni, Allah syg awk, Allah titipkan keimanan serta kesedaran d hati awk. Semoga awk tabah menghadapi semua ini. Sama2 berdoa semoga Allah melembutkn hti mereka. InsyaAllah, awak muslimah yg istimewa. kalau sy, sy xmampu nk mcm tu. jazakillah..
Evi LoLyta´s last blog ...:Singapore:.   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Evi LoLyta: Semoga enti juga seperti dia.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@lara: Afwan, semoga memberi perlindungan dan kekuatan kepada anda.

Cuba kita lihat dunia, ada ketika Allah berikan suatu kenikmatan dan kebahagiaan kepada manusia, dan ada pula yang diberi sengsara jiwa, ada pula dikurniakan harta, rupa, malah ada juga yang miskin papa kedana.

Kesemua watak itu mempunyai tahap ujian berbeza, namun mereka adalah sama di sisi Allah. Allah mahu menguji sejauh mana si kaya, si miskin, si bahagia, si berduka dan bermacam jenis ’si’ lagi tahu bagaimana untuk bersyukur padaNya.

Satu saja pesanan saya, sememangnya wanita itu dijadikan dengan sifat lemah, namun kelemahan itu bukan bermakna selama-lamanya lemah, kerana lemah itu bertujuan mengimbangi kuat demi menggegarkan dunia.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@lara: sabar yee…ujian Allah..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Helo..Aslkm tuan n puan,wah lain dari yg lain blog,i ske,but nak ajak sesape ke blog sye ni di http://mysterygraphy.blogspot.com ,ok bye,,,,
BudakMisteri´s last blog ..Lelaki Paling Tua Di Dunia Meninggal Dunia   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Ya, rumah juga boleh menjadi kubur.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@naimisa: Jika tidak ada cahaya al-Quran meneranginya.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Saya pun terlupa tentang hadis yang mengatakan rumah boleh jadi kubur itu….  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

gitule hakikatnya masyarakat one malaysia hari ini. saya sendiri bergelut dlm mendidik anak supaya kuat ‘dalamannya’ kerana bimbangkan external factor yg lebih meruntuh dari membina…lebih-lebih dlm hal yg bersangkutan dengan pembinaan roh islam.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@nahmy: Tahniah, semoga berjaya. Ingatlah, jika punya 3 orang anak perempuan, dan ianya didik dengan baik Insya’Allah jaminannya syurga.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

kepada sdri lara..
ingatlah..anda tidak sendiri dalam tarbiyah ini, sntiasalah mncari pautan bila rasa diri mulai lemah
mmg manusia imannya naik dan turun, maka itu carilah tman yg sefikrah, agar dia mmpu mnyedarkan kita, dikala kita terleka..
bukan mudah berada dlm environment spt itu, tapi ingatlah, doa adalah kekuatan kita, Allah sntiasa dkt, lebih dekat dari urat leher kita..
jgn pernah mngalah!! menyampaikan dgn hemah itu yg diajar nabi, psikologi, perbuatan, akhlak..
insyaAllah Allah memberi ujian berdasarkan kemampuan masing2..jadi anda pasti mampu melaluinya..yakinlah dgn pertolongan Allah..kami disini doakan anda terus tsabat dan tidak mengalah..insyaAllah..amiin
hajar´s last blog ..SOLAT YANG MACAM NI   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Post a comment

-Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh-

CommentLuv Enabled

Optionally add an image (JPEG only)

32 visitors online now
32 guests, 0 members
Max visitors today: 57 at 08:24 am UTC
This month: 70 at 03-05-2010 04:28 am UTC
This year: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC
All time: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC