Header image

Adakah Boleh Doktor Merawat Pesakit Berlainan Jantina?

Posted by Farid Rashidi in Bicara Semasa | Tazkirah | Wacana Ilmiah

“Siapakah yang bersalah, doktor atau pesakit jika ternampak aurat?” Tanya seseorang.

“Bagaimana hukumnya?”

Saya percaya, ramai di kalangan kita masih samar-samar mengenai hukum berkaitan dengannya. Tambahan pula perkara ini seolah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat sehinggakan perkara sebenar tidak diaplikasikan sebaik mungkin. Di sini kita bukan mahu mencari salah siapa samaada pesakit ataupun doktor, akan tetapi mahu mengambil jalan penyelesaian agar dapat diselesaikan semaksimum mungkin.

BOLEHKAH DOKTOR LELAKI MENGUBATI PESAKIT WANITA ATAUPUN SEBALIKNYA?

Memahami masalah ini pada asasnya perbuatan melihat aurat wanita adalah ditegah sama sekali. Islam mengharamkan lelaki melihat aurat wanita, begitu juga wanita melihat aurat lelaki. Namun dalam masalah mengubati pesakit berlainan jantina diharus bersyarat.

Majma’ al-Fiqhi al-Masihi di bawah Rabitah al-A’lami al-Islami di dalam seminarnya yang ke-14 bertempat di Mekah bertarikh 20 Sya’ban 1415 Hijrah bersamaan 21 Januari 1995M telah mengeluarkan resolusinya seperti berikut:

1. Syariat pada asalnya mengharamkan perempuan mendedahkan aurat kepada lelaki dan mengharamkan lelaki mendedahkan aurat kepada perempuan. Begitu juga perempuan diharamkan mendedahkan aurat sesama perempuan atau lelaki sesama lelaki.

2. Pihak Majma’ sekali lagi menegaskan di dalam resolusinya yang bernombor 85/12/85 di dalam persidangan yang bermula pada 1-7 Januari 1414H bahawa: “Asalnya apabila kedapatan doktor perempuan Islam, dialah yang wajib merawat pesakit wanita. Jika doktor Islam tidak ada, maka mestilah doktor wanita bukan Islam. Apabila doktor wanita bukan Islam tidak ada, maka dibolehkan doktor lelaki Islam. Apabila ketiadaan doktor lelaki Islam, barulah dibolehkan doktor lelaki bukan Islam merawat pesakit wanita Islam. Ianya mesti disyaratkan melihat bahagian badan perempuan yang diperlukan sahaja bagi menentukan jenis penyakit serta merawatnya, dan tidak boleh melampaui batas keperluan. Hendaklah menutup anggota badan sekadar yang terdaya. Apabila seseorang doktor lelaki merawat pesakit perempuan, maka pesakit perempuan hendaklah ditemani mahram atau suami atau perempuan lain yang boleh dipercayai, dibimbangi berlakunya khalwat.”

Manakala di dalam kita Fiqh as-Sadah as-Syafie’yah oleh Doktor Khalifah Abdul Basit Shahin menyebut bahawa melihat aurat berlainan jantina tanpa sebab adalah haram. Ini berdasarkan dalil al-Quran bermaksud:

“Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

Begitu juga Allah SWT mengharamkan ke atas wanita melihat aurat orang lain:

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat.”

Pengarang juga membahagikan sebab yang diharuskan melihat aurat berlainan jantina kepada tiga bahagian dan ini termasuklah mengenai rawatan oleh para doktor.

Justeru, secara kesimpulannya prioriti bagi merawat pesakit menurut syariat Islam adalah sebagaimana berikut:

1.Doktor wanita Islam
2.Doktor wanita bukan Islam
3.Doktor lelaki Islam
4.Doktor lelaki bukan Islam

DOKTOR YANG MENGAMBIL KESEMPATAN

Dewasa ini kedapatan banyak kes melibatkan doktor ke atas pesakit, ini termasuklah kes cabul, rogol ataupun perzinaan. Inilah natijahnya jika tidak mengguna pakai aturan yang ditetapkan oleh syariat Islam. Doktor-doktor keluaran sistem barat tidak langsung menitikberatkan soal akhlak dan syariat ketika mengubati pesakit berlawanan jantina. Malah doktor berhidung belang seperti ini sanggup mengambil kesempatan dengan melakukan perkara-perkara yang dilarang.

Pada asalnya tugas sebagai doktor adalah suatu profesyen yang baik dan mulia kerana membantu manusia dari kecelakaan. Namun ianya menjadi haram kerana salahguna tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Sudah tentu ianya mencalarkan kredibiliti sebagai seorang doktor profesional.

Saya yakin, mengambil alasan darurat (sedangkan masih ada jalan penyelesaian) demi memuaskan nafsu syahwat itu bukan etika seorang doktor muslim dan tidak termasuk silibus yang pernah dipelajari bertahun-tahun!

PESAKIT YANG TIDAK PEKA

Masalah ini juga pada asasnya terletak kepada pendirian pesakit itu sendiri. Dalam hal ini, saya melihat ramai di kalangan kita mengambil jalan mudah dan langsung tidak menghiraukan soal penjagaan syariat ketika menerima rawatan. Masakan tidak, terkadang masih wujud klinik yang mempunyai doktor wanita Islam tetapi mereka lebih gemar memilih untuk menerima rawatan dari doktor lelaki malah lebih dahsyat apabila lelaki itu bukan beragama Islam.

Jika sakit itu melibatkan batuk demam mungkin tidak terlalu bermasalah, tetapi jika sakit itu melibatkan aurat mughallazah (aurat berat seperti tubuh badan wanita dan alat sulit) tidakkah ianya sesuatu yang mengundang risiko? Tidak tercalarkah maruah?

Tambahan pula perkara ini melibatkan kesan psikologi pesakit, terutamanya pesakit wanita jika ianya melibatkan aurat sulit. Sudah tentu timbul pelbagai perasaan kelak jika tidak dibendung segera.

Pekalah dengan keadaan semasa, usahlah terlalu mengambil ringan dan memandang enteng tentang perkara ini. Berhati-hatilah!

Mencegah itu bukankah lebih baik dari mengubati?

JADILAH DOKTOR YANG ISLAMIK

Suka saya untuk mengutip kata-kata nasihat beberapa orang doktor buat tatapan pembaca di blog ini.

Kata Dr.Hamdi Mas’ud dalam kitabnya Daur at-Tobib al-Muslim fi nasyri Ta’alim al-Islam bermaksud:

“Adapun bagaimanakah cara untuk seseorang doktor itu membawa pesakitnya ke jalan menuju Allah ketika melaksanakan tugasan dirinya.. hendaklah berusaha dalam kadar waktu yang mengizinkan untuk memasukkan ke dalam benak fikiran dan hati pesakit akan kefahaman Islam yang sebenar.. bertitik-tolak dari kefahaman Islam yang sebenar inilah, seseorang doktor itu mampu mendekatkan pesakitnya akan hakikat Tauhid dengan menyatakan bahawa segala perkara yang terjadi adalah di bawah kekuasaan Allah.”

Renungilah pula kata-kata dari Dr. Nada Abd Azez Mohamed al-Yusfi,  dalam kitabnya Ila at-Tobib wa Tolib at-Tib Kaifa Takhdimu al-Islam:

“Sesengguhnya doktor yang hidupnya adalah untuk dirinya sendiri tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya dan tidak meletakkan di hadapannya tujuan dakwah yang menggunung, juga tidak melapangkan masanya sejam sahaja dalam seminggu untuk mempelajari ilmu agama dan menghafaz apa yang patut dari al-Quran, juga tidak memikirkan apa yang perlu dibuat untuk Islam terhadap ilmu perubatan yang dianugerahkan kepadanya, maka keadaannya kadang-kadang banyak rehat, hidup matinya dalam keadaan jiwanya kerdil. Adapun doktor yang berjiwa besar sanggup memikul tugasan yang penat ini, tidak mementingkan urusan tidurnya, waktu rehatnya, berada di atas tilam empuk dan kehidupan yang senang-lenang disamping harta benda yang memuaskan. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memberitahu keadaan sepatutnya dan bersabda kepada Ummul Mukminin Saidatina Khadijah: Telah berlalu masa untuk tidur wahai khadijah. Maka kami ingin menyatakan di sini: Telah berlalu masa untuk kamu tidur dan pejam lelap wahai penuntut-penuntut bidang perubatan!”

Subhanallah, nasihat yang berbekas!

10:15AM, 12 Disember 2009,
Siberbay, Tanta.


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

69 Responses

  • Balqis says:

    Alhamdulillah.

    Ustaz telah menerangkannya dengan baik. Terima kasih atas perkongsian. ^^

    p/s: InsyaAllah akan mengurangkan masa untuk tidur dan pejam lelap. Berusaha! =)
    .-= Balqis´s last blog ..Fantasia Itu Bukan Eksistensial Sial II =-.

      (Quote)

  • Balqis says:

    @Balqis:

    Buruknya muka yang keluar itu. isk, isk.

    p/s: Canggih benor blog ustaz sekarang ni. Alhamdulillah.
    .-= Balqis´s last blog ..Fantasia Itu Bukan Eksistensial Sial II =-.

      (Quote)

  • Pingback: TEKNOLOGI INFORMASI - KOMPUTER - Tips Memilih Harddisk Portable Eksternal

  • Tronx013 says:

    salam…

    .. bersemangat dalam melontarkan hukum..mmm terkesima sebentar.. :)

    saya masih pelajar lagi, tapi apa yang ustaz katakan tu sangat berguna untuk saya fahami dan lakukan suatu masa nanti dan mungkin sekarang ini… terima kasih…

    saya pun menanti komen doktor-doktor juga…
    .-= Tronx013´s last blog ..Lagu(Lirik lagu) =-.

      (Quote)

    • @Tronx013: Salam,

      Mencari semangat untuk terus menulis..

      Akhi kini seorang pelajar perubatan, tetapi harus ingat.. kelak akhi akan jadi seorang doktor. Sudah tentu perkara-perkara begini akan dihadapi kelak. Sedangkan sewaktu belajar sudah mengalaminya, inikan pula menjejakkan kaki ke dunia kedoktoran..

      Jadikanlah sebagai nasihat.. nasihat diri dan iman.

        (Quote)

  • mia-ina says:

    mia pun alwez every month ke hospital…pernah juga terfikir tentang ni….cuma, betul ckp ustaz ni..mmg menjadi mslh apabila hal-hal sakit melibatkan yg sulit nak dikongsikan dgn doktor lelaki. Tapi,dlm hal ni…mia melihat pd situasi.

    Mgkn kerana perasaan malu & risau juga, terkadang ada sesetengah wanita malu nak hadirkan diri berjumpa doktor…especially melibatkan kanser payudara ….
    .-= mia-ina´s last blog .." Sepahit pengorbanan DIET MIA, Semanis Impian," (60kg —>49.5kg) =-.

      (Quote)

  • Saya bersungguh berhasrat anak perempuan saya yang sulung dapat menjadi seorang doktor, demi memenuhi kehendak fardhu kifayah seperti ini, moga dia dapat berkhidmat untuk membantu wanita yang memerlukan.

    p/s: Farid tolong doakan, insya-Allah doamu disusuli usaha. Hehehehe..

      (Quote)

  • Masayu says:

    Salam Ustaz,

    Izin saya siarkan artikel ini di blog saya, semoga lebih ramai wanita peka dengan situasi ini.

    Terutama ketika memilih doktor untuk proses bersalin, ramai yang memilih doktor lelaki berdasarkan kepakaran, walaupun ada pilihan doktor wanita. Tanpa tidak sedar perlu memberi keutamaan menjaga maruah dan sudah tentunya ada pilihan lain selain doktor lelaki.

    Terima kasih atas perkongsian ini, semoga lebih ramai yang menyedari dan tahu batas-batas yang sebenar.
    .-= Masayu´s last blog ..Aktiviti rutin saya =-.

      (Quote)

  • insyirah says:

    Assalamu’alaikum ustaz.

    (terdiam seketika), melihatkan situasi diri sendiri. Hampir semua doktor sy dikalangan lelaki, di bidang neurologi juga lelaki, kardiologi juga lelaki bahkan ortopedik pun lelaki… panel penasihat kesihatan juga lelaki. Tetapi, tidak pernah sy bersendirian dan sentiasa di temani oleh ummi (dan abi).

    Hurm…
    .-= insyirah´s last blog ..Catatan Hati Fatinah [4] =-.

      (Quote)

  • Dr Ummi says:

    Jazakallahukhair ustaz.

    Kak Ummi pastekan artikel ustaz ni di blog Kak Ummi beserta sedikit ulasan…

    Sungguh ianya mengesankan!
    .-= Dr Ummi´s last blog ..Bolehkah Doktor Merawat Pesakit Berlainan Jantina? =-.

      (Quote)

    • @Dr Ummi: Alhamdulillah, muncul juga doktor mewakili doktor-doktor..

      Ala kulli hal, syukran kepada Dr Ummi atas pandangan. Saya sangat menyetujui pendapat Dr mengenainya.

      Jadi benarlah sangkaan saya selama ini.. pesakit itu sendiri cari fasal. Pokok takkan bergoyang andai tiada sesuatu yang menggoyangkannya bukan?

      Jemput semua ke blog Dr Ummi untuk membaca artikel berkaitan tajuk ini.

        (Quote)

  • dILfa says:

    Salam ziarah ya ustaz..:)
    entry yg baik utk kesedaran buat para doktor dan juga muslimah2 yg sudah berkahwin dan jg yg akan berkahwin, spy kita semua mengambil berat permasalahan sebegini.bukan hanya menggunakan alasan “darurat” semata2,untuk menutup segala hukum yg ditetapkan.matlamat tidak menghalalkan cara..
    .-= dILfa´s last blog ..Bila Langit Mendung =-.

      (Quote)

  • Evi LoLyta says:

    salam akh. bgus ketengahkan tjuk ni. jrg org terfikir & explain ttg ni. biasanya angp xpe sbb dgn niat nk berubat. truskn menulis tjuk2 yg jrg org tampilkn, & yg biasa org angp remeh-temeh.
    .-= Evi LoLyta´s last blog ..Goodbye MS Sharepoint =-.

      (Quote)

  • k.sha says:

    Salam kenal Ustaz,

    Alhamdulillah, sedari dulu saya memang menitikberatkan perihal ini, alasan saya ringkas iaitu aurat perlu dijaga dan saya tidak berada dalam keadaan darurat, walaupun ketika itu saat saya mahu melahirkan bayi.

    Sekarang dalam perantauan di bumi matahari terbit, parioti ke 2 menjadi pilihan, doktor perempuan yang bukan beragama Islam. Dan, Alhamdulillah, mereka disini begitu menghormati kehendak pesakit berbanding segelintir doktor dan jururawat di Malaysia, yang menjadikan professional sebagai alasan.

    Contoh terbaik yang ingin saya kongsi. Tahun lalu saya bermasalah yang perlu dirujuk kepada gyne. Doktor perempuan yang merawat saya bertanya kan kehendak saya, doktor bagaimana yang saya inginkan. Bersesuain dgn kehendak saya, doktor tersebut mencari maklumat bersesuaian dengan kehendak saya, sebelum merujuk saya kepada doktor tersebut. Layanan dan khidmat yang diberikan sangat memuaskan hati. Saya terfikir, alangkah bagusnya kalau semua doktor di Malaysia seperti doktor2 di Japan.

    Wallahualam.
    .-= k.sha´s last blog ..Abang dan Anugerah =-.

      (Quote)

    • @k.sha: Kefahaman dan matlamat inilah yang saya inginkan setelah 2 entri berkisar tentang rawatan & perbidanan dipostingkan.

      Tiada pilihan itu bukan kategori professional.

      Saya mengharapkan perkhidmatan yang ada di Jepun itu turut berada di Malaysia yang majoriti rakyat beragama Islam.

        (Quote)

  • salam ust…..dh lama sy xdtg ni kan…echeh2…sy dh bca, cume xkomen je…syukran ngn adenye artikel ust nih…membantu sy dlm muhasabahkan diri…sume ni membuatkan kta berfikiran jauh kehdapan…yg cri yg benar2 jujur bkn mudah…

    insya’Allah, mudah2an Allah permudahkan jalan yg sy kehendaki ini…bgitu juga ngn ust…
    .-= ustazah dyLLa´s last blog ..Siapakah dia?? =-.

      (Quote)

  • Ikan Emas says:

    Alhamdulillah, di Msia skrg ini sudah ramai golongan hawa y menjawat jawatan ini,pakar ,malah ramai jg yg membuka klinik snd…pilih saja laa. Namun statistik kaum kita dlm golongan ini msh jauh lagi…

    Artikel ini membuatkan sy mengimbau kenangan lalu dan cukup menyedarkan !!!!
    .-= Ikan Emas´s last blog ..OraNG SeNanTi, SiLa JaWaP PanTun InI… =-.

      (Quote)

  • salam.. saya juga bercita-cita menjadi seorang doktor. mungkin juga diinspirasikan oleh pengalaman saya yang tidak begitu selesa berjumpa dengan doktor lelaki sejak kecil lagi.. sebab itu juga saya berminat dalam bidang pediatric..

      (Quote)

  • FIKRI says:

    salam..ustaz lama tak dengar berita..apa khbar?

      (Quote)

  • nur_syahadah says:

    salam…erm…artikel ni memang saya nantikan…kat kg saya klinik terdekat smua MA lelaki..sampaikan dr pakar yang dtg hari2 tertentu pun lelaki..biasanya memang org kampung akan tertumpu disini sebab kalau nak dapatkan rawatn diluar(mencari doktor perempuan)jauh dan mahal sebab swasta…erm..pe pendapat ust kalau situasi camni?

      (Quote)

    • @nur_syahadah: Salam,

      Maksudnya doktor pakar itu berkaitan sakit puan atau hanya sekadar merawat sakit biasa? Tidak ada langsungkah doktor perempuan di tempat cikgu?

      Kalau tidak ada langsung, maka fardhu kifayah itu menjadi terabai.. wajib ada doktor wanita di sana.

      Saya syorkan jika melibatkan sakit puan, sebaiknya cari juga doktor perempuan. Jauh sedikit tidak mengapa asalkan maruah sentiasa terjaga.

        (Quote)

  • salam, biasanya saya jumpa doktor wanita dulu…bila terpaksa – baru lah ke tempat lain…tapi alhmadullilah saya jarang jumpa doktor! Syukur dikurniakan kesihatan oleh Allah swt yang sihat
    ( takat le ni….) – sebab tu jarang MC masa kerja…

      (Quote)

  • k.sha says:

    Salam,

    Emm, di Japan, dah 2 tahun, insaALLAH tahun depan balik.

      (Quote)

  • cida says:

    jazakallahu khair krn sudi berkongsi

    info yg sangat bagus untuk disebarkan
    .-= cida´s last blog ..23 =-.

      (Quote)

  • Assalamualaikum,
    Saya setuju pendapat ustaz. Saya juga akan mengutamakan klinik Dr Perempuan, melainkan yang berkaitan dengan penyakit biasa yang tidak memerlukan sentuhan atau pendedahan aurat. Ini memang ‘pilihan tangan’ kita untuk membuat keputusan.

    Masalahnya apabila saya ‘admit’ hospital selama beberapa hari, doktor telah ditetapkan untuk rawatan. Pilihan tidak boleh dibuat. Itulah dilema yang terpaksa dihadapi. Dalam keadaan ini saya terpaksa akur dengan pentadbiran hospital.

    Begitu juga halnya apabila ramai doktor yang menjalani latihan praktikal datang berkerumun untuk memeriksa atas dasar ‘ilmu’ dan ‘ilmu tersebut akan diaplikasikan kepada pesakit-pesakit akan datang’. Dalam keadaan ini saya terpaksa membenarkan pemeriksaan tersebut.

    Masalah tidak akan timbul sekiranya rawatan dibuat di klinik/pusat perubatan swasta kerana kita ada hak untuk membuat pilihan, tetapi kos yang diperlukan amat tinggi.”No money no talk”

    Kesimpulan yang saya dapati berdasarkan pengalaman tersebut, saya bersetuju dengan pendapat bahawa kita memerlukan lebih ramai doktor wanita bagi memenuhi permasalahan ini. Wallahu A’lam.

      (Quote)

    • Ros Illiyyyuun: Begitu juga halnya apabila ramai doktor yang menjalani latihan praktikal datang berkerumun untuk memeriksa atas dasar ‘ilmu’ dan ‘ilmu tersebut akan diaplikasikan kepada pesakit-pesakit akan datang’. Dalam keadaan ini saya terpaksa membenarkan pemeriksaan tersebut.

      Wa’alaikumsalam,

      Faktanya, di barat hospital mereka sudah pun mengakplikasikan penggunaan model robot wanita untuk tujuan praktikal melahirkan anak. Nah, di mana negara Islam yang bermaruah??

      Tak tahu malukah kita yang mengaku seorang Islam dan mengamalkan apa yang diajarkan Rasulullah SAW? Ini bukan soalan ditujukan kepada anda, tetapi dalam bentuk umum.

      Ros Illiyyyuun: Masalah tidak akan timbul sekiranya rawatan dibuat di klinik/pusat perubatan swasta kerana kita ada hak untuk membuat pilihan, tetapi kos yang diperlukan amat tinggi.”No money no talk”

      Ini lagi satu masalah, mementingkan diri.. mementingkan duit lebih dari segala-galanya. Sehingga mengenepikan agama! Doktor, dengarlah kata-kata ini jika kamu beragama Islam.

      Bantulah umatmu! bantulah! Duit bila-bila masa boleh dicari. Hilang maruah tak ada pengganti.

      Maaf, agak emosi bila berbicara tentang ini.

        (Quote)

  • Assalamualaikum..

    Sangat setuju dengan kupasan Tuan. Saya kalau nak dirawat pun cari doktor lelaki. Biasanya klinik-klinik kecil ada buat ‘shift’ antara doktor lelaki dan perempuan walaupun secara tak rasmi.

    Tapi kalau doktor gigi tu rasanya tak mengapa berlainan jantina sebab melibatkan sentuhan yang sangat minima (pakai gloves) dan tak mendedahkan aurat.
    .-= safwanhussin´s last blog ..Privacy Control di Facebook =-.

      (Quote)

  • insyirah says:

    Assalamu’alaikum.

    Sekadar berkongsi pengalaman. Sebelum ni sy pernah juga dirujuk pd pakar neurologi (saraf) perempuan ttapi tak dpt kesan punca penyakit sy sehingga ia berlarutan makin teruk. Setelah bbrp kali bertukar Doc, akhirnya seorang doc lelaki (neuorlogi) mengesan penyakit. Dan, akhirnya hanya follow up dengan beliau.

    Sebagai ibubapa, sy pasti ibubapa sy nak yang terbaik untuk anak-anak. Dan doc neurologi sy juga antara pakar terbaik di Asia Tenggara, wpun lelaki (muslim) tetapi setiap kali rawatan (termasuklah semasa berada di ICU) memang ummi akan menemani. Semasa di ICU pun tak boleh nak teman tetapi ummi tetap juga teman di luar ICU.

    Kardiologi (jantung) juga seorang doc lelaki. Krn pada ketika itu pihak hosp terus merujuk kepada beliau… tanpa bertanya dahulu (tapi masa tu sy pun kecil) pendapat parents, untuk berulang alik ke IJN dan meneruskan rawatan neurologi pada masa yang sama dengan 2 hosp agak membebankan, jd sy faham apabila ibubapa just carry-on dengan doc lelaki tu.

    Ortopedik (tulang) juga seorang doc pakar (lelaki) yang masyhur (kalau ditulis namanya disini barangkali doc/pelajar medic kenal). Sy pernah dijadikan ‘eksperimen’ oleh 8-9 doktor yang mana akhirnya ia bertambah memudaratkan keadaan sy…

    Kpd para doktor/bakal doktor…

    Hormati perasaan pesakit dan juga aurat pesakit.

    Kadang2 sy pengsan, sedar-sedar doc lelaki di wad kecemasan (hosp biasa) dan dalam keadaan yang masih kebingungan, sy mencari-cari tudung… wpun tidak bertudung (dibuka akibat pengsan) semasa rawatan tetapi bila sedar, just nak cover my head pun pernah DITENGKING oleh doc lelaki MUSLIM.

    Just menitis air mata, diam dan diam…

    Sekadar perkongsian pengalaman, kadang-kadang sy merasakan non muslim lebih peka dengan psikologi kita as muslim sebab doc muslim sendiri pun tak peka perasaan pesakit muslimah. Dah banyak kali ‘terkena’… :(

      (Quote)

    • Wa’alaikumsalam,

      insyirah: Kadang2 sy pengsan, sedar-sedar doc lelaki di wad kecemasan (hosp biasa) dan dalam keadaan yang masih kebingungan, sy mencari-cari tudung… wpun tidak bertudung (dibuka akibat pengsan) semasa rawatan tetapi bila sedar, just nak cover my head pun pernah DITENGKING oleh doc lelaki MUSLIM.

      Just menitis air mata, diam dan diam…

      Allah, Allah, Allah.. sangat geram membaca perenggan ini. Mengapa begitu biadap mereka?! Apakah dia begitu jahil sehinggakan tak tahu menjaga maruah orang lain?

      Semoga Allah membalas perbuatannya – masih sempat bertaubat sebelum Izrail tiba.

      Sangat bersimpati dengan nasib kamu. Sabarlah, sabarlah ya ukhti. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.

        (Quote)

  • hajar says:

    salam wbt..
    terima kasih di atas perkongsiannya..memang ini sebenarnya yang dinanti2kan..mengenai hukum tersebut. kebetuln sy jg sdg menjalani clinical, tambah pula di rantau seberang, apa lagi, patient dipertontonkan tanpa tabir. kalau sblm menjalani clinical, kuat mengatakan itu tidak benar, tetapi lama kelamaan terpaksa melakukan pula, jadi seolah2 hilang pegangan. alhamdulillah artikel ini kembali meluruskan jalan yg telah ‘terbelok’

    namun begitu, mungkin dari komentar2 yg lain, sy bersetuju, kalau tiada angin, pohon tidak akan bergoyang. kita sbg patient sndiri harus tegas dengan kehendak islam dan jelas. islam agama yg mudah, tetapi jangan dipermudah2kan sebegitu. alasan darurat bukan sebegitu mudah dipandang remeh.
    .-= hajar´s last blog ..Everyone is responsible for putting an end to the sufferings of Muslim =-.

      (Quote)

    • Wa’alaikumsalam,

      hajar: jadi seolah2 hilang pegangan. alhamdulillah artikel ini kembali meluruskan jalan yg telah ‘terbelok’

      Alhamdulillah wa syukurillah. Sebab itu pentingnya sign board bila tersesat jalankan? :)

      Teruskan menjadi insan cemerlang. Percayalah, tak rugi.

        (Quote)

  • naimisa says:

    Saya bersetuju bahawa kadang-kadang kebanyakan orang ambil mudah soal memilih doktor. Sebaiknya seorang wanita perlu melihat dahulu doktor yang bakal merawatnya melainkan jika tidak ada pilihan.


    Masalah kekurangan doktor sekarang pun kronik, terutamanya di klinik kawasan pedalaman. Kadang-kadang yang lebih terus, Asst. MD (deresa) sahaja yang memeriksa pesakit.
    .-= naimisa´s last blog ..Hescom 2009 =-.

      (Quote)

  • siti laila says:

    salam ziarah. terima kaseh en.Farid sbb melawat blog sy. klu sudi silalah follow..
    hem,artikel nih suatu pkongsian yg baek utk semua! tahniah=D

      (Quote)

  • zareda says:

    Salam ustat

    Apa Khabar? satu info yang sangat berguna. Kak zar sudah forwardkan kepada seorang kawan yg jua seorang doktor muslimah.. nanti tunggu pendangannya..

    Buat kak zar terfikir sebab gynea kak zar jua seorang doktor pakar gynea lelaki…

      (Quote)

    • @zareda: Salam,

      Alhamdulillah kher, saya berterima kasih kepada puan kerana sudi memanjangkan artikel saya kepada pihak lain. Saya juga menanti pandangannya. Harap beliau dapat catitkan di ruangan ini agar semua pihak dapat membaca.

      Orang yang bijak ialah yang selalu berfikir.

        (Quote)

  • Salam.syukran atas pencerahan artikel ustaz.Moga2 para doktor terutamanya keluaran Mesir ada kesungguhan dalam praktik hukum2 syara’.Harap ustaz dapat kupaskan lagi hukum-hukum berkaitan dalam perubatan kerana golongan pakar hukum seperti ustazlah yg kami cari dan rujuk. Perubatan & Islam,ibarat isi & kuku.
    .-= NourelHousna´s last blog ..Kisah lucu akhir zaman =-.

      (Quote)

  • k.sha says:

    @Farid Rashidi: salam, terima kasih. Saya juga mengharapkan suami berjaya menamatkan pengajian seperti yg dirancang.

      (Quote)

  • Salam,

    selalu berkunjung ke sini, cma tak berkesempatan untuk meninggalkan komentar.

    syukran atas artikel ini. cuma, yang saya ingin tekankan akan masalah ini biasa berlaku, adalah dari pesakit itu sendiri. kerana seorang pesakit mempunyai hak untuk memilih doktor. sama ada mahu doktor perempuan atau tidak. saat ini, pesakit boleh memilih. dan pihak doktor @ hospital harus menghormati hak pesakit kerana pesakit ada hak sama sekali.

    tapi, malangnya kebanyakan pesakit hanya menurut dan seolah-olah takut untuk menentang, sedangkan mereka punya hak untuk memilih doktor.

    dan satu lagi mungkin teguran dalam artikel ustaz ini adalah, ustaz menggunakan perkataan Aurat Mughallazah (aurat berat seperti tubuh badan wanita dan alat sulit) <– yang ustaz telah sebutkan di atas. apakah ada istilah aurat mughallazah dalam Islam ataupun tahap-tahap aurat bagi seorang perempuan? maaf ya ustaz. kerana setahu saya, perkataan 'Aurat Mughallazah' ini saya dengar pertama kali saat diusulkan oleh Astora Jabat, yang mana dia menyebutkan tentang tahap-tahap aurat dan kemudian disangkal oleh majlis ulama yang memfatwakan Astora Jabat adalah sesat.

    maaf sekali lagi kalau saya silap. kerana saya tidak pernah dengar istilah tahap aurat itu. mungkin mohon dicerahkan. terima kasih

    -WS
    .-= Wardatul Shaukah´s last blog ..Kemaskini Blog Wardatul Shaukah =-.

      (Quote)

    • Wa’alaikumsalam,

      Terima kasih kerana selalu berkunjung ke sini. Percayalah, kunjungan anda itu membuatkan saya begitu terhutang budi. Hadiahnya, silakan baca apa saja di sini.

      Wardatul Shaukah: dan pihak doktor @ hospital harus menghormati hak pesakit kerana pesakit ada hak sama sekali.

      Ini yang sangat saya tekankan. Hormatilah Insya’Allah manusia akan terus menghormatinya.

      Wardatul Shaukah: dan satu lagi mungkin teguran dalam artikel ustaz ini adalah, ustaz menggunakan perkataan Aurat Mughallazah (aurat berat seperti tubuh badan wanita dan alat sulit) < – yang ustaz telah sebutkan di atas. apakah ada istilah aurat mughallazah dalam Islam ataupun tahap-tahap aurat bagi seorang perempuan?

      Terima kasih atas teguran, sesungguhnya Transisi itu takkan berjalan tanpa timbal balik.

      Baiklah, begini:

      Mughallazoh bermakna berat, iaitu aurat yang sangat ditekankan supaya ditutup dan dipelihara. Pembahagian ini masyhur dalam mazhab terutamanya mazhab Maliki. Boleh lihat kita Hasyiah ad-Dusuki jilid 1 m/s 213, Al-Fawakeh ad-Dawani jilid 1 m/s 129, Syarah al-Kabir jilid 1 m/s 215.

      Bahagian qubul dan dubur dikategorikan aurat mughallazoh yang wajib ditutup dan makruh mendedahkannya tanpa keperluan ketika berseorangan kerana malu kepada malaikat. Lihat Syarah al-Kabir jilid 1 m/s 215.

      Jadi ini tidak ada kena mengena dengan Astora Jabat sama sekali.

      Mungkin di Malaysia mengguna pakai mazhab Syafie’ menyebabkan kita kurang sedar tentang hal ini. Walhal tidak ada masalah pun, lagi pula ianya hal khilafiyyah yang tak menyebabkan terjejas akidah.

      Harap faham.

        (Quote)

  • Nur Izzati says:

    Assalamualaikum wr.

    Ustaz, kalau boleh, nak tau, website mana saya boleh rujuk untuk artikel ustaz ni. Contohnya ‘majma’ al-fiqh al-masihi’, dan pendapat doktor-doktor perubatan yang di atas.

    Saya ada assignment on related issue, dan nak rujuk lebih lanjut.

    Terima kasih atas perkongsian.

    ~Bakal doktor~

      (Quote)

  • Pingback: Wanita Bersalin Lelaki Yang Sambut « Mencari Identiti Diri

  • hawa says:

    Assalamualaikum ustaz, bgaimana pula kalau bakal doktor yang disuruh untuk buka aurat untuk tujuan pembelajaran.? Saya pernah disuruh prof untuk buka tudung, ketika belajar tentang telinga. saya hanya akur kerna banyak mata yang melihat. mungkin saya tidak pasti akan pa yang harus saya lakukan. Maaf, mungkin saya masih cetek ilmu. saya hanya dedahkan telinga saya. walaupun sudah jelas saya memang memakai tudung litup dan sedangkan ada teman-teman bakal doktor bukan islam yang memang tidak pakai tudung masa tue. Saya tak pasti apa tujuan prof masa tu, sedangkan beliau saya rasakan sudah biasa mempunyai pesakit India Muslim di sini. MAsih belajar di India.

    Bkal doktor buntu.

      (Quote)

    • Wa’alaikummussalam,

      Itu bukan dikira darurat. Menayangkan aurat depan khalayak adalah tidak dibenarkan sama sekali. Agama memberi kelonggaran jika ia betul-betul darurat, sedangkan pembelajaran bukanlah dikira darurat. Boleh saja menggunakan model patung atau sebagainya. Kenapa dia bersusah payah menyuruh pelajar muslimah yang bertudung litup? Kenapa tidak disuruh pelajar non-muslim itu menjadi model?

        (Quote)

  • aisyah says:

    Assalamualaikum ustaz. Boleh nak tanya perenggan yang last tuh ambil dari kitab Ila at-Tobib wa Tolib at-Tib Kaifa Takhdimu al-Islam yeh?
    Mcamana nak cari buku tu?

      (Quote)

  • Pingback: Wanita Bersalin Lelaki Yang Sambut « Faridrashidi.Com

  • Pingback: Lambakan Kuantiti Doktor Yang Tidak Berkualiti? - Faridrashidi.Com

  • Pingback: >Adakah boleh doktor merawat pesakit berlainan jantina? « Fitrah Islami Online



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge