Header image

Teruskan Berjuang

Posted by Farid Rashidi in Uncategorized

Hiruk pikuk suara manusia yang bersesakan.

Pelbagai jenis bunyian hon.

Debu-debu yang tertempek di permukaan dindin bangunan dan rimbunan pokok.

Lori dua kontena.

Himar yang setia pada tuannya.

Itulah yang saya lihat setelah kembali menjejakkan kaki ke Mesir. Suasana ini tidak ditelan waktu walaupun usianya berpuluh tahun. Tahap pembangunan dan infrastrukturnya agar perlahan berbanding Malaysia. Akan tetapi saya bukanlah ingin menyentuh tentang ekonomi mahupun pembangunan di Mesir. Masakan mahu menyentuh soal begitu sedangkan diri masih seolah-olah berada di tanahair sendiri. Hebat penangan bercuti di kampung.

SINDROM KEBUNTUAN

“Betullah enta kata kalau balik bercuti di kampung, mesti rasa berat nak datang semula.”

Najib mengiyakan sambil tersenyum. Dia juga pernah pulang bercuti beberapa tahun yang lalu.

Setelah tiba beberapa hari ke bumi anbiya’ ini, saya seolah-olah dibelenggu sindrom kebuntuan yang memeningkan. Segala perkara perlu diselesaikan setelah tertangguh tiga bulan. Malah tikus kecil juga sudahpun mendiami bilik saya!

Beberapa hari kebelakangan ini saya kehilangan rentak untuk menulis, barangkali akibat pertukaran suasana, cuaca dan sebagainya. Lumrah berjauhan, sebak di dada pasti merajai bersama.

2

ALHAMDULILLAH

Ternyata target saya untuk menghabiskan jualan habbatus sauda’ berjaya juga akhirnya. Walaupun tempoh diberikan hanya beberapa hari, ianya tidak menghalang sebarang urusan jual beli. Terima kasih diucapkan buat semua pembeli online terutamanya yang selalu berkunjung ke Faridrashidi.Com.

1

Alhamdulillah juga saya panjatkan tanda syukur kerana selamat membelah awan biru ketika melangkaui dua benua besar. Cuma di awal penerbangan, pesawat Egyptair mengalami sedikit gegaran dan hentakan menyebabkan saya tersentak dan menggigil ketakutan. Beberapa orang penumpang menjerit apabila hentakan kuat berlaku. Hati kecil saya selalu berharap agar Aallah SWT menyelamatkan penerbangan kami sehingga sampai ke destinasi.

Alhamdulillah kullu khair.

8:43 AM, 8 Disember 2009,
Siberbay, Tanta.


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

28 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge