Teruskan Berjuang

On December 8, 2009, in Uncategorized, by Farid Rashidi

Hiruk pikuk suara manusia yang bersesakan.

Pelbagai jenis bunyian hon.

Debu-debu yang tertempek di permukaan dindin bangunan dan rimbunan pokok.

Lori dua kontena.

Himar yang setia pada tuannya.

Itulah yang saya lihat setelah kembali menjejakkan kaki ke Mesir. Suasana ini tidak ditelan waktu walaupun usianya berpuluh tahun. Tahap pembangunan dan infrastrukturnya agar perlahan berbanding Malaysia. Akan tetapi saya bukanlah ingin menyentuh tentang ekonomi mahupun pembangunan di Mesir. Masakan mahu menyentuh soal begitu sedangkan diri masih seolah-olah berada di tanahair sendiri. Hebat penangan bercuti di kampung.

SINDROM KEBUNTUAN

“Betullah enta kata kalau balik bercuti di kampung, mesti rasa berat nak datang semula.”

Najib mengiyakan sambil tersenyum. Dia juga pernah pulang bercuti beberapa tahun yang lalu.

Setelah tiba beberapa hari ke bumi anbiya’ ini, saya seolah-olah dibelenggu sindrom kebuntuan yang memeningkan. Segala perkara perlu diselesaikan setelah tertangguh tiga bulan. Malah tikus kecil juga sudahpun mendiami bilik saya!

Beberapa hari kebelakangan ini saya kehilangan rentak untuk menulis, barangkali akibat pertukaran suasana, cuaca dan sebagainya. Lumrah berjauhan, sebak di dada pasti merajai bersama.

2

ALHAMDULILLAH

Ternyata target saya untuk menghabiskan jualan habbatus sauda’ berjaya juga akhirnya. Walaupun tempoh diberikan hanya beberapa hari, ianya tidak menghalang sebarang urusan jual beli. Terima kasih diucapkan buat semua pembeli online terutamanya yang selalu berkunjung ke Faridrashidi.Com.

1

Alhamdulillah juga saya panjatkan tanda syukur kerana selamat membelah awan biru ketika melangkaui dua benua besar. Cuma di awal penerbangan, pesawat Egyptair mengalami sedikit gegaran dan hentakan menyebabkan saya tersentak dan menggigil ketakutan. Beberapa orang penumpang menjerit apabila hentakan kuat berlaku. Hati kecil saya selalu berharap agar Aallah SWT menyelamatkan penerbangan kami sehingga sampai ke destinasi.

Alhamdulillah kullu khair.

8:43 AM, 8 Disember 2009,
Siberbay, Tanta.


Tagged with:
 

28 Responses to “Teruskan Berjuang”

  1. Evi LoLyta says:

    salam. lme tgu akh update blog. alhamdulillah msih ada rzeki utk bace..
    Evi LoLyta´s last blog ..Happy BB Miss Fatimah Ghazali My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  2. saffmukmin says:

    teruskan berjuang ustaz!!~
    saffmukmin´s last blog ..Bukan Betul-Betul, Ini Betul!!!~ My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  3. nur_syahadah says:

    salam…lama ust xupdate…dah selamat sampai..alhamdulilah…selamat meneruskan perjuangan kembali ye..lama lagi ke ust?
    mmg camtu kalau dah lama bersama family..saya pun camtu..bile balik je ke tempat keje juntaian airmata la menemani (perempuan katakan)… apa pun semoga ust trus tabah dan trus menulis…ramai yang menunggu nie…saya pun :-)   (Quote)

    ReplyReply
  4. insyirah says:

    Alhamdulillah, selamat kembali ke bumi kinanah. Semoga terus istiqamah dan bersemangat menuntut ilmu sebanyak-banyaknya. Insya Allah. :)
    insyirah´s last blog ..Catatan Hati Fatinah [3] My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  5. Tirana says:

    Alhamdulillah..dah selamat sampai di Mesir rupanya..Lepas ni bolehlah menulis macam selalu ye.. Masa di Malaysia agak terhad sebab masalah internet.

    p/s Cucu saudara kak tirana ada di Egypt, buat medical course, baru aje pergi sebelum raya puasa hari tu.  (Quote)

    ReplyReply
  6. Balqis says:

    Salam ustaz…

    ustaz pulang bercutikah rupanya? saya fikir pulang kerana tamat pengajian… Wah, sampai-sampai sahaja terus update blog. Talian internet laju ya, ustaz? Tentu selepas ini blog ini kembali aktif seperti sediakala. =)

    Selamat kembali berjuang ustaz. Belajar, belajar jangan tak belajar, he he.
    Balqis´s last blog ..Lari My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  7. ikan emas says:

    Salam,
    teruskan perjuangan !!  (Quote)

    ReplyReply
  8. Tronx013 says:

    salam…

    (-_-)…rasanya , biarlah cuti itu tidak terlalu panjang tetapi kerap,tu yg best.. tp masalahnya, ialah kos perjalanan kalau tempat mengaji terlalu jauh… mmm,

    Ustaz, perjalanan harus diteruskan…. semoga kita diberi kekuatan mengahdapinya…. (”,)
    Tronx013´s last blog ..Murah hati My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  9. maiyah says:

    kebuntuan itu akan perlahan2 pergi.. Insyaallah
    maiyah´s last blog ..Kriteria N petua buat lelaki My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  10. iliana says:

    salam kembali berjuang ya ustaz~  (Quote)

    ReplyReply
  11. abuyon says:

    Laa .. ana ingatkan ustaz dah habis belajar .. he .. rupanya belum. Beria-ria hari tu .. tulis sajak .. he .. apa-apapun teruskan perjuangan .. moga Allah merahmati ..

    Maaf lama tak jenguk, ada masalah@ujian yang berat amat, doakan moga ana berjaya menghadapinya
    abuyon´s last blog ..Warna Yang Tenteram My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  12. nahmy says:

    assalamualaikum..

    selamat kembali menyambung perjuangan…tapi kan ke perjuangan sentiasa kita harungi tak kira di mana & camna kaedahnya…tak gitu ustaz??  (Quote)

    ReplyReply
  13. Bb Hussain says:

    teruskan perjuangan..all the best.. :)
    Bb Hussain´s last blog ..Aje ke giler trip to Cyberjaya My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  14. mia-ina says:

    hehe..rindu sama pokok2x….ye ke? pokok mana lak ni ustaz..

    sabar…sabar …rindu pd malaysia tu akan berkurang setelah membiasakan diri…

    ewah2x…mia ckp lebih2 lak….huhu….x kena kat diri lagi ni…pepun, kuatkan smgt meneruskan perjuangan ustaz di sana
    mia-ina´s last blog ..Seceria Hari, Kupositifkan Diri My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  15. nohas says:

    Perjuangan yang belum selesai…lama lagi ke di Mesir?
    nohas´s last blog ..Pensil My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  16. sinar says:

    Alhamdulillah…
    slmt smpi…
    Mga cepat adapt dgn Mesir…
    sinar´s last blog ..Ini dunia kita? My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  17. @Faridrashidi:
    Assalamualaikum Ustaz,
    seperti lamanya ustaz tak update blog,telah lama juga saya tak berkunjung dan komen di blog ustaz ini.

    Sedar tak sedar template blog baru saya sama dgn template blog ustaz =)

    Selamat berjuang ustaz,moga dapat menyumbang kelak pada Malaysia.
    muhammad fakhruddin´s last blog ..Aktiviti Cuti-Cuti Malaysia My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply

Leave a Reply

CommentLuv Enabled