Header image

Bertemu Lagi Tahun Depan!

Posted by Farid Rashidi in Uncategorized

bkr

Suasana malam di kampung indah sekali. Tenang dan mendamaikan. Malam itu langit cerah menampakkan rembulan di langit tertinggi. Sesekali sapaan bayu menghembus lembut kedaerahan bumi.

Setelah hampir setiap hari hujan membasahi, namun apabila tiba ‘Eiduladha ianya seolah-olah memberi peluang kepada umat untuk merayakan. Deretan majlis korban dan kenduri kahwin berjalan lancar tanpa ditakungi air bah melimpah.

Alhamdulillah.

MERAKAM KENANGAN

“Malam ni cadang nak bakar ayam. Buat ayam percik..” Beritahu saya kepada mak.

Mak diam tanda setuju.

“Bahan-bahan ada dak?” Mak ngah pula mencelah.

“Dah beli semua siap petang  tadi.”

Mak ngah turut menyumbangkan ayam kampung belaan sendiri sebagai tambahan. Sengaja saya sediakan bahan-bahan sedari awal supaya tidak menyusahkan ibu bapa.

Pengalaman di perantauan sedikit sebanyak mampu memberikan maklumat asas bagaimana mahu menyediakan ayam percik. Sedap atau tidak, terpulang pada lidah yang merasa.

Sekali-sekala mengadakan majlis BBQ bersama keluarga di halaman rumah membuatkan malam bertambah ceria dan indah. Bukan selalu kami bersama begini, tambahan pula ahli keluarga membawa haluan masing-masing demi mengejar cita-cita.

Teman-teman adik turut hadir bersama memeriahkan suasana. Sajian ulam-ulaman dan sup tulang yang disediakan mak pasti membuatkan saya terkenang rakaman kenangan itu di hari-hari mendatang.

Saya pasti merinduinya.

Insya’Allah, jika diizinkan Ilahi.. tahun depan saya kembali lagi merakam memori malam bersama keluarga tersayang!

8:19AM, 1 Disember 2009,
Baiti, KBB Kupang.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

29 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge