Suram Sinar 'Eiduladha
Category : Tazkirah
“Tahun depan entah boleh makan lemang macam atau tak, kalau balik bolehlah.. tak balik tak makanlah.” Mak bersuara.
“Balik sebelum bulan 10 bolehla raya di rumah..” Jawab saya sambil menjamah lemang di meja. Sesekali meratah rendang ayam kampung masakan nenek.
Saya diam menunduk.
Setelah 3 tahun beraya di perantauan tanpa menjamah lemang, ketupat dan rendang sudah cukup membuatkan saya merindui masakan itu. Entah berapa biji ketupat pulut dan keratan lemang saya jamah di awal ‘Eiduladha.
Sesekali terkenangkan memori ketika beraya ‘Eiduladha di perantauan. Memori yang bercampur baur antara manis dan pahit sudah ditelan dan dihadam Sepenuhnya.
“Dekat Mesir, lepas subuh ja terus ramai-ramai ke Masjid, Stadium.. mereka solat sunat ‘Eiduladha awal. Kadang-kadang kami sampai tak sempat. Terpaksa buat jemaah lain.” Cerita saya. Ayah, mak dan adik-adik turut mendengar cerita saya.
Mentari pagi ‘Eiduladha semakin cerlang cahayanya. Kami terus bersiap-siap untuk ke surau. Alhamdulillah, cuaca cerah tanpa hujan mencurah-curah.
TAK SEMERIAH ‘EIDULFITRI
Itu yang saya sedang fikirkan ketika ini. Entah mengapa dan di mana silapnya sehingga perayaan kedua selepas ‘Eidulfitri kelihatan seperti suram. Sesuram mendung awan yang kelam.
Seolah-olah ‘Eiduladha hanya untuk mereka yang menunaikan haji dan hanya untuk mereka yang berkorban. Selebihnya, cerminan masyarakat seperti hari-hari biasa.
Alangkah indahnya jika ‘Eiduladha itu persis kota-kota di daerah Mesir, juga seperti Madinah al-Munawwarah dan Mekkah al-Mukarramah. Cahaya keindahan ‘Eiduladha bagai menyelinap masuk ke segenap jihat manusia yang bertuhankan Allahhu Ahad.
Sungguh, cubalah merasainya!
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya ‘Eiduladha 1430H buat semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat. Maaf segalanya.
4:20PM, 27 November 2009,
Baiti, KBB Kupang.





salam aidiladha juga ya ustaz~
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam aidiladha ustaz..tq for drop by at my blog.
sambutan raya aidiladha kali ni sesungguhnya penuh kenikmatan di saat bersama keluarga. Namun, penghayatan erti pengorbanan tu yg kdg2 disalah tafsir masyarakat.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam eid…lama tak ke mari….dah ada kat Malaysia ke?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam Eiduladha..ya memang terasa suramnya walaupun bertakbir sampai 4 hari…entah dimana silapnya, rasanya dari zaman kanak2 lagi..namun bila sudah dewasa ini, biarlah kemeriahannya kita rasai sendiri didalam hati dgn penuh rasa syukur kepadaNya..
nohas´s last blog ..Artikel Panas di Hari Yang Dingin
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam eidul adha dari akak buat faridrashidi…semoga apa jua pengorbanan yang kita lakukan diberkati ALLAH…
Kak Anie´s last blog ..Cerita Raya…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam aidiladha..dah lewat nie..tapi takpela ye janji bagi ucapan…dah nak gerak g mesir ke?moga selamat ye ustaz?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam….
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@iliana: Salam aidiladha juga.. ada buat korban?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@mia-ina: Salam,
Beraya bersama keluarga sememangnya sesuatu kenikmatan yang sukar diganti. Bertambah indah jika sama-sama bertakbir membesarkan keagungan ILAHI.
Salah tafsir jika ada yang tersalah cara fikir.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@arsaili: Salam,
ya dah ada kat Malaysia sekarang. Encik di mana?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@nohas: Salam, silapnya kerana kita sendiri yang tidak memeriahkannya.
Rasa syukur itulah yang terbaik.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
@Kak Anie: Salam, Amiin.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0