Header image

Bawa Bersama Khasiat Habbatus Sauda'

Posted by Farid Rashidi in Pemberitahuan

Mister.. Ya Misterr!!” Jerit pegawal keselamatan berbaju putih dengan nada suara yang agak tinggi.

“Hah sudah.. dia nak check barang agaknya” Bisik saya sendiri.

Saya tolak perlahan-lahan beg kargo menuju ke meja berhampiran tempat pemeriksaan bagasi. Ibrahim dan Azilan mendahului saya di hadapan. Mereka berbual-bual dengan pegawal yang bertugas. Kelihatannya pegawal tersebut begitu tegas. Beg kami digeledah oleh mereka.

Pegawal itu memberi amaran kepada kami bertiga kerana membawa muatan bersama Habbatus Sauda’. Dahi saya memercik keringat tidak keruan. Hati berdengup kencang. Kami terpaksa membayar denda kerana membawa pil Habbatus Sauda’ berkenaan.

“Pil ini tak boleh bawa dalam kargo..” Katanya lagi.

Kami akur. Ibrahim menghulurkan wang LE30 kepada ketua pegawal keselamatan yang baru tiba. Konflik selama 5 minit itu akhirnya selesai.

a

KOTAK-KOTAK BERWARNA HIJAU

Pil Barakah produk buatan Mesir sudah menjadi tradisi untuk dibawa pulang bersama mahasiswa dan mahasiswi ke Malaysia. Mengambil kesempatan itu, saya juga turut tidak melepaskan peluang membawanya pulang.

Alhamdulillah, permintaan terhadap produk ini juga memberangsangkan. Salah seorang di kalangan kenalan blog yang saya kenali iaitu Ustazahlina turut membeli sebanyak 20 kotak baru-baru ini.

“Macammana kak nak beli kalau habis bekalan?” Tanya seorang pembeli sewaktu saya berniaga di perkarangan Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Khairiah bersempena dengan Hari Temuduga Pelajar Baru 2010.

“Tak apa, kak bagi nombor telefon, nanti saya ke Mesir lepas itu contach kakak guna nombor saya di sana.” Balas saya.

Beliau turut membeli beberapa kotak pil Habbatus Sauda’ sebagai permulaan awal.

Oleh itu, bagi sesiapa yang berminat untuk menempah dan membelinya secara online. Boleh KLIK DI SINI.

11:26PM, 24 November 2009,
Baiti, KBB Kupang.


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

22 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge