Bawa Bersama Khasiat Habbatus Sauda'

On November 24, 2009, in Pemberitahuan, by Farid Rashidi

Mister.. Ya Misterr!!” Jerit pegawal keselamatan berbaju putih dengan nada suara yang agak tinggi.

“Hah sudah.. dia nak check barang agaknya” Bisik saya sendiri.

Saya tolak perlahan-lahan beg kargo menuju ke meja berhampiran tempat pemeriksaan bagasi. Ibrahim dan Azilan mendahului saya di hadapan. Mereka berbual-bual dengan pegawal yang bertugas. Kelihatannya pegawal tersebut begitu tegas. Beg kami digeledah oleh mereka.

Pegawal itu memberi amaran kepada kami bertiga kerana membawa muatan bersama Habbatus Sauda’. Dahi saya memercik keringat tidak keruan. Hati berdengup kencang. Kami terpaksa membayar denda kerana membawa pil Habbatus Sauda’ berkenaan.

“Pil ini tak boleh bawa dalam kargo..” Katanya lagi.

Kami akur. Ibrahim menghulurkan wang LE30 kepada ketua pegawal keselamatan yang baru tiba. Konflik selama 5 minit itu akhirnya selesai.

a

KOTAK-KOTAK BERWARNA HIJAU

Pil Barakah produk buatan Mesir sudah menjadi tradisi untuk dibawa pulang bersama mahasiswa dan mahasiswi ke Malaysia. Mengambil kesempatan itu, saya juga turut tidak melepaskan peluang membawanya pulang.

Alhamdulillah, permintaan terhadap produk ini juga memberangsangkan. Salah seorang di kalangan kenalan blog yang saya kenali iaitu Ustazahlina turut membeli sebanyak 20 kotak baru-baru ini.

“Macammana kak nak beli kalau habis bekalan?” Tanya seorang pembeli sewaktu saya berniaga di perkarangan Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Khairiah bersempena dengan Hari Temuduga Pelajar Baru 2010.

“Tak apa, kak bagi nombor telefon, nanti saya ke Mesir lepas itu contach kakak guna nombor saya di sana.” Balas saya.

Beliau turut membeli beberapa kotak pil Habbatus Sauda’ sebagai permulaan awal.

Oleh itu, bagi sesiapa yang berminat untuk menempah dan membelinya secara online. Boleh KLIK DI SINI.

11:26PM, 24 November 2009,
Baiti, KBB Kupang.


21 Responses to “Bawa Bersama Khasiat Habbatus Sauda'”

  1. insyirah says:

    Salam’alayk.

    “Habbatus Sauda’ dapat melegakan angin dalam badan, masalah paru-paru, sakit kerongkongan, sakit kepala, buah pinggang, kencing, gastrik, menguatkan jantung, menghilangkan keletihan dan membuang keracunan dalam badan (toksin).”

    Alhamdulillah, akhirnya dapat juga dapat info yang lebih mengenai habbatus sauda’. Ana juga mengalami masalah kesihatan dan akibat sudah lama mengambil ubatan (drug) maka ianya mengakibatkan pelbagai komplikasi lain.

    Setelah makan habbatus sauda’, alhamdulillah ana boleh ‘meninggalkan’ satu per satu ubat yang selama ini menjadi ulam-ulaman dan santapan.  (Quote)

    ReplyReply
  2. maiyah says:

    nanti sy hubungi
    maiyah´s last blog ..Ni gelak bermoral tauu.. My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  3. M.Fikri says:

    Habbatus sauda’ memang bagus untuk kesihatan manusia. Saya pernah mencubanya, ternyata ia sungguh berkhasiat.  (Quote)

    ReplyReply
  4. suhaila says:

    Salam Aidil Adha..  (Quote)

    ReplyReply
  5. nahmy says:

    salam eidul adha ustaz, tau byk khasiat habbatus sawda tu…tp nak mengamalkannya kena ‘ada fulus’ yg juga byk dr biasa.  (Quote)

    ReplyReply
  6. nur_syahadah says:

    salam…da lg tak?  (Quote)

    ReplyReply
  7. anum says:

    Salam ustaz,terima kasih atas kiriman habbatus saudanya. Syukran ya.^^
    anum´s last blog ..Ketentuan Dia – simfoni kehidupan. My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  8. nur_syahadah says:

    salam ust….saya dh dpt kriman…terima kasih ye…  (Quote)

    ReplyReply
  9. nur_syahadah says:

    @Faridrashidi: semestinya :-)   (Quote)

    ReplyReply
  10. khairunnisa says:

    salam ust,
    ana sudah email tentang order pil. harap mendapat respon. syukran jazylan
    khairunnisa´s last blog ..kemanjaan yang tak disedari My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  11. aida says:

    Salam,

    saya minat nak buat jualan habbatus saudah. Macamana ye?
    aida´s last blog ..Produk terbaru dari Stormreaders My ComLuv Profile  (Quote)

    ReplyReply
  12. Faridrashidi says:

    @insyirah:
    Wa’alaikumsalam,

    Ya, ubat-ubatan di hospital dan klinik sememangnya mempunyai dos dadah di dalamnya. Manakala habbatus sauda’ adalah minyak asli dari bijirin hitam.

    Bagus, teruskan mengamalkannya.  (Quote)

    ReplyReply
  13. Faridrashidi says:

    @maiyah: Okey, kalau mahu hubungi sila gunakan talian saya di atas. Tempah segera sebelum terlambat.  (Quote)

    ReplyReply
  14. Faridrashidi says:

    @M.Fikri: Hehe.. nampak macam kenal? Ambil mana Habbatus sauda’?  (Quote)

    ReplyReply
  15. Faridrashidi says:

    @suhaila: Salam ‘Eiduladha juga..  (Quote)

    ReplyReply
  16. Faridrashidi says:

    @nahmy: Sebenarnya tidaklah terlalu mahal kosnya, apa yang penting cuba dan amalkan.. jika sihat, berbaloi untuk mengeluarkan wang.  (Quote)

    ReplyReply
  17. Faridrashidi says:

    @nur_syahadah: Salam, ada. Mahu berapa kotak?  (Quote)

    ReplyReply
  18. Faridrashidi says:

    @nur_syahadah: Syukurlah… selamat beramal! Kalau ada apa-apa masalah boleh terus hubungi saya ya.  (Quote)

    ReplyReply
  19. Faridrashidi says:

    @anum: Afwan.. kadang-kadang saya kurang kenal siapa pembeli, rupanya banyak yang menggunakan nickname.  (Quote)

    ReplyReply

Leave a Reply

CommentLuv Enabled