Header image

Masih Ada Yang Mengerti

Posted by Farid Rashidi in Pemberitahuan

“Saya ada memasukkan sedikit sumbangan ke dalam akaun Ustaz, sebanyak RM bagi pihak Almarhum ayah saya, Hussain bin Mohamad yang baru saja meninggal dunia pada 9/10/2009. Semoga ianya dapat membantu menambahbaikkan Darul Fikr. Terima kasih.”

Emel di atas saya terima dari seorang pembaca blog. Alhamdulillah, beliau telah menyumbangkan sumbangan wang ringgit untuk Darul Fikr atas nama bapanya yang telah meninggal dunia.

Ini merupakan salah seorang penyumbang yang memberikan sumbangan, selebihnya saya tidak dapat mengenal pasti identiti memandangkan tidak disertakan butiran peribadi. Pada hemat saya, beliau tidak mahu identitinya didedahkan.

Walaubagaimanapun saya hulurkan ucapan jutaan terima kasih kepada mereka yang terbabit memberikan sumbangan. Jazakallahhu khairan kasira.

HASIL SUMBANGAN

Hasil daripada sumbangan awam itu, telah saya laburkan untuk membeli tiang simen, dawai pagar dan beberapa bahan pembinaan lain. Sedikit sebanyak sumbangan yang diberikan telah banyak membantu Darul Fikr.

2

Sebagai pengetahuan, pembelajaran kelas bahasa arab juga menerima sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat. Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan daftar murid-murid baru dari semasa ke semasa.

Kesannya, saya dan ayah perlu membuat pembahagian kelas agar dapat menampung kehadiran murid yang ramai satu-satu masa. Alhamdulillah wa syukurillah.

Namun begitu ianya masih lagi ditahap permulaan kerana kami masih lagi memerlukan dana untuk pembinaan seterusnya.

Semoga masih terus ada insan yang mengerti. Kami mengharapkannya.

Boleh terus menghulurkan sumbangan ke:

Bank Islam Mohd Farid Bin Md Rashidi: 2048020043028
Sila sertakan jumlah, tarikh dan masa jika bank-in.

1:20PM, 23 November 2009,
Baiti, KBB Kupang.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

9 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge