Mewajibkan Yang Sunat Atau Mewajibkan Yang Wajib?

Category : Tazkirah

“Mak Long Mah nak minta Farid bagi tazkirah sikit ni..” Pinta Mak Long Mah sebelum majlis bermula.

“Bagilah tazkirah tentang pentingnya menuntut ilmu, sebab mereka (golongan ibu-ibu) lebih suka menghadiri majlis membaca yasin daripada mendengar majlis ilmuan.” Jelas beliau.

“Haa, elok juga tu.. saya pun nak sentuh tentang ilmu ni.”

Sememangnya saya sudah bersedia sedari awal lagi setelah dikhabarkan oleh Emak tempohari. Emak menganjurkan majlis bacaan yasin beramai-ramai bersama kaum hawa. Selepas majlis tersebut, turut dihidangkan bersama sedikit makanan ringan juadah petang.

“Nak bagi tazkirah untuk apa mak?” Soal saya kepada Emak sebelum itu.

“Sempena bacaan yasin untuk adik nak periksa dan Farid nak pergi sambung belajar..” Jawab Emak.

p2

WAJIB YANG PERTAMA, SUNAT YANG KEDUA

Lebih kurang jam 3.30 PM, saya memulakan tazkirah ringkas buat mengisi tentatif program yang diatur. Kehadiran kaum ibu seramai lebih kurang 40 orang menyebabkan saya turut memuji komitmen yang diberikan mereka.

“Saya sebenarnya tidaklah layak untuk memberikan tazkirah dihadapan ibu-ibu sekalian yang majoritinya terdiri daripada mak cik-mak cik, nenek. Orang kata sudah ‘makan garam’ awal dari saya. Namun, oleh kerana tidak mahu menghampakan pihak pengerusi saya memberikan juga sedikit tazkirah pada petang ini..” Muqaddimah saya pada petang itu.

“Dalam hadis Baginda SAW ada menyebut: Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap muslim.. Jadi apabila wajib, maka kita dituntut untuk belajar dan menghadiri majlis ilmu..” Sambung saya.

“Belajar adalah wajib/fardhu, membaca yasin pula adalah sunat.. yang lebih utama ialah wajib, kerana martabat wajib itu sendiri berada pada tingkat yang pertama. Barulah sunat yang keduanya.”

Saya turut memberikan contoh berkenaan orang-orang yang tidak mengerjakan amalan solat wajib lima waktu, tetapi gemar melakukan perkara sunat. Ini adalah antara sesuatu perkara yang sia-sia.

“Apadia ilmu?” Cuba menyoal melihat respon pendengar.

“Ilmu itu ialah TAHU.. dengan adanya ilmu kita dapat mengetahui sesuatu perkara. Saya teringat serangkap syair arab berbunyi..”

العلم نور الجهل كالظلمات

Ilmu itu cahaya, kejahilan itu kegelapan.

“Apa akan terjadi jikalau kita berjalan malam tanpa cahaya? Gelap bukan?” Soal saya lagi.

Mereka kelihatan mengangguk setuju.

“Begitulah ilmu, ilmu diibaratkan cahaya, sedangkan malam itu diibaratkan kejahilan.. apabila tiada cahaya susahlah.”

Di akhir tazkirah, saya turut menyentuh mengenai fadhilat-fadhilat membaca surah yasin dan kisah yang terkandung di penghujung surah yasin. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya urusanNya cuma apabila DIA menghendaki sesuatu bahawa DIA katakan kepadanya, “Jadilah, maka ia pun terjadilah.” (Yasin: 82)

Akhirnya, harapan saya semoga mereka dan kita memahami antara mewajibkan yang sunat atau mewajibkan yang wajib!

11:03 PM, 19 November 2009,
Baiti, KBB Kupang.

Comments (24)

Bismillah ar Rahman ar Rahim,
Assalamu’alaikum warahmatullah.

Mungkin ini ada berkaitan dengan apa yang baru saya baca iaitu;

‘Berilmu sebelum berbicara dan beramal, demikian juga seperti memiliki ruhiyah yang baik sebelum berdakwah dan berjuang’
~ Kitab Sahih Bukhari

Wallahu’alam bissawab
ALLAH yubarik fiik.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

terima kasih.
mula memikir apa yg dah dilakukan sebelum ni…  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam,

Semoga sihat sentiasa. Saya buka beberapa hari lepas tidak dapat. Kemudian keluar laman kosong, harap2 cepat2 siap construction laman ni.
:)

Berkenaan prioriti hukum saya suka baca feqah keutamaan Ysuf Qhardawi :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam..

kaum ibu di kampung suka membaca yassin berbanding pergi majlis ilmu.. saya pun pelik juga. kalau join majlis ilmu pun, mereka tolong siapkan makanan, so,macam x sempat nak hadiri kuliah je… :) ..tapi ada juga yang memberi fokus lebih baik daripada kaum lelaki yang tertidur keletihan ketika kuliah.

lupa tanya .. ustaz ke mesir nanti untuk sambung belajar lagi ke seperti yang tertulis di atas? berapa tahun pengajian seterusnya?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

terima kasih atas tazkirah ini..

ilmu memang sangat berharga  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

aduh, waktu di kampus mudah sekali untuk mengikuti program ilmu, malah kadang-kadang berselisih tarikh sampai tak tahu nak pilih mana satu, nampaknya kehidupan bekerja selepas ini pasti ada yang berubah, saya mesti bersedia untuk terus mencari walau dah tamat pengajian,

tidak dapat tidak kaum ibu memang dari segi komitmennya memang bagus, salah seorang di antara mereka seperti apa yang ibu ustaz lakukan memainkan peranan penting untuk membawa mereka lebih mengenali ilmu, Alhamdulillah.

mungkin tajuk tazkirah berkaitan kekeluargaan menarik minat ibu-ibu, sekadar pandangan saya yang baru belajar,  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Berada di majlis ilmu juga lebih utama dari solat sunat. Amal tanpa ilmu juga boleh menjadi sia-sia.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam…

Agak lama akak tak dtg sini…rasanya semenjak farid kembali ke malaysia, adalah dua tiga kali akak dtg sini. Rasanya suatu masa hari tu link blog farid terdelete sementara waktu kesan mengubahsuai rumah biru dulu.

Nak sambung belajar semula? Ke mana agaknya gerangan tu???

Kalau baca kisah para wali Allah, yg wajib diperhalusi, yang sunat pula seolah2 diwajibkan….yang haram dijauhi segera, yang makruh dan was2 pun dianggap haram.

Bagi kita yg imannya senipis kulit bawang ni, yg wajib kekadang lupa, yang sunat diwar2kan…..kadang2 nak buat yg wajib kononnya tetapi melebih2kan yang sunat sehingga terabai yg wajib.

Itulah pentingnya ilmu yg benar….nak mengubah persepsi masyarakat bukan senang, silap langkah jadi fitnah pula. Itu pun dh byk berubah. Orang kita dh banyak berubah berbanding dgn zmn akak dilahirkan dulu…70 an.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam..pentingnya ilmu samala seperti pentingnya air utk badan..betul tak ust?xda air manusia blh mati,xda ilmu hidup jadi sia2.. kosong.. erm..nampaknya begitu khusyuk mereka mendengar ek ust :-)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam:)

benar2, terkesan dengan entri ini,kdgkala kita melebihkan yang tidak sewajarnya, syukran ustaz sudi berkongsi:)  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0


Tronx013:

salam..

apa boleh buat ustaz.. sebnarnya saya nak cuti je, rehat sekejap daripada tempat belajar untuk cari ketenangan …hehehe… di samping jumpa sahabat2 lama kat kampung.. semua dah bercuti,kira saya pun rasa nak cuti juga..tu yg bertambah homesick.. :)
Tronx013´s last blog ..Pengalaman Tidak Tidur Malam Hari

ReplyReply

My ComLuv Profile

Bila start bercuti? Khamiskah? Balik Johor di mana ya? Apapun, hati-hati dijalanraya. Musim-musim raya banyak kenderaan dan kemalangan.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@ikan emas: Sama-sama. Silakan berfikir… berfikir adalah langkah terbaik selepas membaca sesuatu bahan.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Khairi: Salam, ya.. dua tiga hari lepas masih dalam proses pembinaan. Sedang usahakan agar artikel lama dapat tersenarai.

Banyakkan membaca dan seeloknya pelbagaikan pandangan ulama’ agar lebih jelas selok-belok fiqh.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Tronx013: Salam, satu lagi.. mereka kerap bergosip sambil mengadakan sesuatu majlis. Mahu dapatkan pahala tetapi tersangkut dosa pula.

Tapi saya memuji golongan ibu kerana komitmen mereka pada aktiviti sangat memberangsangkan berbanding kaum adam.

Insya’Allah… kemungkinan dalam 6-7 bulan.

Dah bercuti?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@zareda: Ilmu sesungguhnya lebih berharga daripada emas ataupun berlian.. Ilmu mampu dibawa sehingga ke akhirat, tetapi harta tertinggal di dunia.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam..

yup, itulah yg saya nak bgtau yg kaum hawa ni memang suka bergosip, tapi sekarang ni , kaum adam pun dah sama,kira xda beza la sangat..

dah menjadi sifat kaum ibu,mereka memang rajin dan komited,kalau belajar pun rajin,walaupun ada yang biasa sahaja pencapaian dalam exam dulunya,tapi disebabkan rajin, ada yg berjaya dengan cemerlang dalam exam stereusnya..

Cuti? huh… saya xda cuti sepertimana pelajar lain… kami medic di sini,xda cuti panjang,cuti hanya pada hari perayaan sahaja.. next raya haji ni,inshaAllah saya balik untuk 4hari sahaja.. tapi,xkisah sekarang ni,hanset ada.. mudah berkomunikasi dan senang nak tahu keadaan ibu bapa di rumah… :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@nahwanNur: بسم الله الرحمن الرحيم

Wa’alaikumsalam warahmatullah.. Terima kasih atas butir bicaranya.

Allah wustur alaik.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@sot: Benar.. Alhamdulillah memahami.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Syahidah:

tidak dapat tidak kaum ibu memang dari segi komitmennya memang bagus, salah seorang di antara mereka seperti apa yang ibu ustaz lakukan memainkan peranan penting untuk membawa mereka lebih mengenali ilmu, Alhamdulillah.

mungkin tajuk tazkirah berkaitan kekeluargaan menarik minat ibu-ibu, sekadar pandangan saya yang baru belajar,

Alhamdulillah atas segalanya.

Memandangkan permintaan mereka kepada tajuk ilmu, maka saya penuhinya. Kekeluargaan bukan sahaja kepada golongan ibu, malah anak-anak gadis juga suka.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@nur_syahadah: Salam,

Saya setuju dengan perumpamaan itu. Air sangat penting dalam kehidupan manusia, sehinggakan mahu beribadat juga perlukan air.

Begitu juga ilmu, mahu beribadat perlukan ilmu. Alangkah enaknya jika dapat meneguk setitis air di tengah sahara membahang!

Bukan sahaja khusyuk, bahkan mengalirkan airmata juga.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@arnamee: Salam,

Terkesan ke arah kebaikan tidak mengapa.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@asyiq: Salam,

Mujur terdelete sementara, jangan terdelete terus sudahlah ya.

Insya’Allah ke destinasi yang sama. Menyelesaikan apa yang tertinggal.

Nak mengubah masyarakat juga perlukan ilmu, tanpa ilmu masyarakat pasti bertambah parah.

Dulu orang pakai tudung tapi berskirt, pakai songkok berseluar pendek. Tapi kini alhamdulillah, gejala itu semakin hilang.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Tronx013: Kaum adam yang suka bergosip itu tak ada kerja mahu dilakukan barangkali.

Saya semenjak SPM dulu lagi selalu fight belajar dengan perempuan, tapi kerap ketinggalan. Oh, sungguh saya akui, mereka golongan yang rajin!

Handset ada, tapi masih ada yang homesick bukan? hehe  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam..

apa boleh buat ustaz.. sebnarnya saya nak cuti je, rehat sekejap daripada tempat belajar untuk cari ketenangan …hehehe… di samping jumpa sahabat2 lama kat kampung.. semua dah bercuti,kira saya pun rasa nak cuti juga..tu yg bertambah homesick.. :)
Tronx013´s last blog ..Pengalaman Tidak Tidur Malam Hari   

(Quote)

ReplyReply

My ComLuv Profile

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Post a comment

-Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh-

CommentLuv Enabled

Optionally add an image (JPEG only)

40 visitors online now
40 guests, 0 members
Max visitors today: 40 at 04:15 am UTC
This month: 69 at 02-01-2010 07:11 am UTC
This year: 69 at 02-01-2010 07:11 am UTC
All time: 69 at 02-01-2010 07:11 am UTC