Demi Menjawab Persoalan

Category : Pemberitahuan

“Salam.. ustaz, lama tak online… banyak kerja ke ustaz? Kenapa blog ustaz tak boleh buka ye? Keluar cpanel? ….” Soal Mohd Fadzli.

“Salam, bukan.. saya harini 9/11/2009 baru boleh online di rumah.. alhamdulillah. Bila saya buka blog, dah kena banned sebab tak bayar.. ada masalah kewangan sikit. Tak dapat nak bayar hosting blog.” Jawab saya.

“Qoo.. macam tu ke. Tak dapatla kami semua nak mendapat tazkirah dari ustaz….” Balasnya kembali.

“Salam ustaz.. kenapa FaridRashidi.Com sudah tak bisa dikunjungi ya?” Tanya seseorang pula.

Semuanya bertanyakan hal yang sama dalam tempoh beberapa minggu yang lalu. Susah untuk menjelaskan, memandangkan ketika itu talian internet belum dipasang.

TIGA MINGGU TANPA UPDATES

Sesekali saya cuba merayau-rayau ke ruangan maya, khususnya blog-blog yang mengenali FaridRashidi.Com, kelihatan di ruangan blogroll list blog saya sudah mencecah tiga minggu tanpa updates sebarang entri baru.

Justeru, adalah tidak mustahil muncul persoalan demi persoalan bertanyakan khabar. Sungguh, rasa terharu muncul di hujung rasa.

Buat pengetahuan kalian pembaca budiman, saya menyepi bukan atas dasar kesengajaan, tetapi punya sedikit masalah. Masalah kecil itu jika disenaraikan pasti menghasilkan deretan himpunan masalah yang membukit. Lantas memakan masa berhari-hari untuk diselasaikan.

Tiga minggu tanpa updates menguntum rindu pada arena penulisan. Inilah saat sukar jika sesuatu yang sudah sebati di jiwa tidak terlaksana. Mengundang rasa kosong pada diari kehidupan sehari-hari. Saya yakin, para penulis lain juga begitu!

MENGAPA?

Menjawab persoalan ini, saya merasakan kalian pembaca sudah maklum perkara ini terlebih dahulu jika pernah membaca tulisan saya tentang penyambungan talian internet. Masalah pertama ketika mahu menyambung talian internet streamyx, saya terpaksa menunggu selama hampir sebulan lebih, barulah dapat merasa perkhidmatan yang digembar-gemburkan sebagai ‘canggih’ ini.

Setelah bertungkus lumus mendapatkan talian internet, saya mengalami masalah kedua. Iaitu tarikh tamat hosting sementara saya pada 1 November 2009 baru-baru ini. Namun, saya segera atasi walaupun menghadapi sedikit masalah kewangan pada mulanya bagi mendapatkan hosting sendiri.

Alhamdulillah, berkat pertolongan team serverfreak (pemilik hosting saya kini), saya mampu miliki sebuah hosting dan domain sendiri berharga RM60 + RM40 setahun.

Sangkaan saya segalanya sudah selesai, tetapi rupanya tidak. Saya menghadapi masalah untuk mengupload semula segala fail entri-entri terdahulu ke dalam hosting baru. Kini, ianya kelihatan kosong dan seperti baru.

Untuk sementara waktu, saya tetap akan menulis walaupun tanpa entri terdahulu bersama.

Moga persoalan kalian sudah terjawab setelah hadirnya artikel ini.

11:25PM, 18 November 2009,
Baiti, KBB, Kupang.


Comments (32)

Moga Allah permudahkn ustaz di medan ini =)  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Assalamu’alaikum. Insya Allah semoga dengan adanya streamyx ni nanti boleh la memeriahkan suasana medan dakwah melalui penulisan. :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Valuable thoughts and advices. I read your topic with great interest.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salamkembali…
meriahkan maya ni dgn catatan saudara..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Askum.

Semoga urusan ustaz dimudahkan dan dilapangkan. Agar dapat terus menulis, memberi dan berkongsi.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam…moga saya setabah ust…selamat kembali  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam..

akhirnya… kembali aktif.
moga ustaz kembali menyampaikan pesanan dan peringatan pada kami. Moga dengan adanya internet itu tidak menjadikan kita lalai tetapi menggunakannya pada jalan yang benar dan mendekatkan diri pada Ilahi.

ustaz kata mahu ke mesir ea? bila ye?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Faridrashidi:

salam…

ustaz tanya mengenai exam ke?(imtihan tu exam kan)…

hihi.. kalau pasal exam ni, setakat ni tiada masalah lagi, saya exam 6 minggu sekali,mengikut posting. Exam besar masa tahun 5 nanti,exam final.sekarang ni saya masih di tahun 4. banyak lagi kena study… :)

semoga dipermudahkan urusan…  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

ooo….begitu ceritanya ya….moga lepas2 ni laman ni kan kembali mewarnai persada dakwah di alam maya…  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Faridrashidi: exam setiap 6 minggu sekali bila masuk tahun 4 dan 5.. maksudnya,dalam masa setahun ada lebih kurg 7 posting,maka ada tujuh kali exam la.. kalau kos lain, setiap sem ada exam kan..kami ikut posting…

exam pun ikut keadaan,ada yang soalan objektif(true /false),kalau salah tolak markah.. :(
soalan essay atau practical. sebab itulah,communication skill is important bila msuk thun 4 dan seterusnya…

yup,saya ada satu tahun lagi kalau tiada maslaah apa-apa. selepas itu bekerja,cabaran menjadi semakin hebat kerana 2 tahun pertama kerja sungguh derita katanya,kerana jadi macam ‘kuli’ .hihi….  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Semoga terus istiqomah..setiap kesusahan, akan ada kelapangan..InsyaAllah..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam ustaz~ gembira bertemu kembali ^^
tak mengapa ustaz, mungkin ini satu permulaan langkah baru faridrashidi.com. yang penting, perjuangan dalam penulisan tetap berpeluang untuk diteruskan~  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Alhamdulillah. da boleh update… dgn cat baru~smoga ustz istiqomah dlm jln dkwah ni.. keep on writing insyaALlah.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Alhamdulillah, ustaz sudah kembali, hmmm

macam-macam ya berlaku sejak kembali ke tanah air, semoga urusan dipermudahkan, patut saya tak boleh masuk Faridrashidi.com sebelum ni,  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Salam ustaz,alhamdulillah,pepun ,teruskan perjuangan, smeoga ALLAH redha:)  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Tronx013:


Tronx013:

salam…

mmmm.. mudh kata mcm tu la,tp as a good person… think +ve, :)

baguslah ada yang bertanya pada ustaz, lagi banyak tanya lagi bagus untuk ustaz ‘polish’ knowledge dan skills menjawab soalan serta menambah pengalaman ustaz.. Jangan stress pula sudah.. Bersama kesusahan itu ada kemudahannya..

ReplyReply

Ya, saya sebenarnya suka berkongsi pendapat dengan orang ramai. Tambahan pula ianya boleh menambahkan pengetahuan. Banyakkan bertanya tetapi jangan melampau, bimbang jadi bangsa Bani Israel yang terlalu bertanya sehingga perkara mudah jadi payah.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@sinar: Amin Ya Rabb… Biasalah, medan dakwah mana-mana pun tetap akan ada kesukaran bukan?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@insyirah: Wa’alaikumsalam, mungkin untuk beberapa hari saja lagi.. kemudian tentu akan menggunakan TE DATA pula.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Terima kasih, meriahkan maya ini dengan pembacaan anda..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@alqasam: Wa’alaikumsalam,

Doa anda tetap saya aminkan dengan kesyukuran.. Semoga alqasam dan suami juga begitu.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@nur_syahadah: Salam, saya tidaklah setabah mana.. apakata jika menjadi setabah Siti Khadijah, Aisyah, ataupun Rabiatul Adawiyah? Kalaupun tidak keseluruhan, picisannya pun jadilah.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Tronx013: Salam,

Ahsanta.. itulah yang terbaik.


Tronx013:

salam..

akhirnya… kembali aktif.

ustaz kata mahu ke mesir ea? bila ye?

ReplyReply

Insya’Allah saya akan ke KL pada 1/12/2009 dan akan berlepas ke Mesir pada 2/12/2009.

Imtihan macammana?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Tronx013: Ye, saya tanya tentang peperiksaan akhi. Oh, lupa.. Doktor tak banyak exam ya.

Jadi kesimpulannya ada lagi setahunlah ya?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Tronx013: Biasanya memang begitu.. bahasa inggeris mesti cekang.

2 tahun pertama kerja sungguh derita katanya,kerana jadi macam ‘kuli’ .hihi….

Maksudnya dibuli oleh pekerja seniorkah?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@nohas: Ameen.. lumrah.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@iliana: Salam, gembira bercuti jugakan?

Ya, sesiapa saja boleh teruskan perjuangan dalam penulisan termasuk kamu bukan?  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@munadhia: Cat conteng-conteng aja.. Syukran!  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Faridrashidi: @Faridrashidi:

salam ustaz..

(tak tidur lagi ye :) )

bahasa Inggeris saya? hehe… usah ditanya,andai saya hebat berbahasa Inggeris sudah tentu saya menulis dalam bahasa Inggeris sepertimana kawan-kawan saya lakukan.. yg boleh saya komen,bahasa saya cukup untuk survive kot, kalau syarat utama medic adalah bahasa Inggeris,saya xrasa saya akan lepas kerana ramai yg petah. tapi, rezeki medic juga untuk mereka yg biasa dlm bahasa dan mempunyai keputusan peperiksaan yang memenuhi syarat serta mempunyai kemampuan berusaha mempelajari sesuatu.

kerja macam kuli tu bukanlah dibuli,tetapi tugas HO(house officer) atau doktor yg baru grad. Tugas tu memang agak banyak dan praktikal untuk kami membiasakan diri sebagai doktor. still agak berat buat kami yang baru bekerja. Orang kata kerja macam kuli la. :) tiada apa-apa yang sangat pun.

apa yang penting… think positive…  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Tronx013: Semalam saya tidur agak lewat kerana menyelesaikan beberapa persoalan mereka-mereka yang bertanya.

Oh, kiranya seperti guru-guru baru posting jugalah ya. Mula kerja harus jadi kuli pada yang atas. :)   

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

salam…

mmmm.. mudh kata mcm tu la,tp as a good person… think +ve, :)

baguslah ada yang bertanya pada ustaz, lagi banyak tanya lagi bagus untuk ustaz ‘polish’ knowledge dan skills menjawab soalan serta menambah pengalaman ustaz.. Jangan stress pula sudah.. Bersama kesusahan itu ada kemudahannya..  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@Syahidah: Sekarang Alhamdulillah sudah boleh dibuka.. namun tak selesai 100% lagi. Terima kasih kerana ke sini.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

@arnamee: Salam.. syukran.  

(Quote)

ReplyReply

Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Post a comment

-Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh-

CommentLuv Enabled

Optionally add an image (JPEG only)

16 visitors online now
16 guests, 0 members
Max visitors today: 27 at 12:27 am UTC
This month: 70 at 03-05-2010 04:28 am UTC
This year: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC
All time: 71 at 02-21-2010 02:01 pm UTC