Header image

Mari Melabur Saham!

Posted by Farid Rashidi in Aktiviti | Diari Penulis | Pemberitahuan | Tazkirah

“Esok minta tolong gi kelas ya.. bagilah kata-kata motivasi sikit dekat para murid..” Pelawa ayah suatu hari.

Saya mengangguk setuju.

Beberapa hari sebelum itu saya juga sudah menjejakkan kaki ke sana setelah sekian lama bermusafir di perantauan. Kawasan sekitar semakin semak, liar ditumbuhi lalang dan rumput. Binaan berbatu yang sudah terbina semenjak 4 tahun lalu itu terkandas seketika pembinaannya.

Membina Darul Fikr

“Dah macam sarang pengganas..” Gurau seorang rakan ayah apabila melihat kawasan sekitar bangunan. Kelihatan semak samun. Beliau meninjau kawasan tersebut kerana ingin memberikan peruntukan kewangan buat penyambungan kabel elektrik. Saya hanya tersenyum.

Selama dua hari saya dan ayah membersihkan kembali kawasan sekitar binaan agar kelihatan lebih kemas dan menarik. Tiang pagar konkrit kami pacakkan di sekeliling tanah milik ayah. Namun projek itu masih tergendala kerana peruntukan untuk memasang dawai pagar, memasang pagar grill besi dan tiang besar tidak mencukupi.

7

Malahan beberapa infrastruktur lain juga masih terbengkalai ketika ini. Untuk membina Darul Fikr agar lebih selesa, beberapa keperluan penting perlu disediakan secukupnya. Ini merangkumi pembinaan tandas, bilik air, tempat berwudhuk, karpet, bingkai tingkap, kipas angin, kerusi pelajar dan meja. Begitu juga di bahagian luar binaan, kawasan pagar masih belum siap, kawasan lapang di halaman juga masih penuh ditumbuhi reremput hijau menguning.

4

Sudah berikhtiar menebas semak seluruh kawasan, namun ianya tetap saja ditumbuhi lalang.

“Kalau kita tebas juga kawasan ni, esok-esok tumbuh lalang balik.. jadi kena tebas, kemudian beli batu putih beberapa lori dan ratakan di atasnya.. barulah nampak cantik..” Cadang saya kepada ayah.

Ayah turut bersetuju. Namun, kesemua itu memerlukan kos kewangan yang agak besar. Pada pandangan saya, mungkin mencecah RM3,000 sehingga RM5,000.

3

Kelas Bahasa Arab Sudah Di Buka

“Nak belajar bahasa arab ni, kita kena tahu beberapa perkara.. antaranya ialah teknik menyebut sebutan dengan tepat (makhraj huruf), perlu hafaz perkataan bahasa arab, banyakkan membaca dan memahami..” Terang saya sewaktu muqaddimah penerangan kepada murid sekolah rendah yang mengikuti kelas bahasa arab di Darul Fikr.

6

Kelas itensif asas-asas bahasa arab sudah dijalankan walaupun pembinaan bangunan belum siap sepenuhnya. Bekalan elektrik juga masih belum dapat disalurkan memandangkan kos penyambungannya sahaja sudah mencecah RM500. Andainya litar elektrik ini dapat disalurkan, Insya’Allah kelas sebelah malam pula akan dibuka.

5

Siapa Mahu Melabur Saham Akhirat?

Maksud hadis:

Dari Abi Zar r.a jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: “Ya Rasulullah! Orang-orang yang mempunyai harta (orang-orang kaya) telah mendapat pahala (lebih banyak daripada kami). Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang dan mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, dan bersedekah dengan kelebihan harta-harta mereka.

Berkata Rasulullah SAW: “Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu untuk kamu bersedekah? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah dan tiap-tiap tahlil itu sedekah dan menyuruh dengan ma’ruf itu sedekah dan melarang dari yang mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seorang kamu itupun sedekah.”

Berkata mereka: “Ya Rasulullah! Adakah salah seorang kami yang menggunakan syahwatnya, dan adalah baginya pahala pada perbuatannya itu?”

Berkata Rasulullah: “Apakah pendapat kamu kalau digunakannya pada yang haram, adakah dosa atasnya? Maka demikian pula apabila ia menggunakan syahwatnya pada yang halal adalah baginya pahala.”

(Diriwayatkan oleh Muslim)

Selain bersedekah dengan mengucapkan tasbih, takbir dan tahlil. Sedekah juga boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara. Salah satu daripadanya ialah bersedekah dengan member wang ringgit mahupun harta.

Maksud hadis Rasulullah SAW dari Anas r.a:

“Tiada dari orang Islam yang menanamkan akan tanaman atau menumbuh akan tumbuhan, kemudian di makan daripadanya oleh manusia atau burung ataupun binatang, melainkan (semua itu) menjadi sedekah baginya.”

Sedangkan tanaman dan tumbuhan yang ditanam manusia mampu beroleh pahala sedekah sekiranya manusia dan haiwan memakannya inikan pula kita dengan niat seikhlas mungkin menghulurkan bantuan sedekah berupa harta dan sebagainya.

Lebih-lebih lagilah sesuatu yang kita sumbangkan itu mampu berkekalan selama-lamanya, sudah tentulah akan diberi balasan berganda oleh Allah SWT.

Manusia tidak dapat mengetahui sama sekali bilakah akan tibanya saat kematian. Justeru, amalan sedekah yang dilaburkan itulah bakal menjadi imbuhan di alam sana. Insya’Allah. Tidakkah ini suatu pelaburan yang menguntungkan?

Di kesempatan ini, saya membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk turut sama membantu dan melabur saham akhirat. Moga-moga niat dan amalan yang ikhlas itu diberi ganjaran dan balasan berganda oleh Azza wajalla walaupun dengan nilaian sedikit.

Oleh itu, marilah melabur! Anda boleh hulurkan bantuan kewangan untuk penambahbaikan bangunan Darul Fikr melalui Bank Islam saya yang bernombor:

Mohd Farid Bin Md Rashidi
2048020043028


7:05 PM, 3 Oktober 2009,
09200, Kupang.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

27 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge