Mari Melabur Saham!
Category : Aktiviti, Diari Penulis, Pemberitahuan, Tazkirah
“Esok minta tolong gi kelas ya.. bagilah kata-kata motivasi sikit dekat para murid..” Pelawa ayah suatu hari.
Saya mengangguk setuju.
Beberapa hari sebelum itu saya juga sudah menjejakkan kaki ke sana setelah sekian lama bermusafir di perantauan. Kawasan sekitar semakin semak, liar ditumbuhi lalang dan rumput. Binaan berbatu yang sudah terbina semenjak 4 tahun lalu itu terkandas seketika pembinaannya.
Membina Darul Fikr
“Dah macam sarang pengganas..” Gurau seorang rakan ayah apabila melihat kawasan sekitar bangunan. Kelihatan semak samun. Beliau meninjau kawasan tersebut kerana ingin memberikan peruntukan kewangan buat penyambungan kabel elektrik. Saya hanya tersenyum.
Selama dua hari saya dan ayah membersihkan kembali kawasan sekitar binaan agar kelihatan lebih kemas dan menarik. Tiang pagar konkrit kami pacakkan di sekeliling tanah milik ayah. Namun projek itu masih tergendala kerana peruntukan untuk memasang dawai pagar, memasang pagar grill besi dan tiang besar tidak mencukupi.

Malahan beberapa infrastruktur lain juga masih terbengkalai ketika ini. Untuk membina Darul Fikr agar lebih selesa, beberapa keperluan penting perlu disediakan secukupnya. Ini merangkumi pembinaan tandas, bilik air, tempat berwudhuk, karpet, bingkai tingkap, kipas angin, kerusi pelajar dan meja. Begitu juga di bahagian luar binaan, kawasan pagar masih belum siap, kawasan lapang di halaman juga masih penuh ditumbuhi reremput hijau menguning.

Sudah berikhtiar menebas semak seluruh kawasan, namun ianya tetap saja ditumbuhi lalang.
“Kalau kita tebas juga kawasan ni, esok-esok tumbuh lalang balik.. jadi kena tebas, kemudian beli batu putih beberapa lori dan ratakan di atasnya.. barulah nampak cantik..” Cadang saya kepada ayah.
Ayah turut bersetuju. Namun, kesemua itu memerlukan kos kewangan yang agak besar. Pada pandangan saya, mungkin mencecah RM3,000 sehingga RM5,000.

Kelas Bahasa Arab Sudah Di Buka
“Nak belajar bahasa arab ni, kita kena tahu beberapa perkara.. antaranya ialah teknik menyebut sebutan dengan tepat (makhraj huruf), perlu hafaz perkataan bahasa arab, banyakkan membaca dan memahami..” Terang saya sewaktu muqaddimah penerangan kepada murid sekolah rendah yang mengikuti kelas bahasa arab di Darul Fikr.

Kelas itensif asas-asas bahasa arab sudah dijalankan walaupun pembinaan bangunan belum siap sepenuhnya. Bekalan elektrik juga masih belum dapat disalurkan memandangkan kos penyambungannya sahaja sudah mencecah RM500. Andainya litar elektrik ini dapat disalurkan, Insya’Allah kelas sebelah malam pula akan dibuka.

Siapa Mahu Melabur Saham Akhirat?
Maksud hadis:
Dari Abi Zar r.a jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: “Ya Rasulullah! Orang-orang yang mempunyai harta (orang-orang kaya) telah mendapat pahala (lebih banyak daripada kami). Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang dan mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, dan bersedekah dengan kelebihan harta-harta mereka.
Berkata Rasulullah SAW: “Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu untuk kamu bersedekah? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah dan tiap-tiap tahlil itu sedekah dan menyuruh dengan ma’ruf itu sedekah dan melarang dari yang mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seorang kamu itupun sedekah.”
Berkata mereka: “Ya Rasulullah! Adakah salah seorang kami yang menggunakan syahwatnya, dan adalah baginya pahala pada perbuatannya itu?”
Berkata Rasulullah: “Apakah pendapat kamu kalau digunakannya pada yang haram, adakah dosa atasnya? Maka demikian pula apabila ia menggunakan syahwatnya pada yang halal adalah baginya pahala.”
(Diriwayatkan oleh Muslim)
Selain bersedekah dengan mengucapkan tasbih, takbir dan tahlil. Sedekah juga boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara. Salah satu daripadanya ialah bersedekah dengan member wang ringgit mahupun harta.
Maksud hadis Rasulullah SAW dari Anas r.a:
“Tiada dari orang Islam yang menanamkan akan tanaman atau menumbuh akan tumbuhan, kemudian di makan daripadanya oleh manusia atau burung ataupun binatang, melainkan (semua itu) menjadi sedekah baginya.”
Sedangkan tanaman dan tumbuhan yang ditanam manusia mampu beroleh pahala sedekah sekiranya manusia dan haiwan memakannya inikan pula kita dengan niat seikhlas mungkin menghulurkan bantuan sedekah berupa harta dan sebagainya.
Lebih-lebih lagilah sesuatu yang kita sumbangkan itu mampu berkekalan selama-lamanya, sudah tentulah akan diberi balasan berganda oleh Allah SWT.
Manusia tidak dapat mengetahui sama sekali bilakah akan tibanya saat kematian. Justeru, amalan sedekah yang dilaburkan itulah bakal menjadi imbuhan di alam sana. Insya’Allah. Tidakkah ini suatu pelaburan yang menguntungkan?
Di kesempatan ini, saya membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk turut sama membantu dan melabur saham akhirat. Moga-moga niat dan amalan yang ikhlas itu diberi ganjaran dan balasan berganda oleh Azza wajalla walaupun dengan nilaian sedikit.
Oleh itu, marilah melabur! Anda boleh hulurkan bantuan kewangan untuk penambahbaikan bangunan Darul Fikr melalui Bank Islam saya yang bernombor:
Mohd Farid Bin Md Rashidi
2048020043028
7:05 PM, 3 Oktober 2009,
09200, Kupang.





salam…
Lama sungguh menanti weblog Ustaz aktif. bagaimana internet di rumah ustaz? dh ok ke? ustaz bersama ayahanda ustaz ke ,dalam gambar di atas? semakin berisi ustaz berbndng gambar sebelum ni.. hehe gurau je..
Semoga dipermudahkan urusan pembaikan dan menaik taraf Darul Fikr.. semoga ramai yang bermurah hati melabur saham di akhirat…
p/s- saya sekarang posting di jabatan psychiatric, dan mendapati ramai sungguh pesakit mental yang bijak dalam agama dan pandai berbicara dalam agama… ada kala sedih juga… ilmu yg banyak tentang agama tersekat di ward sebelum sempat disebarkan…. kuasa tuhan menentukannya….
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Maafkan saya menyebabkan kalian ternanti-nanti. Belum, entahlah.. saya juga tak faham.. janji nak pasang, tapi tak datang-datang.. ingatkan arab saja yang bersikap macamni, rupanya sama.
Na’am, bersama ayah. Cuti-cuti tolonglah apa yang patut. Berisi? agaknya gambar terkembang ketepi kot? hehe.
Jikalau manusia itu tahu bahawa satu sen sudah dikira sedekah, tentu berlumba-lumba membuat kebajikan. Boleh saya tahu, apakah punca mereka jadi pesakit mental? faktor-faktornya mungkin?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam…
Kiranya belum siap lagi la streamyx tu… patutlah jarang online..
gambar kat atas tu tak terkembang rasanya,sebabnya ayah ustaz,nampak seperti biasa je…
ada banyak faktor antaranya genetik, sistem biology dalam badan terutamanya otak, psychosocial juga.. saya pun susah nak beritahu punca sebenar kerana biasanya punca pesakit jiwa ini hanya teori sahaja. tetapi kebanyakan mereka yang datang ini mempunyai maslah keluarga dan juga maslah lain yang akhirnya menekan dirinya.. inshaAllah,saya cuba cari lagi maklumat…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Insyallah moga dapat keberkatan.
ikan emas´s last blog ..Bercanda dongan Jamaliah Becok
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Semoga ada yang bermurah hati. Jazakallahhu khairan kasira.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Assalamualaikum..
Hmmm, Darul Fikr ni lokasinya di mana ya?
permata´s last blog ..~IniLaH JaLaNku~
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Wa’alaikumsalam,
Lokasinya Kampung Asam Jawa, Pulai Baling Kedah. Jalan menuju ke Lata Bayu. Semoga ada yang sudi menghulurkan, bukan untuk saya.. tetapi untuk semua.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Mudah2an usaha murni ini akan membuahkan hasil yang berkualiti dan berterusan… Semoga juga ada yang sudi membuat pelaburan akhirat dan membangunkan bersama Darul Fikr ini..
kakcikseroja´s last blog ..Anak oh Anak…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Amin Ya Rabb, semoga kita terus istiqamah untuk gerak kerja Islam. Jemputlah sama-sama melabur, hasilnya.. moga Allah membayar di akhirat kelak.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam…darul fikr ni buat kat kg bechah sawah gak? hmmmm…kalau saya nak pi blajaq2 jugak buleh kot nooo…dulu2 mengaji arab x habih…haaa
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Bukan Kg. Bechah Sawa, tapi Kg. Bendang Bechah.. dan bukan di buat situ.. alamatnya terletak di Kg. Asam Jawa, Pulai Baling. Nak mai belajaq?boleh sangatlah.. ajak kawan ramai-ramai.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
lega noo…tgk ustaz sihat2 saja. Alhamdulillah….
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
insyaallah….mesti ada jugak org yg akan menderma tu nanti.insyaallah…..harap2 bjaya la nooo….ustaz mmg akan jd ustaz tang tu truih ka?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Alhamdulillah, masih diberi nikmat sihat oleh Jalla Wa’ala. Tak, itu hanya kerja sambilan. Waktu kelas Jumaat dan Sabtu sahaja. Perjuangan saya masih belum selesai.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam, alhamdulillah… kuat betul smngt ustaz n ayah nak didik anak bngsa. tahniah… saya hanya mampu mendoakan semoga ada insan yang permurah untuk menderma. Amin.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Moga-moga terus istiqamah.. dan saya juga perlukan umat yang kuat untuk menderma ke arah kebajikan.. Mana tahu pahalanya akan berpanjangan sehingga selama-lamanya. Sudah tentu pelaburan itu akan menguntungkan kalian.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Alhamdulillah.
Teringin benar nak bljar bahasa syurga ni.
tapi, tiada kesempatan dan jalan lagi.
Mudah-mudahan suatu hari
Teruskan dengan usaha murni.
Hanya sekadar titipan kata semangat untuk saudara.
Lagipun,words are the most powerful drug used by mankind kan?
Mudah-mudahan juga suatu hari nanti dapat melabur dr segi tenaga dan wang ringgit juga untuk keuntungan di akhirat sana.
Amin.
Sukses!

FarhahNur´s last blog ..Dah jumpa!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Ahlan wasahlan saya ucapkan andai itu dijadikan cita-cita. Moga termakbul berserta usaha.
Saya hairan, apabila sebut tentang pelaburan saham, MLM, Skim cepat kaya, ramai berebut-rebut masuk dan melabur beribu-ribu ringgit. Tetapi apabila sebut tentang pelaburan saham untuk akhirat, seolah-seolah mencebik bibir tanpa menoleh. Saya sebutkan ini bukan ditujukan pada farharnur atau komentator yang lain, tetapi kepada masyarakat umumnya. Realiti bukan?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam..
Semoga usaha sdr dipermudahkan oleh Allah SWT. Disebalik kepayahan, akan ada kemanisannya..
Syukran kerana membuka peluang utk merebut saham akhirat. Dunia utk menanam, InsyaAllah, hasilnya dituai dialam yg kekal abadi.
nohas´s last blog ..Makan, makan & makan..
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Begitulah hendaknya. Peluang yang ada jangan dilepaskan begitu sahaja. Ayuh terus rebut peluang!
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam, ustaz… rs nya hnya ini mampu sy berikan. mungkin hnya mampu untuk membeli beberapa batang kapur dan pemadam papan hitam. Semoga dibuka kan hati kawan2 lain untuk turut menderma.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Tak mengapa, ada sahamnya Insya’Allah. Saya mohon jika anda memberikan sumbangan sila emelkan kepada saya berapa jumlah dan ingin ditujukan kepada siapa.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
salam ust… insyallah mesti da yang membantu…semoga dimurahkan rezeki…
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Alhamdulillah, ada yang sudi menghulurkan sumbangan. Kalian boleh teruskan memberi, peluang masih dibuka.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
saya cemburu
sitinurulhawa´s last blog ..How do you name your restaurant?
(Quote)
Like or Dislike:
0
0
Saya bersyukur masih ada yang cemburu untuk memburu kebaikan. Terima kasih wahai kalian buat perindu syurga abadi dan redha Ilahi.
(Quote)
Like or Dislike:
0
0