Perjalanan bas SP Bumi dari daerah Baling ke Terengganu memakan masa lebih kurang 5 jam perjalanan. Dahulu seingat saya sekitar tahun 2003-2006 perjalanan menaiki bas memakan masa hampir 7 jam. Setelah siap pembinaan lebuhraya menghubungkan Butterworth ke Grik, Perak ia telah menjimatkan masa perjalanan.
Tidak semua duduk itu memberi keselesaan, ada ketika duduk terlalu lama juga mengundang keletihan.
Saya bersama adik lelaki yang berumur 17 tahun akhirnya tiba di bandar Kuala Terengganu ketika hampir solat fajar. Usai solat, kami berdua berjalan kaki menyusur lorong Masjid Putih menuju ke kawasan Taman Syahbandar.
“Kawasan Tanjung dah berubah, dulu kawasan ni dijadikan stesen perhentian bas..” Kata saya kepada adik lelaki. Dia hanya mengangguk faham. Saya cuba mengingatkan nostalgia beberapa tahun dahulu ketika belajar di IPT tempatan. Sengaja saya menerangkan begitu, tambahan pula adik baru pertama kali menjejakkan kaki ke Pantai Timur.
Jalan lengang, sepi dari kelibat manusia mahupun pemuda samseng jalanan dengan lagak ego tak bertempat.

Menuntut Sekeping Diploma
“Awok kene mari mula hari Ahad ni, sebab hari ni ye tutup..” Kata Kerani Bahagian Akedamik Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).
“Susah juga, sebab saya nak balik ke Kedah hari Jumaat malam Sabtu ni..” Jawab saya sedikit terkilan.
“Dak pe, boleh suruh kawan tolong ambilkan.” Cadangnya.
“Erm..”
“Saya dokleh nok tulong arr..” Katanya lagi.
Saya terus memberikan salam dan meninggalkan pejabat Akedamik tersebut. Mujur ada rakan yang sudi menumpangkan kenderaannya membawa kami selama dua hari bermusafir. Terima kasih atas pertolongan, semoga Allah SWT membalas dengan ganjaran yang setimpal buat mereka.
Diploma Pengajian Islam saya ketika menuntut di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang kini digelar Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) masih belum dituntut. Ini kerana majlis berlangsungnya konvokesyen penganugerahan Diploma kepada Mahasiswa dan Mahasiswa KUSZA sessi 2003-2006 ditangguhkan setahun dan ketika itu saya sedang menyambung pengajian di Mesir.
Penat beraya seharian akhirnya hilang apabila malam menjelma. Chalet di Resort Mayangsari Dungun menjadi tempat beristirehat semalam. Betapa angin bayu yang menerpa lembut mampu mengulit sebuah memori silam yang telah dilalui. Ya, saat jiwa menginginkan kedamaian bila musim peperiksaan dahulu, pantai berpasir putih dan laut berair biru kehijauan itulah yang menjadi tempat menghirup udara segar. Apa yang pasti, ia mampu menggamit kecintaan dan keimanan berterusan pada Rabbi. Allah!

Masjid Yang Berkristal dan TTI
Suatu ketika sewaktu Masjid Kristal yang terletak di Taman Tamadun Islam (TTI) Terengganu pernah menghasilkan kontroversi yang tak kurang hebatnya di kalangan ahli politik tempatan. Kata mereka, masjid itu menelan kos yang berjuta-juta dan membazir wang rakyat. Saya ingin melihat sendiri apa yang digembar-gemburkan mereka.
“Kita ambil gambar lepas tu tunjuk kat ayah..” Kata adik saya.
“Bukan semuanya dia buat dengan kristal, ada yang diperbuat dengan cermin.. saja ja nak ambil gambar buat kenangan..” Balas saya.
“Kalau nak ikutkan masjid lawa, kat Mesir berlambak masjid lawa dan bersejarah..” Sambung saya.
Apa yang mengecewakan saya, Masjid hanya diumpamakan sebagai tempat lawatan bak sebuah muzium menyimpan berjuta khazanah silam. Pelancong yang hadir pula hanya sekadar mengambil gambar, mandi dan berehat. Hanya segelintir datang beribadat di dalamnya. Malah lebih mengecewakan, para wanita berpakaian sendat dan seksi serta tak bertutup aurat turut melawat dengan wajah selamba. Lelaki-lelaki pula berambut perang ala-ala orang utan dan berseluar pendek!
Oh, apakah ini trend terkini umat Islam Malaysia? Mencampur-adukkan antara hak dan bathil lalu disimpulkan menjadi budaya Sekularisme. Kamu boleh minum arak di malamnya, keesokkan hari kamu boleh bersolat jumaat. Begitukah?
Selepas menunaikan solat jamak qasar, kami berdua terus dibawa melawat sekitar Kuala Terengganu. Akhir lawatan, Taman Tamadun Islam (TTI) menjadi destinasi terakhir Jaulah di Hari Raya tahun ini.

Hanya membayar RM10 seorang, kami berjaya menjelajah beberapa masjid yang terletak di seluruh dunia Islam. Ini termasuklah Masjid Muhammad Ali yang terletak di Mesir berdekataan Qal’ah Salahuddin Al-Ayubi, Kaherah. Bentuk-bentuk Masjid dibina semula dalam versi replika. Moga-moga replika itu bukan hanya sekadar menjadi tontonan umum dan akhirnya menjadi bualan kosong di warung kopi, tetapi lebih dari itu penghayatannya!
Lebih kurang jam 9 malam, saya dan adik terus bertolak pulang menaiki bas ekpress Shamisha bersama sebuah senyuman yang seakan kelat-kelat manis.
Sebagai tambahan, separuh entri ini saya tulis di tepi pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.
12:30 PM/6:54 PM, 25/27 September 2009,
Kuala Terengganu/Kupang.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.


salam ustaz.seronok dgr ziarah terengganu..tanah tumpah darahku..
selalu datang ye!
ehsas jaded(Quote)
Salam,
Alhamdulillah, takkan dilupa pada lautan yang menghampar! pada damainya bayu laut china selatan.. indahnya pulau-pulau bertaburan.
Farid Rashidi(Quote)
ohh.. tak dapat tuntut diplo lah ek.. saye pulak baru nak pegi sabtu depan nih.. 3hb.. sampai sana ari ahad nak cube amek.. rasa2 boleh dah sebab arituh udm cuti raya hampir 2 minggu la jugak.. ala kulli hal nak gi lawat gak tti ngan masjid kristal.. pasal dah 3 taun tak gi ganu.. last masa tinggalkan ganu dulu sempat nampak rangka masjid tuh jer..
.-= pamie´s last blog ..Edisi Raya : Family Photoshoot =-.
pamie(Quote)
Sebenarnya pejabat akedamik bukan, cuma bahagian kewangan saja yang tutup. Check punya check, rupanya masih sangkut dengan hutang. Terpaksalah selesaikan lepas ni.
Ya, pergilah lawat.. semuanya berubah. Saya tiba-tiba jadi tersesat jalan.
Farid Rashidi(Quote)
Salaam,
Masjid jadi perhiasan dan tourist attraction akhir2 zaman ni kan.
Belum pernah sampai TTI ni lagi, insyaAllah suatu hari nanti.
.-= abu aiman´s last blog ..Makan Membawa Makna =-.
abu aiman(Quote)
Salam,
Ya.. itulah realitinya sekarang. Teringat saya akan peristiwa Masjid Quba.
Farid Rashidi(Quote)
salam..
waaa… ustaz ada datang berkunjung ke negeri saya rupanya.. tak sangka, ustaz pernah belajar di KUSZA.. papepun, semoga Allah permudahkan urusanmu di sini..
p/s: Ada cari x, kuih yg saya buat tu kat pasar?
gurau je, ustaz.. hehe..
.-= Dianah´s last blog ..Istiqamah kah selepas Ramadhan =-.
Dianah(Quote)
Salam,
Ya.. saya pernah ambil Diploma di sana. Oh, kuih apa tu ya? yang saya sempat beli kepok lekor je..
Farid Rashidi(Quote)
kuih puteri mandi, la ustaz.. yang saya sebut dalam blog saya hari tu..
.-= Dianah´s last blog ..Sunnah berjuang (satu nostalgia) =-.
Dianah(Quote)
Oo.. di Kedah tak jumpa cari kuih mandi.. Kuih tak mandi banyaklah juga
Farid Rashidi(Quote)
salam
selamat brkunjung ke Terengganu..he
sy org ganu yg xpenah smpi di msjid kristal lg..hm
fitrah(Quote)
Salam,
Tak apa.. bila-bila masa pun boleh pergikan?
Farid Rashidi(Quote)
salam..semoga berbahagia..
nur_syahadah(Quote)
Salam,
Semoga kamu juga bahagia ya.. Allahyubarik fik!
Farid Rashidi(Quote)
salam ustaz. mudah benar saya menjiwai entry ni sementelaah saya belajar di maktab peguruan batu rakit yg skrg dh ditukar nama kepada institut pendidikan guru kampus dato razali ismail. bayu di terengganu memang luar biasa damainya
.-= hurin´s last blog ..Mari digest buku =-.
hurin(Quote)
Salam,
Oh, tidaklah jauh ya. Sangat luar biasa, terkadang begitu ralit dibuai sehingga lupa pada pasir yang dipijak.
Farid Rashidi(Quote)
salam ustaz,
dr Baling ke K.Terengganu,
singgah sebentar di T.Cempedak,
kuih raya dibuat berjamu,
Salam Eid Mubarak
nahmy(Quote)
Salam,
Teluk Cempedak tak ada saudara mara.. ke rumah Encik Nahmy di sana?
Farid Rashidi(Quote)
Farid datang ke terengganu..selamat datang ke trg..banyak yang dah berubah kan??
Sama mcm fitrah, walupun rumah sy ke TTI tu tak sampai 10 minit, tp sy x penah jejak kaki pun lagi ke situ…hhehehe..nama jek orang terengganu…erkkk
Afida Anuar(Quote)
Ya, apa yang mengejutkan.. tambakan laut berdekatan lapangan kapal terbang.. benar-benar berubah.. Mydin Mall juga semakin besar ye.
Oh, maknanya dekatlah dengan Kuala Terengganu ya?
Farid Rashidi(Quote)
Salam..
Jauhnya perjalanan, moga luas juga pandangan hati & minda dlm menyusuri alam nan indah ciptaan tuhan.. Kiranya kita ni berjiran laa ye sbb dulu saya belajar di Kustem, skrg dah tukar jadi UMT. Tak sangka btemu di alam cyber yg luas ni
.-= -just me-´s last blog ..Tatapi Dalam Renungan… =-.
-just me-(Quote)
Salam,
Oh, iya tak sangka.. KUSTEM/UMT juga sangat berubah, banyak pembangunan baru dilakukan. Kamu masih study di sana?
Farid Rashidi(Quote)
salam…
selamat menyambut bulan syawal, selamat Hari Raya Aidilfitri.
mengarang entry ni di pantai burok…mesti best dengan udara di tepi pantai. tak jerebu ker kat terengganu…kat sarawak..udara tak segar…jerebu teruk…walaupun ada hujan tapi still juga jerebu.
.-= miesha´s last blog ..Kembalinya ke Rahmatullah – FAUZIAH ISMAIL - =-.
miesha(Quote)
Salam,
Terengganu waktu saya ke sana taklah jerebu.. cuaca sangat baik. Mengarang akan lebih tenang jika suasananya indah.
Farid Rashidi(Quote)
Salam pantai timur. Dengan royalti minyak sepatutnya Terengganu negeri terkaya di semenanjung. Namun realiti tidak sama dgn royalti. Pemimpin yg adil tempat nya di Syurga insyaAllah. Pemimpin yg zalim tidak akan merasa bau Syurga, nau’zubillah. Semoga taqwa bisa menjana hidup yg lebih mendekati redha Ilahi. Kelantan juga khabarnya sedang menuntut royalti minyak. Semoga royalti menjadi realiti di Kelantan.
.-= sot´s last blog ..Open House Round Two =-.
sot(Quote)
Kalaulah mereka benar-benar faham akan tanggungjawab dan merasa takut pada siksaan ALLAH, pasti rakyat takkan terabai.
Farid Rashidi(Quote)