Header image

Salam Lebaran Di Aidilfitri

Posted by Farid Rashidi in Pemberitahuan

Mykad

Kata orang, andai terlepas bas atau sebarang pengangkutan untuk pulang ke kampung menyambut hari lebaran pasti mengundang sedikit kecewa di hati.

Namun ianya tidak bererti kita tak berpeluang meraikannya selepas itu. Saya juga mengalami nasib seperti itu. Terlepas beberapa gerabak waktu jauh di belakang.

“Ustaz ke mana dah lama tak online?” Tanya rakan blogger inginkan kepastian. Kepastian yang tak mampu untuk saya jelaskan beberapa hari sebelum raya dan selepasnya.

Akhirnya saya biarkan Faridrashidi Dot Com (FRD) terabai begitu saja tanpa sebarang pengisian waima segugus ucapan raya sekalipun. Jawapan kepada persoalan di atas juga saya ‘perkasam’kannya beberapa ketika akibat terputusnya alam realiti menghubungkan maya. Bukan kerana ralit meratah lemang ataupun ketupat sehingga terlupa bahawa saya punya kalian untuk berkongsi beberapa garisan kata.

Salam Lebaran Di Aidilfitri

Biar jauh beribu batu terkebelakang, namun saya mahu mengejarnya kembali walaupun dengan dua tumit yang bergerak perlahan. Saya hadirkan beberapa rangkap ucapan buat kalian. Izinkan saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf segalanya andai bicara saya menghenyak emosi anda. Jua, selamat beribadah selama 6 hari berpuasa di bulan Syawal.

Sungguh, manik jernih tak mampu dibendung tatkala Ramadhan berlalu pergi. Allahhuma taqabbal minna dua’ana!

Indah Syawal bergema kebesaran,
Pada lebaran ukhuwwah bertaut padu,
Memuja Ilahi membesarkan keagungan,
Agar diterima ibadah yang berlalu,

Salam Aidilfitri hamba hulurkan,
Biar jernih keruh lama,
Moga menguntum seribu kemanisan,
Walau pahit setia bersama.

8:42AM, 25 September 2009,
Dungun, Kuala Terengganu.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

44 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge