Header image

Minggu Pertama di Malaysia

Posted by Farid Rashidi in Bicara Semasa | Diari Penulis

“Di sungai petani ada satu money changer, boleh tukar duit kat sana” Cadang ayah kepada saya.

Keesokannya saya terus ke pekan Sungai Petani bersama abang untuk menukarkan wang tunai Mesir sebanyak LE750 kepada matawang ringgit Malaysia. Seperti yang dikhabarkan, sememangnya wujud beberapa buah kedai penggurup wang yang terletak di tengah pekan Sungai Petani.

“RM300..” Juruwang itu menghulurkan tiga keping wang kertas RM100 kepada saya. Saya kehairanan.

“Dia tak ada caj kah?” Tanya saya inginkan kepastian.

“Tak ada.” Jawab Juruwang berbangsa India itu.

“Jadi dia punya kadar RM1 bersamaan berapa?” Saya menyoal berbaur kehairanan.

“RM1 sama dengan LE1.50” Jawabnya lagi.

Saya mengambil wang bersama resit yang diberinya. Lalu terus menghitung kiraan berkali-kali demi mendapatkan kejelasan.

“Ish, sepatutnya bukan RM300 ni.. sebenarnya LE750 bersamaan RM500” Beritahu saya kepada abang yang sedari tadi berada di samping saya.

Lantas dia terus menghitung kiraan kembali. Ternyata bukan tukaran RM1 bersamaan LE1.50 yang diambil, tetapi LE2.25! Saya kembali ke kaunter pertanyaan bertanya kekeliruan yang berlaku.

“Kiraannya RM100 bersamaan LE40..” Jawabnya. Saya masih tidak berpuas hati dengan kiraan yang langsung tidak munasabah. Kami terus ke rumah Pak su yang terletak di Taman Sri Wang. Pak su mengenali pengurus syarikat money changer itu.

“Takpa, jom kita pi sekali lagi!” Kata Pak su. Beliau adalah berbangsa India muslim, dan sudah pasti bahasa tamil masih kekal diingatannya.
Kami kembali ke kedai money changer itu dengan harapan dapat merungkaikan masalah yang membelenggu. Pak su terus bertemu dengan pengurus dan juruwang yang melakukan transaksi matawang sebentar tadi. Mereka berbual dalam bahasa tamil menyebabkan saya dan abang hanya memerhati.

“Sebenarnya kami ambil dalam RM100 bersamaan LE50. Jadi bila muka tak kenai depa akan kira jadi LE40. Takpa, bagi jadi LE45..” Kata pengurus kedai itu sambil mengisyaratkan pekerjanya menambah nilaian matawang.

Konklusi

Pernah suatu ketika bekas Perdana Menteri Malaysia menyarankan agar system mata wang disandarkan kepada nilaian emas, bukan Dollar Amerika. Perkara ini juga telah dikemukakan oleh Menteri Besar Kelantan, iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Faktanya, perkara ini telah lama dipraktikkan oleh Daulah Khilafah selama lebih kurang 1000 tahun. Matawang bukan dinilai berdasarkan wang fiat, tetapi bersandarkan kepada nilaian emas. Ini kerana nilaian emas itu sendiri sifatnya stabil.

Walaupun memperolehi lebih kurang RM300 lebih, namun ianya bukanlah penyelesaian sebenarnya. Penyelesaian tukaran wang mahupun apa-apa urusan jual beli jika terlibat dengan riba, sama sekali ia adalah di TEGAH SYARA’.

Adakah kita REDHA dengan sistem sebegini?

12:57 PM, 13 September 2009,
09200, Kupang.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

25 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge